Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Saya ada membawa satu kes ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di Putrajaya. Di hadapan Presiden Tribunal yang mana di hadiri bersama saya sebagai penuntut dan juga yang menentang kami berhujah dan di akhirnya pihak Tribunal membuat keputusan yang berpihak kepada saya. Tetapi, apa yang mengecewakan saya, pihak yang menentang kini membawa kes ini ke mahkamah tinggi Shah Alam.

Saya di fahamkan bahawa penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna  adalah untuk melindungi hak-hak pengguna dan memudahkaabarn pengguna membuat tuntutan tanpa melibatkan kos yang tinggi. Sekiranya kes seperti ini di bawa kemahkamah tinggi maka kos akan bertambah dan ini akan benar2 membebankan pengguna seperti saya. Kos peguam dan kos mahkamah. Sekiranya keputusan tidak berpihak kepada pengguna, pengguna di kehendaki membayar kos peguam pihak yang lagi satu. Ini cukup membebankan.

Di Eropah, ada sebuah negara yang mana apabila keputusan telah di buat oleh Tribunal Tuntutan Pengguna, maka keputusan itu adalah muktamad dan tidak boleh di cabar di mana-mana mahkamah. Ini bagi melindungi hak pengguna tadi. Tuntutan yang dibuat dalam jumlah perbelanjaan yang mampu di tanggung oleh pengguna akan menyebabkan pengguna teraniaya apabila pengguna tidak mampu untuk membuat tuntutan apabila kos nya meningkat tinggi apabila di bawa ke mahkamah tinggi.

Saya mohon jasa baik, buat lah sesuatu supaya keputusan yang di buat oleh Tribunal Tuntutan Pengguna tidak boleh di cabar di mana-mana pun. Kalau tidak berpuas hati, maka kembali lah semula ke Tribunal Tuntutan Pengguna.

Sekian di maklumkan.

Terima kaseh.

By: Mokhtar bin Abd Wahab

Pegawai MBSB Yang Teruk dan Tidak Bertanggungjawab

Salam sejahtera. Saya amat tidak berpuas hati dengan perangai pegawai kredit bagi pinjaman peribadi MBSB yang tidak bertanggungjawab. Kualiti kerja yang diberikan juga sangat teruk.

Untuk makluman, saya telah menghantar borang permohonan berserta dengan dokumen yang lengkap untuk diproses pada 21 Jun 2013 melalui agen pihak ke-3. Agen tersebut telah menghantar permohonan tersebut kepada pihak MBSB pada 24 Jun 2013. Atas makluman yang disampaikan oleh agen tersebut, masa kelulusan yang diambil sehingga wang jumlah pinjaman yang boleh saya dapat adalah selama 14hari bekerja. Oleh itu, saya pun sabar menunggu sehingga tarikh yang dijangkakan, iaitu 10 Julai 2013.

Saya sabar menunggu. Tiba- tiba, agen yang menguruskan permohonan saya telah memaklumkan kepada saya pada 3 Julai 2013 bahawa pihak MBSB memerlukan tandantangan Ketua Penolong Pengarah di jabatan saya berkhidmat atas borang potongan biro ANGKASA. Oleh yang demikian, agen tersebut telah menghantar borang tersebut kepada saya pada 4 Julai 2013 untuk tindakan lanjut dan tindakan telah diambil serta borang tersebut telah dikembalikan pada 8 Julai 2013.

Saya pun masih sabar menunggu sehingga 10 Julai 2013 pun berlalu. Pada 17 Julai 2013, agen tersebut telah memberitahu saya bahawa saya perlu menghantar borang opsyen bersara. Saya pun keliru, umur saya baru 23 tahun, adakah keperluan itu perlu dilaksanakan? Setelah saya bertanya balik kepada agan tersebut dan agen tersebut telah mendapatkan kepastian daripada pihak MBSB, maka penghantaran borang opsyen bersara adalah tidak diperlukan.

Saya masih sabar menanti- nantikan berita baik. Pada 19 Julai 2013, agen tersebut telah menghubungi saya bahawa nama saya terdapat dalam senarai hitam CTOS. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya dikehendaki mendapatkan penyata penyelesaian daripada pihak pemiutang. Saya telah bertindak pada 22 Julai 2013 dan memohon penyata penghutangan dari pihak pemiutang, serta penyata telah diperolehi seterusnya penyata tersebut telah dihantar untuk tindakan lanjut pada hari yang sama.

