Permainan Harga di TESCO

Pada 17.11.13 saya telah bersetuju untuk membeli tv di TESCO dengan harga promosi iaitu RM829.00 secara ansuran bulanan dengan AEON Credit. Pada keesokkan harinya iaitu 18.11.13 pihak AEON Credit telah meluluskan pinjaman saya.

Pada 23.11.13 saya pergi ke Tesco tersebut untuk mengambil TV dan disini masalah bermula. Pekerja tersebut memaklumkan pada saya bahawa harga TV tersebut tidak sama dengan harga promosi sebelum ini. Ini bermaksud pihak TESCO telah menarik balik harga promosi TV tersebut sedangkan sebelum ini jelas tertera promosi TV tersebut berakhir pada Januari 2014.

Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan dan saya rasa tertipu dengan permainan harga oleh pihak TESCO. Pihak TESCO sepatutnya melepaskan TV tersebut pada harga RM829.00 bukan meminta saya membayar harga baru sedangkan pihak AEON Credit telah meluluskan pinjaman saya dengan harga promosi TV tersebut. Soalan saya bila promosi ditarik balik juga tidak dapat dijawab oleh Manager ditempat tersebut serta membiarkan saya menunggu lama untuk mendapatkan jawapan.

Jalan mudah diambil oleh Manager tersebut dengan menyuruh saya datang kembali keesokkan harinya untuk mengetahui jawapan perbezaan harga tetapi saya tidak bersetuju dan terus membatalkan pembelian TV tersebut.

Ini bukan kali pertama saya terkena dengan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh pihak TESCO berkaitan dengan harga produknya. Apapun pengalaman ini membuat saya lebih berhati-hati jika berurusan dengan TESCO dimasa-masa akan datang.

By: Shaarman Shah

Apakah Nasib Penolong Jurutera J29?

Asalamualaikum,,

Apakah nasib Penolong Jurutera yang lama (PJ29) Gred PJ29 sedia ada setelah Juruteknik (JT) dinaikan Gred JA29. Tiada Penambahbaikan dari segi gaji dan gred. Mengikut skim organisasi haraki sedia ada di JKR seorang jurutera memerlukan 2 orang PJ dan 4 orang JT. Tapi sekarang seorang jurutera terlalu ramai JA29.

Bagaimana system akan berjalan lancar jika kelayakan JA29 hanya LCE, MCE, SPM dan Sijil Politeknik yang akan mengendalikan kerja separuh mahir pemegang Diploma yang dilaksanakan oleh PJ29. Kesusahan, perit dan derita PJ29 untuk menjawat jawatan melalui proses mendapat diploma, menghadiri temuduga dan menduduki peperiksaan jabatan, tidakkah JPA mengambil kira untuk kenaikan JT ke Gred JA29.

Sepatutnya JPA perlu hantar kursus sekurang-sekurangnya setahun untuk JT diperakukan ke gred JA29 atau memberi sedikit pengiftirafan kepada J29 dengan menaikan 3 atau 2 kenaikan gaji tahunan.

By: fedder

Guru lepasan IPG lewat diberi penempatan

Kami mewakili sebahagian besar daripada guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah menamatkan pengajian pada bulan November 2012.

Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada kami telah ditempatkan secara interim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) yang majoritinya adalah daripada kaum Cina dan India serta sebahagian daripada kaum Melayu untuk ditempatkan di sekolah disebabkan oleh keadaan guru yang kritikal di SJKC/T.

Bukan untuk menimbulkan isu perkauman di sini kerana mereka ditempatkan di sekolah namun terdapat sedikit situasi yang kurang senang kerana ada sebahagian daripada guru pelatih yang sepatutnya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) telah ditarik ke SJKC/T.

Malah ada dalam kalangan guru pelatih yang tidak fasih bahasa ibunda mereka juga turut ditarik ke SJKC meninggalkan kami yang perlu ke SK terkapai-kapai menunggu penempatan ke SK yang entah bila berkunjung tiba. Menteri berkenaan juga turut mengatakan bahawa guru-guru pelatih yang ke SK perlu ditemuduga terlebih dahulu oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) yang wajib dilalui oleh setiap penjawat awam tidak seperti kumpulan ke SJKC/T yang diberikan interim terlebih dahulu.

Di sini wujud ketidakadilan dalam penempatan guru. Slogan 1 Malaysia tidak dipraktikkan di sini kerana tidak berlaku penempatan di SK. Ada juga aduan dalam kalangan kami iaitu dalam satu kelas, hanya dua orang daripada rakan mereka diinterimkan dan selebihnya terpaksa menunggu.

