Kelewatan penyelarasan gaji guru baru di Kapit

Sangat kecewa dengan pengurusan Pejabat Pendidikan Kapit, Sarawak terhadap penyelaran guru baharu gred dg41 kemsukan Julai 2013 (interim mac 2013). Pihak PPD banyak memberi alasan yang tidak munasabah seperti memerlukan surat pengesahan lantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sebelum penyelaran boleh dibuat sedangkan guru interim mac 2013 di daerah lain, malah negeri lain sudah lama mendapat penyelarasan tanpa surat pengesahan SPP.

Gaji yang diberi setaraf dengan guru sandaran tidak terlatih lepasan SPM sedangkan guru baharu ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pihak PPD tidak bersimpati dan bertanggungjawab dengan kepayahan guru-guru pedalaman, bukan sahaja perjalanan ke sekolah memeritkan malah kos tambang yang boleh mencapai RM500 sekali perjalanan.

Harapan agar pihak PPD KAPIT tidak hipokrit melaksanakan tugasan. Bukan tahu memaksa guru-guru di daerah Kapit tetapi pada pihak mereka sendiri tugasan seperti penyelarasan ini pun memerlukan masa sehingga hampir setahun untuk disiapkan.

By: Onnie

Layanan Kasar Pihak JPJ

Baru baru nie saya telah menduduki ujian memandu di salah sebuah institut memandu di Sibu Sarawak. Apa yang saya perhatikan sepanjang tempoh ujian dijalankan oleh pihak JPJ, kami telah dilayan dengan agak kasar. Selain itu, sebilangan orang yang menduduki ujian memandu tersebut turut dimarahi menggunakan bahasa yang agak kasar.

Pada pandangan awal saya, mungkin ini merupakan kaedah JPJ menggunakan PSIKOLOGI terhadap kami. Namun apabila kata kata kesat digunakan dengan memaki hamun pelajar, pada pendapat saya ianya agak keterlaluan. Malah, gaya mereka agak sombong dan endah tak endah apabila diajukan soalan oleh pelajar. Malah, gaya mereka yang tidak sabar dengan membunyikan hon berkali-kali agak keterlaluan sedangkan di dalam kereta tersebut masih lagi ada pelajar yang sedang diuji.

Bukan sahaja pihak pelajar yang menduduki ujian tidak berpuas hati dengan layanan mereka, malah tutor dan juga ahli keluarga yang menunggu sepanjang ujian dijalankan agak terkilan akan sikap sedemikian yang ditunjukkan oleh mereka.

Pada pendapat saya, cara ini seharusnya tidak wajar dipamerkan oleh pihak berkenaan. Penggunaan kata-kata kesat sewajarnya tidak perlu digunakan. kaedah Psikologi yang lebih bersopan santun mungkin boleh digunakan jika dibandingkan dengan penggunaan kata-kata makian. Seharusnya, sebagai salah satu badan penguatkuasa kerajaan, mereka haruslah dijadikan contoh. sikap mereka yang tidak sabar dan panas baran ini amat tidak disenangi oleh pihak yang lain. natijahnya kelak, nama badan penguatkuasa tersebut yang buruk. selain itu, seharusnya, pihak berkenaan menjadi contoh seperti kepada pelajar yang menduduki ujian memandu agar memandu dengan berhemah dan bersabar serta menghormati pemandu yang lain. namun, sedikit kesal disini apabila sebaliknya ditonjolkan oleh mereka.

diharap agar pihak yang berkenaan memberi perhatian kepada isu ini dan diharap agar penambaikan dilakukan. Tidak salah untuk mempamerkan ketegasan sebagai penguatkuasa kerajaan tetapi bukan dengan kata-kata kesat dan juga makian.

By: syukriah khamdan

Bayaran Tuntutan Petugas SPR 2013 tidak dibayar

Salam Perpaduan,

Saya merupakan seorang Petugas SPR bagi PRU ke 13 di kawasan Parlimen P204 Selangau, Sibu, Sarawak. Ingin mengadu bahawa sehingga aduan ini ditulis, semua tuntutan yang berhubungan dengan tugas – tugas sebagai Petugas termasuklah tuntutan perjalanan, lojing dan makan belum dibayar sehingga kini.

Tiada makluman juga diperolehi mengapa bayaran tersebut begitu lama tidak dibayar. Sedangkan tugas telah dilakukan dalam 4 bulan yang lalu. Ada juga di kawasan parlimen lain, petugas2 mereka sudahpun dilangsaikan tuntutan mereka. Kita berhak untuk tahu sebab tugas telah dilaksanakan dengan baik tetapi tiada bayaran setimpal dibayar.