Yang malang, MBSB tidak menerima penyata yang saya hantarkan. Oleh yang demikian, saya terpaksa mendapatkan surat rasmi daripada pihak pemiutang untuk menyatakan maklumat bagi penyelesaian hutang tertunggak. Masa yang diambil untuk mendapatkan penyata dan surat rasmi penyelesaian hutang memakan masa sehingga hari ini disebabkan keberkesanan pihak pemiutang yang agak lembab tambahan pula pemiutang adalah berada di negeri Selangor dan ia bercuti pada 26 Julai 2013 (Jumaat) sempena Hari Nuzul Al- Quran. Akhirnya saya telah memperoleh surat rasmi dari pihak pemiutang dan saya telah menghantarkannya kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut. Tiada

Yang paling menyedihkan ialah apabila saya menerima panggilan telefon pada petang tadi, agen tersebut teleh memberitahu saya bahawa permohonan pinjaman peribadi telah ditolak oleh pihak pegawai MBSB atas alasan tiada respon daripada peminjam. Saya berasa sangat marah dan geram!!!!!

Kenapakah pihak MBSB menawarkan perkhidmatan yang sangat teruk dan tidak bertanggungjawab? Saya dan agen tersebut telah memberikan kerjasama dengan penuh kepada MBSB tetapi balasan yang saya dapat ialah sebegini? Saya amat sakit hati dan berharap pihak MBSB akan memberikan perhatian yang serius terhadap isu ini. Terima kasih.

By: B Lee

Kebajikan Staf IPG Teknik Terabai

Seperti sedia maklum, IPG Kampus Pendidikan Teknik akan berpindah ke Bandar Enstek, Nilai. Kami akur dengan arahan perpindahan ini tetapi pihak atasan IPG Kampus Pendidikan Teknik langsung tidak menjaga kebajikan staf sokongan seperti kami yang terdiri daripada kakitangan bawahan yang berpendapatan rendah untuk menampung perbelanjaan harian seperti minyak, tol dan lain-lain untuk bertugas di sana.

Pada mulanya pihak atasan berjanji untuk menyediakan perkhidmatan bas secara percuma selama enam bulan seperti mana yang diterima oleh penjawat awam yang berpindah dari Jalan Duta ke Putrajaya. Namun sehingga kini hal itu hanya janji kosong. Malah kami yang terpaksa mencari perkhidmatan bas sewa untuk perjalanan ke sana. Kami juga dimaklumkan bahawa elaun sara hidup (COLA) akan dipotong. Ini adalah kerana kampus baru IPG Kampus Pendidikan Teknik berada di luar kawasan bandar.

Selain itu, kami juga dijanjikan elaun sebanyak RM200.00 seorang tetapi sehingga kini alasan yang diberikan tiada peruntukan. Bagaimana kami hendak menampung perbelanjaan perjalanan untuk ke sana dengan pendapatan yang tidak seberapa ini? Kami juga tidak disediakan kuarters kediaman walaupun perpindahan ini melibatkan jarak yang jauh iaitu melebihi dari 60KM untuk satu hala. Kami tidak diberi peluang untuk menyuarakan segala masalah kerana bagi mereka, kami perlu patuh pada arahan pihak atasan.

Hal ini sedikit sebanyak menganggu konsentrasi kami untuk bekerja. Kebajikan kami tidak terbela. Pihak atasan sendiri sekadar memandang remeh hal ini sekaligus kebajikan kami terabai.

By: staf ipg teknik

Masih belum dapat penempatan di sekolah kerajaan

Saya adalah bekas pelajar Universiti Tun Abdul Razak tahun 2008 yang mengambil jurusan pendidikan. Masalahnya sekarang, saya sudah pergi temuduga yang di panggil sebanyak 2 kali dan temuduga kali ke-2 telah berjaya. Tetapi sehingga kini saya masih belum lagi dapat penempatan di sekolah kerajaan.

Saya hanya diberikan jawapan TUNGGU sahaja walaupun saya telah turun naik di Putrajaya untuk menguruskan masalah ini. Saya bukannya orang semenanjung yang begitu dekat untuk datang selalu ke Putrajaya.

Saya datang dari Sabah dan memerlukan kos yang tinggi untuk berurusan masalah ini. Kalo diberikan penyelesaiannya saya tidak akan rasa rugi untuk terbang ulak alik ke Putrajaya KL. Malahan saya rasa seperti keputusan temuduga saya itu di abaikan macam begitu sahaja.

