Projek perumahan SPNB di Sandakan

Projek Perumahan SPNB ( Taman Permata ) di Bt 7 Jln Labuk Sandakan yang mula dibina pd tahun 2008 terbengkalai sehingga kini ( 2012 ) sedangkan kami telah dijanjikan projek tersebut siap dlm tahun 2010. Pembelian rumah tersebut melalui pinjaman kerajaan dan akan mula membayar mulai bulan APRIL 2012 melalui potongan Gaji ( Surat makluman dari Jab. Akauntan Negara sudah diterima )sedangkan struktur bangunan blok rumah saya belum kelihatan lagi. Lebih memeritkan lg dalam masa yg sama, saya juga terpaksa membayar sewa rumah yang saya duduki sejak tahun 2009 lg.

Slogan Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri ” RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” merupakan slogan kosong dan hanya bertujuan mengaburi mata ( menipu ) rakyat. Sykt Perumahan Negara Berhad ( SPNB- Company NO.444205-M beralamat Tgkt 16,Bangunan MAS, Jln Sultan Ismail, 50250 KL ) adalah sebuah sykt yg diperbadankan dan milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan GAGAL menjalankan tugasnya dengan berkesan dengan memantau projek perumahan yang banyak terbengkalai di seluruh negara khususnya di negeri Sabah dibawah kendalian SPNB.

Lebih menyedihkan tiada seorangpun WAKIL RAKYAT BN yg bersuara di DUN Sabah mahupun DEWAN RAKYAT untuk membela nasib & kebajikan rakyat yg tertindas di kawasan yg terlibat dengan masalah ini. LOKASI projek Perumahan ini terletak dalam Kawasan DUN SIBUGA iaitu kawasan yg diwakili oleh Ketua Menteri Sabah sendiri. Tetapi semasa Wakil Rakyat2 ini hendak undi rakyat, mereka berjanji utk membela nasib rakyat. Tetapi kini janji2 Wakil Rakyat2 tersebut hanyalah tin kosong. Ingatlah Wahai YB2 bahawa kita manusia biasa ni hanya boleh membohongi/menipu/memperdaya org lain sekali shj…

By: Shitor Kalasang

Tambang teksi di UKM Bangi mahal

Saya adalah seorang penguna kemudahan awam di Bangi ingin membuat aduan tentang masalah sikap pemandu teksi di ktm ukm yang mengenakan caj tambang yang terlalu mahal dan melampaui batas.

Pemandu-pemandu teksi di sana dengan beraninya tidak mematuhi peraturan etika sebagai pemandu teksi dengan tidak mengunakan meter perjalanan yang telah di pasang di dalam setiap kenderaan teksi masing-masing.

Sebaliknya mengenakan caj tambang mengikut kehendak masing-masing.Ramai yang sudah menjadi mangsa kepada sikap pemandu teksi yang tidak beretika ini terutama pelajar-pelajar yang sedang belajar di universiti atau kolej berdekatan bangi.

Alasan yang selalu di kemukakan oleh pemandu teksi ialah mereka hanya hendak tumpang mencari makan..sedangkan pelajar-pelajar yang tidak bekerja serta terpaksa belajar dengan duit pinjaman kerajaan tidak pula mereka ambil peduli..

Jika pihak tuan tidak mempercayai kata-kata saya cuba lah bertanya kepada orang ramai yang selalu mengunakan kemudahan awam di bangi terutama di stesen ktm ukm.

Saya berharap pihak tuan dapat menyiasat dan membawa masalah ini ke muka pengadilan.

Pengguna yang bijak tahu apa hak nya untuk di bela.

