Kenaikan GAS pengguna

Sejak bulan lalu (April), saya telah mendapati tong-tong GAS pengguna telah ditukar nama kepada syarikat MIRO daripada sedia ada yang bernama Petronas, Mobil, Shell dll. Sejak ia ditukar, harga bagi setiap tong gas naik sebanyak RM1.00.

Saya cuba dapatkan penjelasan daripada pihak kedai dan mereka hanya menyatakan bahawa semua syarikta tong gas telah diambilalih oleh sebuah syarikat milik anak ahli politik terkenal di Malaysia. tetapi mereka enggan menyatakan siapa pemilik tersebut.

Setakat ini, saya tidak nampak dalam sebarang media bahawa kerajaan mengumumkan kenaikan bahan api gas pengguna. Adakah kenaikan gas ini mendapat kelulusan kerajaan atau dinaikan mengikut kesukaan pembekal?

Diharap pihak kerajaan memandang serius perkara ini. Kenaikan Rm1.00 membawa banyak impak terutamanya golongan sederhana dan miskin. makanan pun mungkin akan naik dengan menggunakan alasan ini.

By: Tong Wee Yeaw

Awas! Pemeriksaan gas rumah ke rumah

Saya adalah salah seorang penduduk di Taman Saga yang baru saja menghuni di perumahan taman ini. Soalan yang ingin saya ajukan di sini ialah, adakah pihak Petronas telah menghantar kakitangannya untuk memeriksa tong gas rumah ke rumah di Taman Saga?

Aduan saya ini rentetan dari kedatangan seorang pemuda yang berpakain Petronas di luar pagar rumah dalam jam 11.30am tadi. Kelihatan juga seorang lagi pemuda yang berpakaian sama memanggil-manggil jiran sebelah rumah saya. Apabila saya bertanya apakah tujuan kedatangan mereka, pemuda itu (dengan loghat Indonesia) menjawab mereka di hantar oleh pihak Petronas untuk memeriksa tong gas rumah ke rumah tiga bulan sekali.

Pemuda itu seperti memaksa saya agar memberi keizinan pada mereka untuk menjalankan tugas. Tanpa berpikir panjang saya terus menutup pintu rumah tanpa bercakap banyak lagi. Dengan adanya aduan saya ini saya berharap pihak berkenaan perlu memberi jawapan dengan segera agar saya serta penghuni tidak berada dalam keadaan penuh kemusykilan. Saya juga berharap agar ada anggota polis yang membuat rondaan di sekitar Taman Saga, Ampang. Aduan demi keselamatan! keselamatan untuk kesejahteraan! kesejahteraan semua rakyat!

By: Syakina Al Idrus

Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Petronas

Saya merupakan kakitangan veteran Petronas yang akan bersara dalam masa 1 tahun ini. Sejak 2 tahun kebelakangan ini, pihak Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Petronas telah menindas kakitangan dengan polisi mereka yang tidak relevan dan bersifat ‘cronyism’.

Kakitangan yang kritikal dan cuba memberi pandangan bernas supaya polisi sumber tenaga manusia lebih relevan akan dilayan seperti ‘sampah’ dan ditendang keluar dari jabatan tersebut. Ketua-ketua di jabatan PSTM Pusat semakin galak menaikkan pangkat berdasarkan ‘croony’ iaitu saudara-mara, kawan-kawan dan bukannya berdasarkan merit. Kami merayu supaya MACC selidik perkara ini kerana ia begitu menular sekarang di peringkat pengurusan sumber tenaga manusia, pengurus-pengurus besar terutama Pengurus Besar Kepimpinan dan Kebolehan.

Kakitangan yang ‘high flyer’ dah ramai ‘give up’ dengan polisi-polisi sumber tenaga manusia yang tak relevan ini dan berhenti dari Petronas. Kami juga merayu kepada pihak pengurusan Petronas supaya mengambil ketua-ketua yang berkaliber dan bersifat kemanusiaan (‘human’) untuk mengetuai jabatan sumber tenaga manusia. Ketua-ketua jabatan sumber tenaga manusia yang lama tapi sampai hari ini tidak dapat membuat polisi-polisi yang relevan perlu dikeluarkan.

By: Whizz Ozz

Standard HSE Petronas Carigali

Bagaimanakah Petronas menangani status senaraihitam sub-contratcor yang melakukan projek mereka? Salah seorang kakitangan Nordic Maritime Limited telah disenarai hitamkan kerana gagal didalam ujian dadah dan telah dilucutkan dari projek terbabit.