Masalah kekurangan guru bukan sahaja di SJKC/T malah di SK juga. Ada segelintir guru-guru sekolah daripada senior kami yang tertunggu-tunggu bila kami akan ditempatkan di sekolah mereka bertugas sebagaimana sebelum ini iaitu seawal Januari dan awal Februari guru baru ditempatkan.

Jika masalah ini berlanjutan maka kami akan menjadi kumpulan terlambat dalam sejarah kumpulan PISMP keluaran IPG ditempatkan di sekolah. Kumpulan kami tidak seperti dua kumpulan terdahulu (Ambilan Januari 2007 dan Januari 2008). Kumpulan Pertama mula diserap lebih awal iaitu sebelum temuduga lagi. Begitu juga Kumpulan Kedua diserap seawal Januari 2012 (temuduga sejurus tamat kursus) tanpa masalah yang besar. Kemungkinan Pilihan Raya Umum yang menjelang tiba ini menjadi puncanya.

Kumpulan ketiga ini diibaratkan menjadi ‘tikus makmal’ kementerian. Cukuplah kami menjadi tikus makmal KPM dalam dasar-dasar sebelum ini yang akhirnya entah ke mana seperti PPSMI. Kami berpendapat kalau hendak memberikan interim sekalipun tidak perlulah hanya untuk SJKC/T sahaja, SK pun kritikal juga keperluan guru.

Kami juga guru pelatih PISMP terikat dengan kontrak Perjanjian Pendidikan Guru (PPG) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang perlu dipatuhi sebagai rakyat yang bertanggungjawab terhadap undang-undang yang termaktub oleh kerajaan. Di bawah fasal 2.7 (a) di mana kami dikehendaki untuk berkhidmat dengan kerajaan sahaja. Maka kelewatan Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan penempatan kepada kami telah menyulitkan kehidupan kami secara amnya.

Kami tidak dapat bekerja sambilan untuk menampung kehidupan selama pengangguran kerana terikat dengan kontrak tersebut. Rasa serba salah turut menyelubungi diri kami. Malahan ada di antara kami yang sudah berkahwin memerlukan wang untuk menyara isteri dan anak. Ketiadaan pekerjaan menganggu kelangsungan hidup kami. Kami selaku guru pelatih keluaran IPGM yang telah dilatih untuk menjadi seorang guru selama 5 tahun setengah sudah tidak sabar lagi untuk menjalankan tugas sebagai seorang pendidik. Kami sangat bersemangat dan amat berkobar-kobar untuk mendidik anak bangsa berkat usaha didikan para pensyarah kami di 27 IPG seluruh negara.

Oleh sebab itu kami amat berharap dengan tersiarnya surat aduan ini di dalam akhbar pihak tuan, ia dapat membuka mata pihak Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengambil tindakan segera terhadap masalah kami ini. Tidak timbul isu lambakan guru seperti disiarkan akhbar baru-baru ini sedangkan IPG masih lagi mengadakan pengambilan secara berterusan setiap tahun. Memang benar rezeki daripada tangan Allah yang mengurniakan tetapi kalau kami tidak berusaha, tidak ada gunanya juga. Pendidikan Perguruan bukan untuk diniagakan dan kami juga sebagai guru pelatih tidak mahu dilelong sebagaimana watak di dalam filem ‘3 Abdul’ yang dilelong di pasar untuk masuk sebagai guru di sekolah.

By: ali

JKR Perak: Penduduk Kg Gajah Mahukan Lampu Jalan

Saya mewakili ribuan penduduk setempat yang menggunakan Jln Kg. Gajah – Teluk Intan (Perak) melalui Kg Pulau Besar/Kg Teluk Memali dan kawasan sekitar Jambatan Laxamana(Permatang Pelanduk) berasa sangat kecewa kerana jalan tersebut yang merupakan jalan utama penduduk ke Pekan Teluk Intan serta daerah lain terlalu gelap dan merbahaya. Jalan sepanjang 4km tersebut telah meragut banyak nyawa serta  kemalangan jiwa.

Berdasarkan perhatian, keadaan jalan yang terlalu gelap dan hampir dengan tebing jalan (ban besar) kiri dan kanan jalan hanya beberapa kaki sahaja dari bahu jalan tidak dihadang dengan penghadang besi dsbnya. Pemandu yang menggunakan jalan tersebut, terpaksa membahayakan nyawa setiap kali menggunakan jalan tersebut diwaktu malam memandangkan tiada lampu jalanraya sepanjang laluan tersebut. Keadaan lebih rumit bilamana keadaan hujan menyulubungi pemandu yang melalui jalanraya tersebut.

