Rasa | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Rasa’

Pecemaran bunyi di kawasan Kenanga Wholesale City

Saya seorang penduduk di sebuah kondominium di sekitar kawasan berhampiran kenanga wholesale city. Saya hendak membuat aduan bahawa bunyi speaker muzik yang keluar dari kenanga wholesale city telah melebihi batasan. Baru baru ini, pihak kenanga telah mengadakan banyak acara seperti konsert dan juga acara seperti henessy artistry.

Bunyi yang terhasil boleh dikatakan menganggu ketenteraman penduduk kondo dan flat disekitar. Muzik muzik dengan base yang tinggi boleh mengakibatkan migrane. Kadang kadang bunyi ini boleh berlanjutan selama beberapa jam dan melebihi jam 12 malam.

Read the rest of this entry »

Sistem KSSR Menyusahkan

Saya terpanggil untuk berkongsi masalah sistem KSSR ini bersama anda. Semenjak KSSR ini diperkenalkan, tahap prestasi pelajar langsung tidak diketahui oleh ibubapa/penjaga pelajar. Saya juga tidak pernah mengetahui perkembangan pembelajaran dan ko-korikulumnya ketika di sekolah.

Saya faham, ujian berterusan dilakukan di sekolah, tetapi keputusannya tidak pernah diberitahu kepada kami sebagai ibubapa. Malahan kertas soalan juga tidak pernah kami lihat. Kami juga ingin tahu macam mana prestasi anak-anak supaya kami dapat membantu mereka untuk menjadi pelajar cemerlang.

Read the rest of this entry »

Bayaran Masuk Ke Water Parks di iCity

Pada 16 November 2012, hari Jumaat saya dan keluarga pergi ke iCity dan water park yang baru dilancar pada 15 November 2012. Kami sangat teruja untuk melihat dan menikmati apa yang ditawarkan di situ. Di kaunter tiket kami dimaklumkan terdapat 2 pakej harga iaitu untuk hari bekerja (weekdays) iaitu RM 35.00 untuk dewasa dan hari minggu (weekend), iaitu RM 40.00 untuk dewasa.

Semasa membuat pembelian tikat pada hari tersebut, hari Jumaat (weekdays), kami dikenakan bayaran RM40.00 seorang dewasa. Apabila saya membuat pertanyaan dikaunter tiket tersebut mengapa harga tiker RM40.00, saya dimaklumkan bahawa RM40.00 adalah kerana musim cuti sekolah. Saya tidak berpuas hati kerana dalam phamplets dan papantanda di kaunter tiket tidak  disebut langsung harga pada musim cuti sekolah.

Read the rest of this entry »

Masih belum dapat penempatan di sekolah kerajaan

Saya adalah bekas pelajar Universiti Tun Abdul Razak tahun 2008 yang mengambil jurusan pendidikan. Masalahnya sekarang, saya sudah pergi temuduga yang di panggil sebanyak 2 kali dan temuduga kali ke-2 telah berjaya. Tetapi sehingga kini saya masih belum lagi dapat penempatan di sekolah kerajaan.

Saya hanya diberikan jawapan TUNGGU sahaja walaupun saya telah turun naik di Putrajaya untuk menguruskan masalah ini. Saya bukannya orang semenanjung yang begitu dekat untuk datang selalu ke Putrajaya.

Read the rest of this entry »

Perkhidmatan Poslaju Kota Kinabalu Mengecewakan

Saya terpanggil untuk meluahkan ketidakpuasan hati kepada servis yang diberikan pihak POSLAJU Kota Kinabalu.Ini bukan kali pertama,malahan masalah saya ini juga pernah dihadapi ramai lagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan POSLAJU di Kota Kinabalu.

Sebagai seorang perniaga online yang begitu bergantung dengan perkhidmatan pos,saya dapatan servis yang ditawarkan nama segah Pos Malaysia Bhd tidaklah seperti mana yang digambarkan dlm misi dan aspirasi syarikat ini.Setiap kali membuat aduan menerusi Posline,saya tidak dapati pengurusan tertinggi POSLAJU Kota Kinabalu cuba untuk perbaiki perkhidmatan mereka.

Read the rest of this entry »

Kecuaian pihak Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Saya ingin melahirkan rasa terkilan saya terhadap pihak Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia atas kejadian yang berlaku semasa di bilik bersalin.

