Profesion Perubatan?

Jika seorang Doktor itu tidak tahu merawat pesakit,layakkah ia bergelar seorang Doktor?atau seorang Jururawat yang tidak mahu menjaga pesakit dibawah jagaannya,layakkah ia bergelar seorang Jururawat?

Kalau anda ingin tahu,inilah yang berlaku dalam profesion perubatan di hospital-hospital di dearah Kota Kinabalu.Ia sangat memalukan apabila seseorang yang bergelar Doktor sering kali bertanya maklumat pesakit kepada ahli keluarga atau penjaga pesakit sedangkan setiap maklumat pesakit telah direkod dalam data maklumat yang disimpan di hospital ataupun Kementerian Kesihatan Malaysia, begitu juga para jururawat yang terasa terbeban untuk menjaga pesakit dalam jagaan mereka.

Bercakap tentang jururawat yang mempunyai sikap seperti ini adalah satu sikap yang telah melanggar profesion kejururawatan dalam bidang perubatan,anda akan jumpa jururawat yang bersikap seperti ini di Pusat Penjagaan Lingzhi Kapayan.Bukan itu sahaja, Driver Ambulance sering tidak “available” apabila berkerja lebih masa atau jarak jauh dan yang lebih menyedihkan apabila seorang pesakit lumpuh seluruh badan tidak layak dihantar oleh ambulance tapi harus dibawa pulang oleh ahli keluarga melalui enisiatif sendiri dan dikeluarkan dari pusat jagaan hospital kerana dengan alasan tidak boleh dirawat tanpa melakukan sesi rawatan seperti fesioterapi dan rawatan yang berkaitan.

Hal ini berlaku sendiri kepada ahli keluargaku sendiri apabila pihak hospital megeluarkan ayahku dari pusat jagaan hospital tanpa mendapat rawatan yang sepatutnya dan begitu juga kepada para jururawat yang sering mengeluh apabila melakukan tugas mereka sendiri.Saya berharap agar pihak berwajib segera memantau masalah ini dan membuat tindakan sewajarnya kerana masalah ini boleh mencemar profesion perubatan di Malaysia.

By: Rahman

KLMU Lewat Membuat Pembayaran Balik Baki PTPTN

Salam 1 Malaysia,

Saya adalah bekas pelajar kolej Cosmopoint Sabah untuk sesi 2008-2011. Selepas tamat sahaja praktikal, kami di minta untuk mengisi borang refund(pembayaran balik) baki PTPTN. Namun tiada respon/surat yang saya terima sebagai pemberitahuan atau maklumat.

Pada tahun ini,bulan Mac, saya telah membuat follow up terhadap refund tersebut, tapi pihak kolej mengatakan bahawa kami dikehendaki untuk mengisi borang tersebut sekali lagi memandangkan borang yang lama telah hilang disebabkan kononnya oleh kelalaian staf lama yang sudah berhenti kerja. Seharusnya jika borang tersebut hilang mereka harus memaklumkan kepada para pelajar.

Saya telah mengisi borang refund tersebut untuk yang kedua kalinya pada bulan April lalu. Saya kerap kali membuat follow up dan pihak kolej akhirnya memberikan saya nombor telefon pusat kewangan KLMU. Sehingga kini pihak kewangan KLMU masih mengatakan dokumen saya masih dalam proses padahal dokumen tersebut telah dihantar sudah berbulan lamanya.

Saya sudah mula membayar PTPTN sejak 2012 lagi, tapi baki pinjaman saya belum selesai sehingga kini. Hal ini turut dialami oleh rakan-rakan saya yang lain di kolej yang sama.

Adalah diharapkan agar tindakan lanjut dapat dicadangkan/diambil oleh pihak yang bertanggungjawab.

By: Stephanie

Bayar Gaji Tidak Mengikut Pekeliling di tetapkan

Saya bertugas di Jabatan Pertanian Sabah sebagai Pekerja Sambilan Harian ingin membuat aduan berkaitan Pembayaran Gaji pekerja-pekerja sambilan di jabatan ini yang tidak mengikuti PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 2/2013 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN.Ruj:[JPAN: 700-117/103 JLD.2/(60)].Negeri Sabah.