Justeru, saya/kami  berharap pihak JKR PERAK memasang lampu jalan sepanjang laluan tersebut demi keselamatan pengguna bersama. Untuk makluman laluan tersebut tidak pernah wujud lampu jalan walaupun negara telah merdeka sekian lamanya. Melalui aduan ini penduduk dan pengguna laluan tersebut berharap pihak kerajaan negeri PERAK dan PIHAK BERWAJIP campur tangan menyelesaikan masalah ini.

Sekian Terima Kasih..

By: Dr. Hj. Zubir Ariffin

Ditipu syarikat penganjur Perak International Explorace 2012

Salam dan Selamat Sejahtera,

Saya, mewakili semua pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga pertandingan Perak International Explorace 2012 ingin meminta bantuan pihak tuan dimana kami telah ditipu oleh pihak penganjur acara tersebut. Kami telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah USD 60,000.00 beranggaran sebanyak RM 180,000.00 secara keseluruhan untuk ketiga-tiga tempat. Akan tetapi sehingga ke hari ini kami masih lagi tidak menerima hadiah kewangan yang dijanjikan.

Kami telah berusaha melalui pelbagai pendekatan seperti menghubungi dan melaporkan hal ini kepada Ministry Tourism Malaysia, Ministry Tourism Perak, Pejabat Menteri Besar Perak, Pejabat SUK Perak dan kami telah menghubungi DATO’ HAMIDAH BT OSMAN, dimana beliau serta pihak-pihak ini telah terlibat secara langsung dengan acara pertandingan ini. Hasilnya kami menerima jawapan serta maklumbalas yang sungguh mendukacitakan serta menghampakan. Kami amat terkilan serta amat kecewa dengan keadaan yang berlaku ini. Bagaimanamungkin acara antarabangsa yang besar lagi gah dan melibatkan lebih 10 negara antarabangsa berakhir sebegini rupa?

Kami memohon budibicara serta pertimbangan pihak tuan didalam menyeleraikan kesulitan yang kami hadapi ini agar hadiah kewangan tersebut diperolehi.

Kerjasama pihak tuan didalam perkara ini amat kami hargai. Sila rujuk lampiran dan untuk sebarang pertanyaan dan sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang penjelasan / penerangan lanjut harap hubungi saya.

Sekian,Terima Kasih.
By: Muna Hazwani

Isu Pertukaran Guru

Salam 1 Malaysia

Saya terpanggil untuk melaporkan kepada Aduan Rakyat online ini kerana isu ini masih tidak menyebelahi kami yang telah berlanjutan sehingga 7 tahun. Isu tersebut adalah isu Pertukaran Guru. Setiap tahun permohonan Pertukaran Guru akan keluar sebanyak 2 kali iaitu pada bulan April dan bulan September masing-masing untuk pertukaran bulan Jun dan Januari. Walaubagaimanapun sehingga kini lebih 6 kali permohonan di buat tetap tidak menyebelahi kami sekeluarga. Kami tinggal berjauhan selama 7 tahun sejak tahun 2006.

Isteri saya mengajar di Perak sebagai guru j-qaf dan tinggal bersama 3 orang anak yang masih kecil. Kini sedang sarat anak yang ke empat dan saya juga berkhidmat dalam jabatan kerajaan di salah sebuah universiti di Terengganu yang mana tiada cawangan di mana-mana. Saya akan berulang-alik ke Perak setiap 2 minggu secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi kerja saya. Setiap kali balik saya akan mengambil cuti rehat. Setiap kali permohonan kami yang gagal, saya isteri dan anak-anak akan turun ke Putrajaya untuk membuat rayuan.

Rayuan tidak tahulah sudah berapa kali. Merayu dan terus merayu. Begitu juga kepada rakan-rakan yang senasib dengan kami. Alasan dan kata-kata semangat di Kementerian pelbagai bentuk kadang kala saya dah boleh tahu skrip yang sentiasa mereka gunakan setiap kali rayuan dibuat.

Alasan yang mereka gunakan adalah tiada kekosongan, isu keselamatan, isu kesihatan dan sebagainya. Tetapi saya lebih tertarik dengan isu keselamatan. Adakah sampai isteri/suami atau anak-anak kita terancam baru boleh bertukar? Mungkin mati dibunuh atau sebagainya. Kenapakah pihak kementerian tidak memandang lebih serius perkara-perkara seperti ini.

