Kenaikan GAS pengguna

Sejak bulan lalu (April), saya telah mendapati tong-tong GAS pengguna telah ditukar nama kepada syarikat MIRO daripada sedia ada yang bernama Petronas, Mobil, Shell dll. Sejak ia ditukar, harga bagi setiap tong gas naik sebanyak RM1.00.

Saya cuba dapatkan penjelasan daripada pihak kedai dan mereka hanya menyatakan bahawa semua syarikta tong gas telah diambilalih oleh sebuah syarikat milik anak ahli politik terkenal di Malaysia. tetapi mereka enggan menyatakan siapa pemilik tersebut.

Setakat ini, saya tidak nampak dalam sebarang media bahawa kerajaan mengumumkan kenaikan bahan api gas pengguna. Adakah kenaikan gas ini mendapat kelulusan kerajaan atau dinaikan mengikut kesukaan pembekal?

Diharap pihak kerajaan memandang serius perkara ini. Kenaikan Rm1.00 membawa banyak impak terutamanya golongan sederhana dan miskin. makanan pun mungkin akan naik dengan menggunakan alasan ini.

By: Tong Wee Yeaw

Harga makanan yang mahal dan layanan pekerja yang teruk

Pada 22/8 bersamaan hari raya ke 4 saya ke kedai makan Nasi Kampung Catering, Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot untuk menjamu selera.Seperti mana maklum pada hari raya sudah pasti sukar untuk mencari kedai kerana ramai peniaga bercuti pada hari raya. Ketika kejadian saya makan seorang diri. Masa tiba di kedai makan terbabit tidak banyak lauk yang tinggal malahan nasi pun sudah tiada. Dalam sekitar 10 minit menunggu nasi telah tiba. Kualiti nasi yang lembik tidak diendahkan kerana lapar. Saya hanya mengambil nasi kosong tanpa kuah, sambal belacan sesudu dan ikan bakar yang saiznya biasa sahaja. Harga tidak dipamerkan dan segelas air teo o ais.

Ketika sedang menjamu selera datang seorang pekerja untuk memberi bil yang ditulis dikertas kosong. Saya tidak endahkan lagi tetapi ketika sedang makan saya tergerak hati untuk melihat bil tersebut. Alangkah terkejutnya dengan harga yang cekik darah tersebut. Saiz ikan tersebut biasa sahaja malah boleh dikatakan standart saiz ikan goreng biasa. Harga dikenakan rm15.50 untuk ikan sahaja. Nasi rm1.50 dan air rm1.20 total rm18.20.

Apabila bertanya pada pekerja dengan berlagaknya cakap itu harga timbang. Pekerja disini tidak mesra alam dan ketika tengah bercakap dengan pekerja disini pun dia berlalu pergi dengan pantasnya tanpa endahkan pertanyaan pelanggan. Saya antara regular customer kedai makan ini apabila pulang ke kampung. Kebiasaanya ikan bakarnya dalam harga rm10-12 sahaja itupun boleh dikatakan berpuas hati dengan saiznya. Saya jenis tidak berkira untuk menjamu selera tetapi harga tersebut tersangatlah tidak logik akal. Disebabkan tidak berpuas hati selera makan saya hilang dan ke kaunter untuk membuat bayaran. Apabila diminta bil secara specific pekerjanya hanya memberi bil biasa tanpa tercatit nama kedai dan harga secara terperinci.

Untuk makluman pada waktu ini pemilik kedai tiada dan pekerjanya yang sangat tidak mesra alam itu menguasai segalanya. Harga tidak dipamerkan dan harga bergantung kepada pekerja sahaja. Harga hanya mengikut suka hati pekerjanya sahaja. Ini kerana sebelum ini saya dan beberapa kawan pernah terkena. Apabila minta dikira keseluruhan  makan 3-4 org harga pada bil sangat berbeza dan pada masa yang sama apabila minta dikira asing iaitu seorang2 mengikut makanan masing2 apabila ditotal pasti tidak sama dengan jumlah keseluruhan tadi. Apabila ditanya pekerjanya hanya buat bodoh dan berlalu pergi.

Saya ada mengambil beberapa keping gambar dan bil yang tidak complete kedai tersebut. Tarikh pada bil tersebut juga tidak betul.