Di mana kami pekerja-pekerja Sambilan harian yang sepatutnya di bayar gaji harian dengan jumlah RM54.00 sehari dengan mengikuti kelulusan SPM tetapi kami di bayar upah harian dengan jumlah RM 38.00 dengan kelulusan darjah 6 saja.Kami merasa teraniaya dan tertindas dengan pengambilan Pekerja Harian Jabatan Pertanian Sabah yang tidak mengikuti Prosedur yang di tetapkan kerajaan negeri Sabah.Dengan gaji RM600 sebulan yang kami perolehi serta sara hidup yang tinggi di Sabah bolehkah kami menampung sara hidup dengan upah sedemkian,sedangkan bidang tugas yang diberikan ada yang diantara kami yang menjalankan kerja-kerja kritikal dan dua tugas dalam satu masa.Untuk makuman,Ada juga di antara kami pekerja-pekerja Sambilan Harian yang berkelulusan STPM dan berijazah yang menerma bayaran upah harian RM 38.00 sehari walaupun melaksanakan tugas berbentuk perkeranian atau tugas yang setara dengan kelayakan SPM tetapi tidak di bayar upah sebanyak RM54.00 sehari tapi juga lulusan darjah 6 RM38.00.

Mohon perkara ini dapat dipanjangkan dan dibawa kepengetahuan pihak-pihak berwajib dan adalah amat menyedihkan sebuah negeri yang kaya telah sanggup menganiaya pekerja-pekerja Bumiputera anak negeri sendiri.Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan baik kami pekerja-pekerja Sambilan Harian Jabatan Pertanian Negeri Sabah akan membawah perkara ini kemuka pengadilan dan ke pihak-pihak jemaah menteri negeri.

By: Hassan Bin Basri

Layanan Buruk Pihak Hospital Pesakit Luar Lahad Datu

Saya ingin membuat aduan tentang layanan buruk pihak hospital Lahad Datu. Baru-baru ini, 19hb Ogos 2013(isnin), mak saya yang berumur hampir 60 tahun telah di layan dengan buruk oleh staff hospital pesakit luar Lahad Datu.

Pada mulanya, mak saya telah mendaftar dan mendapat nombor 300 lebih dan terpaksa menunggu lama. Apa bila berjumpa Dr. , mak saya di marah dan Dr. yang tak bertamadun pun meninggikan suara kepada mak saya yang kepenatan . Dr. tiada timbang rasa dan hormat itu menyuruh mak saya ke makmal no.14, bila mak saya cuba bertanya dengan staff di kaunter kononnya tempat pertanyaan , hanya menjawab ” no. 14, no.14 la . . . tau ka . . pegi la no.14, cari sendiri.”

Begitukah cara melayan pesakit, terutamanya orang tua. Mak saya hanya terdiam mengangguk mengiyakan kata-kata kurang beradab staff hospital tersebut.

Mak saya seorang warga tua, yang tidak biasa dengan keadaan itu terus berjalan bertanya orang-orang di situ dengan hati yang sebak, memikirkan dirinya yang tidak di hormat sebagai orang yang sudah tua ,  dan kurang sihat. Dari pagi sehingga petang mak saya berada di hospital, menunngu sehingga selesai. Hanya mampu bersabar dan bertahan dengan karenah kurang ajar staff di hospital tersebut.

Mak saya seorang yang lemah lembut, hanya tahu mengiyakan cakap orang lain, tidak pernah menyusahkan orang. Cerita ini pun terkeluar setelah saya bertanya mak saya, kenapa jadi sakit teruk setelah seminggu dari hospital. Mulanya mak saya tidak ingin bercerita, tapi akhirnya saya dapat tahu daripada adik saya, bila saya tanya semula mak saya, dia pun mula menceritakan sambil mengalirkan air mata.

Saya tidak pasti sama ada aduan ini akan sampai, atau berkesan kerana saya kurang yakin. Tapi seorang kawan saya telah memberi cadangan menggunakan saluran ini.

Saya amat berharap, perkara ini di ambil tindakkan supaya tidak berlaku kepada warga emas yang lain dan ibu kepada orang lain.

By: M. Farid

56 tahun Penderitaan Penduduk Kg. Jaya Bakti, Beluran

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, kami sekeluarga dari semenanjung berkunjung ke rumah salah seorang saudara rapat kami yang berada di Beluran, Sabah. Alhamdulillah, penduduk sabah sangat baik dan mesra.persekitarannya pun tenang.

