Saya | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Saya’

Lambakan Pusat Urut di Sri Gombak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya merupakan penyewa premis sekitar Taman Prima Sri Gombak. Saya ingin membuat aduan mengenai lambakan pusat-pusat urut di sekitar Taman Prima Sri Gombak berhampiran kedai Cosway dan pusat karaoke.

Berdasarkan perbualan dengan penyewa- penyewa lain, pusat-pusat urut sekitar sini menawarkan khidmat seks dan urutan B2B. Kerap juga tukang-tukang urut yang berpakaian menjolok mata turun dan merayau-rayau sekitar premis ini.

Read the rest of this entry »

Kenaikan GAS pengguna

Sejak bulan lalu (April), saya telah mendapati tong-tong GAS pengguna telah ditukar nama kepada syarikat MIRO daripada sedia ada yang bernama Petronas, Mobil, Shell dll. Sejak ia ditukar, harga bagi setiap tong gas naik sebanyak RM1.00.

Saya cuba dapatkan penjelasan daripada pihak kedai dan mereka hanya menyatakan bahawa semua syarikta tong gas telah diambilalih oleh sebuah syarikat milik anak ahli politik terkenal di Malaysia. tetapi mereka enggan menyatakan siapa pemilik tersebut.

Read the rest of this entry »

Projek Perumahan SPNB Taman Merbau Utama

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

Saya selaku pembeli rumah di Taman Merbau Utama, Pasir Puteh, Kelantan ingin membuat aduan tentang penyerahan kunci dan CF rumah berkenaan. Saya telah membuat pembelian rumah berkenaan pada 28 Oktober 2010 dimana tempoh pembelian telah melebihi tempoh perjanjian iaitu selama 24 bulan. Pihak Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia telahpun membuat potongan gaji saya bermula Januari 2013.

Untuk pengetahuan pihak tuan saya terpaksa menaggung beban kos rumah sewa yang tinggidan potongan pinjaman perumahan sedangankan pendapatan bulanan saya tidak seberapa. Keadaan ini telah menyebabkan saya mengalami masalah kewangan yang teruk.

Read the rest of this entry »

Makan Tengahari yang Berulat

Saya telah memesan 6 bungkus nasi goreng ayam di kawasan Gelang Patah iaitu A**** Corner yang beroperasi 24 jam. Selepas selesai membuat bayaran, saya terus membawa makanan saya ke pejabat.

Klik untuk paparan lebih jelas

Klik untuk paparan lebih jelas

Read the rest of this entry »

Jalan dari Kuang ke Lebuhraya LATAR Daif

Sebagai salah seorang penduduk tetap Kuang daerah Rawang, saya berasa amat dukacita dengan keadaan jalanraya khususnya dari persimpangan lampu isyarat Kuang menghala ke lebuhraya LATAR. Pada zahirnya jalanraya ini nampak seperti tiada cacat celanya, namun realitinya adalah sebaliknya.

Jalan yang sedia ada hanyalah ditambak sesuka hati sekiranya ada kerosakan tanpa mengikut piawaian yang sepatutnya. Akibatnya jalan menjadi tidak rata dan sangat-sangat merbahaya kepada penunggang-penunggang motosikal khasnya dan pemandu-pemandu amnya. Masalah ini telah berlarutan sekian lamanya tanpa pembelaan dari pihak berwajib.

Read the rest of this entry »

Tipu: Pengecualian Duti Eksais 100% Kenderaan Nasional Bagi OKU

Saya tertarik dengan kelebihan bagi warga OKU untuk membeli kenderaan dengan harga yang saya anggap cukup istimewa iaitu pemotongan 100% duti eksais kenderaan seperti diwarwarkan oleh treasury (rujuk di sini). Namun begitu merasa amat terkilan apabila saya berjumpa dengan beberapa branch manager kenderaan nasional, mereka hanya menawarkan pemotongan sekita RM200-RM800 bergantung kepada jenis kenderaan. Adakah ini sahaja jumlah pemotongan yang diperolehi warga OKU dibawah insentif ini?

