Pasar Malam – Kebersihan Tapak dan Penyediaan Makanan

Keadaan tapak pasar malam yang sangat kotor dengan sampah-sarap bukan lagi satu pemandangan pelik di Malaysia. Namun ia tidak bermakna sesuatu yang biasa itu wajar dibiasakan, lebih-lebih lagi ia satu keadaan yang tidak baik. Saya tidak pasti jika pihak Majlis Perbandaran memang ditugaskan untuk mengutip sampah-sarap setelah habis pasar malam. Walau apapun, saya pasti lebih baik jika setiap penjual itu sendiri bertanggungjawab membersihkan kawasan masing-masing.

Jika setiap penjual memastikan tapak mereka bersih sebelum mereka meninggalkan kawasan itu, sudah tentu pihak Majlis Perbandaran akan lebih mudah untuk membuat pembersihan seterusnya seperti mengutip sampah-sarap dari tong sampah besar. Masalah sampah-sarap yang dibiarkan berselerak bukan setakat mengotorkan kawasan pasar malam. Apabila angin bertiup, sampah-sarap akan bertebangan hingga ke kawasan jalan raya dan taman perumahan. Saya amat kesal melihat penjual terus meninggalkan kawasan mereka tanpa peduli langsung yang kawasan mereka itu banyak sampah.

Saya juga amat kesal melihat penjual yang menjual makanan mereka secara terdedah, langsung tidak menutup makanan mereka dengan penutup. Mereka hanya mengambil langkah menghalau lalat yang hinggap. Namun mereka tidak sedar yang udara sekeliling juga boleh mencemari makanan yang mereka jual. Mereka juga tidak menggunakan teknik yang betul untuk mengambil makanan seperti menggunakan penyepit, dan bukan memegang terus dengan tangan.

Saya mencadangkan jika penjual-penjual pasar malam ini diberi taklimat tentang kebersihan tapak dan makanan. Mereka juga harus diberitahu tentang cara-cara yang betul untuk mengendalikan makanan. Hal ini mungkin dipandang remeh kerana mereka menggunakan cara yang sama mereka gunakan di rumah. Pihak berkuasa harus memantau sikap penjual ini dari masa ke semasa. Pihak berkuasa juga harus memastikan yang setiap penjual mematuhi peraturan tentang kebersihan tapak dan makanan, dan mereka juga tahu tentang akibat jika mereka tidak ambil endah soal kebersihan.

Pemerhatian ini saya lakukan di sekitar pasar malam di Perlis.

By: Syamim Hashim

Pegawai Sukan KPM Tak kompetent

Saya adalah seorang guru jurulatih sukan di Utara. Saya lihat Bahagian Sukan KPM ini ramai pegawai-pegawainya tidak mahir berbahasa Inggeris dan tidak ada latarbelakang sukan. Pada saya ini penting kerana kalau dah tak ada pengalaman sukan maka keputusan atau kerja-kerja yang dilakukan akan menjadi bahan ketawa orang yang berpengalaman dalam sukan. Kita ambil contoh berbahasa Inggeris.

Kita tahu negara-negara maju dalam sukan kebanyakkan nya dari negara barat. Kalau pegawai-pegawai sukan di KPM ni tak boleh berbahasa Inggeris maka macam mana nak berbincang, berdialog dan memberi pandangan tentang sukan. Kita juga yang rugi.

Saya tahu banyak wakil wakil dari Universiti,kelab Bola,Kedutaan asing yang berurusan dengan Bahagian Sukan KPM tapi dah kalau pegawai tak boleh nak bercakap apa nak jadi. Takkan setiap kali nak harapkan Pengarah ataau Timbalan Pengarah bercakap. Masalah tak ada pengalaman sukan satu lagi hal. Buat keputusan yang kelakar seperti pegawai jaga sukan bola tapi bila nak keluar negara spt mesyuarat teknikal bola pegawai sukan lain yang tak kena mengena dengan bola yang pergi.

Banyak lagi contoh tapi tak muat nak tulis.  Ada banyak lagi keputusan-keputusan yang pegawai-pegawai sendiri pun menggeleng kepala. KPPM tolonglah tengok hal ini jangan sampai dah teruk baru nak marah dan baling fail pula. Put the Right Driver on the Right Seat…….renung-renunglah sedikit.

