Posts Tagged ‘Sdn Bhd’
Projek Perumahan SPNB Taman Merbau Utama
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,
Saya selaku pembeli rumah di Taman Merbau Utama, Pasir Puteh, Kelantan ingin membuat aduan tentang penyerahan kunci dan CF rumah berkenaan. Saya telah membuat pembelian rumah berkenaan pada 28 Oktober 2010 dimana tempoh pembelian telah melebihi tempoh perjanjian iaitu selama 24 bulan. Pihak Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia telahpun membuat potongan gaji saya bermula Januari 2013.
Untuk pengetahuan pihak tuan saya terpaksa menaggung beban kos rumah sewa yang tinggidan potongan pinjaman perumahan sedangankan pendapatan bulanan saya tidak seberapa. Keadaan ini telah menyebabkan saya mengalami masalah kewangan yang teruk.
Operator Stesen Bas Medan Gopeng Penipu
Pada 9 Disember 2012, hari Ahad jam 12 tengahari bertempat di Stesen Bas Medan Gopeng, saya telah membeli tiket bas perjalanan sehala dari Ipoh ke Pulau Pinang (Sg. Nibong) dari Kaunter 4 Stesyen tersebut dengan bas yang dijadualkan berlepas jam 2.30 petang. Namun apa yang menghairankan, tiket yang diberikan pada saya tertulis nama sebuah syarikat bas yang berpusat di Larkin Johor iaitu Bas Ekspres Cepat Sedia Sdn. Bhd. dengan butiran bas yang hanya ditulis tangan.
Pada jam 2.30ptg saya telah menunggu bas berkenaan. Namun bas yang ditunggu tidak tiba. Setelah 2 jam setengah menunggu iaitu pada jam 5ptg barulah saya diberi tiket bas baru dengan nama bas yang berlainan iaitu Bas Fame Pacific Sdn. Bhd. beralamat di Pudu Raya Kuala Lumpur. Pada jam 6ptg bas yang ditunggu bernombor plat PKK 1690 telah tiba dengan nama bas Pacific Ekspress tetapi beralamat berlainan daripada alamat yang diberi dalam tiket. Tiket penumpang bagaimanapun telah diambil oleh pemandu bas semasa menaiki bas. Ini menyukarkan saya untuk membuat aduan kepada JPJ, SPAD, KPDNHEP mahupun Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional kerana tiada maklumat tepat mengenai bas yang digunakan. Setelah bas bertolak pada jam 6ptg, kami tiba di Perhentian Rehat dan Rawat Juru (R&R Juru) pada jam 7.45 malam. Bas berhenti disana selama setengah jam smentara menuggu pamandu merokok. Para penumpang yang ingin ke Pulau Pinang (Stesen Sg. Nibong) kemudiannya diarah berpindah ke bas lain bernama KKKL Ekspress. Beberapa bas lain turut bersubahat memindahkan penumpang seperti bas City Liner dan Bas Ekspress Persada.
Caj Letak Kereta Yang Tidak Munasabah
Saya merupakan seorang kakitangan di sebuah syarikat swasta di Kompleks Pertama dan memandu kereta ke tempat kerja. Selama lebih 5 tahun saya memakir kereta saya di tempat letak kereta di hadapan Kompleks Campbell yang diusahakan oleh Tetuan Timur Carpark Sdn. Bhd.
Akan tetapi akhir-akhir ini saya dapati caj letak kereta yang dikenakan oleh pengusaha tersebut adalah amat tidak munasabah terutamanya di dalam bulan Ramadan ini. Caj yang biasa kenakan untuk “early bird” (iaitu dari awal pagi sehingga ke jam tertentu yang ditetapkan oleh pengusaha) adalah RM5.00 dan ianya telah dinaikkan kepada RM6.50 pada bulan Jun, 2012, tetapi mulai dari 20 Julai, 2012 caj yang dikenakan untuk “early bird” adalah RM10.00 dan ini adalah amat tidak munasabah.
Perangkap ‘Off Side’ MBMB
Isu trafik di Bandar Melaka Bersejarah bukan cerita rekaan tetapi yang ini cerita tentang parking. Kita tahu Bandar Melaka merupakan tumpuan pengunjung dari serata ceruk. Dan sesuatu yang agak mendukacitakan terutama di MELAKA RAYA, sistem kutipan parking masih menggunakan KUPON BUKAN TIANG METER walaupan telah mendapat taraf BANDARAYA.
Cuba kita bayangkan pengunjung dari luar yang datang berkunjung, tanpa INFO yang JELAS tetahu sahaja dapat tiket kompaun. Untuk makluman, pondok pembelian kupon juga terhad. Diandaikan SATU PONDOK dalam radius 10hektar persegi.
