Posts Tagged ‘Rakyat Malaysia’
Operator Stesen Bas Medan Gopeng Penipu
Pada 9 Disember 2012, hari Ahad jam 12 tengahari bertempat di Stesen Bas Medan Gopeng, saya telah membeli tiket bas perjalanan sehala dari Ipoh ke Pulau Pinang (Sg. Nibong) dari Kaunter 4 Stesyen tersebut dengan bas yang dijadualkan berlepas jam 2.30 petang. Namun apa yang menghairankan, tiket yang diberikan pada saya tertulis nama sebuah syarikat bas yang berpusat di Larkin Johor iaitu Bas Ekspres Cepat Sedia Sdn. Bhd. dengan butiran bas yang hanya ditulis tangan.
Pada jam 2.30ptg saya telah menunggu bas berkenaan. Namun bas yang ditunggu tidak tiba. Setelah 2 jam setengah menunggu iaitu pada jam 5ptg barulah saya diberi tiket bas baru dengan nama bas yang berlainan iaitu Bas Fame Pacific Sdn. Bhd. beralamat di Pudu Raya Kuala Lumpur. Pada jam 6ptg bas yang ditunggu bernombor plat PKK 1690 telah tiba dengan nama bas Pacific Ekspress tetapi beralamat berlainan daripada alamat yang diberi dalam tiket. Tiket penumpang bagaimanapun telah diambil oleh pemandu bas semasa menaiki bas. Ini menyukarkan saya untuk membuat aduan kepada JPJ, SPAD, KPDNHEP mahupun Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional kerana tiada maklumat tepat mengenai bas yang digunakan. Setelah bas bertolak pada jam 6ptg, kami tiba di Perhentian Rehat dan Rawat Juru (R&R Juru) pada jam 7.45 malam. Bas berhenti disana selama setengah jam smentara menuggu pamandu merokok. Para penumpang yang ingin ke Pulau Pinang (Stesen Sg. Nibong) kemudiannya diarah berpindah ke bas lain bernama KKKL Ekspress. Beberapa bas lain turut bersubahat memindahkan penumpang seperti bas City Liner dan Bas Ekspress Persada.
Pemberian COLA Untuk Pesara Tentera
Salam dan selamat sejahtera diucapkan kepada seluruh Warga dan Rakyat Malaysia . Terlebih lagi buat pucuk pimpinan tertinggi Pemerintah Malaysia.
Saya mencadangkan agar Kerajaan menimbangkan memberi elaun COLA buat semua pesara tentera yang berpencen bagi mengenangkan jasa mereka semasa berkhidmat. Tambahan bagi mereka-mereka yang menetap di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur serta yang seangkatan dengannya bagi meringankan beban kehidupan seharian yang semakin tinggi.
Diharap Ketua Pengarah JHEV melihat akan perkara ini serta masalah yang di hadapi anggota tentera yang bersara. Dan mungkin juga boleh di panjangkan kepada anggota tentera tidak berpencen.
Kearah Perkhidmatan Awam KTMB Yang Terbaik
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Terlebih dahulu,sejuta kemaafan dipohon sekiranya email saya ini mengganggu urusan perkhidmatan pihak tuan. Tetapi saya hanya bertindak sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang bergelar Penjawat Awam Yang Prihatin kepada masalah yang berlaku dipersekitaran terutamanya yang melibatkan urusan saya seharian. Semoga beberapa penambahbaikan dapat dilakukan selepas ini bagi KTMB menghasilkan produk yang sempurna pada masa hadapan. Walaupun tidak sempurna pada seseluruhannya, tetapi kearah kesempurnaan itu, adalah keperluan matlamat utama kami sebagai Rakyat Malaysia di bumi yang bertuah ini.
Saya Mohd Zuhairi Bin Bahanuddin, yang bertugas sebagai Juruteknik Awam di Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin merupakan salah seorang pengguna perkhidmatan KTMB dari Stesen Kajang ke Stesen Bank Negara setiap hari isnin sehingga jumaat,setiap minggu,setiap tahun dan mungkin untuk sebelum tempoh pencen sekiranya permohonan saya untuk kembali berkhidmat di negeri kelahiran Terengganu belum terlaksana.
Rakyat Tidak boleh mengundi pos jika bukan pelajar tajaan Kerajaan
Baru saja anak saya mendaftar sebagai pengundi. Anak meminta jadi pengundi pos tetapi kerani pendaftar kata hanya pelajar luar nergara tajaan keraajan sahaja boleh. Pelajar sendirian tidak layak.
Boleh saya tanya siapa membuat undang-undang ini? Adakah ini termaktub dalam perlembagaan Malaysia? Maka, pelajar sendiran yang belajar di luar negara dengan wang sendiri, bukan Rakyat lagi, tetapi boleh memegang Paspot Malaysia sebagai Rakyat!
Kinabalu Golf Club (KGC) Menyalahi Undang-Undang
Saya pemain Golf yang sering bermain di mana-mana padang seluruh Malaysia, namun saya amat sedih dan tidak berpuashati bila bermain di padang Kinabalu Golf Club (KGC) Tanjung Aru, kota Kinabalu, Sabah apabila saya mendapati ramai Caddy yang bekerja di situ adalah:
- Budak-budak bukan tempatan (bukan rakyat Malaysia) di bawah umur yang berumur di antara 7 tahun – 12 tahun.
- Budak-budak bukan tempatan (bukan rakyat Malaysia) yang berumur antara 13 tahun hingga 18 tahun tetapi TIADA DOKUMEN seperti MyKad atau Passport BOLEH upula bekerja menjadi Caddy sedangkan Caddy mestilah seorang rakyat tempatan dan mempunyai dokumen.
