Kemelut di Taman Seri Setanggi, JB

Salam sejahtera dan salam ! Malaysia untuk warga kerja ADUAN RAKYAT.Saya mewakili seluruh penduduk Taman Seri Setanggi Johor Bahru ingin meluahkan segala masalah yang membelelenggu hidup kami sejak menduduki taman ini iaitu (Mei, 2009) Masalah yang kami hadapai adalah seperti berikut:

  1. Kerosakan dalam rumah yang ketara (keretakan, kebocoran, lantai jubin pecah dan lain-lain)
  2. Kadar bayaran yuran penyelenggaraan (maintenance) yang tinggi dan membebankan penduduk.
  3. Tiada kemudahan tempat beribadah (rezab surau telah sedia ada)
  4. Status sebenar Taman Seri Setanggi?

Untuk makluman pihak tuan, segala permasalahan ini telah berkali-kali diajukan kepada pihak pemaju(Syarikat Perumahan Negara Berhad) namun tiada apa-apa tindakan yang diambil. Pada bulan Jun 2011, pihak pemaju telah menyerahkan segala urusan penyelenggaraan bangunan kepada penduduk untuk menubuhkan satu jawatankuasa bertindak yang dinamakan Badan Pengurusan Bersama yang mana bertanggungjawab menjaga, menyelia dan menyelenggara seluruh flat Taman Seri Setanggi.

Malangnya ibarat pepatah “keluar mulut buaya masuk mulut harimau”, permasalahan yang sama tetap berlaku bila setiap aduan dikemukakan pada Badan Pengurusan Bersama(JMB), pihak ini telah menuding jari pada pihak pemaju tetapi bila dimaklumkan semula pada pemaju(SPNB) jawapan yang kami terima adalah sebaliknya.

Diharap pihak Aduan Rakyat prihatin dan ambil tindakan seperti slogan “ADUAN RAKYAT AMBIL BERAT”

By: MAZLAN

Rakyat Ditindas Syarikat Gergasi

MEMINTA CAMPURTANGAN KERAJAAN MALAYSIA DAN ADUAN RAKYAT MENYELESAIKAN MASALAH PENDUDUK DAN PENGGUNA TERANIAYA

Merujuk perkara diatas,adalah dimaklumkan bahawa saya mewakili penduduk Pangsapuri Ruvena Villa,Tmn Putra Perdana,Puchong khasnya dan juga kebanyakan pangsapuri kos sederhana amnya yang menghadapi masalah yang serupa kerana sering ditindas syarikat gergasi tanpa mengambil kira hak dan kepentingan penduduk dan pengguna.

Untuk makluman, kami telah membeli rumah di pangsapuri kos sederhana ini pada tahun 2001 dari pemaju Cekap Mesra Sdn Bhd atau dikenali sebagai Talam Corporation Sdn Bhd dan diselenggara oleh syarikat pengurusan LT Sdn Bhd juga adalah anak syarikat kepada Talam Corporation Sdn Bhd yang dilantik oleh pemaju dan juga Pesuruhjaya Bangunan (COB) Majlis Daerah Sepang.

Masalah yang dihadapi oleh penduduk dan pembeli telah bermula sejak mula menduduki perumahan ini dengan sikap tidak bertanggungjawap pemaju dan syarikat pengurusan yang mengambil sikap sambil lewa terhadap kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan bangunan dan kawasan sekitar kerana terdapat keretakan serius dan kerosakan dalaman yang perlu diberi perhatian oleh syarikat pemaju dan juga syarikat pengurusan, malangnya mereka mengambil sikap lepas tangan dan membuatkan pembeli dan penduduk tidak berpuas hati lalu kebanyakannya tidak lagi membuat pembayaran kos selenggara kepada pihak pengurusan.Kini kami berhadapan dengan isu paip-paip air bawah tanah pecah yang sepatutnya dibaiki sejak sekian lama,malangnya pihak pengurusan tidak mahu bertanggungjawap disebabkan penduduk tidak membuat pembayaran kos selenggara dimana pembeli dan penduduk sudah muak dengan janji-janji kosong pemaju dan syarikat pengurusan .Untuk makluman juga,penduduk pangsapuri kos sederhana kami dikenakan caj air sebanyak RM 1.38 per meterpadu sedangkan banglo mewah hanya membayar sekitar RM0.70 per meterpadu kepada pihak Syabas Sdn Bhd,pihak pengurusan juga dipercayai tidak membuat pembacaan meter air secara telus dimana terdapat unsur-unsur penipuan dalam pembacaan meter air penduduk, untuk pengetahuan juga penduduk hanya menerima bil semasa sehingga bulan Apr2011,

