Pahang | Aduan Rakyat Online - Part 2



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Pahang’

Isu ketiadaan air di Felda Mayam, Triang, Pahang

Saya merupakan penduduk di Felda Mayam, Triang, Pahang berasa amat terkilan dengan isu bekalan air yang berlaku di Felda Mayam sejak bertahun-tahun dahulu lagi sehingga kini tanpa perubahan.

Masalah ketiadaan air amat kerap berlaku di kawasan Felda Mayam menyebabkan banyak aktiviti seharian kami terganggu. Masalah ketiadaan air bukan berlaku sebulan sekali, atau seminggu sekali tetapi dua / sehari sekali!selang sehari masalah air pasti akan berlaku.hal ini amat menyusahkan dan menyukarkan kehidupan seharian kami.

Read the rest of this entry »

Ketiadaan Bekalan Air dan Elektrik di Kuala Lipis

Merujuk kepada perkara di atas, saya seperti nama di atas mewakili penduduk kampung saya bagi membuat aduan berkenaan ketiadaan bekalan asas seperti bekalan air dan elektrik sejak lebih daripada 20 tahun.

Bagi pengetahuan pihak tuan,jumlah penduduk kampung saya ada lingkungan sekitar 10 keluarga yang selama ini hanya mengunakan bekalan air sungai untuk memasak dan membersih pakaian dan pelita pada setiap hari.

Read the rest of this entry »

Kes Penipuan Harga Produk Jenama AOWA

Begini ceritanya, saya keluarga nak bungkus KFC kat ECM Kuantan dan tiba-tiba datang dua orang promoter Aowa menegur dan menghulurkan beg bimbit hijau dan membawa saya ke tempat barangan Aowa untuk mengisi satu borang contest untuk rekacipta slogan bagi menyokong bumi hijau.

Blm sempat untuk jawab kat ruang reka slogan, promoter itu terus menghulurkan beg tadi kononnya dalam tu ada cupon voucher. Dan meminta saya membuka tiket itu pada masa itu juga. Tiket saya telah memenangi tiga jenis barangan Aowa yang berharga RM4000 ke atas dan baucer RM1999

Read the rest of this entry »

Proton Persona baru mengalami masalah ECU Box

Saya bekerja di Pulau Pinang. Pada 9hb jun 2010 saya telah membeli kereta proton persona elegent 1.6 manual di sebuah syarikat panjualan kereta di negeri ini dengan harga 53k. Pada 1hb ogos 2010 saya memandu kereta tersebut ke pahang.

Pada pagi 5hb ogos 2010, saya ingin memulakan perjalanan ke Pulau Pinang semula tiba-tiba kereta saya mengalami masalah. Timing turun naik sedangkan pada waktu itu saya tidak menekan pedal minyak. Saya hantar kereta saya ke pusat service proton di Bandar Maran untuk di periksa.

Read the rest of this entry »

Bekalan Air Di Pekan Pahang Bermasalah

Masalah ini perlu diberi perhatian oleh pihak JBA Pahang ( Pekan) dengan serius.Masalah ini telah banyak kali saya adukan ke pihak PUSPEL JBA Kuantan, begitu juga JBA Pekan tetapi jawapan yang diberi seperti mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.

Untuk makluman, kami yang menetap di Tanjung Agas dan sekitar telah lama mengalami masalah tekanan air yang sangat rendah. Bagi saya yang menetap di Taman Tanjung Agas Rosa telah menghadapi masalah ini lebih dari seminggu. Tekanan air yang ada tidak dapat sampai ke dalam rumah, apa yang kami terpaksa lakukan adalah memasang kepala paip berhampiran meter, dengan cara ini sahajalah kami dapat bekalan air.

Read the rest of this entry »

SUK dan Nova bermasalah, pembeli jadi mangsa

Saya telah membeli rumah pangsa kos rendah di Taman Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Lokasi yang menarik dan harga yang berpatutan telah menarik minat saya untuk mencuba nasib memohon rumah tersebut. Alhamdulillah,setelah menjalani beberapa kali temuduga, saya telah dipanggil untuk mencabut undi pada 26 April 2008 jam 9.30pg di Dewan Bukit Tinggi.

Saya telah menandatangani perjanjian jual beli pada 16 May 2008 di Joe Shahrul Husni & Co peguam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Saya telah mendapat kelulusan pinjaman bank dan menandatanganinya pada 10 Julai 2008 di BSN Bentong, Pahang.

Read the rest of this entry »

Projek Sarang Burung di Kuala Lipis

Saya adalah penduduk Kampung Telemin, Kg Gua, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Disini saya wakil dari penduduk kg ingin membuat aduan tidak puas hati dengan tindakan Majlis Daerah Kuala Lipis meluluskan projek sarang burung di kawasan kg yang berdekatan dengan rumah penduduk kampung.

Sebelum ini pihak kampung ada membuat aduan ke agensi @ persatuan sarang burung di Putrajaya, dan hasilnya berjaya dan projek itu diberhentikan. Tetapi beberapa bulan ini saya amat terkejut tiba-tiba projek sarang burung itu diteruskan semula. Apabila rumah sarang burung itu siap dibina ini akan menggangu suasana penduduk kg yang duduk berdekatan dengan rumah sarang burung itu.

Read the rest of this entry »

Sistem Pengurusan di Imigresen Lemah

Saya merupakan penduduk di kuantan, Pahang yang amat kecewa dengan kualiti perkhidmatan Jabatan Imigresen Negeri Pahang. Hari ini Jumaat (18/11/2011) sepanjang hari sistem berkomputer adalah Offline menyebabkan semua pelanggan menunggu dengan tidak berputus asa.

Namun, sehingga ke petang, sistem masih tidak menunjukkan apa-apa perubahan dan menyebabkan kegelisahan dikalangan para pelanggan. Menurut pelanggan yang sedang menunggu, kes sistem offline sepertinya sudah menjadi kebiasaan kerana seringkali beliau menerima nasib seperti itu.

Read the rest of this entry »

30 tahun dalam dilema

Saya wakil dari 15 keluarga ingin mengadu mengenai status tanah kami diami  kira-kira hampir 30 tahun.Pendapatan utama kami adalah melaui pertanian,sepanjang tempoh 30tahun  kami telah berkali-kali membuat permohonan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan, tetapi keputusannya ditolak tanpa sebarang alasan .

Kami meneroka tanah ini yang asalnya hutan tebal,apa yang meresahkan kami disini adalah kerana tanah kami yang kami diami selama ini dan juga tempat kami bercucuk tanam sebagai sumber pendapatan utama kami ingin diagihkan kepada tanah lot oleh pejabat Tanah Kuantan.Permohonan tanah ini telah dibuka untuk rakyat negeri pahang yang rata-rata semestinya tidah mengetahui bahawa tanah yang mereka pohon itu sudah didiami.

Read the rest of this entry »

Rumah sewa di Jengka cekik darah!

Saya adalah pelajar UiTM. Saya menyewa rumah di Bandar Jengka dengan adar yang terlalu tinggi iaitu RM1800 sebulan. Kami tiada pilihan, yakni terpaksa setuju sahaja menyewa dengn 15 rakan yang lain kerana ingin minimize beban .

Terlalu banyak kisah yang terjadi mengenai rumah sewa di bandar ini. Salah satunya, pasangan suami isteri dihalau kerana tuan rumah tersebut ingin menyewakan rumah itu kepada student dengan harga 3 kali ganda lebih tinggi.

Read the rest of this entry »