Pekerjaan | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Pekerjaan’

Janji tidak ditepati Bas Transnasional

Assalamualaikum w.b.t

Saya merupakan salah seorang pengguna perkhidmatan pengangkutan awam sejak di bangku sekolah lagi.Saya anak jati Kelantan,bersekolah di Kuantan,seterusnya di Perak,Perlis dan Shah Alam sehinggalah ke alam pekerjaan merantau di bandaraya Kuala Lumpur.Sekiranya pulang ke kampung,saya menggunakan perkhimatan bas. Namun pada 16 Disember 2012 iaitu hari Ahad,satu peistiwa yang amat memedihkan jiwa dan raga telah berlaku di mana saya ditinggalkan oleh BAS TRANSNASIONAL yang sepatutnya mengambil penumpang di Tesco Kota Bharu.

Namun,penantian sehingga lewat malam amat mengecewakan. Terdapat empat orang penumpang termasuk saya tidak diambil di stesen bas TESCO Kota Bharu sedangkan keempat penumpang akan bekerja pada keesokannya.Saya menunggu daripada jam 8.30 malam memandangkan waktu untuk saya naik bas tersebut adalah jam 9.00 malam.Kami berhempas pulas menghubungi pihak BAS TRANSNASIONAL.Saya juga amat terkilan kerana kaunter bas di stesen TESCO ditutup awal iaitu jam 9.30 malam dan menyusahkan kami untuk berhubung bertanyakan tentang masalah ketiadaan bas yang dijanjikan.Apa yang ada hanyalah nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada sebarang masalah.

Read the rest of this entry »

Graduan Ijazah Pendidikan IPTS – KPM tak nak terima

SEGELINTIR pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kini mula tertekan gagal memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Kebimbangan itu berikutan keputusan Kementerian Pelajaran hanya menerima permohonan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seperti dihantar kepada graduan program itu yang memohon menjadi guru di sekolah kerajaan.

Read the rest of this entry »

Rayuan Bekas Pekerja Pengenepian MSE Pasir Gudang, 1987

Saya mewakili rakan-rakan yang terlibat dalam pemberhentian pekerja-pekerja MSE pada tahun 1987 akibat dari kegawatan ekonomi negara pada ketika itu. Akibat dari pemberhentian itu,  terjadilah tawar-menawar imbuhan yang berlarutan keperingkat mahkamah tertinggi. Oleh kerana bilangan diberhentikan agak ramai, terjadi kekeliruan dalam mendapat maklumat yang banyak menimbulkan percanggahan sesama sendiri, lalu terdapat yang berkesungguhan untuk meneruskan kes hingga penghujung.

Akhirnya semua tuntutan musnah dan kecewa apabila mahkamah menolak rayuan pekerja-pekerja. Inilah hasilnya gara-gara tunjuk pandai serta angkuh. Peranan lawyer bertukar ganti bagaikan terselit maksud dan ajenda, maka kami yang kuno ni tewas tanpa sebarang ganjaran diperolehi.

Read the rest of this entry »

Tidak Mampu Bayar Balik Pinjaman PTPTN

Saya salah seorang pemimjam PTPTN dan berkelulusan dari salah sebuah IPTA di Shah Alam. Graduan macam saya susah dapat  kerja . Kalau dapat kerja pon setakat kerja-kerja yang tidak mendatangkan gaji tinggi yang setimpal dengan kelulusan. Macam mana mahu bayar ptptn kalau gaji cukup makan jer? Kenapa kerajaan dan ptptn tiada mewujudkan satu sistem yang dapat mengenalpasti mana-mana graduan yang menganggur dan akan ditempat pekerjaan mengikut jurusan dan kelulusan masing-masing.

Bayangkan…berapa ramai graduan di luar sana yang ada kerja? Dan adakah mereka mampu untuk membayar balik pinjaman mereka pada waktu yang ditetapkan? Oleh yang demikian, diharap kerajaan kita membantu graduan yang masih menganggur dan belum mendapat pekerjaan tetap.

Read the rest of this entry »

GRO Melayu dan Agama Islam di Kota Kinabalu

Maklumat yang saya dapati sendiri apabila berkunjung ke Pusat Hiburan DA’BOSS, AsiaCity Kota Kinabalubaru-baru ini amatlah mengejutkan dan memalukan.

Ramai di kalangan GRO yang bekerja di pusat hiburan itu beragama Islam, tampa segan silu mereka melayan pelanggan seolah-olah tiada penguatkuasaan tentang larangan mahupun tindakan dari pihak-pihak yang berwajib terutamanya Majlis Agama Islam.