Masalah utama yang dihadapi oleh penduduk bermula pada bulan Nov 2010 dimana pihak Syabas Sdn Bhd telah membuat pemotongan bekalan air meter induk ke pangsapuri selama 3 hari disebabkan kegagalan pihak pengurusan membuat pembayaran air berjumlah RM 242,000.00, bermula dari itu penduduk telah bekerjasama dengan membentuk Ajk sukarela bagi membantu menjalankan kutipan resit pembayaran dari penduduk yang telah membuat bayaran kepada pihak pengurusan untuk memaksa pihak pengurusan membuat pembayaran ke pihak Syabas Sdn Bhd. Pada Feb 2011, sekali lagi kami dikejutkan dengan pemotongan air kali kedua selama 2minggu, penduduk tidak mendapat bekalan air disebabkan sikap tidak bertanggungjawap syarikat pengurusan yang tidak menjalankan pemotongan air ke meter individu bagi mendapatkan tunggakan bil air bagi mengelakkan hutang semakin meningkat sebanyak RM308,000.00.

Kami telah meminta ehsan dan bantuan dari pihak AHLI PARLIMEN dan ADUN bagi membantu menyelesaikan masalah kami, malangnya tiada jalan penyelesaian dicapai, dengan itu Ajk sukarela telah bekerjasama untuk membuka kaunter pembayaran bagi mengutip bayaran bil air dari penduduk untuk dibayar secara terus kepada Syabas Sdn Bhd bagi mengelakkan pemotongan air dari berulang tanpa mengambil kira kos dan masa yang terbuang bagi menyelesaikan dan membantu pihak Syabas Sdn Bhd meringankan bebanan hutang dari pihak pengurusan, atas perbincangan dengan pihak Syabas Sdn Bhd.

Persetujuan telah dicapai untuk membuat kami membuat pembayaran ansuran bulanan sebanyak RM15,000.00 dan syukur atas bantuan dan keperihatinan penduduk, bayaran ansuran Berjaya dicapai.

Atas ketidakpuasan hati dari pembeli dan penduduk, kami bersama Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Ruvena Villa (JMB) telah menamatkan perkhidmatan syarikat pengurusan LT Sdn Bhd dan telah melantik syarikat pengurusan baru iaitu AMR Resources Sdn Bhd bagi menjalankan kembali kutipan dan juga kerja penyelenggaraan yang tidak diambil kisah sebelum ini bagi keselesaan dan kesenangan penduduk bermula Ogos 2011. Pihak pengurusan LT Sdn Bhd juga tidak lagi mahu mengeluarkan bil untuk bulan Mei sehingga Julai 2011 yang sepatutnya masih dibawah tanggungjawab pihak pengurusan LT Sdn Bhd sebelum diambil alih oleh syarikat pengurusan baru pada bulan Ogos 2011 ini.

Pada 15hb Julai 2011, sekali lagi kami dikejutkan dengan notis pemotongan air kali ketiga dari pihak Syabas yang menuntut bayaran sebanyak RM87,823.24 pembayaran perlu dibuat sebelum 18hb Julai 2011 dan atas perbincangan dengan pihak Syabas Sdn Bhd telah memberi tempoh sehingga 22hb Julai 2011 untuk membuat pembayaran sebanyak RM46,000.00, malangnya pemotongan telah dilakukan pada 20hb Julai 2011 tanpa timbangrasa dan prihatin dari pihak Syabas Sdn Bhd sedangkan rata-rata penduduk islam sedang dalam persiapan untuk menyambut Ramadhan yang bakal menjelang.

Pada 21hb Julai 2011, DUN Daerah Sepang dan juga Pihak pengurusan baru iaitu AMR Resources Sdn Bhd juga telah pergi berbincang dengan pihak Syabas Sdn Bhd untuk meminta ehsan dan timbangrasa untuk penyambungan semula dan memberi sedikit tempoh penangguhan bagi memberi masa dan ruang kepada syarikat pengurusan baru menjalankan kerja pembaikan paip-paip bawah tanah yang pecah serta mengunci meter air individu bagi mengutip jumlah tertunggak dari penduduk yang berhutang untuk menyelesaikan masalah tunggakan kepada pihak Syabas Sdn Bhd, tetapi pihak Syabas Sdn Bhd tidak menunjukkan sikap prihatin atas masalah yang dihadapi dan tidak mahu bertolak ansur dalam memberi ruang dan masa untuk menyelesaikan isu ini,malah menyuruh penduduk bertindak sendiri memaksa syarikat pengurusan LT Sdn Bhd untuk membuat pembayaran dan mengeluarkan bil air yang tidak mahu lagi dikeluarkan oleh mereka.