Saya telah menunggu penempatan ini dari tahun 2010 lagi. Sekarang ini hampir masuk Tahun 2013 dan langsung belum ada jawapan. saya harap pihak yang berkaitan tolong selesaikan masalah saya ini dengan cepat. Saya mengambil bidang ini pun bukannya secara percuma dan perlu membayar PTPTN. Jika begini berterusan bagaimana saya nak langsaikan hutan pinjaman itu.

By: Ita

Bilal masjid selalu ponteng

Asalamualaikum/salam sejahtera

Kami jemaah Masjid Jamek Rengit Batu Pahat Johor sangat kesal dengan bilal kerajaan masjid ini yang selalu ponteng hingga boleh dikatakan tahap keterlaluan.Dalam seminggu hanya sehari atau dua hari sahaja beliau menjalankan tugasnya.

Perkara ini telah lama berlaku, pelbagai agensi telah kami adukan seperti, BPA Johor, BPA putrajaya dan JAIJ sendiri,namun langsung tiada sebarang tindakan.Apa yang menghairankan, pejabat agama daerah Batu Pahat langsung tidak berbuat apa-apa tindakan dalam hal ini seolah-olah bersubahat dengan apa yang berlaku.

Masjid ini mempunyai dua imam kerajaan,salah seorang daripada mereka (Imam Saleh) juga kerap ponteng,tapi tidak seteruk seperti bilal tadi. Ini adalah satu amanah yang wajib dipikul oleh penjawat awam,lebih-lebih lagi dalam skop agama.

Diharap dengan terdedahnya diaduanrakyat online ini,pihak yang berkaitan dapat meninjau,menyiasat seterusnya menyelesaikan masalah-masalah ini.

Sekian teriam kasih

By: kahar

Apa Respon BNM Kepada Duit Syiling Negara Siri Ketiga?

Sejak tersiarnya artikel aduan bertajuk Duit syiling negara siri ketiga pada 5 Mei 2012 yang lalu, namun hingga ke hari ini, tiada sebarang tindakan atau respon daripada BNM pun diterima.

Persoalannya sekarang, adakah kita ni syok sendiri mengadu dan hanya mendapat respon yang hampir sama daripada “kawan senasib” tapi bukannya dari “pihak yang berwajib” macam mana ya? Boleh ke sesiapa terangkan? Adakah ruangan aduan rakyat online ini sekadar utk mengadu tanpa pembelaan/tindakan?

By: H.A.Lim

Pemilihan Guru (GSTT) Tidak Adil

Pada tahun 2011, pengumuman oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran berkaitan ambilan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) untuk diserapkan ke latihan perguruan merupakan satu berita gembira dan disambut baik oleh masyarakat.

Ia adalah satu hadiah khas kerajaan kepada GSTT yang telah berkhidmat dan mencurahkan bakti dalam mendidik anak bangsa dalam bidang pendidikan. Syarat-syarat asas yang ditetapkan bagi membolehkan GSTT diserapkan ke latihan perguruan ialah:

  1. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2011
  2. Berkhidmat sebagai GSTT selama dua (2) tahun termasuk tahun 2010

Difahamkan bahawa pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) ”amat berpegang teguh” kepada syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

Agak mengejutkan kerana ramai pemohon-pemohon berjaya ke latihan perguruan tersebut walaupun berkhidmat tidak sampai dua (2) tahun dan tidak mengajar dalam tahun 2010.

Pada awal pengambilan pihak BPG dilihat agak ’lenient’ dalam proses pemilihan calon-calon dan itu dilihat penyebab ramai pemohon berjaya melepasi pemilihan yang pertama walaupun tidak memenuhi syarat.

Situasi ini amat menyedihkan kerana terdapat segelintir pemohon-pemohon yang berada dalam situasi sama tetapi tidak berjaya ke latihan perguruan walaupun telah melalui proses rayuan.

Pada Ambilan Kedua, sikap ’lenient’ pihak BPG sudah tidak diamalkan lagi, sebaliknya lebih ’strict’ dengan menekankan kepada syarat-syarat yang dinyatakan di atas. Kenapa semasa Ambilan pertama lagi tidak diamalkan terus peraturan ketat ini?

Apa yang cuba saya nyatakan di sini ialah bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak, tetapi cuma inginkan keadilan diberikan kepada pemohon-pemohon yang malang itu. Mereka telah menjadi magsa keadaan dan suatu penganiayaan yang melibatkan masa depan mereka.

Mereka layak diberikan peluang yang sama sepertimana pemohon-pemohon yang berjaya dalam pengambilan pertama.