Malangnya apa yang mengecewakan kami ialah masih ada lagi segolongan rakyat malaysia yang tidak dapat mengecapi kelengkapan dan kemudahan asas untuk hidup iaitu BEKALAN AIR.

Menurut penduduk kampung Jaya Bakti,Beluran , Sabah, Acap kali mereka semua sudah menyuarakan kepada hal yang bertanggungjawab namun, hanya tong-tong air sahaja diberikan. mana sumber airnya??

Seperti yang kita tahu, air amat penting sekali berbanding dengan keperluan lain. Jika tiada air, bagaimana hendak memasak, bagaimana hendak mengambil wuduk, kebersihan diri untuk solat (bagi yang muslim) dan bagaimana hendak melakukan rutin harian lain? Tepuk dada dan fikir-fikirkan lah. mengapa masih ada lagi hal-hal seperti ini?

INGAT, AMANAH YANG DIBERI OLEH ALLAH ITU, AKAN DISOAL KEMBALI APABILA TIBANYA AKHIRAT.AMANAH ITU TANGGUNG JAWAB. TANGGUNGJAWAB BERMAKNA, TANGGUNG DI DUNIA,JAWAB DI AKHIRAT!

Seperti yang diberitahu, penduduk kampung Jaya Bakti, Beluran ini hanya mengharapkan air hujan yang turun dan juga air sungai.Tetapi itu semua di luar kawalan manusia. Jika musim kemarau berlaku, dan tiada hujan turun, bagaimana mereka menjalankan rutin harian mereka? Saya percaya tuan/puan juga adalah seorang muslim.Tentu dapat berfikir dengan logik bukan? :)

PENDUDUK KAMPUNG BAKTI YANG KIRA-KIRA LEBIH 1500 ORANG HIDUP DENGAN HANYA TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN MENGGUNAKAN AIR ANAK SUNGAI DAN LONGKANG KOTOR UNTUK MANDI, MEMASAK,MINUMAN DAN MENJALANKAN RUTIN SEHARIAN SEBAGAI MANUSIA DAN ORANG ISLAM. JIKA SEBULAN HUJAN TIDAK TURUN MAKA SEBULAN LAH MEREKA TONG-TONG TADAHAN MEREKA KERING.NAUZUBILLAH!

Penderitaan itu amat saya rasai setelah lebih tiga minggu berkampung di sana. Allahuakbar, hanya Allah sajalah yang tahu kesusahan mereka. Mungkin dari pihak yang bertanggungjawab tidak pernah merasai bagaimana keperitan dan penderitaan hidup mereka,apatah lagi yang ada anak-anak kecil di rumah tidak kurang juga suri rumah sepenuh masa.
Sumber pendapatkan mereka bukan lah lumayan sampai beribu-ribu untuk membeli tong-tong air dan beli air mineral di luar.

Kesengsaraan yang ditanggung sejak 30 tahun lalu berikutan ketiadaan bekalan air bersih, semakin membebankan setiap kali musim kemarau antara Januari hingga April setiap tahun!!.Walaupun ada air sungai yang berhampiran seperti yang saya nyatakan tadi, ianya masih tidak boleh digunakan disebabkan pencemaran sungai yang dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa toksik beberapa kilang pemprosesan kelapa sawit sejak 1989.

Seperti yang diberitahu , penderitaan penduduk akibat ketiadaan bekalan air bersih bukan setakat menghimpit mereka sejak sebelum merdeka, malah selepas negara mencapai kemerdekaan. kesiannya nasib mereka.Mereka ialah Rakyat Malaysia sama seperti kita , Tapi mengapa perkara ini masih terjadi dan tidak diambil berat walaupun sudah berulang kali diutarkan ke pihak berkenaan.ianya seperti mencurah air ke daun keladi.

Secara kebetulan, saya menjumpai keratan akhbar Berita Harian bertarikh
3 OKTOBER 2010 bermakna ianya telah diadukan kepada pihak berkenaan 3 tahun yang lalu,mengapa perkara ini dibiarkan?? Pihak mana yang bertanggungjawab? 3Tahun , perkara ini dibiarkan sepi seperti pasir di tepi jalan.Kami berasa kecewa dan hanya terpaksa menggeleng kepala sahaja.

