Letak Minyak Lebuhraya Karak

Assalamualaikum.

Saya ingin menarik perhatian bersama antara penyebab kemalangan di lebuhraya karak dari Bentong ke Karak antara lokasi favourite towing menunggu rezeki yang dirancang. Saya antara 7 biji kenderaann yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 72 yang mana penyebab utama adalah tumpahan minyak. Ini penyebab utama dan menjadi kemusykilan tiada tindakan oleh pihak MTD iaitu syarikat yang bertanggungjawab memastikan tiada tumpahan minyak.

Adalah sukar mengatakan pihak MTD tidak tahu memandangkan semasa laporan polis dibuat dimaklumkan oleh pihak polis pada lokasi yang sama telah berlaku kemalangan pada pagi serta sehari sebelumnya. Adakah ini kerjasama pihak-pihal yang ada kepentingan bisnes? Pihak MTD/towing atau polis traffic?

Mohon segera diambil tindakan jangan sampai ada kehilangan nyawa yang banyak baru tindakan segera diambil. Siasat dan jika terbukti ada kepentingan ianya perlu segera diambil tindakan. Dimana jabatan yang dipertanggungjawab menilai selekoh 3 beradik ini merbahaya ataupun tidak? Adakah kerajaan perlu membayar gaji tanpa kajian yang boleh meningkatkan tahap keselamatan rakyat Malaysia negaraku tercinta.

Diharap ada tindakan susulan dan bukan sekadar hangat seketika dan tunggu sehingga ada kemalangan lain berulang.

By: samsuri

Bekalan Air Terputus di Bukit Keledang

Selepas siapnya tangki air di Bukit Keledang, Sega masalah air tiada semakin kerap, sehingga aduan ini dihantar, masalah air di kawasan Kg.Orang Asli Ulu Renggol (23 keluarga ). Jalan Klinik Ulu Renggol(9), Kg.Serdang(6), Sungai Selut(4 ) dan Kg Kekabu(12 ) masih tiada. Kalau sebelum ini air akan naik  walaupun dalam pukul 3.00 hingga 5.00 pagi kami tetap bersabar. Tetapi sekarang ini masalah semakin teruk sejak pengambil alihan pengurusan air dari JBA kepada PAIP, air boleh dikatakan tiada langsung. Kami hanya bergantung kepada air yang dihantar oleh lori PAIP 2-3 kali seminggu. Kadang-kadang tiada langsung.

Aduan ini telah saya utarakan kepada PAIP Pahang dan pernah juga saya hantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri salinan ke Menteri Besar, ADUN batu Talam .Jawapan yang diberi ialah pihak kontraktor belum lagi menyerahkan tangki air baru kepada pihak PAIP padahal projek telah lama siap. Sehingga kini tiada jawapan yang benar-benar tepat apa yang sebenarnya berlaku.

Kepada pihak pengurusan air PAIP segerakanlah perbaiki perkhidmatan air di Ulu Renggol ini. Telah terlalu lama kami merasa azab peritnya tiada air ini.Lebih-lebih lagi semasa cuti am dan cuti panjang. Berjela-jela keluarga yang balik menyumpah kerana terpaksa mandi ke sungai yang airnya berbau.

Kami sudah meluat melihat paparan di media massa tentang bekalan air yang tiada di negeri pembangkang. Sedangkan negeri diperintah oleh BN juga lebih teruk daripada itu. Kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang, jangan ada niat pun hendak ekspot air ke Selangor. Perbetulkan bekalan air di Pahang dulu baru membantu negeri lain. Rasalah denyut nadi rakyat di kampong-kampong.

By: Sazali bin Jaafar Sidek

Menerima kad tol yang telah patah dan dipaksa membayar ganti rugi

Saya adalah seorang pengguna Lebuhraya Pantai Timur. Kejadian ini berlaku pada 3 Ogos 2013. Saya bersama tunang saya ingin pulang ke Kuala Lumpur dari Jengka melalui lebuhraya ini. Sewaktu kami tiba di tol Temerloh, kami telah diberi kad tol yang telah rosak dan patah oleh jurutol bertugas.