Pihak kerajaan perlu lebih prihatin berkenaan perkara ini. Semoga keadilan dapat ditegakkan.

By: Nurzaliza

Pejabat Pemprosesan Pasport Imigresen Putrajaya

Saya membuat pasport diPejabat Pemprosesan Pasport  Imigresen Putrajaya tetapi saya sudah dua hari di sana tapi tidak mendapat pasport. Kakitangan di sana menyuruh saya menyediakan surat sumpah yang mengatakan pasport saya masuk kemalaysia hilang.Saya pergi membuat surat sumpah dan dikenakan bayaran tetapi setelah dihantar permohonan saya menolak permohonan saya kerana tidak boleh menerima surat sumpah saya kerana tidak mengikut format. saya sekali lagi membuat surat sumpah mengatakan pasport saya hilang dengan ledih terperinci.

Masalahnya saya sudah memberitahu bahawa saya tiada pasport masuk ke malaysia kerana saya masuk ke malaysia bersama keluarga. yang ada hanya permit masuk.Kakitangan diPejabat Pemprosesan Pasport  Imigresen Putrajaya mengajar saya untuk membuat surat sumpah tetapi pegawai atasannya menolak surat sumpah saya. Dua hari saya berulang alik ke putrajaya untuk urusan ini dan apabila saya datang pada kali ketiga di kaunter Pemprosesan Pasport  Imigresen Putrajaya melayan kami dengan tidak sopan dan mengatakan surat sumpah itu boleh diterima.

Mereka memberi arahan kepada orang awam hanya mengikut perasaan tampa merujuk pada pegawai atasan dan  maklumat sebenar. yang menjadi mangsa adalah saya. Saya membelanjakan hampir RM 150 untuk berulang alik ke sana untuk membuat pasport dan terpaksa mengambil cuti selama dua hari.

Perkhimatan kakitangan Pejabat Pemprosesan Pasport  Imigresen Putrajaya  memang teruk.

By: Shofiyati Imam Rohadi

Graduan TESL Tajaan KPM Tiada Penempatan Setelah Lapan Tahun

Saya adalah graduan B.Ed(Hons) TESL dari UiTM S.Alam 2004. Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat penempatan. Saya telah banyak kali telah menghubungi pihak Kementerian, berhubung masalah saya tetapi kecewa dengan sikap para pekerja yang hanya melepaskan tangan. Panggilan telefon saya disambung ke bahagian demi bahagian dan akhirnya saya dapat bercakap dengan salah seorang pagawai. Pegawai tersebut meminta butir2 diri saya untuk disemak. Kemudian pegawai tersebut menyatakan nama saya telah tercicir, menyebabkan tiada penempatan buat saya.

Saya telah diminta untuk membuat surat rayuan. Saya menghantar surat rayuan dan telah mendapat maklum balas menyatakan surat saya telah diterima dan akan diproses. Setelah itu, saya dipanggil untuk temuduga. Saya keliru, kenapa saya perlu melalui proses sebegitu memandangkan di dalam kontrak jelas bahawa saya akan ditempatkan untuk mengajar sebaik sahaja tamat belajar di universiti. Saya bersabar dan hanya mengikut ‘protokol’ yang ditetapkan.

Namun, setelah melalui proses yang disifatkan ‘tak relevan’ itu, saya tidak juga mendapat sebarang maklumbalas. Saya yang terpaksa mencari sesuap nasi terpaksa bekerja dengan syarikat swasta dengan jawatan yang tidak seberapa. Saya telah menjadi pensyarah di kolej swasta tempatan, namun masih dibelenggu persoalan tentang nasib saya di Kementerian. Saya malah telah pergi berjumpa dengan pegawai di kementerian Putrajaya untuk menjelaskan kedudukan saya. Saya diminta menyerahkan dokumen2 untuk ‘tindakan lanjut’ namun masih menemui jalan buntu.

Saya terikat dengan waktu kerja dan saya tidak mampu untuk memperuntukkan terlalu banyak masa untuk berulang alik ke kementerian kerana setiap jawapan yang saya dapat hanya lah mengecewakan dan saya tidak mahu membuang masa,tenaga dan wang. Saya meneruskan perkhidmatan di kolej swasta kerana saya terpaksa menanggung adik2 saya yang masih belajar serta ayah saya yang sakit.