Sila rujuk keratan akhbar disini.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KKB007X/Article/

Namun, yang saya banggakan ialah semangat penduduk disini.Mereka tidak pernah berputus asa menhubungi pihak bertanggungjawab.Mereka teruskan hidup mereka dengan semangat gigih dan kesabaran yang sangat-sangat tinggi.Pesanan saya, ialah tiada gunanya kita membangunkan kawasan-kawasan yang sudah terbangun dan megah, kan bagus jika dibangunkan kawasan-kawasan yang belum terbangun.Hanya Allah Taala sahaja tahu keperitan hidup mereka.

Semoga Pihak bertanggungjawab dan berkenaan cakna dengan perkara ini kerana ia melibatkan kebersihan, keimanan dan kehidupan manuisa .Bagaimana kita hendak bertemu dengan Allah jika keadaaan diri kita kotor dan tidak bersih?Pemimpin diberi tanggungjawab untuk memimpin dan membantu orang lain. Dengan ini, saya memberi amanah kepada tuan/puan yang menerima aduan ini.Semoga kita semua dapat membantu penduduk malaysia yang masih dalam keperitaan dan penderitaan serta dengan membantu mereka ini, kita pun dapat meningkatkan amalan kita .

Sekian Terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan tuan/puan.Semoga dipermudahkan urusannya. (^_^).aamen,
Assalamualaikum.w.b.t

By: AZURIN

Layanan buruk staff nurse Hospital Besar Tawau

Saya ingin membuat aduan mengenai sikap kurang bertanggungjawab staff nurse di wad maternity 1, Tingkat 1, Hospital Besar Tawau. Adik ipar saya telah dimasukkan ke wad ini pada hari Ahad, 18 Ogos 2013 setelah mengalami masalah dengan kandungannya yang sudah berusia 7 bulan. Setelah mendapatkan pengesahan bahawa bayi di dalam kandungan telah tiada, adik ipar saya telah di tahan di wad maternity 1 sehingga sekarang.

Apa yang membuatkan saya tidak puas hati adalah layanan yang diberikan oleh kebanyakan staff nurse di wad tersebut yang tidak ikhlas melayan pesakit seperti mereka cuma terpaksa membuat kerja mereka. Tidak pernah senyum kepada pesakit mahu pun kepada pelawat pesakit yang datang tetapi cuma menunjukkan muka masam mereka sahaja. Memandangkan keadaan kesihatan adik ipar saya yang kurang baik, suaminya mengambil keputusan untuk menjaganya di wad tersebut tetapi dilarang keras oleh staff nurse di sana. Saya tidak kisah jika staff di situ menjaga pesakit-pesakit dengan baik. Tetapi kebanyakan dari mereka hanya melepak dan bercerita di kaunter sahaja. Semua pesakit terpaksa mengurus diri sendiri walaupun dalam keadaan yang sakit teruk.

Di manakah sikap yang patut ada pada setiap staff nurse terutama sekali di wad maternity yang rata-rata pesakitnya memerlukan layanan yang baik dan ikhlas? Di mana perginya motto ‘Kami sedia membantu’ serta piagam pelanggan yang sentiasa dilaung-laungkan?

TARAF PERKHIDMATAN

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  2. Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
  3. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

Kesemua taraf perkhidmatan yang dinyatakan di atas langsung tidak dipraktikkan di wad tersebut. Saya berharap pihak yang berwajib akan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini.

Sekian, terima kasih.

By: sharmila

Kepincangan Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah

Saya ingin membuat aduan berkenaan kepincangan Jabatan Tanah dan Ukur negeri Sabah yg mana dikenalpasti oleh kebanyakkan rakyat Sabah sebagai diantara Jabatan kerajaan yg bermasalah di Sabah.

Jabatan Tanah dan ukur yg ada di seluruh Sabah sama ada di bahagian peringkat Daerah mahupun Ibu pejabatnya di kota kinabalu, Dan termasuklah Ibu pejabat Jabatan Pertanian kota kinabalu iaitu bahagian yg terlibat dengan proses permohonan tanah ..sememangnya cukup serius dengan masalah rasuah.

Bagi Jabatan Tanah pula, apa yg diberitahu kepada para pemohon ialah proses Permohonan Tanah adalah cuma mengambil masa selama 2 tahun utk mendapatkan Geran.Namun apa yg terjadi sehingga 5 tahun pemohon menunggu masih juga kelibat Geran tidak kelihatan.

