Rm1 | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Archives
Blogged.my

Posts Tagged ‘Rm1’

Kenaikan GAS pengguna

Sejak bulan lalu (April), saya telah mendapati tong-tong GAS pengguna telah ditukar nama kepada syarikat MIRO daripada sedia ada yang bernama Petronas, Mobil, Shell dll. Sejak ia ditukar, harga bagi setiap tong gas naik sebanyak RM1.00.

Saya cuba dapatkan penjelasan daripada pihak kedai dan mereka hanya menyatakan bahawa semua syarikta tong gas telah diambilalih oleh sebuah syarikat milik anak ahli politik terkenal di Malaysia. tetapi mereka enggan menyatakan siapa pemilik tersebut.

Read the rest of this entry »

Harga makanan yang mahal dan layanan pekerja yang teruk

Pada 22/8 bersamaan hari raya ke 4 saya ke kedai makan Nasi Kampung Catering, Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot untuk menjamu selera.Seperti mana maklum pada hari raya sudah pasti sukar untuk mencari kedai kerana ramai peniaga bercuti pada hari raya. Ketika kejadian saya makan seorang diri. Masa tiba di kedai makan terbabit tidak banyak lauk yang tinggal malahan nasi pun sudah tiada. Dalam sekitar 10 minit menunggu nasi telah tiba. Kualiti nasi yang lembik tidak diendahkan kerana lapar. Saya hanya mengambil nasi kosong tanpa kuah, sambal belacan sesudu dan ikan bakar yang saiznya biasa sahaja. Harga tidak dipamerkan dan segelas air teo o ais.

Read the rest of this entry »

PKNS Tidak Lagi Membina Rumah Yang Mampu Dimiliki.

Sejak Kebelakangan ini harga rumah melambung naik terutama dilembah Klang. hakikatnya sekarang terutamanya kakitangan kerajaan sudah tidak lagi mampu untuk membeli rumah/aparment dilembah kelang. Dalam keadaan sebegini PKNS sepatutnya memainkan peranan agar dapat membina rumah yang mampu dimiliki oleh orang ramai. Saya sangat berharap agar aduan rakyat dapat menyiasat perkara ini.

Disini saya beri beberapa contoh projek perumahan PKNS di lembah klang aduan rakyat boleh melihat sendiri projek perumahan PKNS di laman WEB PKNS sendiri.

Read the rest of this entry »

AirAsia menidakkan hak pelanggan dari Malaysia

Selamat petang staf Aduan Rakyat, diharap anda dapat membantu para pelanggan AirAsia Berhad dari Malaysia yang setahu saya ramai dan telah menyebabkan AirAsia berjaya terutamanya pada peringkat permulaan syarikat ini.

Sebelum ini AirAsia telah menetapkan caj RM1.95 seminit bagi bercakap dengan personel khidmat pelanggan mereka, ini secara prinsipnya telah menidakkan hak pelanggan mendapatkan khidmat yang sewajarnya setelah membayar beratus-ratus, kalau bukan beribu-ribu kepada AirAsia.

Read the rest of this entry »

Irrelevant Bus Fares

Greetings,

I am one of the thousands of citizens in Bukit Beruntung, Rawang area who rely on bus transportation in order to travel to the nearest towns and we don’t have other mode of transportations. This has been taken advantage by the bus service provider, Metro-bus Transit by raising the bus fare drastically. Whereby from RM1.50 now have become RM2.00 and the fares becomes DOUBLE than the normal price during the festival days, like Hari Raya, Chinese New year and Deepavali. I found that this is and irresponsible and irrelevant because the service that has been provided is still the same, and nothing else has changed for them to raise extra fifty cents. Plus we are deeply concerned and unhappy with the service provided because of the broken seats, poor maintenance of air-Conditioner, driver fetching too many passengers by not following the limit regulations.

Apart from that, the bus drivers also not wearing their driving uniforms and drives dangerously as in over speeding on the road with very little concern about the passengers who are cramping inside the bus.

Read the rest of this entry »

Service teruk Rapid Penang

Saya ingin menbuat aduan tentang service Rapid Penang . Ramai pemandu bas rapid bersikap kurang ajar dengan penumpang . Antaranya penipuan harga tambang bas serta tidak menghantar ke destinasi yang tepat .

Dua hari yang lepas , saya bersama rakan menaiki bas untuk pulang ke rumah dengan menaiki bas rapid 401 E . Saya serta rakan memberi wang tambang berharga rm1.40 dan harga itu memang sudah dinyatakan sebelum ini . Tetapi pemandu bas itu mengatakan harga tambang bas adalah rm2 . Saya berserta rakan tidak kisah akan soal wang tetapi service yang diberikan seharusnya berpatutan .Mengapa saya berkata demikian adalah disebabkan oleh kebiadapan pemandu bas itu sendiri.

Read the rest of this entry »

Masih wajarkah akta buruh di Malaysia?

Salam sejahtera,

Dalam era kini wajarkah kita masih mengguna pakai akta yang direka dari zaman p.ramlee?

Hal yang saya nak tekankan disini, adalah tentang “bayaran lebih masa atau ¬†overtime” di negara2 lain jika seseorang itu dipaksa atau terpaksa kerja lebih dari 8 jam, mereka akan di bayar “O.T” yang sewajarnya bersama “meal claim”.

Tetapi di malaysia, kerajaan meenghadkan hanya mereka yang bergaji bawah RM1,500 sahaja yang layak menerima O.T. Zaman sekarang bagi yang bujang sekurang kurangnya RM2,500. mana nak bayar rumah sewa, kos pengakutan, makan minum, bagi duit pada keluarga di kampung, bayar pinjaman belajar dan sebagainya.

Read the rest of this entry »

Pecah Amanah di Lembaga Lebuhraya Malaysia

Assalamualaikum

Saya ingin membuat aduan tentang kesalahan pecah amanah di Lembaga Lebuhraya Malaysia. Kepada sesiapa yang berkenaan sila datang ke Ibu pejabat LLM untuk siasatan menyeluruh kerana perkara ini telah berlaku semenjak dari tahun 2008 dan hanya di sedari pada bulan nov/dis 2010.

Walaupun laporan Polis telah dibuat sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil pada mereka yang terbabit. Malahan kes ini seolah-olah ingin ditutup demi menjaga nama ketua pengarah dan nama LLM. Hampir RM1 juta lesap begitu sahaja.

Read the rest of this entry »

Tambang bas sekolah tidak munasabah

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Saya merupakan bekas pelajar SMK Semenchu, Kota Tinggi, Johor 4 taun y lps, sy merupakan plajar d sek. brkenaan. Masalah sy, semasa sy msh brskolah, tmbng bas dr felda  air twr 4 ke skolah brkenaan hanya sekitar lbh kurg RM28/bulan. Slps sy tmt psekolahan,tmbng bas naik kepada lbh kurg RM32/bulan.

Pada ms kini, sudh x mggunakan kdr tmbng bas sebulan, tp mggunakan sistem baru iaitu byaran RM1 utk skali naik( RM1 utk pergi & Rm1 utk plg dr sek.). Ini brmakna, setiap plajar y menaiki bas berkenaan msti mnyediakan RM2 stiap hri. Kdr byran berkenaan x trmasuk byran tmbng sekiranya pelajar ada kelas tmbhan pd sabtu ataupun hari cuti perskolahan bg plajar PMR & SPM. Ini brmkna,tmbng bas setiap bln boleh melebihi RM44.

Read the rest of this entry »