Perut | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Perut’

Kelewatan MPS mengeluarkan CF Pangsapuri Sri Harmonis

Saya adalah merupakan antara pembeli apartment Pangsapuri Sri Harmonis di Gombak yang masih lagi menanti CF(sijil layak menduduki) daripada Majlis Perbandaran Selayang, Apartment tersebut sudah mula di jual sejak tahun 2007 lagi, dan sudah lima tahun pembeli-pembeli menunggu.

Penantian kami lebih mengecewakan apabila rumah kami sudah siap & sudah diberi kunci oleh pemaju tetapi tak dibenarkan menduduki kerana tiada CF, kami juga terpaksa menanggung beban hutang bank yg dah mula meminta bayaran penuh bulanan, kami hanya mampu melihat Apartment Pangsapuri Sri Harmonis yang berdiri tersergam indah namun kami masih lagi tidak dibenarkan untuk menduduki.

Read the rest of this entry »

Di mana elaun KAFA yang tidak dibayar?

Saya merupakan salah seorang guru KAFA yangbertugas di wilayah persekutuan ingin menimbulkan isu tentang elaun dari baitulmal yang sepatutnya dibayar setiap bulan telahpun bertangguh pembayarannya selama 2 bulan. Apabila persoalan diajukan pada bahagian pelajaran jawi,dimaklumkan kerana proses pertukaran akaun daripada baitulmal ke akaun jawi,persoalannya mengapa mengambil masa melebihi 2 bulan untuk pembayaran elaun itu?apabila diajukan pula kepada bahagian kewangan dikatakan bahagian pelajaran terlewat memberi baucer untuk diproses pembayaran kerana perlu melalui mesyuarat terlebih dahulu.

Apabila di politikkan isu ini kenapa Jais yang ditadbir pembangkang tiada masalah untuk membayar elaun guru KAFA mereka?Malah dibayar sebagaimana gaji kakitangan awam yang lain menunjukkan mereka menjaga kepentingan guru KAFA yang telahpun berkhidmat bertahun lamanya.

Read the rest of this entry »

Gaji amah RM700?

Hari ni saya sangat geram bila membaca di akhbar, pegawai kerajaan kita yang berunding dengan pegawai kerajaan Indonesia berhubung dengan pembantu rumah dari negara jiran bersetuju dengan permintaan kerajaan Indonesia supaya amah dibayar RM700.00 hanya untuk satu tugas!

Satu keluarga yang suami dan isteri bekerja dan memang memerlukan pembantu terpaksa mengambil 4 orang amah untuk menguruskan ru…mah dan anak-anak sewaktu mereka keluar bekerja. Kalau pendapatan mereka suami/isteri sama dengan pendapatan pegawai kerajaan kita ni tiada masaalah.

Read the rest of this entry »

Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin

Lebih 5000 Pelajar Afrika Biadab Kolej Legenda Mengganggu dan Meresahkan Warga Mantin, Negeri Sembilan

Saya menulis aduan ini dengan penuh rasa geram dan marah, kerana sehingga hari ini tiada apa-apa tindakan diambil, baik daripada pengurusan Kolej Legenda, Polis mahupun pihak imigresen Negeri Sembilan. Saya tinggal di sebuah kondo di Mantin. Daerah ini pada awalnya aman dan damai sehinggakan 3-4 tahun lepas ketika Kolej Legenda mula membawa masuk pelajar Afrika terutamanya daripada Nigeria. Pada awalnya hanya beberapa orang, kemudian berpuluh pelajar, hingga ke ratusan dan saat ini dari maklumat pengurusan kolej saya mengetahui bahawa telah lebih 5000 orang pelajar daripada Afrika terutamanya Nigeria menuntut pengajian di Kolej Legenda.

Para pelajar ini benar-benar tidak beradab, mereka memandu dengan sangat laju walaupun berada di kawasan perumahan dengan tidak menghiraukan keselamatan penduduk setempat, mabuk dan minum arak sesuka hati mereka, membawa masuk pelacur dan banyak mengacau anak dara tempatan (banyak yang sudah tertipu dan berpasangan bahkan mengandung kerana terbuai dengan duit dan mulut manis), memasang muzik kuat-kuat pada pukul 2-3 pagi, menyumpah seranah dengan kata-kata kesat,kencing merata-rata dan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan bau busuk.

Read the rest of this entry »

Pencerobohan rizab sungai di Jerteh

Saya nak adukan Sungai Alor Pok Ka di Kg Jabi, 22020 Jerteh, Besut, Terengganu telah lama diceroboh oleh segelintir pihak yang tamak harta dengan menimbus tebing sungai yang dulunuya lebar 6 kaki kini menjadi 2 kaki lebar sahaja untuk penanaman getah walaupun sering tenggelam bila banjir.