Adalah dipercayai bahawa kebanyakkan permohonan tanah oleh pemohon-pemohon kebiasaannya akan disimpan lama-lama oleh para pegawai di mana-mana bahagian yg terbabit dgn permohonan itu sampai.Tujuannya ialah supaya para pemohon akan terdesak utk mendapatkan Geran Tanah mereka,Dan pegawai-pegawai di tempat-tempat di mana fail permohonan itu diserah akan meminta habuan mereka utk memberi geran ataupun mempercepatkan proses permohonan tanah tersebut, yang mana mereka minta diRASUAH dlm bentuk wang ringgit yg mencecah 5 ribu dan keatas.

Adalah sukar diterima sekiranya alasan yg diberi oleh Pengarah Jabatan Tanah mahupun kementerian yg terlibat dgn permasalahan Jabatan Tanah ini adalah berpunca daripada kekurangan kakitangan yg bertugas TERUTAMA sekali pegawai-pegawai atasan utk setiap bahagian di tempat-tempat fail permohonan itu berada.

Saya rasa tidak ada masalah yg tidak boleh diatasi di Jabatan Tanah oleh pihak Jabatan sendiri mahupun kerajaan negeri Sabah.Masalah ini sudah terlalu lama.Yang bikin sakit hati ialah mereka sengaja melambat-lambatkan permohonan ataupun menahan/menyimpan permohonan tersebut dgn berharap ada individu yg sanggup mengeluarkan duit bagi mempercepatkan proses permohonan tanah mereka.

Setahu saya utk di Jabatan Pertanian kota kinabalu sahaja bahagian yg terlibat dgn permohonan tanah boleh dirunding dgn 7 ribu ringgit dan keatas dan akan dibahagikan hasil rasuah ini kepada 4 atau 5 individu yg bertugas di sana.Manakala bagi Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu sahaja rasuah boleh diberi bermula dgn serendah 10,000 ringgit dan keatas dan akan dibahagikan kepada 2 individu iaitu pegawai atasan.

Kalau kerajaan benar-benar ingin membantu rakyat, kerajaan negeri haruslah mencari formula bagi mengatasi masalah ini yang telah menyusahkan rakyat Sabah sekian lama.Malah masalah proses permohonan tanah yang terlalu panjang dan lama ini haruslah diatasi dengan bijaksana agar rakyat yang susah tidak bertambah susah.Bayangkan seperti kes-kes tanah org-org kampung yg dirampas oleh org-org kaya yg memohon tanah bertindih dgn tanah org -org kampung Dan mereka boleh mendapat tanah org kampung ini dengan cara RASUAH.Ini bukan sistem yg baik iaitu sistem SIAPA ADA DUIT..DIALAH YG PUNYA.

Saya harap perkara ini mendapat perhatian dari Aduan Rakyat dan dapat dipaparkan kepada umum demi kebaikkan semua.

By: cladius n

Janji PM harus ditepati: Jalan Wangkod Topokon

Salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia.

Janji PM yang melaung-laungkan bahawa Jalan raya Wangkod Topokon, Tuaran akan diturap, masih belum kelihatan akan terlaksana. Adakah ini semata-mata janji kerajaan untuk pancing undi atau sebaliknya? Mohon kerajaan peka terhadap permasalahan rakyat. Apatah lagi, kami penduduk di Kg. Wangkod Topokon yang mahukan jalan raya kami diturap.

Memandangkan jalan raya ini adalah jalan utama bagi 5 buah kampung , adalah wajar kerajaan menumpukan sepenuhnya perhatian dan menepati janji bahawa jalan raya Wangkod Topokon akan diturap tahun 2013. Tapi apa yang menyedihkan belum pun ada tanda-tanda bahawa jalan raya Wangkod Topokon akan di turap.

Apa dah jadi sebenarnya? jangan katakan ni permainan politik. Mohon Kerajaan ambil perhatian terhadap masalah kami. Datang dan lihat sendiri, jalan raya kami masih belum diturap!