Setibanya di tol karak dan mahu membuat pembayaran tol, kami diberitahu bahawa kad tol tersebut telah patah dan tidak dapat menunjukkan dari mana kami mula menaiki lebuhraya tersebut. Dia kemudiannya meminta kami membayar RM31 sedangkan bayaran tol dari Temerloh ke Karak hanya RM5. Kami tidak mahu membayar jumlah berkenaan kerana bukan kami yang merosakkan kad tersebut. Memang kad tersebut telah rosak sebaik diterima oleh kami. Namun kami tidak tahu sekiranya kad tersebut rosak, pengguna lebuhraya tersebut yang perlu membayar ganti rugi. Sekiranya kami tahu, sudah tentu kami akan meminta jurutol menukar kad tersebut kepada kad yang lain.

Ketika kejadian, tunang saya telah memberitahu jurutol bertugas di tol Karak tersebut bahawa bukan kami yang merosakkan kad tersebut. Jurutol tersebut memberitahu perkara ini kepada penyelianya melalui walkie talkie. Namun penyelia tersebut tetap berkeras menyatakan kami perlu membayar ganti rugi berkenaan.

Kami berasa sangat terkilan. Akibat kecuaian jurutol di tol temerloh, kami yang perlu menanggung kos kerosakan kad tol. Kami tidak kisah dan tidak berkira sekiranya kami yang merosakkan kad tersebut. Kami sanggup membayarnya sekiranya memang salah kami. Kami berasa tertindas dilakukan sedimikian. Saya berharap agar pihak Lebuhraya Pantai Timur memeriksa semua kad tol agar sentiasa berada dalam keadaan sempuran sebelum diberikan kepada pengguna lebuhraya tersebut agar pihak pengguna tidak teraniaya.

 

PENGGUNA LPT,

Jnegka, Pahang.

By: noni

Pembalakan haram di ladang teh Sungai Palas

Pembalakan haram hutan simpanan di ladang teh Sungai Palas, Cameron Highlands. Pembalakan haram ini berlaku sejak 12hb sep 2012, kini melebihi seluas 5 hektar. Akibat daripada penebangan haram hutan simpanan tersebut, sumber bekalan air untuk tujuan petanian dan kegunaan harian petani-petani di sini tercemar.

Berikutan rezeki petani-petani terancam. Aduan pernah dibuat kepada pentadbir setempat,seperti Pejabat Daerah Dan Tanah C Highlands, Pejabat Perhutanan CH, Pejabat pengairan dan saliran CH, Jabatan Alam Sekitar tetapi tindakan yang selanjutnya tidak diambil dan penebangan haram masih curi-curi dijalankan.

Saya di sini menyeru dan amat berharap pihak ADUAN RAKYAT ONLINE dapat menolong kami dengan menyampaikan kejadian ini kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan jabatan-jabatan serta kementerian-kementerian yang berkaitan demi rezeki petani-petani yang hidup dalam kesusahan dan kemiskinan di sini.kami petani-petani disini dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

By: Thormas Tang Kwang Fai

Masalah Gerai Haram di Bandar Indera Mahkota

Saya wakil daripada IM2/3, Taman Kota Ria, Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang ingin membuat aduan tentang kewujudan gerai-gerai haram di kawasan ini. Saya telah membuat aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan sejak tahun 2010, namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

Antara kesulitan yang dihadapi ialah:

  1. Peniaga-peniaga haram membasuh ayam, membuang air kotor dan sisa-sisa makanan ke atas jalan yang berhadapan dengan kedai pejabat.
  2. Peniaga haram menjadikan kawasan letak kereta sebagai gerai kekal mereka sehingga menyusahkan orang yg menyewa di kedai pejabat tersebut. -Mereka berniaga dari pukul 3 petang hingga 4 pagi.
  3. Longkang tersumbat sehingga berbau busuk dan pembiakan tikus, nyamuk, lalat, langau semakin menjadi-jadi.
  4. Penyambungan wayar elektrik dari kedai berhadapan gerai haram dibuat tidak mengikut piawaian yg ditetapkan oleh TNB.
  5. Sampah-sampah busuk mereka hanya letakkan di bawah pokok berhampiran kedai pejabat.

Saya berharap pihak tuan dapat membantu menyelesaikan masalah yg ditanggung oleh kami selama bertahun ini. terima kasih.

By: abu

Bekalan Minyaak Masak dicatu

Saya merupakan anak peneroka Felda yang dilahirkan di dalam suasana kebun kelapa sawit yang damai dan tenang. Apabila FELDA disenaraikan di Bursa Saham. Saya amat berbangga menjadi generasi Felda yang mengecapi nikmatnya.