By: Jani

Harga Tiket Bas pulang raya meningkat mendadak!

Harga bas untuk pulang beraya oleh syarikat bas SS International Express amatlah tidak menyenangkan pengguna terutama para pelajar daripada selatan hendak pulang ke utara.

Contohnya harga tiket daripada Batu Pahat ke Perlis pada asalnya cuma RM 63.20 tetapi pada musim perayaan menjadi RM 98.00 . Kenapa ini berlaku? Mana tindakan pihak berkuasa dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang ? Adakah kebajikan mahasiswa terbela terutamanya mahasiswa yang ingin pulang beraya di kampung?

By: hanan

Kebanjiran Warga Negara Thai Berniaga

Di sini saya ingin membuat aduan tentang kebanjiran warga Thailand membuka kedai makan terutamanya kedai tomyam dimana mereka merupakan pemilik penuh kedai tersebut tanpa rasa takut malah ada setengah-setengah kedai telahpun beroperasi lebih 5 tahun dan saya rasa ianya bukan hanya dikawasan saya iaitu di Parit Buntar malah di seluruh negara. Ini amat merugikan masyarakat Melayu terutamanya dimana perlu bersaing dengan mereka.

Mereka menggunakan segala subsidi yang diperuntukkan untuk rakyat Malaysia serta membawa balik keuntungan ke negara mereka tanpa dikenakan sebarang cukai ini namun saya dapati tiada tindakan tegas diambil oleh Jabatan Imigresen untuk mengatasi masalah ini.

Dari maklumat yang saya dapati dari warga Thailand sendiri mereka hanya perlu merasuah Pegawai-pegawai Imigresen di sempadan samada Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan RM30 untuk masuk kembali Ke Malaysia apabila Visa Lawatan Tamat Tempoh melalui agen-agen mereka di Thailand jadi tak perlulah mereka pulang ke Thailand beberapa hari untuk masuk kembali Ke Malaysia.

Saya amat berharap Pegawai Atasan Imigresen memandang serius perkara ini kerana ini amat merugikan Negara dan peniaga-peniaga kedai makan orang melayu serta amalan rasuah berleluasa di kalangan pegawai Imigresen di sempadan.

By: Shahriman Othman

Rayuan Memohon Dibuka Pintu Pagar Belakang Arked Niaga Wang Kelian

Dukacita dimaklumkan bahawa, kami peniaga-peniaga yang menjalankan perniagaan di belakang Arked Niaga Wang Kelian mengalami kemerosotan jualan akibat dari pihak Jabatan Perhutanan menutupi pintu pagar utama jalan masuk ke gerai kami.

Dengan menutupi pintu pagar utama itu juga, telah mendapat rungutan dari pengunjung-pengunjung dari warga Malaysia dan juga Thailand. Disamping itu,kami peniaga-peniaga lama yang sudah bertahun-tahun berniaga di Wang Kelian dari jalan utama ke sempadan Thailand. kami diminta untuk di pindahkan ke belakang Arked Niaga dan kami angkur dengan keputusan Jabatan Perhutanan. Tetapi setelah kami berpindah, pintu pagar utama ditutup.

Sehubungan dengan itu, kami juga tidak pernah tidak membayar cukai tapak kepada pihak Jabatan Perhutanan. Oleh itu, kami berharap agar pintu pagar utama jalan masuk dibuka oleh pihak Jabatan Perhutanan agar pengunjung dari Negara seberang dan Malaysia dapat berkunjung ke gerai kami dan perniagaan kami maju seperti dahulu.

Selain itu, ramai pengunjung dari Malaysia dan Thailand yang mengeluh mereka tidak larat berjalan melalui pintu pagar yang dibuka kerana agak jauh. Mereka lebih selesa menggunakan pintu pagar utama.

Kami sebagai peniaga telah banyak mengalami kerugian berbanding dahulu kerana pengunjung tidak lagi ramai seperti dahulu. Kami telah pun menghantar surat kepada 3 Jabatan iaiutu :

  1. Jabatan Menteri Besar Perlis YAB Dato Sri Mat Isa Bin Sabu
  2. Jabatan Wakil Rakyat YB Tuan Mat Rawi Bin Kassim
  3. Pegarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis.