By: Tyxia Lee

Graduan Pendidikan 2011 : KPM abaikan

Salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia;

Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat tidak adil apabila KPM hanya menguruskan graduan pendidikan IPTA keluaran 2012 sahaja untuk sessi temuduga guru dan pengambilan guru. KPM lansung tidak memberi perhatian kepada nasib graduan pendidikan yang berlambak menganggur di luar sana. Atas alasan KPM tidak ada kekosongan jawatan guru. Tetapi persoalannya, mengapa masih membuka sessi temuduga guru untuk graduan 2012.

Dasar kerajaan yang sering berubah-ubah amat menyusahkan graduan pendidikan yang menganggur untuk sekian lama. Matlamat untuk memantapkan sistem pendidikan konon, tetapi pada masa yang mengehadkan atau membekukan pengambilan guru bagi graduan 2010 -2011. Pengurusan apa semacam ni. Untuk pengetahuan KPM; berikut adalah graduan pendidikan yang masih menganggur. Nasib graduan yang tidak pernah diambil perhatian oleh KPM. Tidak pernah menerima panggilan sessi temuduga guru apatah lagi menerima penempatan. Sudah menganggur 2 tahun.

Graduan Pendidikan IPTA (TESL) , Mei 2011 , UiTM Cawangan Sabah

Graduan Pendidikan IPTA (Matematik) , November 2011, UMS Sabah

Mohon KPM ambil tindakan segera dan bertindak adil untuk graduan pendidikan yang tercicir.

 

By: Lee Tze

Keselamatan pelajar UMS Sandakan

Saya salah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan ingin membuat aduan berkaitan dengan keselamatan kami. Untuk pengetahuan pihak tuan penceroboh sulu itu sudah berada hampir dengan kampus kami. Kami berasa tidak selamat dengan situasi semasa ini.

Ketika kami keluar ke pasar raya Giant, salah seorang kawan saya terdengar bunyi tembakan. Kampus kami terletak di pedalaman yang dikelilingi dengan ladang kelapa sawit iaitu batu 10 sungai batang ini menyebabkan peluang untuk mereka menyerang kami juga tidak terjangka. Kami tidak dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa dan emosi kami juga terganggu kerana kami tidak dapat membezakan antara orang tempatan dengan penceroboh sulu.

Peluang untuk penceroboh terbabit untuk menjadikan kami sebagai tebusan juga sangat tinggi kerana kawasan kampus kami yang sunyi dan berhampiran dengan sg. manila. Kami sentiasa dihimpit ketakutan dan ada juga yang mengalami trauma akibat terdengar bunyi tembakan. Kinabatangan yang berada hampir dengan kami juga telah diceroboh, bantulah kami untuk kami balik ke kampung halaman untuk menjamin keselamatan kami.

Untuk pengetahuan pihak tuan jarak antara kampus kami dengan lahad datu lebih kurang 100km manakala jarak antara kinabatangan dengan kampus kami 80km. Kawalan keselamatan kampus kami juga hanya membekalkan seramai 8 orang pengawal sahaja untuk memerhatikan kami seramai 250 orang pelajar, kami berasa terancam dan sangat takut. Kami harap pihak tuan dapat memberi kami semua cuti dan menangguhkan pengajian kami buat sementara waktu sehingga situasi ini reda. Terima Kasih

By: Anisah

Lambakan Pusat Perjudian Haram di Sabah

Pembangunan di Negeri Sabah kian pesat membangun, dapat dilihat dari segi penambahan insfratuktur dan bertambahnya bangunan, perumahan dan lot kedai di seluruh bandar di sekitar negeri Daerah di Negeri Sabah ini,

Walaubagaimanapun, kebanyakan lot2 kedai disalah gunakan, kebanyakan yang dapat kita dengar mereka gunakan untuk membuka premis haram, contohnya kita dapat lihat di Plaza Kingfisher Kota Kinabalu, premis haram yang dijadikan sebagai tempat bermain judi sangat banyak, lebih banyak dari kedai runcit.. Menurut salah seorang remaja yang tinggal di sekitar tempat tersebut, terdapat 7 buah premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram di bangunan Plaza Kingfisher ini.. Bila ditanyakan mengenai serbuan pihak berkuasa, remaja ini hanyalah tersenyum dan berkata ” ada serbuan tutuplah, semua taukeh ni tau waktu serbuanlah, bila, jam berapa…. ” saya terdiam mendengar kenyataan remaja tu, ada kebenarannya jugak, klo betul ada penguatkuasaan, kena premis2 ni bertahan bertahun2.. Mengaut keuntungan secara haram.. Itu baru di plaza kingfisher, belum di sekitar bandar Kota Kinabalu..

