Posts Tagged ‘Public Bank’
Penipuan Syarikat Jual Beli Kereta
Salam Tuan/Puan,
Minta kerjasama pihak Aduan Rakyat untuk memaparkan kes saya ini yang telah saya email seperti dibawah. Ini adalah kes serius yang perlu disebarkan kepada semua rakyat supaya tidak ada mangsa-mangsa yang lain lagi. Saya sekarang sudah letih and lesu kerana pihak polis masih tidak mengambil apa2 tindakan walaupun sekarang sudah ada 2 kes yang sama melibatkan syarikat yang sama, Setia Satria TM Sdn Bhd.
Saya sudah sebarkan di forum dibawah: Read the rest of this entry »
Masalah Pembiayaan PTPTN
Pertama sekali saya ingin memaklumkan bahawa permohonan pembiayaan PTPTN saya tidak diluluskan dengan sebegitu sahaja. Ia mengambil lebih kurang setahun atau dua semester untuk diluluskan. Ini adalah kerana menurut pihak PTPTN, rekod pembayaran pembiayaan penuh PTPTN saya yang terdahulu belum dikemaskinikan. Tetapi masalah ini telah diselesaikan oleh pihak PTPTN walaupun telah mengambil masa yang agak lama dan saya telah menerima pembiayaan PTPTN pertama saya berjumlah RM8070.00.
Saya berasa amat bersyukur dengan anggapan segala masalah saya telah diselesaikan setelah saya menerima pembiayaan pertama saya tetapi kini kesemua rakan-rakan jurusan saya telah menerima pembiayaan mereka dan saya masih belum menerima sebarang pembiayaan lagi. Tunggakkan yuran kolej saya telah melebihi RM5,200.00 dan pihak kolej saya mendesak supaya masalah ini diselesaikan secepat mungkin.