Saya seorang penggemar ikan bakar/seafood. Sekiranya pembaca yang tinggal atau pernah datang ke selangor/kl pasti tahu kedai makan ikan bakar yang famous iaitu istana bukit dan fendi ikan bakar kelana jaya. Kedai makan ini sangat famous dan harga sangat berpatutan. Kebiasaanya jika makan dengan harga rm20 kami boleh makan ikan yang tersangatlah besar. Jika tidak percaya bolehlah berkunjung ke sana dan ianya terletak di BANDARAYA BESAR

Itu jika disekitar kl/selangor. Kedai selera kampung ni terletak di padang nenas kuala terengganu. Jika diikutkan kawasan sekitarnya ianya hanya jalan laluan utama hendak ke Kelantan bukannya terletak di tengah bandaraya. Kedudukan kedainya yang berhampiran laut juga tidak logik dengan harga yang dikenakan. Dan ikannya dibakar awal pagi dlm pukul 10-11am kerana ini terbukti ikan itu sendiri dalam keadaan sejuk.

Pada 24/8 saya ke sebuah restoran seafood yang terletak di bandaraya kuala terengganu. Keadaan restoran ini yang boleh dikatakan special dengan pemandangan indah masjid kristal dan ditepi sungai dan ianya sebuah restoran yang unik(sila google restoran ni dan ianya boleh dikatakan restoran yang STANDART.D muara live seafood (namapun dah GAH ) nama restoran tersebut. Saya memesan nasi putih,sambal belacan,tomyam campur,dan seekor sotong bakar.Sangat terkejut harga hanya sekitar rm17.Ianya MURAH dan BERPATUTAN dan sangat SEDAP. Saya ada sertakan bil restoran special ini pada sebelah kiri dan bil restoran Nasi kampung tersebut sebelah kanan.Perbezaan harga ketara dan kauliti yang berbeza.Didalam bil Dmuara seafood tersebut ada nyatakan Sotong kecil tpi saiznya hanya lebih kurang ikan yang saya makan di restoran nasi kampung tersebut.

Tagline restoran nasi kampung tersebut adalah “mak kita marah jual mahal ” ianya sangat kelakar Ok (ada sertakan gambar ) Berhati-hati ketika memilih kedai makan nasi campur.Kadang2 kedai biasa mengalahkan RESTORAN.

Beberapa keping gambar disertakan.sila tgk saiz ikan..Merujuk pada tulang ikan pun terbukti ikan tu hanya bersaiz biasa atau katogeri kecik.

By: En Kay

PKNS Tidak Lagi Membina Rumah Yang Mampu Dimiliki.

Sejak Kebelakangan ini harga rumah melambung naik terutama dilembah Klang. hakikatnya sekarang terutamanya kakitangan kerajaan sudah tidak lagi mampu untuk membeli rumah/aparment dilembah kelang. Dalam keadaan sebegini PKNS sepatutnya memainkan peranan agar dapat membina rumah yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Saya sangat berharap agar aduan rakyat dapat menyiasat perkara ini.

Disini saya beri beberapa contoh projek perumahan PKNS di lembah klang aduan rakyat boleh melihat sendiri projek perumahan PKNS di laman WEB PKNS sendiri.

Saya dan kawan telah membuah beberapa perbandingan dan survey untuk membeli rumah yang mampu dimiliki.

Antara projek PKNS ialah:

  1. Perumahan Kg Bunga Raya Kuang 20’x 60” . Harga Bermula RM409,000.00
  2. Aqua Viila Town House : Bermula dari RM700,000.00
  3. Alam Nusantara  Bermula dari RM458,000.00
  4. Krisalis Kelana Jaya Bermula dari RM1.5 Million
  5. Aparrtment Kristal View Shah Alam Dan Kasturi Idaman Kota DamansaraBermula dari RM330,000.00

Jika Dibuat Perbandingan Dengan Pemaju Swasta lebih rendah:

  1. Tasik Biru Kuang oleh Zikay : 20’x 65′ RM259,000,000.00
  2. SPNB Aparment Tasik Biru : RM119,000.00
  3. Taman Desa Mas Oleh Desa Mahumas Contry Homes Rawang 20’x 65′:RM259,600.00

Jelas Diatas PKNS Selangor tidak lagi merupakan Negeri Berkebajikan.

Sebaliknya sudah beroriantasikan perniagaan. Ini Belum lagi bangunan-bangunan Komesial seperti rumah kedai.

Tidak hairanlah kenapa PKNS beriya2 untuk mengambil padang permainan tempat rekreasi sprti yang terjadi di Kelana Jaya yang mempunyai agedanya tersendiri bak kata perumpamaan ada udang disebalik batu.

By: Kamaruzzaman Ramli

AirAsia menidakkan hak pelanggan dari Malaysia

Selamat petang staf Aduan Rakyat, diharap anda dapat membantu para pelanggan AirAsia Berhad dari Malaysia yang setahu saya ramai dan telah menyebabkan AirAsia berjaya terutamanya pada peringkat permulaan syarikat ini.