Daerah lain juga menjadi sasaran taukeh-taukeh judi ini, kota belud, papar, tenom, sipitang, tambunan, kudat, tawau, sandakan, lahad datu dan hampir semua daerah.. Kebanyakan pengunjung adalah remaja.. Pembukaan premis seperti ini hanyalah menggalakkan jenayah, kecurian, rompakan, peras ugut dan banyak lagi, selain itu moral anak muda kita akan hilang..

Saya merayu kepada pihak berkuasa, bentraslah kegiatan ini, jauhilah rasuah sekiranya ia berlaku, SEMOGA TUHAN MEMBERKATI KITA SEMUA.

By: Ahmad

Sekolah Kerajaan tidak menyahut hasrat kerajaan

Hasrat kerajaan dalam frasa “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dilihat tidak dijalankan sepenuhnya oleh sebuah sekolah kerajaan di daerah Kota Kinabalu yang berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa AirAsia. Sekolah ini mempunyai hampir 1000 orang murid sekolah tahun 1 hingga tahun 6 dan terletak 7 kilometer daripada bandaraya Kota Kinabalu.

Pendaftaran bagi tahun 2013 di sekolah tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya ibu bapa kerana bayaran yuran sekolah yang terlalu tinggi bagi murid-murid yang ingin menyambung persekolahan pada tahun 2013. Sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan yuran sekolah di seluruh sekolah kerajaan namun begitu, keadaan ini tidak terjadi di sekolah yang dinyatakan. Bayangkan, murid-murid tahun 6 perlu membayar yuran melebihi RM200 manakala murid-murid tahun 1 pula perlu membayar sebanyak RM130.

Hal ini tidak seharusnya terjadi kerana sekolah memaksa murid-murid sekolah untuk membeli kelengkapan sekolah yang disediakan oleh koperasi sedangkan ibu bapa telah menyediakan bahan-bahan tersebut sebelum anak-anak masuk ke sekolah. Harga kelengkapan yang disediakan oleh koperasi sekolah pula adalah lebih mahal berbanding harga pasaran. Begitu juga dengan pakaian sukan, tali leher bagi lelaki dan sebagainya perlu dibayar oleh ibu bapa sedangkan anak sudah memiliki kelengkapan tersebut sebelum ini pada musim persekolahan yang lepas. Perkara ini sangat tidak relevan dan perlu diketahui oleh khalayak. Kita tidak mahu wujudnya diskriminasi antara sekolah-sekolah kerajaan yang yuran sekolah tidak mencecah RM30 hingga RM50 walaupun terletak di daerah yang sama.

Walaupun bagi sesetengah ibu bapa, yuran tersebut tidaklah terlalu tinggi tapi jika kita lihat dari sudut lain di mana terdapat ibu bapa yang hanya bekerja secara kontrak terpaksa menghantar dua atau tiga orang anak ke sekolah tersebut. Perkara ini sangat membebankan bagi mereka dan kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab haruslah peka terhadap keadaan mereka yang kurang bernasib baik tetapi mahukan anak-anak mereka berjaya dalam pendidikan.

Namun begitu, pada kali ini saya merasakan yuran sekolah tersebut terlalu mahal iaitu dalam kadar melebihi RM100 hingga RM200. Sebelum ini, yuran sekolah tersebut tidak pernah mencecah RM100 walaupun pada hakikatnya yuran sekolah kerajaan lain sebelum ini hanya RM20 atau RM30 sahaja. Saya dapat membandingkan sendiri yuran sekolah yang berdekatan dengan sekolah ini yang sangat jauh berbeza iaitu sebanyak 80 peratus. Perkara ini sangat mengejutkan saya kerana beberapa orang anak saya yang kini bekerja di sektor kerajaan dan menyambung pengajaran di peringkat university pernah bersekolah di tempat yang sama beberapa tahun yang lalu tidak pernah dikenakan bayaran yuran yang terlalu tinggi walaupun pada ketika itu yuran persekolahan belum lagi dikurangkan atau dimansuhkan.