Hari-hari di media cetak dan media elektronik sentiasa highlight pelbagai isu jenayah yang amat kritikal. Saya amat risau keselamatan keluarga saya di Perak. Seperti ada pepatah melayu mengatakan batuk ditimpa tangga baru nak beri peluang. Selain itu pihak kementerian juga selalu mengatakan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah antara negeri-negeri yang amat susah untuk berlaku pertukaran terutama guru-guru j-Qaf.

Sampai bila perkara begini akan selesai. Hinggakan setiap kali pertukaran berlangsung, di paparan website kementerian akan tertera kekosongan untuk guru-guru ini bertukar ke negeri yang disebutkan tidak ada kekosongan. Seperti ibarat tunggu bulan jatuh ke riba. Saya memohon Tan Sri Muhyiddin Yasssin sebagai Menteri Pelajaran Malaysia memandang serius perkara ini kerana ini adalah salah satu kebajikan para guru yang ingin mendidik anak bangsa.

Saya memohon maaf sekiranya email ini agak keterlaluan tetapi ini adalah luahan isi hati suami yang ingin hidup bersama-sama keluarga tercinta. Bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak cuma kami ingin mendapat sedikit feed back yang positif daripada pihak kementerian. Lagipun bulan November ini pun telah diisytiharkan sebagai bulan keluarga oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Jadi bagaimana hendak mengukuhkan institusi keluarga kalau sorang di timur dan sorang dibarat. Harap Maklum. Sekadar luahan perasaan oleh seorang suami. Terima Kasih.

By: Nasir Terengganu

Harga Makanan dan Kemudahan Surau di Medan Selera Kuala Kangsar

Saya ingin berkongsi pengalaman berhubung harga makan dan kemudahan surau di Medan Selera Kuala Kangsar. Pada saya harga makanan yang dikenakan agak mahal (tak pasti sebab mungkin harga yang dikenakan sebab saya orang luar) namun ia bukan alasan pihak peniaga meletakkan harga sesuka hati. Saya hanya mengambil sepinggan nasi, seketul ayam dan sayur, dengan air sirap dan harga yang dikenakan adalah RM8.90!

Tentang kemudahan surau, saya melawat kawasan berkenaan sewaktu cuti Hari raya aidil adha yang lalu. saya tidak pasti wujudnya surau di kawasan berkenaan (tiada papan tanda jelas) dan kemudahan untuk solat disediakan di hadapan tandas lelaki bersebelahan medan selera. Bukan sahaja ia tidak selesa, malah bunyi bising dari pusat jualan berhampiran amatlah mengganggu.

Pohon pihak berwajib dapat memantau perkara berkenaan demi keselesaan pengunjung, terutama pengunjung tempatan itu sendiri.

By: Ahmad Daud

Syarikat tempat kerja halang pekerja Islam solat

Saya baru sahaja bekerja di syarikat berkenaan. Saya telah diberitahu syarikat berkenaan tidak menyediakan surau@mana2 tmpat utk bersolat, jadi saya meminta manager HR untuk membenarkan saya sembahyang di tempat makan. Ini kerana waktu rehat di syarikat itu adalah pada pukul 12-1tengahari.

Permintaan untuk menukar waktu rehat kepada 1-2ptg tidak dilayan oleh pihak atasan. Aduan ini dibuat kerana saya telah cuba beberapa kali menghubungi pihak kesatuan pekerja tetapi minggu ini masih ramai staff yang cuti Hari Raya.

Bukan saya seorang sahaja yang beragama Islam di syarikat berkenaan, tetapi disebabkan syarat yang dikenakan oleh pihat syarikat adalah tidak munasabah.

By: mimi

Bimbang dengan kebanjiran warga asing di seluruh pelusuk tanah air

Dewasa kini negara yg dianggap selamat utk diduduki kini telah dicemari oleh kebanjiran warga asing dr Indon, Bangla, Nepal, Afrika, Thai, Vietnam, Filipine, Arab, China, Pakistan, Iran, India mgkin bnyak negara lg yg aku x tau.

Adakalanya aku sendiri tak faham ttg dasar kerajaan dengan mudah membenarkan warga asing menduduki negara bertuah ini, tanpa sekatan ketat seperti Singapura. Mungkin tahap keselamatan kita terlalu lemah atau mungkin kerana dasar kerajaan lebih mengutamakan warga asing utk kemajuan negara ini. hingga meminggirkan keselamatan rakyat sendiri.