Dimanakah penguatkuasaan undang-undang Islam? Mengapa dibiarkan perkara ini berlaku dan berluasa. Adakah orang Islam sendiri sudah menghalalkan pekerjaan sebagai GRO ini?

Read the rest of this entry »

Arezzo Gunakan Penipuan Sebagai Tektik Penjualan

Pada tarikh 28.12.2011 (Rabu), lebih kurang pukul 8:00 malam di Giant seksyen 13 Shah Alam. Saya dan kawan saya telah ditarik oleh penjual barangan berjenama Arezzo. Kata mereka, kami hanya perlu mengisi borang survey sahaja untuk menebus hadiah percuma berupa tupperwave plastik.

Sepanjang kawan saya mengisi borang tersebut saya telah di promosikan mengenai barangan2 jualan mereka. Mereka banyak bertanya mengenai pekerjaan kami berdua. Apabila mereka tahu bahawa syarikat kami bekerja ada kaitan dengan German, mereka menyatakan bahawa barangan mereka telah dibuat daripada teknologi German. Satu demo telah dijalankan untuk meyakinkan kami.

Read the rest of this entry »

Pihak berkenaan ambil ringan pemberian wang banjir pada mangsa

Saya adalah salah seorang mangsa banjir yang berlaku di segamat pada bulan febuari yang lepas beralamat Jalan Perling 5, Taman Perling, Segamat apa yang menghairankan saya telah membuat pendaftaran seperti yang diminta sehingga 3 kali tetapi mengapa wang ehsan tersebut berjumlah RM500 masih belum diterima oleh segelintir penduduk di sini. Apabila di tanya jawapannya ‘tak tahu’ dan setelah ditanya beberapa kali jawapannya kerana petukaran pegawai2 besar.

Apabila difikirkan balik kenapa ada yang sudah dapat dlm bulan march yang lepas yang dapat penduduk yang boleh dikatakan ‘kroni’ dan hanya membuat pendaftaran sekali sahaja, habis bagaimana dengan penduduk yang lain seperti saya sudah hampir 6bulan masih belum dapat jawapan sedangkan kami juga menanggung kerugian.adakah ada penyelewengan dalam tuntutan.seperti saya bagaimana hak -hak saya sebab saya akan berpindah kerana pekerjaan harap aduan rakyat dapat menjalankan siasatan untuk membela nasib kami yang terpinggir

Read the rest of this entry »

Kelulusan senat yang lambat

Saya mewakili pelajar uum yang sudah menamatkan pemngajian tetapi masih menunngu kelulusan senat dari pihak UUM. Kami menghadapi pelbagai masalah tanpa kelulusan senat antaranya untuk mendapatkan pekerjaan dan tidak dilantik jawatan tetap atau tidak dilantik jawatan yang sah tanpa kelulusan senat.

Kami sudahpun tamat belajar sudah sekian lama hampir 3 bulan hingga 5 bulan. Tetapi masih menunggu senat. Ada di kalangan kami yang terlepas mendapat pekerjaan. Selain dairpada itu UUM telah mengubah sistem pembelajaran master dari 2 semester kepada 3 semester menyebabkan pelbagai masalah. Antaranya ramai pelajar yang tidak sempat menyiapkan thesis dan kertas projek kerana thesis dan kertas projek memerlukan tempoh yang lama. malangnya kami harus membayar yuran dengan kadar yang sama meskipun terpaksa melanjutkan kertas projek.

Read the rest of this entry »

Janji yang dilupakan kepada penduduk Kg Long Pasia, Sipitang, Sabah.

Oleh: Davy Tadem, Kg. Long Pasia, Sipitang, Sabah.

SIPITANG: Sungguh menyedihkan apabila sebuah negara merdeka seperti Mesir dan Libya terjerumus ke dalam kancah peperangan sesama sendiri. Kerajaan menbunuh rakyatnya sendiri dan rakyat memusuhi kerajaan sendiri. “Kerajaan dari Rakyat untuk Rakyat” kata Abraham Lincon. Benarkah kerajaan dibentuk untuk membantu rakyat atau benarkah kerajaan berjuang untuk rakyat? Kami penduduk kampung Long Pasia, Sipitang sangat berbangga menjadi rakyat Malaysia walaupun tidak banyak yang dilakukan oleh kerajaan untuk memajukan kampung ini. Penduduk Kg Long Pasia dan kampung-kampung yang berdekatan seperti Long Mio dan Meganit adalah berjumlah 700 orang.

Read the rest of this entry »