Seperkara lagi yang ingin saya nyatakan ialah bantuan persekolahan RM100. Adakah pihak kerajaan menyatakan syarat-syarat bagi menerima bantuan tersebut? Di sekolah ini berlaku satu perkara yang diambil kira sebagai ugutan kepada para ibu bapa, murid-murid sekolah diberitahu bahawa ibu bapa yang tidak hadir pada mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), tidak akan diberikan bantuan kerajaan sebanyak RM100 tetapi sebaliknya perlu membayar pihak sekolah RM25. Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku semasa penyerahan bantuan tersebut bagi tahun ini, saya merasakan tindakan pihak pentadbir sekolah ini adalah keterlaluan kerana ibu bapa juga mempunyai komitmen lain seperti kerja selain menghadiri mesyuarat PIBG sekolah. Saya tidak akan menghadiri mesyuarat tersebut untuk melihat sejauhmana kebenaran pihak pentadbir sekolah terhadap perkara ini. Saya juga tidak akan mendiamkan diri sekiranya perkara ini benar-benar terjadi kerana penyerahan bantuan persekolahan RM100 dijangka akan diberi pada 15 Januari 2013.

Kenyataan saya di sini hanyalah luahan hati seorang ibu yang prihatin dan merasakan sendiri keadaan sebenar menyekolahkan anak di sebuah sekolah kerajaan yang kurang peka dengan hasrat negara dan masyarakat sekeliling. Saya berharap pihak pentadbir sekolah dapat diberikan kesedaran agar setiap pentadbir boleh menyahut hasrat yang dilaksanakan oleh kerajaan secara sama rata.

By: ibu prihatin

Masalah Penggunaan Bakul Plastik Di Sabah

Assalammualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Fauziah Binti Ahmad,saya hanya seorang rakyat biasa yang bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat swasta yang berada di Kota Kinabalu.

Saya merujuk kepada tajuk aduan saya iaitu ”Masalah Penggunaan Bakul Plastik Di Sabah”.Secara umumnya,ini bukanlah kali pertama masalah ini dikemukakan kepada pihak  yang bertanggungjawab dan masalah penggunaan bakul plastik ini sudah semakin ketara dan sesetengah pihak juga tidak menganggap ini sebagai satu masalah besar,namun saya ingin menegaskan bahawa rakyat di Sabah banyak menggunakan bakul plastik dan membuang bakul plastik yang telah digunakan dan tidak menyimpannya untuk di pakai semula atau di kitar semula.

Kebanyakan kedai-kedai di Sabah lebih cenderung menggunakan bakul plastik untuk mengisi barang-barang jualan.Saya ingin menyatakan bahawa saya amat kecewa kerana kempen mengurangkan penggunaan plastik kini seperti menjadi sebahagian dari perniagaan mereka kerana mengecas RM 0.20 untuk setiap plastik bukan la cara yang betul untuk mengurangkan penggunaan plastik kerana masyarakat kini tetap mahu membayar RM 0.20 untuk mendapatkan plastik.

Selain daripada itu,peniaga-peniaga seperti peniaga yang menjaja kuih dan di tamu-tamu juga menggunakan plastik untuk mengisi kuih dan makanan jualan mereka.Amalan ini amat membahayakan tahap kebersihan dan usia bumi yang semakin tua untuk menerima plastik yang dibuang kerana plastik tidak boleh direputkan di dalam tanah.Saya juga amat sedih apabila kebanyakan plastik hanya di buang ke dalam tong sampah biasa dan bukannya ke dalam tong kitar semula kerana kekurangan pengetahuan masyarakat dalam penggunaan tong kitar semula tersebut.Saya mohon agar pihak berkuasa segera mencari inisiatif baru untuk “Tidak Menggunakan Plastik Di Malaysia” untuk membantu bumi tercinta kita lebih ceria dan selamat didiami daripada pencemaran plastik ini.Adalah lebih baik untuk mengadakan kempen menanam pokok yang boleh menghasilkan kertas di seluruh Malaysia agar dapat menggantikan bakul plastik kepada bakul kertas kerana kos penanaman pokok lebih banyak membawa manfaat kepada manusia dan negara kita sendiri daripada pengitaran plastik.

Saya amat berharap aduan yang saya kmukakan ini bolehdi ambil tindakan secepat mungkin.Sekian `terima `kas`ih.

By: Fauziah Binti Ahmad