Posts Tagged ‘Pahang’
Pembalakan haram di ladang teh Sungai Palas
Pembalakan haram hutan simpanan di ladang teh Sungai Palas, Cameron Highlands. Pembalakan haram ini berlaku sejak 12hb sep 2012, kini melebihi seluas 5 hektar. Akibat daripada penebangan haram hutan simpanan tersebut, sumber bekalan air untuk tujuan petanian dan kegunaan harian petani-petani di sini tercemar.
Berikutan rezeki petani-petani terancam. Aduan pernah dibuat kepada pentadbir setempat,seperti Pejabat Daerah Dan Tanah C Highlands, Pejabat Perhutanan CH, Pejabat pengairan dan saliran CH, Jabatan Alam Sekitar tetapi tindakan yang selanjutnya tidak diambil dan penebangan haram masih curi-curi dijalankan.
Masalah Gerai Haram di Bandar Indera Mahkota
Saya wakil daripada IM2/3, Taman Kota Ria, Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang ingin membuat aduan tentang kewujudan gerai-gerai haram di kawasan ini. Saya telah membuat aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan sejak tahun 2010, namun tiada sebarang tindakan yang diambil.
Antara kesulitan yang dihadapi ialah: Read the rest of this entry »
Bekalan Minyaak Masak dicatu
Saya merupakan anak peneroka Felda yang dilahirkan di dalam suasana kebun kelapa sawit yang damai dan tenang. Apabila FELDA disenaraikan di Bursa Saham. Saya amat berbangga menjadi generasi Felda yang mengecapi nikmatnya.
Namun apa yang paling mengecewakan apabila saya ke pasaraya berdekatan dengan Felda Bukit Goh yang permai. Saya mendapati minyak masak dari hasil sawit tiada dijual dalam botol 2 kilogram mahupun 5 kilogram. Hanya terdapat minyak import seperti minyak masak bunga matahari, minyak jagung dan minyak zaiton yang saya fikir tiada sesiapa yang sanggup memasak atau menggoreng ikan dengan minyak tersebut.
Perihal Premis Burung Walit
Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini amat kesal dengan sikap para pengusaha premis burung walit yang dibina terlalu berdekatan dengan kawasan perumahan. Mengikut undang-undang di dalam Buku “AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN UNTUK PERLADANGAN BURUNG WALIT SPESIS AERODERMUS DAN PERUMAHANNYA”, premis harus dibina sekitar 100 meter dari kawasan perumahan,tetapi mereka membina sekitar jarak beberapa meter sahaja dari kawasan rumah.
Ditambah pula dengan bunyi kicau yang dimainkan dari pembesar suara yang diletakkan di premis itu AMAT-AMAT mengganggu ketenteraman penduduk disekitarnya.Bunyi ini dimainkan tidak mengikut peraturan langsung.Sepatutnya bunyi ini perlu dihentikan pada jam 7 malam,tetapi sampai jam 8 baru dihentikan.
Masalah Bekalan Air di Jengka 7 Yang Berpanjangan
Masalah bekalan air dikawasan FELDA JENGKA 7 sememangnya semakin berleluasa sejak dulu lagi. Daripada saya kecil lagi terutama ketika ingin menyambut hari raya tiap-tiap tahun..kami terpaksa mandi & menbasuh di sungai. Air sungai pula tidaklah begitu bersih dan terletak jauh di dalam kawasan ladang sawit. Kini, apabila sungai di dalam kawasan ladang sudah tidak dapat digunakan lagi kerana semakin cetek & kotor. Kami sekeluarga akan ke sungai di KUALA SENTUL untuk membasuh & mandi. Tempat tersebut adalah tempat reakrasi tapi sudah menjadi kawasan DOBI kami. Kami terpaksa menaiki kereta berulang alik untuk ke sana. Jarak pula..boleh menyebabkan kami kehilangan wang ringgit untuk mengisi minyak sahaja.
Walaubagaimanapun, hanya sebahagian kawasan di JENGKA 7 yang tidak dapat bekalan air. Iaitu akibat daripada tekanan air yang begitu rendah & mungkin disebabkan sistem pempaipan yang tidak diperbahurui. sering sahaja berlaku paip bocor dan pecah sejak dahulu hingga kini & itu memburukkan lagi keadaan. Ada khabar angin yang pelbagai mengenai pengurusan di sini. Apabila kami membuat aduan pada jawatan kampung, tidak dipedulikan. mahupun sudah berpuluh kali, ini kerana bukan 1 kampung yang mengalami masalah ini, tapi cuma sebahagian. Sebahagian itu adalah di barisan deretan BLOK E1 & rumah kami memang di kawasan tanah yang agk tinggi.