Tetapi sampai hari ini sebarang tindakan tidak diambil.

sekian.

By: SITI SALEHAH

‘Ulat Parking’ di Kuala Perlis

Saya merupakan seorang kakitangan awam yang bekerja di sekitar daerah Kuala Perlis dan tinggal di Kangar. Setiap hari saya akan melalui lebuhraya yang menyambungkan Kangar dan Kuala Perlis untuk ketempat kerja selepas menghantar isteri ke pejabat beliau di Kangar.

Apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa individu yang berpakaian “memantul cahaya” berwarna hijau yang menunggu di simpang-simpang dan tepi jalan sepanjang perjalanan ke Kuala Perlis, mereka menunggu kenderaan-kenderaan pelancong dari luar negeri Perlis lalu dihadapan mereka, dan mereka akan mengejar kenderaan itu, dan mengajak atau “menarik” kereta itu untuk mengikuti mereka ke kawasan letak kereta BERBAYAR.

Yang lebih menarik, di baju “memantul cahaya” mereka tercetak MPKPs atau Majlis Perbandaran Perlis. Lalu saya segera menelefon pihak berwajib itu sendiri, di talian aduan MPKPs 049762188 dan bertanya tentang hal ini.

Jawapan dari pihak MPKPs amat mengejutkan; penarik-penarik kereta itu sebenarnya merupakan ULAT-ULAT PARKING HARAM yang menyalahgunakan baju “pemantul cahaya” pemberian MPKPs kepada mereka untuk mengutip sewa tapak pada asalnya, disalahgunakan untuk mendapat “KEKEBALAN” kononnya diberikan pihak MPKPs.

Untuk pengetahuan pihak ADUAN RAKYAT, tempat letak kereta yang tidak diketahui status “kehalalannya”, seakan-akan kebal dari tindakan pihak berkuasa tempatan, kerana PBT sendiri tidak dapat mengatasi kekuasaan kepala-kepala samseng yang menjaga tempat letak kereta ini.

Malahan keselamatan kereta yang meletak kenderaan di parking-parking ini amat membimbangkan, kerana kawasan parking ini sentiasa dikunjungi oleh individu-individu yang boleh dipersoalkan moralitinya.

“Pemilik” parking juga mengenakan bayaran RM10 sehingga RM15 untuk sehari kepada pelancong-pelancong yang meletakkan kereta untuk ke Pulau Langkawi. Pelancong tiada pilihan lain berikutan tiada ruang untuk meletak kereta kerana tempat letak kereta yang disediakan PBT juga telah berpindah milik ke tangan “kongsi” yang berkuasa.

Saya harap pihak ADUAN RAKYAT dapat membongkar kegiatan ini, demi menkaga nama baik MPKPs sendiri dan juga nama Negeri Perlis yang indah ini juga. Kerana tindak-tanduk individu sebegini dapat memberi presepsi negatif kepada para pelancong tempatan dan luar negara, lalu merosakkan imej negara kita juga.

By: SBT

Sewa rumah cekik darah di sekitar UiTM Arau

Saya seorang pelajar UiTM Arau dan saya menetap di rumah sewa. Harga rumah sewa di Arau terutamanya yang berdekatan UiTM terlampau tinggi khususnya bagi pelajar.

Sewa rumah semasa tahun 2009 kira-kira RM500 bagi sebuah rumah. Tetapi mulai tahun 2011, sewa rumah naik mendadak, sehinggakan sewa sebuah rumah mampu mencecah RM1500 bagi jenis rumah yang sama. Rata-rata rumah sewa di kawasan Arau tidaklah terlalu besar (kira-kira 1000 kaki persegi).

Kebanyakan rumah hanya mempunyai 3 buah bilik, sebuah bilik air dan sebuah tandas. Kini, kebanyakan tuan rumah mahukan rumah sewa mereka menampung 10-12 orang supaya dapat menampung kos sewa. Arau bukanlah bandar besar, malahan ianya hanyalah pekan kecil di mana rata-rata kos hidupnya masih rendah.