By: Petugas SPR

Pengawal Keselamatan di Sarawak ditindas

Saya anak jati Sarawak dan bekerja sebagai Pengawal Keselamatan di bandar Kuching. Saya ingin melahirkan rasa ketidakpuasan hati saya dan rakan-rakan sekerja tentang masalah gaji kami. Dulu heboh di bincang tentang gaji minimum untuk pekerja seperti kami dan seingat saya telahpun diluluskan gaji minimum tersebut. Nampaknya pihak pelaksana dan pihak yang bertanggungjawab dalam hal pekerja awam terlepas pandang atau memang tidak ambil peduli dengan pembayaran gaji pekerja-pekerja seperti kami di Sarawak sehingga pihak majikan sewenang-wenangnya memerah keringat kami dengan memberi bayaran yang terlalu kecil dan tidak setimpal dengan kerja kami.

Syarikat tempat kami bekerja mengarahkan kami bekerja 7 hari seminggu. Kami tidak dibayar wang lebih walaupun bekerja pada hari cuti umum dan hari-hari perayaan. Gaji yang diterima sangat kecil. Gaji kasar saya sekarang cuma sebanyak RM850. Setiap bulan saya cuma mendapat dalam lingkungan RM700. sahaja. Jika saya mengambil cuti maka gaji tersebut akan ditolak lagi.

Saya telah bekerja beberapa tahun dengan syarikat ini tetapi gaji tidak pernah naik. Kami pernah meminta dinaikkan gaji tetapi pihak majikan berdalih dengan mengatakan urusan gaji bukan mereka yang buat tetapi pihak pejabat di Kuala Lumpur yang tetapkan. Bila diminta nombor telefon pejabat di Kuala lumpur pula mereka tidak mahu memberinya. Setiap kali diminta ada saja alasan diberi. Kami sudah tidak tahu kepada siapa lagi harus kami mengadu masalah kami. Diharap dengan adanya ruangan seperti ini, nasib pekerja-pekerja seperti kami akan terbela. Kalau tidakpun mungkin pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pekerja-pekerja boleh memberi sedikit perhatian kepada masalah kami. Sekian…

By: Zulkifli

Pemasangan Kabel Elektrik di Rumah Panjang

Hampir menyambut hari Kemerdekaan tidak lama lagi namun bekalan elektrik ke rumah panjang kami di Sungai Bawan Kanowit masih belum siap disambung lagi. Walaupun demikian,setelah sekian lama bergelap tanpa bekalan elektrik, kami sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana sekarang telah mula memberikan perhatian terhadap keperluan tersebut. Walaupun belum siap,(Rumah Panjang kami belum lagi disambung dengan bekalan elektrik) namun usaha yang dalam proses memasang kabel atau wayar elektrik di Rumah Panjang kami sangat memberikan harapan.

Wajah ceria tak sabar-sabar menggunakan bekalan elektrik tersebut telah diekploitasi oleh pihak yang saya anggap tidak bertanggungjawab.Saya tidak berapa pasti kenapa keadaan ini berlaku tetapi saya merasakan bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab ini ( Kontraktor yang memasang kabel di Rumah Panjang Kami) mengambil kesempatan di atas kejahilan penduduk rumah panjang.

Hari ini 26/8/2013 saya dimaklumkan bahawa pihak kontraktor telah mengarahkan pihak rumah panjang sediakan papan serta memasangnya sendiri di dinding depan rumah atau bilik masing-masing bagi memudahkan mereka memasang kabel elektrik tersebut.Adakah perkara ini perlu wahai pihak Sesco ? Mengapa tidak boleh dipakukan terus ke dinding simen rumah tersebut ? Adakah itu syarat untuk pemasangan kabel tersebut sebab kontraktor yang terbabit mengugut ahli rumah panjang untuk tidak memasang kabel elektrik ke rumah panjang kami sekiranya papan yang diperlukan tidak dipasang terlebih dahulu.