Sebagai pembayar cukai yg setia kpd negara, aku rasa rugi sebab kenikmatan negara ni dapat dinikmati oleh warga asing yg mungkin pendatang haram yg tidak pernah bayar satu sen pun cukai kerajaan, tapi mereka hidup dgn selamat dlm negara kita malah mereka mungkin dilindungi oleh bdan2 berkuasa diluar sana.. !

Aku mohon jasabaik YAB PM supaya dapat menyelesaikan masalah ini dari sekarang, kerana dibimbangi barah ini akan lebih parah jika tidak ditangani dgn baik.

jangan memandang enteng perkara ini, jangan sampai rakyat sendiri yg ambil tindakan untuk keamanan negara umumnya negeri2 khasnya..

Rakyat sudah hilang sabar dengan kebanjiran pendatang asing yang haram mahupun sah.. penyakit2 masyarakat seperti pelacuran, keganasan, kaki botol, pergaduhan, pembunuhan semua berpunca dr warga asing

tolong selesaikan masalah ini, aduan rakyat utk rakyat.. anda buat anda dapat..! hidup rakyat

By: pak rela

Kebanjiran Warga Negara Thai Berniaga

Di sini saya ingin membuat aduan tentang kebanjiran warga Thailand membuka kedai makan terutamanya kedai tomyam dimana mereka merupakan pemilik penuh kedai tersebut tanpa rasa takut malah ada setengah-setengah kedai telahpun beroperasi lebih 5 tahun dan saya rasa ianya bukan hanya dikawasan saya iaitu di Parit Buntar malah di seluruh negara. Ini amat merugikan masyarakat Melayu terutamanya dimana perlu bersaing dengan mereka.

Mereka menggunakan segala subsidi yang diperuntukkan untuk rakyat Malaysia serta membawa balik keuntungan ke negara mereka tanpa dikenakan sebarang cukai ini namun saya dapati tiada tindakan tegas diambil oleh Jabatan Imigresen untuk mengatasi masalah ini.

Dari maklumat yang saya dapati dari warga Thailand sendiri mereka hanya perlu merasuah Pegawai-pegawai Imigresen di sempadan samada Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan RM30 untuk masuk kembali Ke Malaysia apabila Visa Lawatan Tamat Tempoh melalui agen-agen mereka di Thailand jadi tak perlulah mereka pulang ke Thailand beberapa hari untuk masuk kembali Ke Malaysia.

Saya amat berharap Pegawai Atasan Imigresen memandang serius perkara ini kerana ini amat merugikan Negara dan peniaga-peniaga kedai makan orang melayu serta amalan rasuah berleluasa di kalangan pegawai Imigresen di sempadan.

By: Shahriman Othman

Enjin Proton Preve bocor kurang sebulan

Saya merupakan seorang pemilik kereta Proton Preve. Kereta saya baru berusia kurang dari 1 bulan. Saya rasa tertipu bila membeli kereta buatan negara kerana kereta yang diserahkan kepada saya mengalami kebocoran di bahagian engine.

Sepatutnya perkara ini tidak patut berlaku sekiranya ada pengawasan yang lebih terliti dari pihak proton dan sepatutnya ianya tidak diserahkan kepada saya jikalau mengalami kerosakan. Lebih dikesalkan lagi ketika proses pembaikan dilakukan pihak service center menyatakan ada kecuaian ketika proses pemasangan dilakukan dikilang.

Engine saya terpaksa dikeluarkan perkara ini boleh disifatkan ianya sudah tiada nilai jikalau perkara ini berlaku, dan sekiranya proses pembaikan selesai engine saya tidak boleh diuji seperti mana ianya diuji dikilang. Malah mereka menyatakan “kalau ada apa apa encik datang balik sini”

Sepanjang perkara ini berlaku tiada mana mana pihak dari proton menghubungi saya untuk membantu saya dan menyelesaikan masalah saya,saya terpaksa bersusah ketika ketiadaan kereta,terpaksa mengambil cuti untuk tujuan tersebut saya juga telah tawar hari dimana saya telah berbelanja besar dan menanggung beban hutang yg panjang sedangkan pada hakikatnya kereta saya dah rosak dan sudah tidak elok lagi.

Saya mengharapkan agar proton menghubungi saya dan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan saya ini. Janganlah bersikap lepas tangan dan melepaskan batuk ditangga. Saya mengikut seruan mengunakan barang tempatan sedangkan kualiti dan khidmat diabaikan.