Kebanyakan tuan rumah menaikkan harga rumah sewa kerana hanya mahu bersaing dengan tuan rumah- tuan rumah yang lain dan tidak memikirkan taraf kewangan bagi seorang pelajar. Fasiliti bagi kebanyakan kawasan perumahan di sini tidak lengkap dan kebanyakannya tidak selamat kerana tidak mempunyai pagar. Mereka juga berani menaikkan kadar sewa sesuka hati kerana permintaan rumah sewa oleh pelajar makin meningkat dengan pertambahan bilangan pelajar.

Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan aduan saya ini. Terima kasih.

By: Siti Nur Ain

Talian tetap TM dan Streamyx: Kes tutup, masalah tidak selesai

Pada 5 Nov 2011 saya telah membuat aduan (1-1752570399) kepada TM melalui talian 100 berhubung kerosakan talian tetap dan streamyx dirumah saya. Hingga 11 Nov saya tidak menerima   apa-apa respon dari TM. Saya melakukan panggilan susulan kepada TM pada 11 Nov dan dimaklumkan bahawa kes saya telah ditutup sedangkan masalah masih tidak selesai. Saya merasa hampa kerana kes saya ditutup tanpa TM berhubung dengan saya untuk kepastian samada masalah telah selesai atau belum.

Pada 11 Nov juga, TM membuka 1 lagi aduan bernombor 1-1789797089. Kemudian pada 14-Nov , saya menerima sms yg mengatakan masalah saya diselesaikan. Tetapi malangnya, sekali lagi masalah tersebut tidak selesai langsung. Pada 15-Nov , saya ke TM Point Kangar dan sekali lagi membuat laporan, staf TM point mengatakan mereka tidak dapat membuat apa-apa kerana ini merupakan bidang tugas Telekom Alor Setar. Mereka hanya boleh membuka semula laporan saya yg bertarikh 11-Nov dan meminta saya menunggu 2 hari lagi.

Seterusnya pada 15-Nov, saya menelefon sekali lagi TM melalui talian 100 dan staf TM yang menjawab talian tersebut sungguh biadap apabila saya bertanya kenapa menutup kes tanpa memaklumkan kepada pelanggan. Dia mengatakan, pihak TM hanya bertanggungjawab dengan wayar diluar rumah , didalam rumah merupakan tanggungjawab pelanggan sendiri. Pihak TM hanya memeriksa dari luar tanpa memeriksa dari dalam rumah pelanggan.

Saya amat tidak berpuas hati dengan pihak TM dan mendesak agar TM menyelesaikan segera masalah ini kerana hari ini merupakan hari ke-10 talian tetap dan internet dirumah saya rosak. Saya rasa tertipu dengan TM yang menjanjikan penyelesaian dalam tempoh 24jam. Saya juga rasa TM juga sedang menipu kerana menutup kes yang belum selesai.

Berikut ialah tindakan yang saya telah ambil:

  • Membuat 2 aduan kepada TM melalui talian 100
  • Membuat aduan kepada TM Point Kangar
  • Membuat panggilan susulan sebanyak lebih dari 5 kali melalui talian 100

Tindakan yang dicadangkan kepada TM:

  • Menggesa pihak Telekom Malaysia menyelesaikan masalah saya
  • Menyarankan TM agar memberi latihan cara menjawab panggilan telefon kepada peg khidmat penggan TM
  • Menyarankan TM agar memberi latihan troubleshooting Talian  Internet kepada Juruteknik TM

By: Pelanggan TM yang sangat kecewa

Kereta sewa haram di Kuala Perlis

Saya penduduk Negeri Perlis amat kesal dengan kegiatan ini kerana kenderaan sewa secara haram terlalu banyak sehinggakan menggangu laluan lalulintas di kawasan Jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Dimanakah pihak berkuasa dan tiada tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa ke atas pemilik kereta sewa pandu sendiri.

Pernah ada serbuan keatas pemilik kereta sewa haram ini tetapi 1 pun kereta sewa pandu sendiri secara haram tiada di kawasan pakir dan kiri/kanan jalan di Jeti Kuala Perlis. Seolah-olah ada maklumat bocor tentang operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Selepas habis operasi ada pulak yang di letakan di kawasan kiri dan kanan jalan Jeti Kuala Perlis.

Saya berharap pihak JPJ Putrajaya dapat meyiasat dan membenteras kegiatan ini.