Saya terpanggil untuk membuat aduan ini kerana bagi saya, tidak kisah sangatlah penyediaan papan tersebut kerana itu bukan isunya. Yang saya tidak puashati adalah ugutan untuk tidak mahu menyambung kabel elektrik tersebut atas alasan mesti ada disediakan papan tersebut yang berukuran 12 kaki panjang,6 inchi lebar dan 1 inchi tebal. Apakah keperluan papan tersebut dari segi logik keselamatankah? Kalau ya tidak apalah juga namun saya dapati di rumah Panjang di tempat lain yang telah dipasang kabel misalannya di daerah lain seperti di Tada, Sengan, Jalan Oya Sibu dan sebagainya tidak ada juga dipasang papan tersebut tetapi terus dipakukan ke dinding simen rumah mereka. Atau mungkinkah ianya keperluan baru untuk pemasangan kabel elektrik yang terbabit ?

Yang menjadi persoalan saya ialah, perlu sangatkah papan tersebut disediakan sehingga mereka mengugut tidak akan memasang kabel tersebut sekiranya tidak disediakan. Pada hemat saya,pihak kontraktor hanya ingin memudahkan kerja mereka dan mendapat untung berlipat ganda. Keduanya mereka memperlekehkan penduduk rumah panjang dengan mengambil kesempatan terhadap keterujaan mereka untuk mendapatkan bekalan elektrik yang sememangnya ditunggu-tunggu sejak berdekad lamanya selepas Malaysia merdeka.

Memang isu perbelanjaan untuk perkara tersebut juga timbul kerana penduduk rumah panjang bukannya ada pendapatan yang tetap lagipun mahu membeli papan tersebut yang kini kosnya agak mahal adalah membebankan ahli rumah panjang yang tidak berkemampuan. Dahlah ditambah dengan kos pemasangan yang lain termasuk lampu,soket dan sebagainya yang mereka caj kepada penduduk rumah panjang yang hanya tahu angguk sahaja.Belum lagi caj tersembunyi yang mereka tanggung yang mereka tidak tahu kerana yang penting bagi mereka bekalan elektrik dapat disalurkan secepat mungkin. Janji demi janji ditabur bagi penyaluran bekalan elektrik tersebut namun masih juga tak siap-siap. Aduhai… kesiankanlah rakyat Malaysia yang menyokong kerajaan yang ada sekarang ini dengan jari telunjuk mereka,janganlah diperkotak-katikkan mereka walaupun mereka agak lembap dalam memperjuangkan hak mereka.

Atas isu tersebut saya telah telepon bahagian ‘Customer Services” Sesco bahagian Sibu namun telah dikehendaki menghubungi Sesco Kanowit. Telepon Sesco Kanowit untuk bertanya namun mereka tidak tahu siapa kontraktor yang terlibat.Mereka tidak ada rekod dan menyalahkan pihak rumah panjang kerana tidak tahu siapa kontraktor tersebut. Adakah tender tersebut tidak terbuka ? Tidak dibuat sebut hargakah? Hairan-hairan dan amat menghairankan sekiranya pegawai yang terbabit tidak tahu-menahu tentang perkara yang berlaku di bawah jagaannya…..

Saya berharap pihak Sesco mengambil perhatian terhadap perkara ini dan memberikan penjelasan yang sewajarnya kepada rakyat supaya tidak timbul syak dan ekploitasi pihak kontraktor terhadap rakyat yang sememangnya telah miskin dan dimiskinkan lagi oleh perakus jahanam yang hanya tuhan sahaja akan membalas kerakusan mereka nanti.

Salam Merdeka.

By: Rumah Panjang Sg.Bawan.Jln.Nibong-Tada Kanowit

Kesesakan Lalu Lintas Teruk di Kidurung, Bintulu

Salam 1 Malaysia,

Saya ingin membuat aduan mengenai keadaan kesesakan lalulintas yang amat teruk di kawasan Kidurung,Bintulu Sarawak. Kesesakan kebiasaanya berlaku di antara Jalan Utama (Bulatan Kidurung ke Lampu Isyarat Simpang 4 Kidurung) dari arah pelabuhan Bintulu. Keadaan ini berlaku terutamanya semasa waktu “peak hour” seperti waktu pagi,tengah hari & petang. Keadaan kesesakan ini berkemungkinan di sebabkan sistem lampu isyarat yang tidak di mengutamakan arah yang mempunyai lalu lintas yang padat sewaktu “peak hour” .

Pihak trafik juga tidak hadir untuk mengawal lalu lintas tersebut. Sepatutnya kesesakan tersebut dapat di elakkan di sebabkan jalan yang lurus di antara bulatan Kidurung dengan lampu isyarat Kidurung.

Di harap pihak berwajib terutamanya pihak polis trafik turun padang menyelesaikan masalah lalu lintas ini terutamanya selepas waktu pejabat(selepas 5.00 pm).

