Projek Perumahan Terbengkalai | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Posts Tagged ‘Projek Perumahan Terbengkalai’

Perumahan Terbengkalai di Taman Pulai Jaya, Kulai Johor

Salam hormat,

Aduan yang ingin saya utarakan adalah berkenaan projek perumahan terbengkalai Fasa G Taman Pulai Jaya, Daerah Kulai Johor. Untuk makluman pihak tuan, projek pembinaan telah ditangguhkan semenjak tahun 2007 dengan alasan pemaju kekurangan bajet untuk meneruskan projek. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2010 projek pembinaan telah dihentikan sepenuhnya.

Beberapa siri perjumpaan di antara pembeli dengan pemaju dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diadakan tetapi masih tidak dapat mencapai kata sepakat dan dan masih tidak menemui jalan penyelesaian. Semasa perjumpaan dengan pihak KPKT pada tahun 2010 diadakan, pembeli telah dijanjikan bahawa projek  berkenaan akan diambilalih oleh pemaju lain.

Read the rest of this entry »

Projek Perumahan Terbengkalai Selama 11 Tahun

Salam 1 Malaysia.

Disini saya ingin membuat aduan tentang projek perumahan terbengkalai di Fasa 2, Bandar Putera Indah, Mukim Linau Daerah Batu Pahat Johor.

Projek tersebut telah terbengkalai selama 11 tahun. Sesetengah pembeli telah pun membayar hampir separuh manakala sesetengah lagi telah pun menjelaskan pembayaran penuh terhadap pihak tersebut. Tetapi pihak tersebut telah menaburkan janji-janji palsu dan tidak mengendahkan sebarang aduan.

Read the rest of this entry »

Perumahan Tamar Sri Nilam Kian Tenggelam

Setelah hampir 9 tahun membeli rumah di taman perumahan tersebut saya masih belum dapat menduduki rumah tersebut sehingga ke hari ini. Ianya boleh dikategorikan sebagai projek perumahan TERBENGKALAI. Saya sebagai seorang pembeli merasa tertipu dengan janji pihak pemaju perumahan tersebut.

Setelah sekian lama bersabar akhirnya pada 30/12/2010 saya telah membuat laporan kepada pihak polis. Tetapi hingga kini saya masih belum mendapat maklum balas daripada laporan polis yang telah dibuat. Pihak berkuasa tempatan juga tidak mengambil apa-apa tindakan untuk membantu pihak pembeli.

Read the rest of this entry »

Projek Perumahan Terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak

Salam Sejahtera/Salam 1Malaysia,

Saya seorang anggota polis di kontinjen Pahang. Saya ingin membuat aduan tentang projek perumahan yang terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak. Pemaju projek tersebut adalah UNISERVICE (M) SDN.BHD. Saya telah membeli rumah tersebut pada tahun 1998. Untuk makluman, projek Taman Sri Bemban yang dimajukan oleh UNISERVICE (M) SDN.BHD telah diisytiharkan sebagai projek perumahan terbengkalai pada 31 Disember 2002.

Pada 16 Jun 2010 (Rabu) jam 11.00 pagi, saya bersama para pembeli yang lain telah dipanggil untuk bermesyuarat mengenai pemulihan projek perumahan terbengkalai Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak melalui satu surat dari Jabatan Perumahan Negara Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai. Rujukan Surat : KPKT/08/884/93-2/4(34). Dalam mesyuarat tersebut, kami difahamkan projek tersebut akan dipulihkan seawal-awalnya pada tahun 2011. Menurut wakil dari Rimbun Capital Sdn.Bhd, kerajaan sudah sedia memperuntukkan pemulihan projek perumahan yang terbengkalai itu. Sehingga ke hari ini dalam tahun 2011 juga, projek tersebut masih terbengkalai. Bila ditanya berkenaan projek perumahan tersebut, masing-masing lepas tangan. Sekarang saya tidak mempunyai rumah untuk diduduki. Saya juga akan pencen pada tahun ini 2011 bulan Oktober. Dimanakah saya mahu rujuk lagi? Siapa lagi yang boleh bantu kami para pembeli? Adakah projek ini terbengkalai selama-lamanya dan kami para pembeli tiada mempunyai rumah untuk kediaman? Duit gaji dipotong setiap bulan! Projek perumahan masih terbengkalai!

Read the rest of this entry »