Posts Tagged ‘Sarawak’
Harga Rumah Terlamapau Mahal di Bintulu
Saya merupakan salah seorang pendatang yang telah menetap di Bintulu kerana bekerja di sini. Saya dapati harga rumah di Bintulu, Sarawak adalah terlalu mahal bagi orang yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Beberapa minggu yang yang lalu, saya telah bertanya dengan pembangun harga rumah teres tengah 2 tingkat, dan harga jualan yang mereka beritahu ialah RM398000. Harga ini adalah agak tidak munasabah bagi mereka yang baru bekerja selama 5-10 tahun dan berpendapatan RM2000-3500.
Aduan Banjir di Kampung Stutong BDC Stampin, Kuching
Di sini kami ingin mengadu tentang masalah banjir yang sering berlaku di Kampung kediaman kami. Keadaan ini amat membimbangkan kami kerana setiap kali air pasang, air dari longkang dan sungai akan melimpah dan memasuki halaman rumah kami.
Keadaan paling buruk yang pernah menimpa kami adalah ketika musim hujan disember tahun lepas. Air banjir setinggi hampir 3 kaki melimpah masuk ke dalam rumah dan menyebabkan kerosakan harta benda seperti perabot dan alat elektrik.
Masalah air di Simunjan, Sarawak kian meruncing
Sudah hampir 4 bulan masalah air di Simunjan Sarawak tidak dapat ditangani oleh Pemimpin Kawasan kami. Keadaan semakin kritikal masa ini kerana Loji Air Simunjan yang menampung air kepada penduduk Daerah Simunjan sudah kekeringan. Tangki (tong) air sudah diletakkan di kawasan Pasar dan Kampung Nanas Simunjan, tetapi kawasan kampung lain yang paling kritikal tidak ada air, belum lagi diberi tangki air tersebut. Keadaan ini menyebabkan penduduk berebut-rebut mengambil air di kawasan pasar. Read the rest of this entry »
Skim gaji DG44 yang merugikan
Baru-baru ini segolongan warga pendidik kecoh kerana tak puas hati dengan kiraan tahun dalam urusan kenaikan pangkat/gred secara time-based sama ada dari DG29 ke DG32 mahupun dari DG41 ke DG44. Bagi guru yang lebih daripada 8 tahun dalam gred asal, tanpa sebarang pekeliling, tarikh lantikan mereka adalah lebih daripada 8 tahun tidak seperti yang termaktub dalam skim baru yang mengganti SPBA yang tidak menjadi. Nampak sangat urusan penting seperti ini dilaksanakan tanpa sistem yang adil, betul, telus dan sesuai.
Lebih malang lagi bagi mereka yang dilantik, bergaji lebih daripada gaji minimum gred baru mereka. Kita ambil contoh nilai kenaikan dari DG41 ke DG44. Gaji asal atau gaji pokok dalam gred sebelum sekadar ditambah dengan RM225 ( nilai kenaikan tahunan DG41) sedangkan bagi golongan yang gaji mereka di bawah tangga gaji minium gred baru dalam urusan kenaikan pangkat dianjak ke tangga gaji minimun kemudian ditambah dengan RM250 (nilai kenaikan tahunan DG44) jika perbezaan dengan tangga gaji minimum gred baru kurang daripada nilai kenaikan tahunan gred Dg41.
Kedaifan Jalan Raya di Saratok
Saya merupakan seorang ‘tuai rumah’ di sebuah perkampungan yang terletak di daerah Saratok, dengan lebih terperinci saya memberitahu rumah panjang saya terletak di Engkudu Atas yang beralamat Tr. Lembang, Engkudu Atas, Sebetan 95400, Saratok, Sarawak.
Jalan raya berkeadaan berbatu-batu dan berdebu, tidak bertar seperti jalan raya biasa. Kesukaran penduduk saya melewati jalan raya ke rumah panjang untuk ke pekan yang terdekat meskipun rumah panjang kami telah berada di bawah naungan dua (2) orang pemimpin kerajaan, namun permasalahan ini tetap tidak diendahkan setelah banyak kali pihak kami membuat aduan kepada mereka.