By: samsuri

Penipuan internet oleh Isma Hafiz bin Rosly

Saya telah ditipu oleh seorg bernamaIsma Hafiz bin Rosly (no ic 870110-14-5905) dari Perlis. Dia menyatakan mahu menjual telefon bimbit htc brharga RM600. Tetapi setelah duit dah dimasukkan ke akaun bank bernombor 162786014370 no telefon yang dipakai terus ditutup dan dibuka jarang jarang.

Saya tahu sebab sms yang saya hantar ada yang sampai. Saya berharap orang ini ditangkap dan diberi tindakan sewajarnya dan saya dapat menuntut kembali duit saya.

By: azizi

Perkhidmatan Bas Ekspres Transnasional yang teruk

Kepada sesiapa yang berkenaan. Disini saya ingin membuat beberapa aduan mengenai perkhidmatan yang diberi oleh pihak anda.

Pertama sekali,pada 16 Jun 2011 Jam 11PM, saya menaiki bas dari puduraya ke kuala perlis. Kemudian,pihak daripada tranasional meminta semua pelanggan untuk membuat penukaran bas di hentian duta. Apabila sampai di hentian duta,kami dimaklumkan bahawa tiada perkhidamatan bas ke kuala perlis. Semua pejalanan ke kuala perlis disatukan dengan perjalanan ke Alor star.

Kami juga diarahkan untuk duduk dimana-mana sahaja tanpa mengikut no tempat duduk di tiket.Saya agak terkilan dengan pengurusan yang tidak bersistematik.

Seterusnya,pada 18 Jun 2011 Jam 8.45PM pula saya sepatutnya menaiki bas dari kuala perlis ke puduraya.Mengikut masa di tiket bas akan bergerak pada pukul 8.45pm. Saya telah tiba di kawasan menunggu bas 30 minit lebih awal daripada masa bas bertolak. Setibanya saya di ruangan menunggu, tiada bas transnasional ke puduraya yg muncul.

Akhirnya,Saya mengambil tindakan untuk menelefon talian hotline ktb.Seorang pekerja wanita menjawab panggilan dan saya menceritakan masalah yang dihadapi. Wanita tersebut berjanji untuk menelefon kembali kerana perlu membuat semakan dengan bahagian operasi terlebih dahulu. Lebih kurang 20minit menunggu saya masih tidak menerima sebarang pangilan daripada wanita tersebut. Saya membuat keputusan untuk menelefon kembali talian hotline ktb. Bertapa marah dan kecewanya saya kerana talian hotline tersebut tidak berangkat walaupun lebih daripada 10 kali saya mencuba masih tiada pihak yang mengangkat panggilan.

Disebabkan khuatir dengan keselamatan diri dan bas yang masih tidak muncul, Saya mengambil keputusan untuk membeli tiket bus express lain untuk balik ke KL. Saya rasa begitu marah dan geram sekali kerana perlu bermodal untuk membeli tiket bas yang baru. Lebih kurang 15minit dalam bas, saya menerima pangilan daripada wanita hotline ktb. Dia memaklumkan bahawa bas dari kuala perlis ke puduraya telah bertolak tepat pada masanya (8.45PM).

Saya berasa hairan dengan apa yang dinyatakan oleh wanita tersebut kerana saya telah berada di kawasan menunggu bas di kuala perlis 30 minit lebih awal daripada masa bas bertolak, bayang bas express tranasional pun tidak ada di barisan platform. Jadi bagaimana bas tersebut boleh bertolak tepat pada masanya?

Saya juga agak terkilan dengan cara wanita itu yang sengaja mematikan talian apabila saya bertanyakan nama. Mungkin dia berasa takut sekiranya saya membuat aduan mengenai dirinya. Jika pihak anda ada membuat rakaman panggilan sila dengar kembali untuk penambahbaikan talian hotline anda yang amat tidak mesra pelanggan.

Persoalannya, bagaimana bas tranasional yang agak ternama/terkenal boleh memberi perkhidmatan teruk sebegini. Bagaimana dengan hak saya sebagai penguna yang telah rugi membeli tiket bernilai RM43.20 daripada pihak anda tertapi tiada servis yang diberikan? Terus terang saya katakan, sebelum ini saya agak yakin dengan perkhidmatan tranasional yang sistematik dan pengurusan yang cekap. Tranasional memang agak terkenal dikalangan bas express yang lain tetapi mengapa sejak kebelakangkan ini servis dan pengurusan anda sangat teruk dan menyusahkan pengguna. Selepas kejadian ini,hilang terus kepercayaan saya terhadap bas express transnasional dan mungkin tidak lagi memilih tranasional untuk masa hadapan.Diharapkan pihak anda mengambil tindakan selanjutnya atas aduan ini. Mungkin saya bukan pelanggan pertama yang menghadapi masalah ini, tetapi sebagai pengguna saya merasa teranaiya dan tertipu dengan servis yang anda berikan.