By: edy

Masalah rumah tiada CFO dan tak dihuni hampir 19 tahun

Sebahagian besar melibatkan pembeli pembeli Taman Cempaka Flat Kg Koh Sitiawan Perak yang membuat pinjaman kerajaan yang diluluskan pada tahun 1990, rumah dah siap tapi tak dapat duduk tanpa CFO hampir 19 tahun berlalu (tarikh dari 1992 jangkaan jika CFO dikeluarkan), bangunan 3 tingkat dengan 54 unit rumah dan 9 unit kedai terbiar dan rosak, tak ada penghuni sehingga hari ini kecuali seorang ibu tunggal yang tiada pilihan yang telah kematian suami akibat menderita tekanan dari permasalahan yang berkesudahan sehinggalah ke akhir hayat suami beliau.

Ini adalah kisah salah seorang yang diketahui, bagaimana pula dengan keadaan pembeli pembeli yang lain yang mungkin menderita, putus asa dan redha atas apa yang telah terjadi. Nak rujuk peguam, kami orang susah, kerja dengan pendapatan kecil dan tanggungan ramai. Masapun berlalu dah terlalu lama, dan dengarnya pemaju telah di istihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Ipoh. Pemaju mungkin boleh tukar status dan pinda beberapa perkara sebelum diistihar muflis. Pembeli pula bagaimana? Dengan siapa nak mengadu? Nak masuk suratkabar perlu wang sedangkan nak cari alamat terkini pembeli pun dah tak ada dalam data Majlis Perbandaran Manjung

Pernah rujuk KPKT, dan dah 2 kali mesyuarat dengan pihak pemaju dan pihak MPM serta pihak KPKT pada tahun 2010, tapi sepi jika tak selalu bertanya, maklumlah yang datang cuma 3 orang pembeli yang mewakili 48 orang pembeli. yang lain tak tahu lah samada masih hidup atau telah meninggal dunia. Tolonglah kami.

Sa’odah

Ada Unsur Penipuan Dalam Pinjaman Perumahan sykt Harta Setia Sdn Bhd

Saya terpanggil untuk menulis kerana merasakan sykt Harta Setia Sdn Bhd dengan tidak jujur menjalankan perniagaan dan sykt ini juga tersenarai antara sykt sakit dalam memajukan projek perumahan.

Kaitannya begini…Pada tahun 1991 saya didatangi oleh wakil dr sykt Harta Setia. Lokasi Kem Sri Banding. atas niat untuk menjual rumah di Pulai Condong(Taman Seri Aman). Saya bersetuju dengan syarat pinjaman tersebut mesti melalui pinjaman kerajaan. setelah diberi penerangan oleh wakil pemaju(merupakan seorang bekas tentera) saya bersetuju dan menurunkan tandatangan di semua lampiran yang berbahasa inggeris. kemudiannya bekas tentera tadi datang semula ke kem Sri Banding. untuk memberi maklum balas.

Permohonan saya untuk mendapatkan sebuah rumah melalui pinjaman kerajaan tidak dapat diteruskan kerana ketika itu umur saya dibawah 26 tahun dan belum disahkan jawatan. itu antara alasan yg dinyatakan. Maknanya Sykt Harta Setia tidak akan meneruskan perjanjian ini. Tapi pada tahun 2010 ketika saya membuat permohonan untuk mengeluarkan wang faedah persaraan saya. didapati nama saya disenaraihitam kerana berhutang dgn MBSB. setelah semakan di buat. hutang pokok diatas nama sama sekitar rm 10 ribu…harga rumah rm25 ribu… saya tidak mempunyai apa-apa dokumen sokongan yang menyatakan harta tersebut milik saya. ketika semakan di buat bersama MBSB..ada ramai lagi anggota tentera yang senasib dgn saya..

Mohon pihak TV3 apalah kiranya dapat membuat siasatan.. demi bekas pejuang negara..dan pada pejuang negara yang bakal bersara ini…jika masalah ini berlarutan..saya antara orang yng cemerlang dalam perkhidmatan ATM.. tapi rakyat yg muflis.. kerana ketidakadilan sosial…

By: Anggota Tentera Tertipu