Tetapi difahamkan nama beliau disenaraikan semula bagi projek Petronas di Indonesia? Bukankah sesiapa yang telah disenaraihitamkan oleh Petronas PMU tidak dibenarkan melakukan apa-apa projek di bawah selenggaraan Petronas?

Adakah ini bermaksud standard HSE Petronas begitu longgar sehinggakan tiada penyelarasan diantara Kuala Lumpur serta Jakarta di dalam mengeluarkan OSP (Offshore Safety Passport) kepada sub-contractor yang mahu menjalankan projek mereka?

Diharap pihak pengurusan Petronas Carigali dapat memberikan jawapan berhubung kes tersebut. Jika ini diambil ringan, akan mendatanagkan imej yang buruk kepada syarikat gergasi minyak Malaysia yang terkenal didalam menjaga standard keselamatan kakitangan.

By: M.Z.A

Masjid Tanjung Agas Bila Nak Siap

Saya penduduk Tanjung Agas Pekan mahukan penjelasan dari pihak yang terbabit berkenaan pembinaan Masjid Tanjung Agas yang baru. Apa yang saya dapati kerja-kerja di tapak tidak lagi berjalan dan kelihatan seperti projek terbengkalai.

Projek Masjid Tanjung Agas Terbengkalai

Sampai bilakah masalah ini dapat di atasi dan sampai bilakah penduduk Tanjung Agas Pekan dan sekitar perlu bersembahyang di masjid lama yang sangat daif. Harap perkara ini dapat diatasi segera demi keselesaan penduduk Tanjung Agas dan sekitar. Janganlah biarkan orang luar seperti tersenyum sinis bila sebut sahaja nama Tanjung Agas Pekan, mereka dapat bayangkan betapa daifnya kemudahan yang dapat diberi oleh kerajaan kepada rakyat.

Tanjung Agas satu nama tempat yang semua orang tahu akan dibangunkan projek Mega Petronas tetapi sampai sekarang kemudahan asasnya sanagt menyedihkan.

Orang Tanjung Agas
Pekan Pahang.

Kenderaan Menghalang Laluan dan Pemandangan Kakitangan Petronas Keluar Masuk Pejabat

Saya mewakili kakitangan Seremban Regional Office, Petronas Gas Bhd (PGB) di lokasi Km 11, Jalan Seremban-Tampin ingin membuat pengaduan tentang terdapat sebuah trailer panjang membawa muatan besar kini sedang berhenti di persimpangan masuk ke pejabat PGB semenjak dari pukul 8.00 pagi tadi hingga sekarang (15/9/11).

Keadaan ini boleh menyebabkan kemalangan kepada kenderaan kakitangan, syarikat dan juga orang ramai kerana menghalang pemandangan semasa keluar/masuk ke pejabat . Sila rujuk gambar yang di lampirkan.

Sebelum keadaann menjadi lebih buruk, saya bagi pihak syarikat memohon kerjasama penguatkuasa JPJ untuk mengambil tindakan segera. Saya ingin mencadangkan supaya pihak JPJ menjalankan rondaan di sepanjang laluan ini kerana tempat ini merupakan lokasi popular di kalangan pemandu lori, tanker dan trailer meletakkan kenderaan mereka.

Terima kasih di atas kerjasama pihak tuan.

By: jimeen

Dimaki pengawai insuran kad kredit

Saya salah seorang pengguna kad kredit Visa Petronas Maybank telah di hubungi oleh seorang pekerja dari bahagian insuran kad kredit. Saya telah menyatakan kepada beliau yang saya tidak berminat untuk mengambil insuran yg ditawarkan.

Saya telah dihubungi oleh beliau berkali-kali sehingga saya terpaksa menutup HP saya kerana sudah tidak tahan diganggu oleh perempuan yang sama. Sehingalah pada suatu hari saya sudah marah dan meletakkkan telefon tetapi amat mengejutkan beliau telah menghantar sms kepada saya dan memaki hamun saya dengan menggunakan kata kata seperti pukimak, perempuan sundal dan berbagai jenis perkataan kesat yang saya rasa tidak patut dikeluarkan oleh seorang pekerja insuran hanya kerana saya tidak mahu menerima insuran yang ditawrkan.

