Rahsia | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Rahsia’

VGMC scam pelaburan ‘emas’ besar besaran

Berkenaan tajuk diatas, walaupon syarikat VGMC ini telah di BLACKLIST oleh Suruhanjaya Security Malaysia dan Singapura tetapi kenapakah company pelaburan seperti VGMC ini yang kononnya syarikat pelombongan emas masih dibenarkan bank negara utk beroperasi secara online di negara ini ianya mirip swishcash bagi saya dan syarikat ini juga tidak mempunyai LOMBONG EMAS di mana2 di dunia dan saya berangapan pelaburan ini adalah penipuan semata mata.

Saya beharap ianya tidak memberi kesan mendalama pada rakyat malaysia, kerana fenomena VGMC sejak 2 tahun ini telah membuatkan rakyat malaysia ‘mengila’ melabur hingga membuat pinjaman ratusan ribu ringgit utk menyertai pelaburan yg masih kabur masadepan dan kesahihannya. saya harap pihak tv3 dpt membongkar rahsia VGMC ini YANG TIADA SYARIKAT OPERASinya di Malaysia dan disenaraikan oleh suruhanjaya security sebagai tidak berlesen. sekian terima kasih

Read the rest of this entry »

Astro menyiarkan terlalu banyak iklan komersil

Kenapa siaran berbayar Astro menyiarkan terlalu banyak iklan-iklan komersil? Dan iklan-iklan ini disiarkan sewaktu rancangan sedang ke udara. Siaran iklan ini sudah melampaui batas kerana setiap kali rancangan dihentikan, 4-6 iklan komersil disiarkan.

Bukankah Astro adalah siaran berbayar? Dan pengguna membayar untuk menonton rancangan yang diterbitkan, bukan untuk menonton iklan-iklan komersil yang memberikan keuntungan berganda pada pihak Astro apabila menerima bayaran iklan dari syarikat komersil untuk iklan mereka, dan menerima pula bayaran dari pengguna untuk menonton siaran Astro.

Read the rest of this entry »

Peniaga warga asing menggunakan parkir kawasan rumah untuk kerusi & meja restoran

Saya ingin membuat aduan berkenaan kebebasan peniaga restoran yang meletakkan kerusi/meja di kawasan letak kereta di kawasan kejiranan beralamat di Jalan 6/18D, Taman Mastiara, Batu 5 Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur.

Restoran ini yang diusahakan oleh warga asing berketurunan Pakistan sering menggunakan sehingga 4 atau 5 lot parkir kereta, menyebabkan kami sebagai pemilik/penyewa rumah di sini terpaksa meletakkan kereta agak jauh dari kediaman. Mereka pandai mengelak dari di kesan oleh pihak penguasa kerana hanya meletakkan meja dan kerusi mereka pada lewat petang dan malam sahaja. Pernah hampir terjadi pergaduhan antara pemilik rumah yang ingin meletakkan kenderaannya tetapi segera dihalang oleh peniaga tersebut dengan meletakkan meja di lot parkir tersebut.

Read the rest of this entry »