Linguaphone mendesak dan memaksa pelajar IPT
Saya pelajar dari IPTA, aduan yang ingin saya utarakan berkenaan produk Linguaphone. Pada hujung tahun yang lalu, saya dan rakan dipanggil oleh jurujual daripada linguaphone yang menyatakan ingin membuat sedikit kaji selidik, namun begitu sebaliknya yang terjadi.
Mereka menawarkan produk tersebut kepada kami walaupun saya dan rakan menolak untuk membeli produk berkenaan, jurujual tersebut berusaha memujuk dan menjanjikan kata-kata manis kepada kami. Seterusnya mereka mendesak kami untuk membeli apabila kami berkeras untuk tidak membeli produk itu. Yang lebih teruk lagi, jurujual tersebut memaksa rakan saya untuk meminjam wang saya bagi membayar wang pendahuluan produk tersebut apabila rakan saya menyatakan dia tiada wang untuk membeli produk tersebut.
Tolong Kami di IPG
Sejak 2006 kami para pensyarah di IPG dihidangkan dengan pelbagai cerita yang menarik. Namun setelah hampir 6 tahun berlalu semuanya tinggal janji. Di sini saya suarakan beberapa isu di IPG (Institut Pendidikan Guru):
- Mulai tahun 2008 kami dipaksa kerja 8 jam mulai jam 8 hingga 5 petang. Kerja 8 jam seminggu ini tanpa ada sebarang punca kuasa yang jelas. Kami dipaksa bekerja 8 jam tanpa diberikan hak kami seperti cuti 35 hari setahun dan kelayakan yang seharusnya kami dapat kerana bekerja 8 jam seminggu.
- Kemudahan di IPG sangat terhad. Tiada kemudahan asas yang baik seperti perpustakaan, kemudahan sukan (track yang sangat teruk), dan kemudahan jurnal online yang disediakan oleh IPTA. Kemudahan bilik darjah sangat daif tanpa penghawa dingin dan bilik darjah sangat panas seperti mengajar di ketuhar.
- Kepimpinan di semua peringkat, samada di peringkat IPGM mahupun di IPG Kampus yang sangat tidak berkualiti. Rektor kami sangat tidak kompeten. Tetapi anehnya kontraknya disambung sahaja. Sementara di peringkat IPG Kampus lagi teruk. Kami dilayan seperti kuli di stesyen keretapi di India.
- Kemudahan grant untuk penyelidikan yang tiada langsung. Semasa kami di bawah BPG grant ini akan diagihkan kepada Maktab Perguruan dengan memilih satu atau dua artikel yang baik untuk diketengahkan di peringkat pusat. Sekarang ini jauh panggang dari api.
Pembukaan Pusat Hiburan Haram Merosakkan Percutian di Cameron Highlands
Salam sejahtera semua,
Saya gemar melancong dan menikmati suasana indah di Cameron Highlands.
Walau bagaimanapun, pembukaan sebuah pusat hiburan / pub tidak berlesen berhampiran Hotel Equatorial Cameron Highlands baru-baru ini menyebabkan saya berhasrat untuk membuat aduan ke atas premis ini.
Nama pusat huburan tersebut ialah Happy Highland Pub, dan saya mendapati premis tersebut baru sahaja dibuka pada akhir bulan March 2012 lepas. Sebelum ini saya tidak pernah melihat premis tersebut.
Masalah Air di Jengka 10
Salam 1 Malaysia
Saya hendak membuat aduan tentang masalah air di Jengka 10, Bandar Pusat Jengka, Pahang. Masalah ini telah lama menghantui penduduk Jengka 10 sejak tahun 1990an lagi. Air selalu tiada kerana masalah tekanan rendah dan jauh dari sumbernya iaitu Loji Air Batu Sawar, Temerloh yang jauhnya hampir 50km.
Di rumah saya sendiri ada, 2 tangki air dan 6 kolah bagi menampung masalah ini bagi mengatasasi masalah air ini semasa adik beradik saya balik ke Jengka 10.
Penipuan Syarikat Jual Beli Kereta
Salam Tuan/Puan,
Minta kerjasama pihak Aduan Rakyat untuk memaparkan kes saya ini yang telah saya email seperti dibawah. Ini adalah kes serius yang perlu disebarkan kepada semua rakyat supaya tidak ada mangsa-mangsa yang lain lagi. Saya sekarang sudah letih and lesu kerana pihak polis masih tidak mengambil apa2 tindakan walaupun sekarang sudah ada 2 kes yang sama melibatkan syarikat yang sama, Setia Satria TM Sdn Bhd.
Saya sudah sebarkan di forum dibawah: Read the rest of this entry »