Saya harap tindakan boleh diambil kerana ini telah menyebabkan saya rasa amat tertekan dan tidak dapat menrima kata-kata kesat tesebut. Bukan satu sms yang dihantar tetapi tiga sms. Jadi saya rasa tindakan patut diambil terima kasih..

rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..

norhayati

By: norhayati

Bank potong lebih dari yang sepatutnya di potong di petrol pam – Petronas

Salam,

Malam ini lebih kurang  jam 10.05 minit malam ( 17 Julai 2011 ) saya mengisi minyak kereta petrol Ron 95 di petrol pam Petronas. Saya menggunakan kad Maybank . Setelah mengisi minyak sebanyak RM50.00 saya mengambil resit di mesin pam minyak dan resit menunjukkan harga minyak yang saya isi sebanyak RM50.00. Setelah itu saya pergi ke maybank ATM dan secara kebetulan saya membuat semakan keluar masuk wang dan saya mendapatkan slip di mesin atm.

Saya terperanjat apabila meneliti potongan untuk bayaran minyak yang saya isi sebanyak RM 150.00 bukan RM50.00 seperti yang tertulis di resit Petronas. Saya kembali ke petrol pam petronas yang menyatakan ketidakpuasan hati saya. Pekerja di pam minyak memberitahu sebelum ini pun ada berlaku seperti yang berlaku kepada saya. Beliau  juga menyatakan kesilapan ini daripada pihak bank. Saya diminta merujuk kepada pihak bank pada hari esok. Oleh itu esok saya akan merujuk pihak bank.

Timbul beberapa persoalan didalam fikiran saya:

  1. Siapa yang bersalah pihak bank atau petronas pam?
  2. Jika saya tidak tahu ..siapakan akan menerima wang lebihan saya?
  3. Adakah kesilapan ini sengaja atau tidak sengaja?
  4. Mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena di pihak bank atau petrol pam?
  5. Jika sebelum ini ada berlaku mengapa ianya masih lagi berlaku ?
  6. Saya terpaksa menluangkan masa untuk berurusan dibank pada hari esok?
  7. Perlu atau tidak pihak polis dan BPR menyiasat perkara ini demi kepentingan orang ramai?
  8. Jika slogan ” Rakyat didahulukan , pencapaian diutamakan” tindakan segera perlu di ambil oleh pihak maybank atau pun petronas?

Sekian terima kasih..

tt. mangsa ..

By: MD HAZNI BIN ALI

Masalah banjir di Tambun

Pada 15.05.2011 aduan rakyat jam 8.00 malam banjir di Tambun telah menyelesaikan masalah orang-orang Tambun tetapi yang mengusarkan saya di alamat Lot 15622 Lorong Haji Raffar Satu Kampung Melayu Sungai Rapat 31350 Ipoh Perak. Ini bermakna banjir yang saya menanggung selama ini akan lebih parah lagi kerana ianya semua akan disalurkan ke Sungai Pinji yang mana rumah saya dialamat seperti diatas berada ditempat tersebut.

Masalah air dari Tambun daripada Petronas Jalan Mahadi Musa daripada Taman-taman perumahan Seri Botani dan lombong-lombong dikawasan persekitaran Botani telah ditutup untuk projek perumahan semuanya disalurkan ke Sungai Rapat dan juga Sungai Pinji tempat pertemuan Sungai Rapat dan Sungai Rokam ke Sungai Pinji bertemu dialamat rumah saya seperti diatas.

Justeru itu, semua air ini akan berkumpul dirumah saya apabila hujan lebat. Bayangkan betapa besarnya kerugian yang telah saya alami. Renung-renungkan. Sekian terima kasih.

By: MOHD

Stesen minyak enggan terima wang kertas

Saya ke stesen minyak Petronas di Seksyen 7 (berhampiran UNISEL) Shah Alam untuk membeli tiket bas. Wang kertas RM 50 yang saya serahkan ada sedikit comotan (bukan disebabkan oleh contengan) telah tidak diterima oleh mereka. Katanya nanti kalau dipulangkan pada pelanggan lain, pelanggan tersebut enggan terima.

Wang kertas saya yang tidak ada koyakan, lipatan atau remukkan, saya ambil dari mesin ATM. Saya minta mereka ikbas wang itu di mesin pengimbas ultra ungu untuk mengsahihkan bahawa wang itu adalah wang sah. Mereka abaikan dan terus mengatakan mereka enggan menerima wang tersebut. Saya menyatakan mereka sepatutnya mengimbas wang tersebut dan sekiranya wang tulen mereka harus menerimanya, kecuali wang itu hancur atau koyak. Mereka tidak memperdulikan saya dan terus enggan menerima. Saya menyatakan saya akan membuat aduan dan mereka mencabar saya membuat aduan.