Kami terpaksa meminta bantuan dan jasabaik dari pihak syarikat pengurusan yang baru iaitu AMR Resources Sdn Bhd untuk mengeluarkan bil air kepada penduduk sedangkan tarikh mula perkhidmatan adalah pada 1hb Ogos2011. Untuk makluman, jumlah hutang dari pihak LT Sdn Bhd adalah sebanyak RM300,000.00 sedangkan jumlah hutang penduduk hanyalah sekitar RM160,000.00,Dimanakah kami ingin mencari baki tunggakan yang bukan berpunca dari penduduk,tetapi dari pihak pengurusan yang sepatutnya bertanggungjawap.Kami sudah kekeringan daya dan usaha bagi menyelamatkan penduduk dari kesenggaraan tidak mendapat bekalan air,namun apakan daya,suara kami tidak dapat didengari pihak atasan bagi membantu penduduk teraniaya.Bagaikan jatuh ditimpa tangga,menghadapi masalah dengan syarikat pengurusan LT Sdn Bhd dan juga Syabas Sdn Bhd.

Bermula dari pemotongan kedua sehingga 10hb Julai 2011, kami telah membuat bayaran sebanyak 14 kali berjumlah RM77,533.95 dan syarikat pengurusan juga telah dipaksa membuat pembayaran sebanyak 7 kali berjumlah RM 106,640.25 iaitu jumlah keseluruhan sebanyak Rm184,174.20 tetapi masih dikenakan pemotongan air dari pihak Syabas Sdn Bhd.

Berikut adalah persoalan yang bermain difikiran rakyat yang ditindas Syarikat gergasi secara terang-terangan:

  1. Mengapa syarikat Pengurusan atau Pemaju tidak pernah dipantau oleh agensi kerajaan bagi melihat sejauh mana kecekapan,ketelusan dan keadilan terhadap pembeli dan penduduk? sebaliknya hanya menyalahkan penduduk sekiranya kos penyelenggaraan tidak dibayar sedangkan Pemaju yang tidak menjalankan kerja terlepas dari dikenakan tindakan undang-undang…
  2. Mengapa pihak Syarikat Pengurusan LT sdn Bhd tidak menjalankan pemotongan air meter individu terhadap unit yang tidak menjelaskan bil air tertunggak dan tidak mencari altenatif bagi membaiki pembaziran air dari paip bawah tanah yang pecah dan tiada tindakan dikenakan…
  3. Mengapa Syabas Sdn. Bhd tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pengurusan sebaliknya hanya menekan penduduk yang kebanyakannya telah membuat pembayaran ke syarikat pengurusan?
  4. Mengapa pihak Syabas Sdn Bhd tidak bertegas untuk menuntut tunggakan dari peringkat permulaan dan hanya menunggu sehingga hutang mencecah RM300,000.00 dan mula berkeras tanpa mengambil kira hak pengguna dan pembeli air dari pihak Syabas Sdn Bhd yang dianggap mahal untuk pangsapuri kos sederhana?
  5. Mengapa setelah penduduk bekerjasama membantu secara sukarela menjalankan kutipan bagi meringankan bebas hutang yang ditanggung Syabas Sdn Bhd tetapi pihak Syabas Sdn Bhd masih tidak mahu bertolak ansur dan memahami masalah yang dihadapi dan terus menerus menekan pihak yang lemah?
  6. Mengapa Ahli Parlimen dan ADUN tidak dapat membantu menekan pihak bertanggungjawab untuk membuat pembayaran dan perjanjian bagi menyelesaikan masalah dihadapi penduduk dan pengguna??
  7. Dimanakah keadilan dan keutamaan kepada rakyat apabila Syabas Sdn Bhd bertindak memotong bekalan air kepada pengguna yang tidak mempunyai tunggakan dan tidak mengambil tindakan terhadap pihak pengurusan yang gagal membuat pembayaran? Mengapa penduduk yang terpaksa menanggung sikap biadap dan tidak bertanggungjawap syarikat pengurusan LT Sdn Bhd dan juga Syabas Sdn Bhd.