Masa itu adalah emas, kerugian masa di atas jalan di sebabkan lalu lintas sepatutnya dapat di elakkan khususnya di Bintulu.

Terima Kasih.

By: Shafiq

Masalah Pejabat Pos Daerah Song Sarawak

Salam 1 Malaysia,

Saya merupakan penduduk Daerah Song ingin membuat aduan mengenai Pejabat Pos di Daerah Song, Kapit, Sarawak. Masalah yang dihadapi adalah komputer rosak, masalah komputer rosak dari tahun-tahun yang lepas. Masalah komputer rosak berlaku sampai 2 hingga 3 minggu. Ini sangat menyusahkan penduduk di Daerah Song. Mereka yang ingin membuat urusan pembayaran bil-bil, membuat pengiriman barang terpaksa tegendala kerana masalah komputer ini. Malah orang-orang tua yang jauh dari hulu sungai ingin membuat urusan saham terpaksa balik lagi kerana masalah ini. Mereka datang bukan 1 jam 2 jam tapi berjam-jam tapi komputer rosak, ini sangat membebankan mereka.

Bukan itu sahaja, Pejabat Pos Daerah Song juga selalu tutup pada hari Jumaat. Kadang-kadang mereka tidak mengikut waktu bertugas. Contoh, tutup pukul 12.30 tengahari tapi pukul 11.30 pagi pejabat pos sudah tutup, ini sangat menyusahkan penduduk Daerah Song dengan waktu urusan yang tidak tetap, padahal waktu urusan sudaah ditampal di depan pintu.

Kami berharap pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan dengan segera. Ini kerana masalah komputer rosak ini bukan dari tahun ini sahaja malah dari tahun-tahun yang dulu lagi. Mohon sangat-sangat pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan dengan segera. Ini menyusahkan kami apabila ingin membuat pembayaran bil-bil, mengambil duit saham dan banyak lagi dengan masalah komputer yang selalu rosak.

Sekian,

Penduduk Daerah Song.

By: Penduduk Daerah Song

Harga Rumah Terlamapau Mahal di Bintulu

Saya merupakan salah seorang pendatang yang telah menetap di Bintulu kerana bekerja di sini. Saya dapati harga rumah di Bintulu, Sarawak adalah terlalu mahal bagi orang yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Beberapa minggu yang yang lalu, saya telah bertanya dengan pembangun harga rumah teres tengah 2 tingkat, dan harga jualan yang mereka beritahu ialah RM398000. Harga ini adalah agak tidak munasabah bagi mereka yang baru bekerja selama 5-10 tahun dan berpendapatan RM2000-3500.

Ini kerana bagi sebuah rumah yang berharga begini, wang pendahuluan yang harus di bayar ialah RM40000 dan bulanan sebanyak RM1900++ bagi pinjaman selama 30 tahun. Juga Perumahan di Sarawak hanya mempunyai “Land Title” hanya sepanjang 60 Tahun. Saya amat berharap agar pihak kerajaan dapat membantu kami di Sarawak terutamanya di Bahagian Bintulu.

By: Muhammad Ridzwan

Aduan Banjir di Kampung Stutong BDC Stampin, Kuching

Di sini kami ingin mengadu tentang masalah banjir yang sering berlaku di Kampung kediaman kami. Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana setiap kali air pasang, air dari longkang dan sungai akan melimpah dan memasuki halaman rumah kami.

Keadaan paling buruk yang pernah menimpa kami adalah ketika musim hujan disember tahun lepas. Air banjir setinggi hampir 3 kaki melimpah masuk ke dalam rumah dan menyebabkan kerosakan harta benda seperti perabot dan alat elektrik.

Kami berharap pihak-pihak yang khuatir datang untuk meninjau keadaan ini dan memberi bantuan. Sistem saliran yang baik amat diperlukan di kawasan kami.

Terima Kasih.

By: Sebastian Apeng

Masalah air di Simunjan, Sarawak kian meruncing

Sudah hampir 4 bulan masalah air di Simunjan Sarawak tidak dapat ditangani oleh Pemimpin Kawasan kami. Keadaan semakin kritikal masa ini kerana Loji Air Simunjan yang menampung air kepada penduduk Daerah Simunjan sudah kekeringan. Tangki (tong) air sudah diletakkan di kawasan Pasar dan Kampung Nanas Simunjan, tetapi kawasan kampung lain yang paling kritikal tidak ada air, belum lagi diberi tangki air tersebut. Keadaan ini menyebabkan penduduk berebut-rebut mengambil air di kawasan pasar.