Pihak tuan tentu sudah sedia maklum bahawa duti eksais bagi suatu kenderaan minimum adalah 75% daripada harga CIF sesebuah kenderaan seperti yang termaktub di bawah doket price yang dikeluarkan oleh kastam (rujuk di sini). Mengambil contoh sebuah kenderaan seperti Proton Saga FLX, sekiranya harga pasaran ~Rm40,000. setelah ditolak dengan duti eksais anggaran kasar harga kenderaan akan berada di dalam lingkungan RM18,000-25,000 sahaja.

Read the rest of this entry »

Harga makanan mahal di Desa Water Park

Pada hari Sabtu yang lalu (29/12/2012) kami sekeluarga telah pergi ke Desa Water Park. Aduan saya di sini adalah berkenaan harga makanan yg dijual di dalam itu sangat mahal & melampau.

Pengunjung tidak dibenarkan menbawa masuk apa2 makanan dari luar. Jadi tiada pilihan, kena beli makanan dari dalam park tersebut. Harga 1 tin/botol air adahal RM 3. Sebatang nugget/Sosej adalah RM 2.50. Secawan jagung berharga RM4. Semangkuk ABC RM 4. Harga makanan lain seperti nasi lemak, mee saya tak berapa pasti sebab saya tak sanggup nak beli.

Read the rest of this entry »

Pengeluaran Proton Saga FL tiada kualiti

Di sini saya ingin meluahkan isi hati untuk maklumat serta kebaikan pihak Proton.

  1. Saya baru beli kereta saga FL Okt 2011 jenis auto.
  2. Bulan Nov 2011, seat driver dah berbunyi macam kereta berusia lebih 20 tahun. Hantar ke pusat service Dynamic Alor Gajah,Melaka kena tunggu dalam dua bulan. selepas dua bulan, saya call pusat service dia kata barang lambat.akhirnya atas kesabaran saya, seat dapat diganti.
  3. Akhir bulan Dis 2011, dari Melaka ke Kuala Perlis, semasa dalam perjalanan penghawa dingin mula berbau yang menyakitkan hidung.ingatkan ada benda tertumpah ke, lepas hantar cuci dan vacum pun sama berbau. balik kd Melaka hantar ke pusat service Dynamic. Dia suruh ke pusat service Peringgit. Bila ke Peringgit dia suruh ke kedai APM peringgit jaya lak. macam bola dibuatnya kita. tak apa kena sabar.atas ada urusan kerja urusan tu aku tangguhkan dulu. FL aku simpan kat rumah.
  4. 25/12/2012 milies 12,010 semasa je Endau redah dalam hujan, terdengar bunyi dengung macam tayar. tiba di rumah jam 7.00 petang basuh kereta tengok lampu sebelah kiri ada air dan wap.
  5. 26/12/2012 9.40 pagi aku ke APM peringgit Melaka, cek penghawa dingin. bila cek didapati lubang udara tidak ditutup walaupun kedudukan panel udara pusing didalam. Lepas dia tutupkan lubang dan bersihkan penapis udara, dia kata “pakai dulu abg..ala apa2 hat mari sini”. saya pun kata ok. pastu ke pusat serive proton Peringgit Jaya minta cek bunyi berdenyung dan lampu kiri masuk air & wap.Lepas dia cek, dia ckp bunga tayar puncanya dan dia minta saya ke pusat Good Year jln Semabok.
  6. Mengenai lampu masuk air & wap dia cakap masa kena tu terus ke proton. gambar sendiri tak laku. Habis saya cakap sampai rumah dah lewat petang, proton dah tutup, camne nak hantar..gunalah akal sikit. saya cakap lagi, seharian semalam (25/12/12) pemanduan memang cuaca hujan dari pagi sampai balik. dia tetap cakap yang sama, walhal dia nampak ada kesan wap pada lampu kereta. saya sabar lagi. saya ke Semobok.
  7. Sampai kat Good Year, dia ckp tayar belakang kanan dah kembong. saya mintak gantian baru, dia cakap kena bayar separuh sebab dah guna.tak pelah saya byr rm95.00. malas nk bising2.
  8. Selepas keluar dari Good Year saya pergi makan kat Batu Berendam. Masa nak paking gear P tak boleh masuk lak..adui hai…masa tu memang tahap sabar dah hilang. aku makan alas perut dan terus ke pusat servive peringgit jaya. sampai sana aku jumpa staff proton pakai putih dan ckp masalahnya. dia g cek dan bagitahu suruh datang balik jam 2.00 petang sebab pekerja nak makan t/hari. aku faham memang jam 1.10pm waktu makan. aku malas tggu aku terus balik ke Alor Gajah dan singgah ke Dynamic Servive.
  9. Bila cek tengok bhgian dlm patah. terus dia ganti yang lain dan terus aku buat service.