Namun apa yang paling mengecewakan apabila saya ke pasaraya berdekatan dengan Felda Bukit Goh yang permai. Saya mendapati minyak masak dari hasil sawit tiada dijual dalam botol 2 kilogram mahupun 5 kilogram. Hanya terdapat minyak import seperti minyak masak bunga matahari, minyak jagung dan minyak zaiton yang saya fikir tiada sesiapa yang sanggup memasak atau menggoreng ikan dengan minyak tersebut.

Saya berbangga kerana Malaysia merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia. namun mengapa minyak masak daripada kelapa sawit harus dicatu. setiap pembeli hanya dibenarkan membeli 2 kilo  atau 2 paket setiap pelanggan sahaja.

Adakah sememangnya bekalan minyak sawit telah kehabisan bagi mendapatkan modal bagi penyenaraian IPO FELDA ataupun terdapat komplot dari para peniaga untuk menyimpan bekalan bagi menaikan harga minyak masak kepala sawit? Kerana apabila FELDA kini bertaraf duniam maka harga juga harus bertaraf dunia?

By: Khairul Ashinar

Perihal Premis Burung Walit

Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini amat kesal dengan sikap para pengusaha premis burung walit yang dibina terlalu berdekatan dengan kawasan perumahan. Mengikut undang-undang di dalam Buku “AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN UNTUK PERLADANGAN BURUNG WALIT SPESIS AERODERMUS DAN PERUMAHANNYA”, premis harus dibina sekitar 100 meter dari kawasan perumahan,tetapi mereka membina sekitar jarak beberapa meter sahaja dari kawasan rumah.

Ditambah pula dengan bunyi kicau yang dimainkan dari pembesar suara yang diletakkan di premis itu AMAT-AMAT mengganggu ketenteraman penduduk disekitarnya.Bunyi ini dimainkan tidak mengikut peraturan langsung.Sepatutnya bunyi ini perlu dihentikan pada jam 7 malam,tetapi sampai jam 8 baru dihentikan.

Aduan telah pun dibuat oleh beberapa penduduk sebelum ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Daerah Rompin tetapi seolah-olah macam tiada perubahan.Apakah para pengusaha itu punya lesen yang sah? Sebagai denda,para pengusaha hanya dikenakan RMXXX untuk setahun.Berbaloikah?

Harap pihak yang lebih berkuasa tolonglah pantau masalah ini. Jangan sampai para penduduk di kawasan ini buat tindakan mereka sendiri sesudah aduan tidak diendahkan.Minta juga pihak yang berwajib jawab apakah pasti tiada kesan penyakit bawaan dari burung ini? Minta pantau/kawal alat untuk memainkan bunyi untuk memanggil burung supaya tahap kicau lebih perlahan

Minta Tolong Sangat-Sangat!!!

By: Bukan Dengki

Masalah Bekalan Air di Jengka 7 Yang Berpanjangan

Masalah bekalan air dikawasan FELDA JENGKA 7 sememangnya semakin berleluasa sejak dulu lagi. Daripada saya kecil lagi terutama ketika ingin menyambut hari raya tiap-tiap tahun..kami terpaksa mandi & menbasuh di sungai. Air sungai pula tidaklah begitu bersih dan terletak jauh di dalam kawasan ladang sawit. Kini, apabila sungai di dalam kawasan ladang sudah tidak dapat digunakan lagi kerana semakin cetek & kotor. Kami sekeluarga akan ke sungai di KUALA SENTUL untuk membasuh & mandi. Tempat tersebut adalah tempat reakrasi tapi sudah menjadi kawasan DOBI kami. Kami terpaksa menaiki kereta berulang alik untuk ke sana. Jarak pula..boleh menyebabkan kami kehilangan wang ringgit untuk mengisi minyak sahaja.

Walaubagaimanapun, hanya sebahagian kawasan di JENGKA 7 yang tidak dapat bekalan air. Iaitu akibat daripada tekanan air yang begitu rendah & mungkin disebabkan sistem pempaipan yang tidak diperbahurui. sering sahaja berlaku paip bocor dan pecah sejak dahulu hingga kini & itu memburukkan lagi keadaan. Ada khabar angin yang pelbagai mengenai pengurusan di sini. Apabila kami membuat aduan pada jawatan kampung, tidak dipedulikan. mahupun sudah berpuluh kali, ini kerana bukan 1 kampung yang mengalami masalah ini, tapi cuma sebahagian. Sebahagian itu adalah di barisan deretan BLOK E1 & rumah kami memang di kawasan tanah yang agk tinggi.

