Pendidikan | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Pendidikan’

Kebajikan Staf IPG Teknik Terabai

Seperti sedia maklum, IPG Kampus Pendidikan Teknik akan berpindah ke Bandar Enstek, Nilai. Kami akur dengan arahan perpindahan ini tetapi pihak atasan IPG Kampus Pendidikan Teknik langsung tidak menjaga kebajikan staf sokongan seperti kami yang terdiri daripada kakitangan bawahan yang berpendapatan rendah untuk menampung perbelanjaan harian seperti minyak, tol dan lain-lain untuk bertugas di sana.

Pada mulanya pihak atasan berjanji untuk menyediakan perkhidmatan bas secara percuma selama enam bulan seperti mana yang diterima oleh penjawat awam yang berpindah dari Jalan Duta ke Putrajaya. Namun sehingga kini hal itu hanya janji kosong. Malah kami yang terpaksa mencari perkhidmatan bas sewa untuk perjalanan ke sana. Kami juga dimaklumkan bahawa elaun sara hidup (COLA) akan dipotong. Ini adalah kerana kampus baru IPG Kampus Pendidikan Teknik berada di luar kawasan bandar.

Read the rest of this entry »

Masih belum dapat penempatan di sekolah kerajaan

Saya adalah bekas pelajar Universiti Tun Abdul Razak tahun 2008 yang mengambil jurusan pendidikan. Masalahnya sekarang, saya sudah pergi temuduga yang di panggil sebanyak 2 kali dan temuduga kali ke-2 telah berjaya. Tetapi sehingga kini saya masih belum lagi dapat penempatan di sekolah kerajaan.

Saya hanya diberikan jawapan TUNGGU sahaja walaupun saya telah turun naik di Putrajaya untuk menguruskan masalah ini. Saya bukannya orang semenanjung yang begitu dekat untuk datang selalu ke Putrajaya.

Read the rest of this entry »

Skim gaji DG44 yang merugikan

Baru-baru ini segolongan warga pendidik kecoh kerana tak puas hati dengan kiraan tahun dalam urusan kenaikan pangkat/gred secara time-based sama ada dari DG29 ke DG32 mahupun dari DG41 ke DG44. Bagi guru yang lebih daripada 8 tahun dalam gred asal, tanpa sebarang pekeliling, tarikh lantikan mereka adalah lebih daripada 8 tahun tidak seperti yang termaktub dalam skim baru yang mengganti SPBA yang tidak menjadi. Nampak sangat urusan penting seperti ini dilaksanakan tanpa sistem yang adil, betul, telus dan sesuai.

Lebih malang lagi bagi mereka yang dilantik, bergaji lebih daripada gaji minimum gred baru mereka. Kita ambil contoh nilai kenaikan dari DG41 ke DG44. Gaji asal atau gaji pokok dalam gred sebelum sekadar ditambah dengan RM225 ( nilai kenaikan tahunan DG41) sedangkan bagi golongan yang gaji mereka di bawah tangga gaji minium gred baru dalam urusan kenaikan pangkat dianjak ke tangga gaji minimun kemudian ditambah dengan RM250 (nilai kenaikan tahunan DG44) jika perbezaan dengan tangga gaji minimum gred baru kurang daripada nilai kenaikan tahunan gred Dg41.

Read the rest of this entry »

Kakitangan Awam Khalwat Kebal Dari Undang-undang?

Terkilan dengan kes seorang guru wanita ditangkap kerana bersekedudukan tanpa nikah di Ulu Tiram, Johor. Walaupun telah berkali aduan dibuat, masih tiada tindakan diambil oleh pihak berkenaan. Oleh itu saya cuba menggunakan medium ini untuk mendapat perhatian pihak terbabit.

Beliau telah diceraikan suaminya pada 23 April 2010 kerana didapati curang dengan seorang lelaki lain berasal dari negeri Pantai Timur. Pada 21 Julai 2010 jam lebih kurang 1.00 pagi di dalam sebuah rumah di Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, Johor beliau telah ditangkap kerana bersekedudukan bersama dengan seorang lelaki bukan muhrim dalam keadaan masih di dalam Edah dan beliau disyaki telah beberapa kali telah melakukan persetubuhan haram. Sehubungan dengan itu, beliau telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 29(1)(a) EJSS No. 9/95 (Khalwat).

Read the rest of this entry »

Guru PJJ KPM/OUM masih tidak dibela

BATU PAHAT: Seramai 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada temuduga antara Januari hingga Mac lalu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara, mulai bulan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata surat tawaran penempatan kepada semua graduan berkenaan yang sebelum ini dilantik sebagai guru interim (guru sementara) itu sedang diagihkan.