Yang menjadi persoalan sekarang ialah, sudah lebih kurang 8 tahun saya tidak dapat menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan terpaksa menanggung hidup yang sukar. Tetapi pada awal tahun 2011, ketika saya berkhidmat sebagai guru ganti di sebuah sekolah di Melaka, tiba2 saya didatangi surat menyatakan saya telah melanggar kontrak dan diminta untuk membayar balik rm52,000.00 atas sebab tersebut. Saya begitu terkejut dan sedih dengan surat tersebut. Saya akhirnya menghubungi pegawai tersebut (tahun 2011) dan diminta untuk menghantar surat tunjuk sebab. Saya tertekan kerana saya seolah-olah melanggar peraturan. Saya menghantar surat tersebut. Setelah beberapa minggu, saya hadir sendiri dan berjumpa dengan pegawai KPM dan dimaklumkan bahawa saya diberi pelepasan berkhidmat dan juga tidak perlu membayar rm52 ribu. Saya pernah meminta pelepasan dari berkhidmat dan pengecualian dari membuat pembayaran tersebut tetapi masih berasakan saya telah menanggung rugi dan tekanan hidup.

Lapan tahun adalah satu jangkamasa yang terlalu lama untuk saya. Saya berasa terpinggir, sedangkan ramai lagi yang diserapkan untuk menjadi guru dengan jalan mudah, selain menambil tenaga pengajar dari luar untuk Bahasa Inggeris, padahal saya lebih berhak. Pihak KPM seolah-olah tidak memahami kesulitan saya. Sehingga sekarang sukar untuk saya menerima hakikat nasib diri yang tidak menentu penangan dari ‘kesilapan teknikal’ pihak berwajib.

Jika dihitung, saya sepatutnya telah pun menjadi guru senior sekarang dan sedang menikmati kelebihan2 sebagai staf kerajaan, dan mungkin telah dapat mengajar di negeri yang saya pohon. Saya harap pihak tuan dapat membantu saya mendapatkan gaji dan penempatan yang setimpal dengan kerugian yang saya alami setelah sekian lama. Sekiranya saya diperlukan untuk berkhidmat sebagai guru, saya harap saya tidak akan dikategorikan sebagai ‘guru baru’ yang mana saya perlu bermula dari bawah, dengan gaji permulaan. Saya telah menimba pengalaman sebagai pensyarah dan saya berbesar hati sekiranya saya ditawarkan jawatan yang setaraf dengan pengalaman saya, tetapi KPM menolak hasrat saya.

Alasan untuk ‘kes akan dipanjangkan’ atau ‘perlu tunggu mesyuarat’ benar2 memberi saya tempoh yang sukar, kerana saya sudah hidup susah selama LAPAN tahun. Saya sudah tidak tahu bagaimana dan pada siapa lagi harus saya mengadu. Sudah banyak kali rakan2 bahkan pihak PPD sendiri menasihatkan saya untuk mendedahkan isu ini kepada pihak media,namun saya tidak berbuat demikian,kerana ingin menjaga nama baik KPM. Saya ingin membuat tuntutan gantirugi tetapi takut kerana ini adalah badan kerajaan.

By: Zuraila

Tidak puas hati perhidmatan Jabatan Immigresen Putrajaya

Kami amat kecewa dengan perkhidmatan Jabatan Immigresen Putrajaya dalam menangani Process Pembersihan 6P.  Kami telah berada di pejabatan Immigresen dari pukul 10 pagi hingga 12 malam, baharu di beritahu oleh pegawai bertugas yang no giliran untuk malam itu ( 30/12/11) dan seterusnya hingga 10/01/12 ) telah habis.  Bagaimana no giliran boleh habis dalam 1 hari (kalau benar). Dan kalau benar kenapa menunngu hingga pukul 12 malam baru di beritahu. ?  Tidakah mereka fikir yang kami telah menunggu selama 12 jam?

Tidak ke pegawai pegawai Immigresen membuat perancangan terperinci sebelum memaklumkan kepada rakyat yang tarikh telah di tunda  tamatnya pd 31/12/11? memandangkan mereka tentu telah menjangka yang majikan akan datang dari seluroh  negara ke Putrajaya bagi menghantar borang 6P.

Kenapa tidak di buat cara systematic pemberi no tiket untuk pelangan pelangan yang datang?  Kami juga di beritahu yang counter akan di buka 24 jam. Tapi tiba tiba pegawai memaklumkan yang counter akan di tutup kerana no telah habis pada pukul 12 malam. Kenapa lewatnya nak beritahu?