By: shaiful

Bagaimana Pemilihan Tender Masakan & Makanan Asrama dipilih dan dimana ketelusan?

Assalamualaikum,

Saya sebenarnya mewakili hampir 90% kontraktor bumiputera & tempatan didaerah saya yang sedikit rasa kecewa dengan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah membuat keputusan tentang permohonan tender masakan Asrama didaerah kami.

Tidak menidakkan rezeki Allah kurniakan tetapi sedikit rasa ragu dan sangsi bagaimana 10 buah sekolah yang dibuka untuk kontraktor mencuba telah diberikan & diluluskan tender itu kepada kontraktor luar dari daerah ini dan lebih menyedihkan, 4 buah sekolah diberikan kepada kontraktor dari negeri kedah, sedangkan daerah kami dinegeri perak.

Sekiranya anda yang membaca, dimana logiknya tender dinegeri perak, dan tertera disetiap borang dengan perkataan ini, “KONTRAKTOR TEMPATAN DIBERIKAN KEUTAMAAN”, bagaimanakah kontraktor Negeri Kedah lebih layak? Mgknkah dari beribu permohonan kontraktor tempatan satu pun tidak layak?

Malu bila nk sebut Timbalan Presiden UMNO yang menerajui Kementerian ini. Kami kontraktor yang berhempas pulas bila tiba pilihanraya untuk UMNO tanpa mengira masa, wang ringgit dikeluarkan, tetapi ditolak mentah2 dan kontraktor dari negeri yang terang-terangan telah menentang kerajaan sekarang ini yang diberikan habuan. Tak mengapa, kerana perjuangan kami bukan untuk ini, perjuangan kami untuk anak cucu kami nanti.

Walaupun Perak pernah ditadbir 11 bulan oleh pembangkang, ingat TPM, DUN & Parlimen kami tak pernah jatuh ketangan pembangkang. Tapi untuk yang akan dtg, sememangnya sy jangkakan lebih ramai kontraktor yg akan berubah haluan. Bukan kerana tender ini, bukan kecewa kerana tidak dapat, tapi kecewa dengan KETIDAKTELUSAN kementerian yang diterajui TPM sendiri. Malu sebanarnya nak mengaku UMNO masih relevan, kerana pemimpin tertinggi masih lagi terlepas pandang dengan hal sebegini. Maaf sekiranya kasar kata2 saya, tapi ini hakikat yang sememangnya terjadi.

Hamba Allah

By: Hamba Allah

Kekurangan asrama bagi pelajar-pelajar di Matrik Gopeng

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Saya merupakan penjaga kepada salah seorang pelajar semester 3 di Matrik Gopeng, Perak. Isnin lalu pelajar-pelajar semester 3 telah melapor diri ke Matrik setelah cuti semester. Tetapi apa yang sangat mendukacitakan, pelajar-pelajar tersebut tidak mempunyai bilik asrama tempat tinggal. Ini berlaku (dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan) disebabkan pihak pengurusan Matrik Perak telah tersilap menerima pelajar baru bagi sessi tahun 2012 yang berlebihan.

Pelajar-pelajar senior terpaksa di tempatkan di rumah2 felo walhal rumah tersebut tidak dilengkapi dengan sebarang peralatan atau perabot seperti meja, kerusi, loker bagi kegunaan pelajar2 tersebut. Malah ada juga yang terpaksa duduk di dalam stor kerana satu rumah felo perlu diisi 10-15 orang penuntut. Setelah ada ibu bapa yang membuat aduan di Kementerian Pelajar Malaysia, pelajar-pelajar tersebut telah diarahkan keluar dan menumpang dibilik-bilik penuntut baru.

Masalahnya bilik2 yang dihuni penuntut2 baru juga telah penuh namun dan padat, malah pelajar2 senior ini juga terpaksa dipisahkan dengan setiap orang perlu menumpang di bilik penuntut yang baru. Perkara ini akan menyebabkan penuntut tidak dapat belajar dan tinggal dengan selesa menyusahkan pelajar2 senior jika mereka perlu berdiskusi @ mentelah bersama2 di sebabkan setiap dari mereka terpisah di bilik yang berasingan.

Saya mohon pihak yang berkenaan agar dapat menyiasat dan menangani masalah ini dengan kadar SEGERA agar tiada penuntut yang tercicir @ gagal disebabkan masalah ini.

By: Rozi