Yang paling dikesali, bil air tetap banyak sedangkan kali tidak mendapat bekalan air langsung yang dapat cuma angin yanmg keluar. Malahan bekalan air kadang-kala naik pada tengah malam sahaja. Kami sekeluarga membina kolah yangbanyak untuk tempat menyimpan air namun kalau bekalan air langsung tiada apalah gunanya. Kami sudah tidak sanggup lagi hidup bagaikan merempat, sehingga kami hendak mandi, memasak pun tidak sanggup & mengeluh kerana sampai bilalah perkara ini akan berakhir. Kini, sejak awal tahun 2012 ini masalah air semakin menjadi-jadi. yang peliknya, ketika YANG BERHORMAT PERDANA MENTERI kita datang ke JENGKA 8 baru-baru ini untuk menyampaikan DURIAN RUNTUH bekalan air sentiasa ada walaupun pada siang hari. Tapi selepas itu masalah air kembali semula & ia semakin menyeksakan hidup kami.

Jadi,dengan ini saya salah seorang mangsa penyeksaan ini, merayu sekeras-kerasnya agar ada pihak yang sudi membantu & tampil untuk menyelesaikan masalah yang sudah bertahun-tahun ini. Kami betul-betul memerlukan keprihatinan dari pihak yang berwajib.

By: siti mariana

Linguaphone mendesak dan memaksa pelajar IPT

Saya pelajar dari IPTA, aduan yang ingin saya utarakan berkenaan produk Linguaphone. Pada hujung tahun yang lalu, saya dan rakan dipanggil oleh jurujual daripada linguaphone yang menyatakan ingin membuat sedikit kaji selidik, namun begitu sebaliknya yang terjadi.

Mereka menawarkan produk tersebut kepada kami walaupun saya dan rakan menolak untuk membeli produk berkenaan, jurujual tersebut berusaha memujuk dan menjanjikan kata-kata manis kepada kami. Seterusnya mereka mendesak kami untuk membeli apabila kami berkeras untuk tidak membeli produk itu. Yang lebih teruk lagi, jurujual tersebut memaksa rakan saya untuk meminjam wang saya bagi membayar wang pendahuluan produk tersebut apabila rakan saya menyatakan dia tiada wang untuk membeli produk tersebut.

Akhirnya, kami di minta menandatangani borang perjanjian dan setelah perjanjian termeterai barulah mereka membacakan syarat-syarat perjanjian kepada kami. Sekarang, syarikat  berkenan tidak putus-putus menghubungi saya untuk menjelaskan bayaran bulanan produk berkenaan yang pada asalnya mereka membolehkan kami semua untuk membayarnya pada bila-bila masa jika mempunyai wang. Justeru itu, saya berasa amat tertekan apabila didesak sedemikian kerana masih belajar dan tiada sumber pendapat untuk menjelaskan bayaran berkenaan.

By: fatihah

Tolong Kami di IPG

Sejak 2006 kami para pensyarah di IPG dihidangkan dengan pelbagai cerita yang menarik. Namun setelah hampir 6 tahun berlalu semuanya tinggal janji. Di sini saya suarakan beberapa isu di IPG (Institut Pendidikan Guru):

  1. Mulai tahun 2008 kami dipaksa kerja 8 jam mulai jam 8 hingga 5 petang. Kerja 8 jam seminggu ini tanpa ada sebarang punca kuasa yang jelas. Kami dipaksa bekerja 8 jam tanpa diberikan hak kami seperti cuti 35 hari setahun dan kelayakan yang seharusnya kami dapat kerana bekerja 8 jam seminggu.
  2. Kemudahan di IPG sangat terhad. Tiada kemudahan asas yang baik seperti perpustakaan, kemudahan sukan (track yang sangat teruk), dan kemudahan jurnal online yang disediakan oleh IPTA. Kemudahan bilik darjah sangat daif tanpa penghawa dingin dan bilik darjah sangat panas seperti mengajar di ketuhar.
  3. Kepimpinan di semua peringkat, samada di peringkat IPGM mahupun di IPG Kampus yang sangat tidak berkualiti. Rektor kami sangat tidak kompeten. Tetapi anehnya kontraknya disambung sahaja. Sementara di peringkat IPG Kampus lagi teruk. Kami dilayan seperti kuli di stesyen keretapi di India.
  4. Kemudahan grant untuk penyelidikan yang tiada langsung. Semasa kami di bawah BPG grant ini akan diagihkan kepada Maktab Perguruan dengan memilih satu atau dua artikel yang baik untuk diketengahkan di peringkat pusat. Sekarang ini jauh panggang dari api.