Masalahnya sungai makin tertutp dan aliran air tersekat sedangkan dibahagian atas sungai lebih luas dan lebar tetapi dibahagian bawahnya dah hampir tertutup aliran air sungai yang dahulunya lancar tetapi sekarang tersekat semakin jadi teruk.yang makin parahnya ialah tuan tanah tu buat pagar sampai ke dalam rizab sungai sehingga air sungai sudah jadi macam empangan bukan lagi sungai sebab tersekat oleh pagar yang dibuat sehingga ke dalam rizab sungai.

Read the rest of this entry »

Ketidakadilan RHB Bank

Saya merupakan salah seorang pembeli projek rumah terbengkalai. Projek ini telah terbengkalai selama 11 tahun selepas siap sebanyak 80%. Saya telah mengambil pinjaman bank sebanyak RM136000 dimana RM110,000 telah diberikan kepada pemaju.

Selama 11 tahun saya hanya membayar bunga kepada RHB Bank yang berjumlah dari RM 650 hingga RM900 setiap bulan. Saya telah mendapatkan surat dari KPKT menyatakan status projek terbengkalai dan merayu kepada bank untuk menurunkan peratus bunga, tetapi tidak dilayan.

Read the rest of this entry »

Patutkah ibu yg hamil di ‘scan’ oleh lelaki?

Saya berasa kecewa yang teramat sangat apabila isteri saya yang sedang hamil 5 bulan mendapatkan rawatan ‘scan’ di jabatan obstetrik & ginekologi hospital kuala lumpur. Di mana isteri saya di periksa oleh penolong pegawai perubatan LELAKI.

Adalah tidak wajar apabila isteri saya yang beragama Islam diperiksa oleh penolong pegawai perubatan LELAKI. Saya begitu terperanjat apabila masuk bersama isteri di bilik untuk pemeriksaan ‘scan’, isteri saya di kelilingi 3 hingga 4 orang penolong pegawai perubatan LELAKI.

Read the rest of this entry »

Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya wakil pelajar semester 3 Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTi) ingin membuat aduan mengenai Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK) yang kami gunakan sebagai wang pinjaman latihan kami.

Sekarang saya sudah semester 3, hanya memperoleh RM900 sebagai wang pendahuluan pinjaman. Sedangkan sepatutnya kami memperoleh wang sebanyak RM1800 setiap semester (untuk tempoh 6 semester). Namun, terdapat segelintir pelajar yang masih belum menerima wang pendahuluan RM900 tersebut, dengan alasan pihak PTPK telah menghilangkan dokumen perjanjian mereka. Sehinggakan, mereka terpaksa mengulang semula prosedur awal proses pinjaman.

Read the rest of this entry »

Pencemaran Udara di kawasan Pasar Tamparuli

Selamat Sejahtera, saya ingin membuat aduan pencemaran udara (bau busuk) di kawasan tempat kami mencari rezeki, hal ini berlarutan 3 tahun kebelakangan ini.

Ramai peniaga telah membuat aduan tentang masalah ini walau bagaimanapun. tiada langsung badan yang berwajib datang untuk menyelidiki masalah ini. Saya berniaga di Pasar Tamparuli bersebelahan dengan Pasar Ikan, setiap hari kami terpaksa menghidu bau busuk yang dipercayai berpunca daripada tali perut ikan yang di buang oleh peniaga ikan dan juga sampah sarap yang dibuang berdekatan kawasan saya. Badan yang bertanggungjawab untuk memugut sampah tidak membersihkan kawasan tersebut selepas mengambil sampah.

Read the rest of this entry »

Minta derma untuk kepentingan sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tujuan saya buat aduan atas sebab tertipu dengan segelintir pengemis dan pengutip derma kononnya untuk bantuan kemanusian tetapi hakikatnya masuk poket dan perut sendiri. Masyarakat Malaysia memang permurah dan simpati atas nasib manusia yang kurang upaya yang memelukan bantuan, tetapi bagi sesetengah orang mengambil jalan mudah dengan mengutip derma untuk kepentingan diri sendiri.

Lokasi di Bandar Sunway, Selangor.  Tempat tumpuan hanyalah di kedai-kadai makan dan para pelancong. Ada yang menyamar sebagai ahli Bulan Sabit Merah dengan menawarkan bantuan untuk mangsa tsunami Jepun. Bila diminta surat pengesahan dia tidak dapat kemukakan. Hari-hari dan tiap-tiap masa ada saja yang datang mengutip sedekah dan derma tanpa rasa malu.

Read the rest of this entry »