Seharusnya pihak anda tahu bagaimana untuk menjaga/mengekalkan pelanggan supaya sentiasa memilih untuk mengunakan servis anda. Sila bertindak sebelum ada pelanggan lain yang akan senasib dengan saya.

By: Neddy

CIMA Bukit Ketri Chuping, Perlis

CIMA atau Cement Industry Malaysia beroperasi di negeri Perlis sejak tahun 1976. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini pihak CIMA bertindak melepaskan asap tebal dan kehitaman dalam jam 11.00 hingga 12.00 malam. Asap ini menyebabkan pencemaran  alam sekitar malah  meyebabkan masaalah kesihatan di kalangan penduduk.

Sejak kebelakangan ini penduduk di kawasan bukit ketri, Chuping, Kampung Guar Musang khasnya menghadapi masalah habuk berpasir halus. Taburan pasir kecil bertaburan di kawasan rumah dan berterbangan di ruang udara. Ini bukan saja mengundang penyakit kepada penduduk malah kawasan rumah di penuhi habuk setiap hari. Kereta di depan rumah di selubungi habuk dan tidak boleh di basuh secara normal kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan pada cat kereta

Daun pokok juga di selubungi habuk berpasir hingga bertukar warna kepada warna putih gelap. Malah kanak kanak selalu mengidap seselma berpanjangan. Pihak kami telah membuat aduan kepada alam sekitar dan sedang menunggu keputusan selanjutnya. Saya harap pihak TV3 dapat menolong penduduk kampung Guar Musang khasnya kerana habuk ini akan menyebabkan masalah kesihatan jika ia berpanjangan. Penduduk di sini kebanyakannya adalah kaum Thai dan tidak berpelajaran tinggi. Oleh itu mereka hanya mensuarakan masalah kepada ketua Kampung dan suara rakyat ini tidaklah di endahkan oleh pihak tertentu dengan sepatutnhya.

Sekian Terima kasih

By: Katrina

Pelajar UniMAP berpindah randah

Assalamualaikum.

Saya adalah salah seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis. Saya ingin membuat aduan tentang masalah perpindahan kami. UniMAP sering mngadakan perpindahan pelajar Malaysia demi menjaga kepentingan pelajar asing. Kami pada mulanya ditempatkan di Kolej Kediaman Wang Ulu. Setelah setahun kami berada disini, kami dikhabarkan akan dipandahkan ke satu tempat baru. Kami menerimanya walaupun jarak antara pusat pengajian kami lebih jauh daripada tempat tinggal kami iaitu di Wang Ulu. Bayangkan pelajar yang tidak mempunyai kenderaan dan bukan daripada keluarga berada, mereka terpaksa memindah kan barang-barang mereka ke temapat baru. Setelah 2 minggu kami di tempat baru, kami diarah pindah ke tempat asal. Bayangkan 2 minggu selepas itu kami diarah pindah balik. UniMAP ingat kami ini orng nomad ke nak pindah randah? Kami student bukan hamba untuk senangkan hati mereka.

Sekarang kami sudah nak masuk tahun 3. Kami dikhabarkan akan dipindahkan ke tempat lagi teruk tanpa keselamatan. Rumah kedai yang aka dihuni oleh 16 orang dalam 1 floor. Kami student, bukan mat bangla n mat indon nak ditempatkan macam itu. Salah ke kami nak perlukan tempat tinggal seperti uni2 len????

Adakah unimap terbaek???mmg saya salah satu student disini.. sy suke belajar kt sni..cara pembelajarannya mmg bgus.. tpi 1 je sistem pengurusan mmg truk. ape kelebihan unimap wat student2 bumiputera pindah randah???bnyak kes2 yg kami nmpak tp xde sape pun yg berani vbersuara

 

By: ezy