Stesen minyak yang sama juga enggan menerima Debit Card kawan saya dan harus ada pembelian minima sebanyak RM35. Dahlah begitu, dikenakan pula service charge 2% untuk transaksi dengan Debit Card! Kerajaan menggalakkan pengunaan Debit Card dan ada premis perniagaan yang enggan menerimanya. Maka siapa sekarang ini yang enggan mengikut seruan kerajaan. Jangan salahkan orang ramai. Saya fikir, Stesen minyak itu harus disiasat.

By: Wan Shah

Transnasional Bus Driver Yelling at Passenger

Hi, I’m tried your transportation services called Transnasional Bus from Kangar to Ipoh on 10th May 2011 at 9 a.m as scheduled. As a first timer, i noticed there is no short briefing regarding any terms & regulations @ warning from any of your staff. Therefore, mostly as a first timer we always refering to all notice such as reminder @ warning on board/sticker in your bus.

However, in one stop destination (petronas station), while I saw the driver starting refill bus tank, i’m coming down from bus & went to the toilet. When i’m came out from toilet & saw the bus was gone. I walked fast & asked pump attendent nearby & he point me at one of the Transnasional bus waiting outsite petronas near the road. I quickly ran to the bus & step in then i’m was shock when the driver bus on duty YELLING on me in front other passengers just because i don’t let him know when i’m went to the toilet. I’m totally dispointed & very sad with the way he told me. I’m not even know that I should make permission before go to the toilet. There is no notice board warning to passengers that we should ask @ let driver know everytime we are coming down from bus. How would I know??AS A FIRST TIMER!!! My point of view is, even i’m was wrong, can’t he speak politely & no need to yell to his passenger.

As conclusion, I will not take transnasional bus services again. And as a established company you should make attention on training your underground staff especially driver bus in terms of PUBLIC RELATIONS SKILLS for good impression & long term services. Thank you!

KONSORTIUM TRANSNASIONAL BERHAD (617580-T)

HEADQUARTERS
38 Jalan Chow Kit
50350 Kuala Lumpur
T 03 4047 7878 F 03 4047 7888

KTB INFOLINE 1300 888 582

By: Farah

PETRONAS menindas pekerja

Saya ingin menyatakan kepada umum dan ingin meluahkan perasaan selaku seorang kakitangan disitu.

Dalam 2 tahun yang lepas, PETRONAS telah membuat satu program untuk eksekutifnya yang dipangil “Bottom 10%” atau “Marginal 3″. Konsep marginal 3 ini adalah diberikan kepada kakitangan eksekutif secara paksaan mengikut KPI. Kebanyakkan eksekutif terpaksa berada dalam ketakutan kerana sistem ini harus mendapat 10% mangsanya walaupun KPI mereka bagus.

Ini disebabkan tekanan yang telah diberikan kerajaan kepada PETRONAS dan PETRONAS tidak mampu untuk menampung jumlah yang diberi dan terpaksa mengambil inisiatif mengurangkan gaji para pekerjanya secara paksa/tidak sihat.

Keseluruhan kakitangan petronas berjumlah lebih kurang 44,000 orang dan 10% daripadanya dikenakan marginal 3 adalah berjumlah 4,400 orang dimana untuk seorang PETRONAS telah membekukan bonus,1/2 daripada kenaikan biasa dan potongan elaun teknikal. Jumlah tersebut adalah lebih kurang RM20000 untuk seorang.RM2000X4400=RM96.8 juta telah berjaya dijimat untuk diberikan kepada kerajaan.

Masalahnya, penindasan oleh PETRONAS kepada golongan eksekutif amat berat dan sekarang ini kebanyakkan kakitangan eksekutif telah berhenti kerja/bersara awal disebabkan tekanan tersebut.

Segala pejanjian antara PETRONAS dan majikan juga adalah berat sebelah dimana PETRONAS tidak mengikut perjanjian tersebut dan membuat undang2 sendiri untuk menjimatkan kos

Golongan bukan eksekutif pula terselamat daripada kekejaman PETRONAS kerana mereka mempunyai kesatuan KAPENAS yang mempunyai collective agreement manakala golongan eksekutif pula menerima padah.

Diharap pihak berkenaan dapat membuat sesuatu untuk memperbetulkan semua ini dan dapat mengkaji kemana hilang duit PETRONAS adakah sebab PETRONAS tidak untung atau kerajaan yang memaksa PETRONAS supaya tidak untuk dan akhirnya PETRONAS mengambil tindakan untuk menindan pekerjanya demi untuk ketamakkan pemimpin.

Segala bukti dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak Human Resource dan juga breach of agreement boleh disertakan kepada yang sudi membantu.

By: John