Sebelum ini AirAsia telah menetapkan caj RM1.95 seminit bagi bercakap dengan personel khidmat pelanggan mereka, ini secara prinsipnya telah menidakkan hak pelanggan mendapatkan khidmat yang sewajarnya setelah membayar beratus-ratus, kalau bukan beribu-ribu kepada AirAsia.

Kini AirAsia telah pergi selangkah lebih jauh dalam menidakkan hak para pelanggan, iaitu menamatkan terus talian khidmat pelanggan. Ini pastinya menyusahkan pelanggan yang kurang IT savvy. Pelanggan hanya boleh berhubung melalui portal AskAirAsia dan boleh menggunakan sistem LiveChat bagi sebarang pertanyaan yang memerlukan respon segera. Saya telah menggunakan LiveChat namun tiada staf AirAsia langsung yang melayan pertanyaan saya. Sehingga kini saya telah menunggu sejam bagi sesiapa menjawab pertanyaan saya yang kononnya akan dilayan “live”.

Saya bertambah terkejut apabila saya membuka halaman khidmat pelanggan mereka dan mendapati hanya pelanggan dari Malaysia dikenakan layanan sebegini rupa. Pelanggan dari negara-negara lain boleh menghubungi pihak AirAsia secara terus tanpa dikenakan caj tambahan! AirAsia bukan sahaja telah menidakkan hak pelanggan malah melaksanakan diskriminasi terhadap para pelanggan dari Malaysia yang selama ini menyokong penuh mereka. Mungkin mereka buat begini kerana rakyat Malaysia terlalu menyokong mereka sedangkan pelanggan di Australia sahaja telah menyaman mereka kerana tidak menyatakan caj penuh mereka dalam iklan-iklan dan boleh dianggap mis-selling.

Harap dapat mendengar respon dari anda. Terima kasih atas usaha anda.

By: Khadijah

Irrelevant Bus Fares

Greetings,

I am one of the thousands of citizens in Bukit Beruntung, Rawang area who rely on bus transportation in order to travel to the nearest towns and we don’t have other mode of transportations. This has been taken advantage by the bus service provider, Metro-bus Transit by raising the bus fare drastically. Whereby from RM1.50 now have become RM2.00 and the fares becomes DOUBLE than the normal price during the festival days, like Hari Raya, Chinese New year and Deepavali. I found that this is and irresponsible and irrelevant because the service that has been provided is still the same, and nothing else has changed for them to raise extra fifty cents. Plus we are deeply concerned and unhappy with the service provided because of the broken seats, poor maintenance of air-Conditioner, driver fetching too many passengers by not following the limit regulations.

Apart from that, the bus drivers also not wearing their driving uniforms and drives dangerously as in over speeding on the road with very little concern about the passengers who are cramping inside the bus.

The 50 cent raise may look like a small amount to some, but we as citizens already carrying a lot of burden, facing financial problems, whereby our income is just enough to support our daily life which we are struggling to get by. So I, on behalf of thousands of citizens in Bukit Beruntung, Rawang begging the authorities to look into this matter seriously and take necessary action, because as I understand, these Transit providers has no rights to drastically raise the bus fares.

I am sincerely hoping to get a solution for this problem as soon as possible.

Regards.

By: S.Suresh Rao

Service teruk Rapid Penang

Saya ingin menbuat aduan tentang service Rapid Penang . Ramai pemandu bas rapid bersikap kurang ajar dengan penumpang . Antaranya penipuan harga tambang bas serta tidak menghantar ke destinasi yang tepat .

Dua hari yang lepas , saya bersama rakan menaiki bas untuk pulang ke rumah dengan menaiki bas rapid 401 E . Saya serta rakan memberi wang tambang berharga rm1.40 dan harga itu memang sudah dinyatakan sebelum ini . Tetapi pemandu bas itu mengatakan harga tambang bas adalah rm2 . Saya berserta rakan tidak kisah akan soal wang tetapi service yang diberikan seharusnya berpatutan .Mengapa saya berkata demikian adalah disebabkan oleh kebiadapan pemandu bas itu sendiri.

Pemandu bas itu juga bersikap biadap terhadap hampir kesemua penumpang bas tersebut . Dalam pada masa yang sama , seorang apek tua menekan button stop untuk turun ke destinasinya tetapi pemandu bas itu tidak memberhentikan basnya . Sehingga 3 kali apek tua itu menekan tetapi bas itu masih bergerak . Akhirnya , pemandu bas itu  berkata , : lu tekan sudah 3 kali , lu turun sini !” .Bukan itu sahaja , cara pemandu bas rapid penang menbawa bas agak tidak selamat dan kami merasakan bahawa mereka tidak kisah akan keselamatan kami .