- Budak-budak yang menjadi Caddy ini TIADA langsung mengisi sebarang borang pekerjaan sebagai Caddy atau Kad Caddy mengikut kategori A, B, C dan Trainer.
- Budak-budak ini juga selalu berpakain TIDAK KEMAS dan COMOT amat MEMALUKAN MALAYSIA terhadap pelancong-pelancong hingga kawan saya dari negara Jerman cakap ini kelab macam tidak ambil peraturan yang betul.
- Budak-budak ini ada yang mencurigakan kerana ada kecurian ambil itu ini dan kurang ajar dari segi pertuturan percakapan dengan Pemain Golf malah malas dan tidak hormat.
Kebanjiran Warga Negara Thai Berniaga
Di sini saya ingin membuat aduan tentang kebanjiran warga Thailand membuka kedai makan terutamanya kedai tomyam dimana mereka merupakan pemilik penuh kedai tersebut tanpa rasa takut malah ada setengah-setengah kedai telahpun beroperasi lebih 5 tahun dan saya rasa ianya bukan hanya dikawasan saya iaitu di Parit Buntar malah di seluruh negara. Ini amat merugikan masyarakat Melayu terutamanya dimana perlu bersaing dengan mereka.
Mereka menggunakan segala subsidi yang diperuntukkan untuk rakyat Malaysia serta membawa balik keuntungan ke negara mereka tanpa dikenakan sebarang cukai ini namun saya dapati tiada tindakan tegas diambil oleh Jabatan Imigresen untuk mengatasi masalah ini.
Jalan Berbahaya, Tidak Rata dan Berlubang
Selamat Pagi Aduan Rakyat,
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca aduan yang dibuat oleh rakyat Malaysia. Saya bukanlah penduduk di kawasan Meru, Klang. Tetapi saya adalah salah seorang penduduk yang menetap di Bandar Puncak Alam dan berulang alik menaiki motorsikal ke Klang setiap hari.
Aduan saya ialah berkaitan keadaan jalan raya dari Bandar Puncak Alam ke Klang. Seperti tajuk aduan, keadaan jalan raya yang sangat berbahaya kerana mempunyai banyak persimpangan kecil, sekolah dan kilang-kilang. Ini ditambah dengan keadaan jalan raya yang tidak rata dan berlubang dan juga banyak lori-lori besar seperti lori kontena, lori sampah, bas-bas, dan juga jengkaut(backhoe) yang menggunakan jalan ini untuk ke Kuala Selangor atau Sungai Buluh.
Judi internet dan dadah di pusat hiburan
Sebagai seorang rakyat malaysia,saya tidak berpuashati kerana pihak-pihak berkenaan tidak mengambil tindakan maksimum terhadap jenayah diatas.Pusat-pusat judi internet berleluasa bagai cendawan tumbuh disekitar Lembah Kelang.merosak akhlak bangsa melayu khususnya, bangsa lain mengaut keuntungan.Maksud saya buat operasi dan tutup pusat-pusat internet berunsur perjudian.Bukan maksud saya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tetapi tindakan yang diambil seolah-olah lakonan sahaja atas arahan kepentingan pihak tertentu. Sampai bila nak habis….
Begitu juga dengan masalah dadah.Segalanya berlonggok di pusat-pusat hiburan dengan penjenayah,penagih,pengedar dan macam-macam jenayah lagi. Cuba kita lihat sekarang adakah dalam berita atau pun dalam rancangan 999 memaparkan operasi-operasi berkaitan dadah di pusat-pusat hiburan?. Saya yakin mereka yang berhibur dipusat-pusat hiburan 80 peratus positif dadah. Dadah adalah punca segala jenayah dan sampai bila malaysia nak bebas dadah. Kuasa pihak berkuasa terbatas atas kepentingan pihak tertentu…
Duit syiling negara siri ketiga
Salam Tuan,
Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan Bank Negara Malaysia mengeluarkan produk duit syiling negara siri yang ketiga. Siri duit syiling terbaru ini sangat mencerminkan keunikan Malaysia dari segi kepelbagaian kaum dan budaya.
Pada hemat saya, tidak salah kita mengubah corak rekabentuk dan material yang digunakan. Namun, sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pengguna yang bertanggungjawab, saya ingin mengesyorkan supaya pengeluaran duit syiling atau wang kertas negara ini yang baru, pada masa akan datang hendaklah mengambil kira faktor saiz dan berat yang sama hendaklah dikekalkan.
Isu pembantu rumah
Saya adalah salah seorang majikan yang bercadang mengambil pembantu rumah asing mengunakan visa JP,dimaklumkan disini saya amat kecewa dengan pendirian kementerian dalam negeri dan Immigresen Malaysia yang seakan akan mem permain kan isu pembantu rumah dengan menyekat kemudahan rakyat malaysia untuk memproses permohonan permit dan sebagainya,Kerugian masa dan wang ringgit terletak pada majikan bukan nya pada pihak berkuasa.
Disini saya amat kecewa dan tidak berpuas hati terhadap tindakan kementerian yang terlibat meyekat permohonan JP Visa untuk mempermudahkan kami rakyat yang memerlukan permit pembantu rumah dan pada masa yang sama pihak immigresen menyuarakan untuk membuat tangkapan pada yang tiada permit,Apa ini semua sedangkan permit tak dibenarkan keluar tapi mahu membuat tangkapan pada yang tiada permit,Saya merasai seperti mentimun dengan durian,Bagaimana pendapat saudara saudara penbaca semua? Siapa kah yang menyusah kan keadaan?