Read the rest of this entry »

Kenaikan Pangkat DGA29 ke DGA32

Perhatian kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan CUEPACS. Baru-baru ini kita dapat ketahui bahawa keputusan kenaikkan pangkat DGA29 ke DGA32 telah diperolehi melalui online. Alhamdulillah lega rasanya setelah bertahun-tahun menunggu kenaikkan pangkat. Tetapi sedih juga dibuatnya kerana perasaan tidak puas hati terhadap lantikan yang diterima di mana semua dilantik pada 1 Jan 2012, sama ada lantikan 2002,2003 dan 2004.

Apa yang jadi persoalannya kenapa jadi begini? Kementerian telah menetapkan bahawa permohonan Time Based adalah 8 tahun. Jadi bagaimana lantikan 2002 adakah ia tergolong dalam lantikan 2004 sedangkan mereka sudah berkhidmat selama 10 tahun. Ini bermakna mereka rugi selama 2 tahun, tanpa perkiraan perkhidmatan. Di mana sistem senioriti dalam perkhidmatan.

Read the rest of this entry »

Tekanan yang dihadapi guru yang menyambung pengajian

Saya adalah guru dari sebuah SMKk di daerah Pokok Sena, Kedah. Saya dan rakan-rakan guru yang menyambung pelajaran masters menghadapi masalah di mana kami tidak mendapat cuti yang telah diberikan  dalam surat pekeliling KPM dalam menyiapkan project akhir kami. Projek ini memerlukan masa dan tumpuan dan adalah amat penting bagi sesiapa yang ingin menamatkan semester akhir untuk penambahan ilmu. Tanpa budi bicara pengetua untuk memberikan ruang masa ini kami tidak dapat menyiapkan data projek akhir kami.

Kami berasa tidak patut, hal ini kerana pihak kementerian seharusnya memberi peluang kepada pelajar dan membela kami daripada terus ditindas oleh pengetua yang melanggar hak kami untuk bercuti. Tindakan pengetua yang memperlekehkan kami melanjutkan pelajaran dan menghadapi kesukaran untuk membuat projek juga amat tidak wajar sebagai seorang warga pendidikan yang profesional.

Read the rest of this entry »

Pelajar diarah kutip derma

Saya berasa sungguh sedih walaupun telah banyak kali suratkhabar memaparkan kisah pelajar-pelajar di arah mengutip derma masih ada di lihat mereka berhampiran gerai-gerai makan di sekitar Giant dan Dataran Glomac SS6 Kelana Jaya.

Yang menghairankan pelajar-pelajar ini datang daripada Kedah, Kelantan dan lain-lain tempat untuk mengutip derma. Saya rasa bertanggungjawab dengan situasi ini. Sekiranya apa-apa terjadi kepada meraka seperti kemalangan atau perculikan bagaimana nasib mereka? Mengutip derma hingga larut malam sekitar kawasan di sini. Bila mereka dapat menelaah pelajaran, jika badan mereka letih ke hulu ke hilir mengutip derma.

Read the rest of this entry »

UITM Kota Kinabalu Sabah menarik balik tawaran belajar

Saya baru sahaja ditawarkan ke program Diploma Sains ke UITM Sabah. Malangnya, apabila sampai disini mereka telah menarik balik tawaran tersebut hanya kerana mereka tidak boleh menerima surat pengesahan surat lahir bapa saya. Mereka berkehendakkan ia bertarikh sebelum tahun 2000. Ada beberapa sebab kenapa bapa saya tidak bersurat beranak:

  1. Bapa saya lahir sebelum merdeka dan Sabah cuma bersatu dengan Malaysia pada tahun 1963.Tidak mungkin mempunyai surat beranak.
  2. Ibu bapa bapa saya tidak mempunyai pendidikan yang baik.Sabah ialah negeri yang mundur pada ketika itu.

Read the rest of this entry »

Masalah sistem pengairan yang dijalankan oleh pihak MADA

Saya mewakili golongan petani-petani yang tidak mempunyai pendidikan atau berpelajaran tinggi untuk membuat aduan masalah mereka kepada pihak yang terbabait.

Untuk makluman, golongan tersebut mempunyai atau menghadapi masalah dengan sistem perparitan yang dibina dengan teknologi moden oleh pihak MADA di Perlis yang menggunakan kaedah mengepam air bagi tujuan pengaliran air ke arah sungai besar. Diantara masalah yang dihadapi oleh mereka seperti berikut:-

Read the rest of this entry »