Apa yang menyedihkan, sekiranya keadaan ini berlarutan adalah menjadi satu masalah yang besar kepada kami penduduk di Simunjan kerana terpaksa menunggu dan mengangkut air setiap hari ke rumah kami untuk tujuan masak, minum, makan, basuh kain baju, berak dan sebagainya. Keadaan ini mengundang derita kerana kesengsaraan hidup kami masa ini tidak dijaga sebetul-betulnya oleh pemimpin di kawasan kami. Mereka kurang memantau dan tidak dapat mencari cara yang terbaik menangani masalah air di Simunjan.

Mengapakah pada masa ini, Simunjan tidak diistiharkan Darurat, kerana masalah ini sudah semakin meruncing. Bayangkan pada setiap hari kami terpaksa mengambil air jauh dari kampung kami untuk keperluan seharian. Penduduk yang tiada kereta, dan motorsikal pula berhadapan dengan situasi yang lebih memeritkan. Jarak pasar Simunjan dengan Kampung kami iaitu Kampung Sageng lebih kurang 8-10 kilometer. Ini bermakna mereka yang tiada kemudahan seperti yang disebutkan menghadapi masalah mengangkut air ke rumah.

Untuk makluman juga, sudah hampir 4 bulan setitik air pun tidak pernah sampai ke dalam rumah kami. Keadaan yang perit ini ditambah lagi dengan masalah penghantaran air yang tidak dapat dilakukan seperti sebelumnya. Kalau sebelumnya kami penduduk di Kampung Sageng Baru dan Kampung Tabuan menerima air setiap hari daripada lori menghantar air tetapi sekarang tidak lagi.

Hari ini sudah masuk 6 hari kami tidak dihantar air, dan kami terpaksa mencari air ke sana ke sini. Sudah masuk 2 hari ini kami terpaksa bergelut mengambil air yang hanya diletakkan di Pasar Simunjan dan di tepi jalan Kampung Nanas Simunjan. Ini disebabkan tangki air masih tidak diletakkan di tepi jalan kampung kami. Kami sangat berharap agar pemimpin di kawasan kami segera menghantar tangki tersebut dan menghantar sebanyak mungkin lori penghantar air kerana sekarang seluruh penduduk Simunjan bergelut dengan ketiadaan air langsung.

Kami juga berharap pemimpin di kawasan kami menyegerakan lebih banyak alternatif baru untuk mengatasi masalah air di Simunjan. Sebelum ini YB Naroden pernah menyatakan untuk membesarkan loji dan menambah loji Simunjan dengan menggunakan mesin yang lebih besar kuasa kudanya, tetapi sampai sekarang ia masih tidak wujud. Rancangan untuk mengambil air sungai juga masih tidak diketahui kesudahannya kerana banyak spekulasi terhadapnya didengari masa ini.

Apa yang kami harapkan agar pemimpin P200 Batang Sadong perlu memainkan peranan yang lebih jitu dan efektif bagi membantu masalah air di Simunjan. Jangan hanya memantau masalah ini dari jauh sahaja, kalau boleh turun padang melihat ragam dan senario yang berlaku di Simunjan sekarang. Kami sudah banyak kali menyuarakan masalah ini kepada pihak tertentu tetapi sampai sekarang tiada tindakan susulan yang terbaik dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah air di Simunjan Sarawak.

Kami mengharapkan agar Perdana Menteri kita Dato Seri Najib boleh membantu kami menangani isu ini kerana pemimpin kawasan kami terlalu perlahan dalam mengatasi masalah ini. Mudahan juga apa yang saya luahkan ini mendapat perhatian daripada PIHAK ADUAN RAKYAT dan menjengok kami pada masa yang terdekat ini. Komitmen daripada pihak anda sangat kami hargai. Tolong kami bantu kami.

By: JEMAT BIN ADAM

Skim gaji DG44 yang merugikan

Baru-baru ini segolongan warga pendidik kecoh kerana tak puas hati dengan kiraan tahun dalam urusan kenaikan pangkat/gred secara time-based sama ada dari DG29 ke DG32 mahupun dari DG41 ke DG44. Bagi guru yang lebih daripada 8 tahun dalam gred asal, tanpa sebarang pekeliling, tarikh lantikan mereka adalah lebih daripada 8 tahun tidak seperti yang termaktub dalam skim baru yang mengganti SPBA yang tidak menjadi. Nampak sangat urusan penting seperti ini dilaksanakan tanpa sistem yang adil, betul, telus dan sesuai.

