Pinjaman Kerajaan | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Archives
Blogged.my

Posts Tagged ‘Pinjaman Kerajaan’

Projek perumahan SPNB di Sandakan

Projek Perumahan SPNB ( Taman Permata ) di Bt 7 Jln Labuk Sandakan yang mula dibina pd tahun 2008 terbengkalai sehingga kini ( 2012 ) sedangkan kami telah dijanjikan projek tersebut siap dlm tahun 2010. Pembelian rumah tersebut melalui pinjaman kerajaan dan akan mula membayar mulai bulan APRIL 2012 melalui potongan Gaji ( Surat makluman dari Jab. Akauntan Negara sudah diterima )sedangkan struktur bangunan blok rumah saya belum kelihatan lagi. Lebih memeritkan lg dalam masa yg sama, saya juga terpaksa membayar sewa rumah yang saya duduki sejak tahun 2009 lg.

Slogan Kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri ” RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” merupakan slogan kosong dan hanya bertujuan mengaburi mata ( menipu ) rakyat. Sykt Perumahan Negara Berhad ( SPNB- Company NO.444205-M beralamat Tgkt 16,Bangunan MAS, Jln Sultan Ismail, 50250 KL ) adalah sebuah sykt yg diperbadankan dan milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia. Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan GAGAL menjalankan tugasnya dengan berkesan dengan memantau projek perumahan yang banyak terbengkalai di seluruh negara khususnya di negeri Sabah dibawah kendalian SPNB.

Read the rest of this entry »

Tambang teksi di UKM Bangi mahal

Saya adalah seorang penguna kemudahan awam di Bangi ingin membuat aduan tentang masalah sikap pemandu teksi di ktm ukm yang mengenakan caj tambang yang terlalu mahal dan melampaui batas.

Pemandu-pemandu teksi di sana dengan beraninya tidak mematuhi peraturan etika sebagai pemandu teksi dengan tidak mengunakan meter perjalanan yang telah di pasang di dalam setiap kenderaan teksi masing-masing.

Read the rest of this entry »

Masalah rumah tiada CFO dan tak dihuni hampir 19 tahun

Sebahagian besar melibatkan pembeli pembeli Taman Cempaka Flat Kg Koh Sitiawan Perak yang membuat pinjaman kerajaan yang diluluskan pada tahun 1990, rumah dah siap tapi tak dapat duduk tanpa CFO hampir 19 tahun berlalu (tarikh dari 1992 jangkaan jika CFO dikeluarkan), bangunan 3 tingkat dengan 54 unit rumah dan 9 unit kedai terbiar dan rosak, tak ada penghuni sehingga hari ini kecuali seorang ibu tunggal yang tiada pilihan yang telah kematian suami akibat menderita tekanan dari permasalahan yang berkesudahan sehinggalah ke akhir hayat suami beliau.

Read the rest of this entry »

Ada Unsur Penipuan Dalam Pinjaman Perumahan sykt Harta Setia Sdn Bhd

Saya terpanggil untuk menulis kerana merasakan sykt Harta Setia Sdn Bhd dengan tidak jujur menjalankan perniagaan dan sykt ini juga tersenarai antara sykt sakit dalam memajukan projek perumahan.

Kaitannya begini…Pada tahun 1991 saya didatangi oleh wakil dr sykt Harta Setia. Lokasi Kem Sri Banding. atas niat untuk menjual rumah di Pulai Condong(Taman Seri Aman). Saya bersetuju dengan syarat pinjaman tersebut mesti melalui pinjaman kerajaan. setelah diberi penerangan oleh wakil pemaju(merupakan seorang bekas tentera) saya bersetuju dan menurunkan tandatangan di semua lampiran yang berbahasa inggeris. kemudiannya bekas tentera tadi datang semula ke kem Sri Banding. untuk memberi maklum balas.

Read the rest of this entry »