Pada 25 Mei 2012, saya datang ke Bahagian Kemasukan Bersalin PPUKM setelah dinasihati untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan air ketuban yang berkurangan kerana kandungan saya telah terlebih hari. Saya telah ditahan di wad pada 25hb. Mei 2012 bersamaan hari Jumaat setelah mendapati air ketuban semakin berkurangan dan sepatutnya saya dijangkakan bersalin pada 20hb. Mei 2012 tetapi telah terlewat 5 hari.

Saya telah dipaksa bersalin dan dimasukkan ubat Prostin sebanyak dua kali tetapi bukaan masih 2cm. Pada 27hb. Mei 2012 bersamaan hari Ahad iaitu dalam pukul 2 pagi saya telah di hantar ke bilik bersalin untuk bersalin secara normal setelah air ketuban saya dipecahkan oleh seorang doktor pelatih pada pukul 1 pagi. Sehingga pukul 10 pagi, baru saya rasa ada berlaku ‘contraction’ yang terlampau dan meminta jururawat supaya memberitahu doktor untuk menjalankan pembedahan tetapi doktor tidak membenarkan sebab anak sulung kena bersalin normal. Apa yang saya tidak faham di sini kenapa perlu paksa bersalin normal jika merbahaya bayi.

Read the rest of this entry »

Restoran di RNR Ayer Keroh tipu dan cekik darah

Saya sekeluarga telah singgah utk makan dan solat di kawasan rehat RNR Ayer Keroh arah utara pada hari khamis 23-08-12. Apa yang saya ingin adukan adalah mengenai sebuah salah sebuah gerai yang bagi saya telah menipu pelanggan dan mengenakan harga yang luarbiasa.

Gerai berkenaan adalah gerai hot plate asam pedas melaka. Apa yang inginsaya nyatakan disini adalah harga untuk seketul ayam goreng biasa adalah rm4. Bagi saya ini memengtak masuk akal bagi sebuah gerai biasa, bayangkan hanya dengan menjual 2 ketul ayam saja pemilik sudah mendapat modal untuk seekor ayam.

Read the rest of this entry »

Penipuan Syarikat Megaherbs Bioextreme

Saya ingin menyuarakan ketidakpuasan dan rasa tertipu dr syarikat Megaherbs Bioextreme yang menjalankan perusahaan stevia. Saya telah menjadi rakan kongsi syarikat stevia (pelabur) dr October 2011. Pihak Syarikat menjajikan pulanagn setiap bulan seperti yang tertera pada kontrak selama 12 bulan bermula dr tarikh tandatangan kontrak. Saya telah mendapat bayaran untuk bulan 1,2 dan 3. Pembayaran terakhir adalah pada 23 April 2012 iaitu untuk bulan 3.

Sehingga sekarang, pihak syarikat tidak lagi membuat sebarang pembayaran untuk bulan ke 4 yang sepatutnya berlaku pada bulan 5 2012. Saya telah menghubungi pejabat berkali2 dan juga telah pergi sendiri ke pejabat mereka yang terletak di Platinum Walk Danau Kota tetapi mereka telah memberikan bermacam2 alasan. Alasan yang selalu di berikan ialah orang yang bertanggungjawab ada meeting dan sebagainya.

Read the rest of this entry »

Kilang Simen Beroperasi di Kawasan Perumahan

Di sini saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik Sebuah Kilang Simen yang aktif beroperasi di kawsan perumahan saya iaitu di Jalan Ciku Utama, Taman Kota Masai,Pasir Gudang.

Dengan adanya kilang ini, kesihatan dan keselesaan penduduk sekitar terutama kepada kami sekeluarga terjejas sama sekali kerana sering mengalami demam dan batuk-batuk akibat dari habuk simen yang dilepaskan dari kilang tersebut.

Read the rest of this entry »

Karaoke Stadium Larkin

Sejak hari Sabtu lepas, saya dan keluarga saya tidak lena tidur malam disebabkan karaoke ‘open air’ dari sebuah restoran di Stadium Larkin. Sebelum ini, aktiviti karaoke tidak kedengaran. Saya rasa, mungkin tuan punya kedai ingin memeriahkan bulan Ramadhan dengan menganjurkan aktiviti ini.

Apa yang menaikkan kemarahan adalah sesi karaoke restoran ini diadakan di tempat terbuka. Mereka menyanyi sehingga larut malam, iaitu 2 atau 3 pagi. Lokasi restoran itu dikelilingi kawasan perumahan flat dan apartmen di kawasan Larkin Perdana lebih kurang 300 meter sahaja. Bunyi bising karaoke boleh didengar seluruh kawasan Larkin Perdana. Aktiviti mereka mengganggu waktu tidur semua penduduk di kawasan itu.

Read the rest of this entry »