Walaubagaimana pun atas desakan rakyat yang ada di situ, pemberian no dapat juga di jalankan. Hairan kan???  Janganlah buat rakyat sentiasa mendesak.. Tidak elok akibatnya.   Pehak kementerian i tolong tengok2 kes kes bagini.

Pegawai2 seperti inilah yang boleh memalukan kerajaan yang sangat sangat ingin memberikan yang terbaik untuk rakyat tetapi tidak di jalankan dengan serious oleh pegawai yang bertugas.

Saya menulis ini bukan untuk mencari kesalahan pihak mana mana, tetapi pihak Immigresen harus berhati2 dalam menjalankan dan memaklumkan sesuatu perkara kepada rakyat. Pegawai mesti lebih bijak dari rakyat yang datang!!! Terima kasih dan Maaf.

By: rukiah

Tawaran KPLI terlepas

Melihat rakan-rakan GSTT dapat melanjutkan pelajaran ke universiti untuk mengikuti DPLI (Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah) membuatkan saya terpanggil untuk membuat aduan. Saya merupakan salah seorang calon yang layak mengikuti KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) namun tawaran saya ditolak disebabkan saya mengandung ketika itu.

Saya mendapat tawaran temuduga KPLI untuk ambilan Jun 2009. Setelah menjalani sesi temuduga lisan dan juga ujian fizikal saya yakin bahawa saya mampu melepasi ujian tersebut. Malangnya apabila saya menyemak untuk kemasukan Jun 2009 nama saya tiada dalam senarai. Oleh yang demikian saya telah membuat surat rayuan ke Putrajaya. Namun tiada sebarang maklum balas daripada pihak  kementerian. Oleh yang demikian saya mengambil keputusan untuk mengadung anak kedua saya. Apabila kemasukan untuk Januari 2010, saya sengaja menyemak nama saya kembali entah bagaiman nama saya tersenarai di dalam calon yang layak sedangkan ketika itu usia kandungan saya 5 bulan. Mengapa pihak Kementerian Pelajaran tidak memaklumkan terlebih dahulu bahawa nama saya ditangguhkan ke ambilan seterusnya.

Pada hari lapor diri saya terus ke IPG Raja Melewar tetapi malangnya tawaran sayatelah ditolak. Kalau dari awal lagi GSTT akan diserap menjadi guru tetap mengapa KPLI diperkenalkan.Sudah pastinya dari awal lagi saya menjadi GSTT kerana pada akhirnya kelak pasti menjadi guru tetap. Saya merasa tidak adil kerana tawaran saya ditolak mentah-mentah tanpa mempertimbangkan dahulu kes saya ini. Diharap pihak yang terbabit dapat memberi penumpuan terhadap kes ini kerana bukan saya sahaja menerima nasib sebegini malah ramai lagi diluar sana yang merupakan ibu dan juga isteri yang telah layak mengikuti KPLI tetapi ditolak semata-mata alasan megandung.

By: NOOR A

Kerosakan Enjin CVT Saga FLX

Saya baru membeli proton saga flx pada 26 November 2011 di Bayangan Dinamik SB di Bandar Baru Bangi, yang merupakan pengedar sah PROTON.

Kenderaan ini merupakan kenderaan utama untuk saya berulang alik ke pejabat di Putrajaya. Tetapi saya merasa sangat kecewa dan hampa apabila belumpun sampai 2 minggu kereta ini mempunyai masalah. Berikut adalah kronologi pembelian kereta ini: Continue reading Kerosakan Enjin CVT Saga FLX

Projek Sarang Burung di Kuala Lipis

Saya adalah penduduk Kampung Telemin, Kg Gua, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Disini saya wakil dari penduduk kg ingin membuat aduan tidak puas hati dengan tindakan Majlis Daerah Kuala Lipis meluluskan projek sarang burung di kawasan kg yang berdekatan dengan rumah penduduk kampung.

Sebelum ini pihak kampung ada membuat aduan ke agensi @ persatuan sarang burung di Putrajaya, dan hasilnya berjaya dan projek itu diberhentikan. Tetapi beberapa bulan ini saya amat terkejut tiba-tiba projek sarang burung itu diteruskan semula. Apabila rumah sarang burung itu siap dibina ini akan menggangu suasana penduduk kg yang duduk berdekatan dengan rumah sarang burung itu.

Saya mohon jasa baik tuan dan puan dapatlah selesaikan segera masalah ini. Sebelum rumah sarang burung itu siap dibina. Segala keterangan saya mestilah dirahsiakan daripada penduduk kampung.

Sekian,terima kasih.

By: TNTA