Mohonlah pihak yang berkenaan meneliti perkara ini kerana kami di IPG Kampus sudah tak larat menyuarakan keluhan kami namun tiada kesampaian. InsyaAllah PRU ke 13 kami akan mengundi Pakatan Rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional tidak mempedulikan kami.

Sekian

Pensyarah Kecewa.

By: Mat Soto

Pembukaan Pusat Hiburan Haram Merosakkan Percutian di Cameron Highlands

Salam sejahtera semua,

Saya gemar melancong dan menikmati suasana indah di Cameron Highlands.

Walau bagaimanapun, pembukaan sebuah pusat hiburan / pub tidak berlesen berhampiran Hotel Equatorial Cameron Highlands baru-baru ini menyebabkan saya berhasrat untuk membuat aduan ke atas premis ini.

Nama pusat huburan tersebut ialah Happy Highland Pub, dan saya mendapati premis tersebut baru sahaja dibuka pada akhir bulan March 2012 lepas. Sebelum ini saya tidak pernah melihat premis tersebut.

Bagaimana sebuah pusat hiburan boleh beroperasi berhampiran sebuah hotel 4 bintang yang terkenal dengan suasana sekitarnya yang tenang dan nyaman memang menghairankan saya.

Bunyi bising dari speaker dan sub-woofer premis tersebut sememangnya boleh didengar dari dalam bilik penginapan hotel. Ketika berjalan-jalan di sekitar hotel, kami juga dapat melihat pemabuk-pemabuk membuat bising di dalam dan di luar pusat hiburan tersebut. Saya juga terlihat beberapa GRO berpakaian menjolok mata saling beraba-raba dada dan punggung dengan pengunjung premis ini, malah mereka juga menawarkan “special service” kapada pengunjung yang sanggup bayar.

Apa yang mengejutkan saya ialah terdapat juga pengunjung dari kalangan remaja muda yang dipercayai masih bersekolah di premis tersebut. Ini sememangnya boleh menimbulkan masalah sosial di kalangan remaja-remaja ini.

Saya juga diberitahu oleh pekerja hotel bahawa pergaduhan sering berlaku di premis ini. Kejadian seperti ini sememangnya boleh menakutkan pelancong-pelancong yang lalu lalang di sekitar pusat hiburan ini.

Diharapkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan tegas ke atas pusat hiburan ini, kerana premis ini sememangnya boleh menjejaskan imej Cameron Highlands sebagai sebuah tempat pelancongan yang terkenal untuk seisi keluarga.

By: Alex

Masalah Air di Jengka 10

Salam 1 Malaysia

Saya hendak membuat aduan tentang masalah air di Jengka 10, Bandar Pusat Jengka, Pahang. Masalah ini telah lama menghantui penduduk Jengka 10 sejak tahun 1990an lagi. Air selalu tiada kerana masalah tekanan rendah dan jauh dari sumbernya iaitu Loji Air Batu Sawar, Temerloh yang jauhnya hampir 50km.

Di rumah saya sendiri ada, 2 tangki air dan 6 kolah bagi menampung masalah ini bagi mengatasasi masalah air ini semasa adik beradik saya balik ke Jengka 10.

Sebelum mereka balik ke Jengka 10, mereka akan telefon dahulu bagi mengatahui tentang air ada ke tidak. Jika tiada air, minggu depan lagi telefon lagi sebelum balik.

Jika ada kenduri kendara lagi masalah inibertambah teruk, pihak JBA Maran langsung tidak mengambil tindakan untuk menghantar bekalan air tambahan.

Pihak JBA Jerantut telah memberi cadangan untuk memindahkan Loji air ke loji Air Jengka 8, namun JBA Maran menentang sekerasnya cadangan ini.

Pihak JBA Maran juga tidak memeriksa banyak paip air pecah di Bandar Pusat Jengka iaitu di hadapan Maybank, Jengka, paip air pecah. Namun kerja pembaca meter air, adalah membaca meter shj dan menutup mata membiarkan paip air pecah tersebut.  Jika paip air pecah hendaklah pegawai sendiri yang memeriksa nya.