Lebih malang lagi bagi mereka yang dilantik, bergaji lebih daripada gaji minimum gred baru mereka. Kita ambil contoh nilai kenaikan dari DG41 ke DG44. Gaji asal atau gaji pokok dalam gred sebelum sekadar ditambah dengan RM225 ( nilai kenaikan tahunan DG41) sedangkan bagi golongan yang gaji mereka di bawah tangga gaji minium gred baru dalam urusan kenaikan pangkat dianjak ke tangga gaji minimun kemudian ditambah dengan RM250 (nilai kenaikan tahunan DG44) jika perbezaan dengan tangga gaji minimum gred baru kurang daripada nilai kenaikan tahunan gred Dg41.

Diharap pihak berwajib tidak terlepas pandang perkara seperti ini. Kita tidak ingin hal-hal sebegini menambah beban emosi para guru dan akibatnya…….. Janganlah sekadar asyik dengan transformasi pendidikan, rancang sukatan barulah tapi kebajikan guru diabaikan. Nak dapat sagu yang bermutu, kenalah pecahkan ruyung dengan alat yang sesuai.

By: BJ

Kedaifan Jalan Raya di Saratok

Saya merupakan seorang ‘tuai rumah’ di sebuah perkampungan yang terletak di daerah Saratok, dengan lebih terperinci saya memberitahu rumah panjang saya terletak di Engkudu Atas yang beralamat Tr. Lembang, Engkudu Atas, Sebetan 95400, Saratok, Sarawak.

Jalan raya berkeadaan berbatu-batu dan berdebu, tidak bertar seperti jalan raya biasa. Kesukaran penduduk saya melewati jalan raya ke rumah panjang untuk ke pekan yang terdekat meskipun rumah panjang kami telah berada di bawah naungan dua (2) orang pemimpin kerajaan, namun permasalahan ini tetap tidak diendahkan setelah banyak kali pihak kami membuat aduan kepada mereka.

Jalan raya yang daif ini telah memberikan kesukaran kepada penduduk kerana telah banyak mengakibatkan kerosakan kereta di samping debu jalan raya tersebut telah mencemarkan udara. Di sini terdapat sekolah rendah, justeru saya prihatin terhadap kesihatan budak-budak sekolah akibat daripada kedaifan jalan raya tersebut.

Diharapkan pihak yang prihatin dapat memberi perhatin terhadap permasalahan ini kerana jalan raya ini merupakan satu-satunya laluan kami untuk berulan-alik ke pekan dan rumah panjang.

Sekian, terima kasih.

By: Lembang ak Aji

Penempatan Guru Lepasan UPSI

Apa nak jadi dengan guru-guru lepasan UPSI? Sejak Kementerian Pengajian Tinggi diadakan makin ranum masalah ini. Tak tahu KPM terlepas pandang atau KPT yang tak bergerak? Anda bayangkan KPM sanggup berbelanja lebih untuk melatih semula siswazah yang bukan kelulusan pendidikan di IPG sedangkan lulusan ijazah pendidikan dari IPTA masih berlambak terkial-kial menunggu penempatan. Nyamuk mati di seberang nampak gajah terlentang mati di depan mata terpijak. Bukan tak nampak, tapi malang sekali rakan-rakan yang memilih bidang ini.

Balik kepada tanggungjawab pihak yang berwajib, setakat ini tiada penjelasan daripada KPM mahupun KPT. Hanya khabar angin yang diterima yang mengatakan KPT tiada link langsung dengan KPM dalam soal penempatan lulusan pendidikan yang dimaksudkan. Ada yang kata KPM tak dapat menempatkan sebab kota guru dah lebih.

Setahu saya masih terdapat sekolah-sekolah yang masih kekurangan guru sehingga smencecah sepuluh orang. Ini menjadi bebanan berat kepada pihak pengurusan sekolah dan guru-guru kerana jadual dipadatkan dengan ” SIT IN “. Kata nak kurang beban guru. Sehubungan itu terpaksa buka ruang untuk guru sandaran tidak terlatih yang bukan lulusan bidang pendidikan.Sampai bila usaha kita untuk memertabatkan bidang keguruan ke arah atau menjadi bidang profesional?

Melentur buluh mestilah dari rebungnya. Binalah insan dari peringkat awal supaya bijak memilih dalam pelbagai perkara. Untuk itu kena pakai juru bina yang terlatih.

Sekadar menulis sebab setakat ini aduan yang senasib seperti ANJING MENYALAK BUKIT.

By: BJ