Penipuan Syarikat Jual Beli Kereta
Salam Tuan/Puan,
Minta kerjasama pihak Aduan Rakyat untuk memaparkan kes saya ini yang telah saya email seperti dibawah. Ini adalah kes serius yang perlu disebarkan kepada semua rakyat supaya tidak ada mangsa-mangsa yang lain lagi. Saya sekarang sudah letih and lesu kerana pihak polis masih tidak mengambil apa2 tindakan walaupun sekarang sudah ada 2 kes yang sama melibatkan syarikat yang sama, Setia Satria TM Sdn Bhd.
Saya sudah sebarkan di forum dibawah: Read the rest of this entry »
Exit Contra Lane AKLEH
Saya adalah pengguna “Contra Flow Lane” AKLEH yang beroperasi dari 6.00-9.00 pagi yang mana contra flow lane ini akan bermula daripada Tol AKLEH sehingga exit di Kampung Baru [ENTRY].
PROLINTAS SDN BHD tidak menyelenggara traffik yang keluar dari Contra Flow Lane kerana tiada lampu isyarat khusus untuk pengguna contra flow. Pengguna hanya bergantung kepada timbang rasa pemandu trafik dari arah Jalan Kampung Baru untuk memberi laluan.Dan kadang-kala, berlakupertembungan kerana pengguna Contra Lane tidak mahu mgahlah dengan pengguna trafikdari araha Jln. kg Baru yang mempunyai hak laluan.
Kondominium Residensi Laguna 8 Tahun Belum Siap
Pada tahun 2003 kami telah membeli sebuah kondo yg dibangunkan oleh Syarikat Tenaga Gagah, yang terletak di Jalan PJS 9/1, Bandar Sunway. Lokasinya menarik dan strategik, dan ianya berhadapan dengan bangunan apartment Lagoon Perdana yg ketika itu masih rancak dalam pembikinan. Setelah membayar duit muka lebih kurang 15k, Kami dijanjikan bahawa kondo itu pasti siap dalam masa 3 tahun kemudian.
Menjelang tahun 2007, projek telah terbengkalai. Tiada apa yg terdapat di tapak kondo itu kecuali semak samun dan beberapa batang besi yg dicacak ke tanah. Site office telah tiada, manakala setiap kali menelefon ke ibu pejabat mereka di Menara Maxisegar Jalan Pandan menggunakan nombor telefon tertera pada dokumen perjanjian, langsung tidak diangkat.
LT Sdn Bhd tidak bayar pada SYABAS, penduduk yang terima padah
Saya ingin membuat aduan tentang Syarikat Penyelenggaraan LT Sdn Bhd yang bertempat di Pandan Jaya Kuala Lumpur. Kejadian ini telah berlarutan selama 3 minggu di mana SYABAS telah mengambil tindakan memotong bekalan air utama ke Pangsapuri Sri Maya sehingga menyebabkan kami terputus bekalan air.
90% penduduk di sini membayar yuran penyelenggaraan dan bil air secara tertib kepada pihak LT Sdn Bhd. Lebih kurang baki 10% yang tidak membayar secara tertib tetapi tetap menikmati kemudahan yang sama. Seharusnya pihak LT Sdn Bhd mengambil tindakan terhadap unit terbabit sahaja supaya penduduk lain yang setiap bulan membuat pembayaran tidak terjejas dengan perkara ini.
Rumah terbengkalai oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd
Saya telah membeli sebuah rumah yang dimajukan oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd pada tahun 2003. Rumah sepatutnya siap pada tahun 2005, walaupun demikian ia terbengkalai hingga sekarang.
Saya telah membayar pinjaman perumahan melalui pemotongan gaji sejak dari tahun 2007 hingga sekarang. Pada ketika ini pihak pemaju langsung tidak ada memberi maklum balas tentang rancangan penyiapan projek perumahan (Taman Bidara Palma) di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Rumah terbengkalai oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd
Saya telah membeli sebuah rumah yang dimajukan oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd pada tahun 2001. Rumah sepatutnya siap pada tahun 2003, walaupun demikian ia terbengkalai hingga sekarang. Saya telah membayar pinjaman perumahan dari tahun 2003 hingga sekarang. Pada ketika ini pihak pemaju langsung tidak ada memberi maklum balas tentang rancangan penyiapan projek perumahan (Taman Bidara Palma) di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Saya percaya bahawa mereka senasib dengan saya juga merasa begitu tertekan dan kecewa keran rumah yang diidamkan tidak disiapkan mengikut perjanjian. Dah nak masuk kali ketiga mengundi (PRU) keadaannya masih sama. Kawasan perumahan yang terbengkalai sebahagiannya dah jadi hutan kecil. Sebahagian pembeli pula telah mengam bil inisiatif sendiri menyiapkan rumah idaman dengan perbelanjaan sendiri.