Penempatan Guru Lepasan UPSI
Apa nak jadi dengan guru-guru lepasan UPSI? Sejak Kementerian Pengajian Tinggi diadakan makin ranum masalah ini. Tak tahu KPM terlepas pandang atau KPT yang tak bergerak? Anda bayangkan KPM sanggup berbelanja lebih untuk melatih semula siswazah yang bukan kelulusan pendidikan di IPG sedangkan lulusan ijazah pendidikan dari IPTA masih berlambak terkial-kial menunggu penempatan. Nyamuk mati di seberang nampak gajah terlentang mati di depan mata terpijak. Bukan tak nampak, tapi malang sekali rakan-rakan yang memilih bidang ini.
Balik kepada tanggungjawab pihak yang berwajib, setakat ini tiada penjelasan daripada KPM mahupun KPT. Hanya khabar angin yang diterima yang mengatakan KPT tiada link langsung dengan KPM dalam soal penempatan lulusan pendidikan yang dimaksudkan. Ada yang kata KPM tak dapat menempatkan sebab kota guru dah lebih.
Isu catuan air di Simunjan tiada kesudahannya
Saya ingin membuat aduan menerusi website ini kerana isu catuan air di daerah Simunjan, Sarawak tidak berkesudahan setelah berlanjutan selama 3 bulan. Tiada pihak yang sudi bertanggungjawab ke atas perkara ini.
Seluruh penduduk Simunjan hidup sengsara dengan keadaan yang sangat kekurangan air. Kami hanya dibekalkan dengan air sungai 2 kali sehari iaitu pada awal pagi dari pukul 5.30am sampai 7.00am dan petang pukul 5.00pm sampai pukul 9.00pm. Bekalan air ini tidak stabil kerana ada juga sebahagian penduduk lambat mendapat sumber bekalan air oleh sebab tekanan air rendah serta persaingan untuk menakung air.
Masalah Proton Preve tiada kesudahan
Saya membeli sebuah kereta Proton Preve CFE premium dan menerimanya pada 12 Jun 2012, namun ketika saya mengambil kereta tersebut, didapati kereta tersebut tidak dapat bergerak walaupun telah gear telah ditukar kepada mode “D”,”R”,”S” kerana masalah pada TCU dia. Setelah diganti TCU yang baru, saya mengambil dari SC semula pada 15 Jun 2012
Masalah baru pula telah dikenal pasti pada 21 Jun 2012. Kali ini kereta tersebut didapati terdapat kebocoran pada enjinnya. Sekali lagi Proton Preve kereta Global ini terpaksa dihantar ke SC. setelah seminggu lebih pihak proton mencari masalah dan menunggu alat ganti, kereta Global saya tadi akhirnya disahkan pulih dari masalah kebocoran dan diambil keluar dari pusat servis pada 5 Julai 2012.
Status Penjawat Awam dicurigai sama ada telah berkahwin atau bersedekedudukan
Salam sejahtera, saya merupakan seorang penjawat awam dan tinggal di kuarters kerajaan, apa yang merunsingkan saya ialah terdapat seorang penghuni bergama Islam yang tinggal di dalam kuarters kerajaan tersebut juga di ragui status taraf perkahwinan dia.
Perkara ini telah diadu kepada kepada Majlis Agama Islam Sarawak (Miri) namun tiada tindakan dari pihak mereka seolah-olah pegawai penguatkuasa yang bertugas di Majlis Agama Islam tersebut cuba untuk melindungi individu tersebut mungkin kerana individu tersebut merupakan kenalan beliau.
Diserang lalat dari reban ternakan ayam
Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan kampung Koran Mawang (daerah Serian di Sarawak) amat kesal dengan sikap para penternak ayam bersubsidi, yang menternak ayam-ayam mereka yang letak nya hanya di sebelah rumah kami yang jauhnya hanya beberapa langkah sahaja. Mengikut undang-undang di dalam Buku “AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN ”, premis(reban) harus dibina sekitar 100 meter dari kawasan perumahan,tetapi mereka membina sekitar jarak beberapa langkah sahaja dari kawasan rumah.
Ditambah pula dengan bau yang sangat tidak menyenangkan , lalat dan nyamuk yang berterbangan AMAT mengganggu ketenteraman kami penduduk disekitarnya.Sistem ternakan yang tidak mengikut peraturan langsung. Apabila ditanya mengapa mereka membina reban ayam di situ, jawapan yang kami dapat adalah kerana Kerajaan tidak memenuhi seperti apa yang dijanjikan dimana akan menyediakan kelengkapan untuk membuah reban ayam, dan sekarang sudah 3 bulan berlalu kami menanggung sensara berdepan dgn masalah bau busuk dan masalah lalat yang tidak terkawal. Sampai bilakah kami harus berdepan dengan masalah ini.