Harapan rakyat agar pihak Kerajaan Malaysia dapat mengkaji semula akta dan perundangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna dan pembeli agar permasalahan ini tidak lagi membelenggu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Disini saya mengambil kesempatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian dan keperihatinan YAB meluangkan masa untuk meneliti luahan hati dan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan rakyat yang sentiasa ditindas secara halus.

Berikut dilampirkan rekod bayaran yang telah dibuat oleh pihak kami dan juga pihak pengurusan kepada pihak Syabas Sdn Bhd bagi menyokong dakwaan kami untuk tindakan segera dari pihak Kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat yang ditimpa kesusahan memandangkan kita bakal menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.

(untuk makluman aduan rakyat,surat ini adalah cc dari original yang telah di serahkan kepada PM dan juga 19 agensi berkaitan dan perlu diambil tindakan segera,kami akan mengadakan demonstrasi besar besaran bagi membantah sikap kurang ajar syabas dan juga syrikat pengurusan)

Diharap pihak Aduan Rakyat dapat menghubungi kami dengan kadar segera agar dapat mencari penyelesaian terbaik untuk membantu rakyat dan pengguna yang ditindas…

Terima kasih

By: Nuridzuan Abdullah

Caj Perkhidmatan Bangunan

JMB yang dilantik dengan persetujuan pembeli dan pemaju akan mempunyai bidang kuasa tertentu dalam menguruskan bangunan tersebut seperti yang termaktub di bawah Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan Bangunan) 2007 atau Akta 663.

Bagaimana jika JMB yang dilantik merupakan muka yang sama setiap tahun dari 2008 sehingga 2011? Alasan mereka kononnya tiada yang layak bagi menggantikan ahli JMB yang ada sekarang.

PENYELIA BANGUNAN: Apakah syarat kelayakan bagi seseorang Penyelia Bangunan yang dilantik? Bagaimana jika Penyelia Bangunan yang dilantik ahli JMB berdasarkan “kenalan dan anak saudara”, maksudnya tiada kelayakan/kemahiran?

JMB: PERLUKAH ditetapkan syarat perlantikan? Contohnya JMB Pangsapuri Pesona di Fasa 5C Permatang Pauh, melantik Pengerusi yang kononnya tahu hal-hal penyelenggaraan bangunan. Kebanyakan kami tidak begiru mengenali ahli JMB. Pengerusi Abd Rashid yang dilantik pun bukan atas persetujuan semua pemilik, beliau melantik dirinya sendiri dalam mesyuarat bersama pemaju dan disebabkan ketika itu tiada kuota yang cukup maka Pemaju terpaksa bersetuju dengan perlantikan diri sendiri.

Masalahnya kini, keanggotaan JMB kebanyakan terdiri daripada orang yang kurang kredibiliti, tiada pendirian, lebih kepada utamakan rakan. Maksudnya walaupun mereka create sistem pembayaran kad kereta bagi memudahkan untuk melihat siapa yang bayar siapa yang tidak, apapun rakan yang tidak membayar sesen tunggakan tetap dibenarkan meletak kereta atau motor didalam kawasan. Tidak adil bagi yang membayarnya.

PENYELIA BANGUNAN yang dilanti pula tiada sebarang kelulusan. Seorang pesara yang makan komisen 1% atas setiap rumah yang dibantunya utuk dijual atau disewa.

Seolah setiap caj perkhidmatan bagi penyelenggaraan bangunan yang dibayar setiap bulan tidak berbaloi. Setiap aduan dipandang remeh temeh…air yang leak dari tangki tidak dibaiki segera. Apabila kebocoran itu memasuki kawasan kediaman, dikatakan “atas tanggungan pemilik” sedangkan punca asal tidak dibaiki oleh pihak pegurusan JMB.

DEWAN untuk kegunaan penduduk dikunci dan disimpan sebagai setor penyimpanan barangan rukun tetangga. Apagunya dewan serbaguna jika tidak boleh diguna pakai.

AHLI JMB yang terdiri dari pegawai MPSP (setiausaha), CHARTERED AKAUNTAN (bendahari), Pagawai Bank Maybank (pembantu bendahari), Operator kilang SS (Pengerusi) seolah bersekongkol.

By: Farouk