Wakil rakyat pun buat tidak tahu sahaja, bila semasa mengundi benjanji akan selesaikan dalam masa 1 minggu shj, namun sudah 8tahun sama sahaja.

By: AZMAN

Penipuan Syarikat Jual Beli Kereta

Salam Tuan/Puan,

Minta kerjasama pihak Aduan Rakyat untuk memaparkan kes saya ini yang telah saya email seperti dibawah. Ini adalah kes serius yang perlu disebarkan kepada semua rakyat supaya tidak ada mangsa-mangsa yang lain lagi. Saya sekarang sudah letih and lesu kerana pihak polis masih tidak mengambil apa2 tindakan walaupun sekarang sudah ada 2 kes yang sama melibatkan syarikat yang sama, Setia Satria TM Sdn Bhd.

Saya sudah sebarkan di forum dibawah:

Kalau nak ambil tindakan mahkamah pun rasanya takkan ke mana kerana saya masih menjadi mangsa, kereta hilang tetapi saya masih harus membayar hutang bank.

Harap pihak tuan/puan dapat memaparkan kes ini dengan segera.

Regards,
Syahril N.A.

Kira-kira 2 bulan lalu, pada 15 Januari 2012 saya telah menjual dan menyerahkan kereta berwarna hitam BMW 320i (E90) tahun buatan 2005 kepada sebuah syarikat jual-beli kereta. Kereta saya diserahkan di syarikat jual beli kereta yang bernama Setia Satria TM Sdn Bhd atau Setia Satria TM Enterprise beralamat seperti berikut:

Setia Satria TM Sdn Bhd (881542-U)
Setia Satria TM Enterprise (SA0202111-V)
No. 5-2, Jalan 5/65C, Pekeliling Business Center,
Off Jalan Pahang Barat, 53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon: +603-4021-0573

Pegawai syarikat yang berurusan dengan saya adalah seperti berikut:

Name: Muhammad Khairul Munawir Izzuddin Bin Ismadi
NRIC: 930606-01-6551
H/P: +6010-8851-360, +6014-3193-677

Kereta saya dijual pada harga kira kira RM115,000, iaitu jumlah langsai hutang pinjaman bank di Public Bank. Pegawai jualan tersebut telah berjanji akan melangsaikan hutang di bank dan menyerahkan surat pelepasan bank dalam jangka masa 2 hingga 4 minggu kerana katanya sudah ada pembeli yang mahu membeli kereta saya. Tetapi sampai sekarang masih tidak dijelaskan padahal kereta sudah di ambil. Saya telah berusaha pergi ke pejabat, menelefon dan menghantar pesanan ringkas, tetapi pegawai tersebut masih melengahkan masa dan tidak pernah membalas pesanan ringkas saya dan amat jarang sekali menjawab panggilan telefon saya.

Pihak syarikat kereta itu juga berjanji untuk membayar pinjaman bulanan terus kepada bank sekiranya syarikat kereta itu gagal menjual dalam masa terdekat. Tetapi tiap-tiap hari bank menelefon saya bahawa pinjaman telah tertunggak selama dua bulan. Pihak bank sekarang pun sudah mengeluarkan surat notis untuk menarik balik kereta. Saya juga telah meminta supaya Khairul menyerahkan kembali kereta kepada saya jika dia tidak dapat menjual kereta tersebut kepada pembelinya, tetapi dia asyik melengahkan masa.

Saya amat risau kerana saya mungkin telah ditipu and kereta saya dicuri kerana syarikat tersebut tidak ada ‘showroom’ kereta dan dia enggan memberi tahu saya di mana kereta itu berada sekarang. Pihak bank juga menyatakan setakat ini tidak ada permintaan dari pihak syarikat kereta itu untuk melangsaikan hutang pinjaman bank.

Saya sudah penat dan telah membuat laporan kepada polis kerana saya risau ini adalah penipuan dan kereta saya sebenarnya dicuri. Saya sudah memberitahu pihak bank dan sedang bekerjasama dengan pihak bank untuk berusaha menarik kembali kereta tersebut, kerana mengikut undang-undang, kereta itu adalah hak milik bank.

Saya berharap kepada sesiapa yang tahu bagaimana saya dapat berjumpa sama-ada Khairul ataupun Datuk Ismadi untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini.

Terima kasih.

Regards,
Syahril N.A.

By: Syahril N.A.