Saya memohon , aduan rakyat dapat menghubungi pihak rapid penang serta mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap kami penumpang rapid penang yang teraniaya .

By: alyaa

Masih wajarkah akta buruh di Malaysia?

Salam sejahtera,

Dalam era kini wajarkah kita masih mengguna pakai akta yang direka dari zaman p.ramlee?

Hal yang saya nak tekankan disini, adalah tentang “bayaran lebih masa atau  overtime” di negara2 lain jika seseorang itu dipaksa atau terpaksa kerja lebih dari 8 jam, mereka akan di bayar “O.T” yang sewajarnya bersama “meal claim”.

Tetapi di malaysia, kerajaan meenghadkan hanya mereka yang bergaji bawah RM1,500 sahaja yang layak menerima O.T. Zaman sekarang bagi yang bujang sekurang kurangnya RM2,500. mana nak bayar rumah sewa, kos pengakutan, makan minum, bagi duit pada keluarga di kampung, bayar pinjaman belajar dan sebagainya.

Di Australia contohnya, hal ehwal pekerja mereka dijaga dengan baik.majikan tidak boleh membayar gaji pekerja bawah dari rate yang sepatutnya.jika kerja overtime, tak kire tinggi mane atau rendah mane mereka layak menerima overtime.

Meminta jasa baik pihak yang berwajib, menilai kembali hal ini. kami yang berada di sektor swasta sentiasa ditekan. Majikan akan sentiasa memberi alasan. akta pekrja menghadkan hanya mereka yang bergaji bawah 1,500 layak dibayar overtime. Habis kami yang bergaji lebih dari itu, dipaksa membuat overtime,nak kira macamana?? buat kerja amal..

Taraf hidup makin meningkat. Segalanya mahal di malysia ni, tak setanding dengan gaji yang dapat.

Terima kasih

By: didie bahari

Pecah Amanah di Lembaga Lebuhraya Malaysia

Assalamualaikum

Saya ingin membuat aduan tentang kesalahan pecah amanah di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Kepada sesiapa yang berkenaan sila datang ke Ibu pejabat LLM untuk siasatan menyeluruh kerana perkara ini telah berlaku semenjak dari tahun 2008 dan hanya di sedari pada bulan nov/dis 2010.

Walaupun laporan Polis telah dibuat sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil pada mereka yang terbabit. Malahan kes ini seolah-olah ingin ditutup demi menjaga nama ketua pengarah dan nama LLM. Hampir RM1 juta lesap begitu sahaja.

Sipesalah (Bekas Akauntan LLM) juga telah meletak jawatan dengan tiada apa-apa tindakan tatatertib. Begitu juga dengan pengurusan kewangan di bahagian kewangan yang tidak telus dan cuai dalam menjalankan tugas.

Harap mendapat perhatian dari pihak sewajarnya untuk tindakan selajutnya.

Terimakasih.

By: Mohd Ali

Tambang bas sekolah tidak munasabah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Saya merupakan bekas pelajar SMK Semenchu, Kota Tinggi, Johor 4 taun y lps, sy merupakan plajar d sek. brkenaan. Masalah sy, semasa sy msh brskolah, tmbng bas dr felda  air twr 4 ke skolah brkenaan hanya sekitar lbh kurg RM28/bulan. Slps sy tmt psekolahan,tmbng bas naik kepada lbh kurg RM32/bulan.

Pada ms kini, sudh x mggunakan kdr tmbng bas sebulan, tp mggunakan sistem baru iaitu byaran RM1 utk skali naik( RM1 utk pergi & Rm1 utk plg dr sek.). Ini brmakna, setiap plajar y menaiki bas berkenaan msti mnyediakan RM2 stiap hri. Kdr byran berkenaan x trmasuk byran tmbng sekiranya pelajar ada kelas tmbhan pd sabtu ataupun hari cuti perskolahan bg plajar PMR & SPM. Ini brmkna,tmbng bas setiap bln boleh melebihi RM44.

Tambahan lg, setiap kali mnaiki bas, pelajar trpksa brsesak kerana hanya 1 trip sj utk pergi ke sek. brkenaan, dan bas brkenaan x mengmbil peljr2 di hadapan rumh sprti taun2 sblm ini..tp pelajar perlu prgi ke 1 tmpat khas y mana bas akn lalu.

Utk mkluman,jarak  perumhan air twr 4 ke smk.semenchu adalah 8km dan masalah ini tmbul apabila syrikat bas sek. brkenaan diambil alih dr pemilik asal pada hjung 2009.

Diharap jk kdr byran tmbng bas brkenaan adalh x sesuai, diharap phk tuan/puan mengmbil tndakan trhdap phk y brkenaan.

By: ex SMKS