Persoalan & pandangan untuk pihak proton. Read the rest of this entry »

Operator Stesen Bas Medan Gopeng Penipu

Pada 9 Disember 2012, hari Ahad jam 12 tengahari bertempat di Stesen Bas Medan Gopeng, saya telah membeli tiket bas perjalanan sehala dari Ipoh ke Pulau Pinang (Sg. Nibong) dari Kaunter 4 Stesyen tersebut dengan bas yang dijadualkan berlepas jam 2.30 petang. Namun apa yang menghairankan, tiket yang diberikan pada saya tertulis nama sebuah syarikat bas yang berpusat di Larkin Johor iaitu Bas Ekspres Cepat Sedia Sdn. Bhd. dengan butiran bas yang hanya ditulis tangan.

Pada jam 2.30ptg saya telah menunggu bas berkenaan. Namun bas yang ditunggu tidak tiba. Setelah 2 jam setengah menunggu iaitu pada jam 5ptg barulah saya diberi tiket bas baru dengan nama bas yang berlainan iaitu Bas Fame Pacific Sdn. Bhd. beralamat di Pudu Raya Kuala Lumpur. Pada jam 6ptg bas yang ditunggu bernombor plat PKK 1690 telah tiba dengan nama bas Pacific Ekspress tetapi beralamat berlainan daripada alamat yang diberi dalam tiket. Tiket penumpang bagaimanapun telah diambil oleh pemandu bas semasa menaiki bas. Ini menyukarkan saya untuk membuat aduan kepada JPJ, SPAD, KPDNHEP mahupun Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional kerana tiada maklumat tepat mengenai bas yang digunakan. Setelah bas bertolak pada jam 6ptg, kami tiba di Perhentian Rehat dan Rawat Juru (R&R Juru) pada jam 7.45 malam. Bas berhenti disana selama setengah jam smentara menuggu pamandu merokok. Para penumpang yang ingin ke Pulau Pinang (Stesen Sg. Nibong) kemudiannya diarah berpindah ke bas lain bernama KKKL Ekspress. Beberapa bas lain turut bersubahat memindahkan penumpang seperti bas City Liner dan Bas Ekspress Persada.

Read the rest of this entry »

Layanan Operator 24 hours Radio Taxi Call Service Labuan Mengecewakan

Saya ingin buat aduan mengenai sikap operator 24 hours radio taxi call service di W.P Labuan.

Sebagai individu yang baru bekerja di W.P Labuan,  sudah tentu saya banyak menggunakan pengangkutan awam terutamanya teksi. Memandangkan sukar untuk mendapatkan teksi di sesuatu kawasan tertentu, mendapatkan perkhidmatan 24 hours radio  taxi call service adalah caranya. Walau bagaimanapun, tidak seperti perkhidmatan teksi di Putrajaya, 24 hours radio  taxi call service di Labuan tidak meminta no. telefon pelanggan.

Pada mulanya saya telah menghubungi 24 hours radio taxi call service sekitar jam 07.20am-07.30am. Tempoh perjalanan yang diambil ke tempat saya dari bandar lebih kurang 15-20minit perjalanan dari bandar Labuan. Walau bagaimanapun, setelah menunggu hampir 20 minit, kelibat teksi masih tidak kelihatan dan  jam telah menunjukkan 07.40am (ikut jam saya) namun, saya teruskan menunggu. Setelah jam 07.47am, saya terus membuat panggilan semula.

Read the rest of this entry »