Posts Tagged ‘Nbsp’
Janji PM harus ditepati: Jalan Wangkod Topokon
Salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia.
Janji PM yang melaung-laungkan bahawa Jalan raya Wangkod Topokon, Tuaran akan diturap, masih belum kelihatan akan terlaksana. Adakah ini semata-mata janji kerajaan untuk pancing undi atau sebaliknya? Mohon kerajaan peka terhadap permasalahan rakyat. Apatah lagi, kami penduduk di Kg. Wangkod Topokon yang mahukan jalan raya kami diturap.
Memandangkan jalan raya ini adalah jalan utama bagi 5 buah kampung , adalah wajar kerajaan menumpukan sepenuhnya perhatian dan menepati janji bahawa jalan raya Wangkod Topokon akan diturap tahun 2013. Tapi apa yang menyedihkan belum pun ada tanda-tanda bahawa jalan raya Wangkod Topokon akan di turap.
Layanan Operator 24 hours Radio Taxi Call Service Labuan Mengecewakan
Saya ingin buat aduan mengenai sikap operator 24 hours radio taxi call service di W.P Labuan.
Sebagai individu yang baru bekerja di W.P Labuan, sudah tentu saya banyak menggunakan pengangkutan awam terutamanya teksi. Memandangkan sukar untuk mendapatkan teksi di sesuatu kawasan tertentu, mendapatkan perkhidmatan 24 hours radio taxi call service adalah caranya. Walau bagaimanapun, tidak seperti perkhidmatan teksi di Putrajaya, 24 hours radio taxi call service di Labuan tidak meminta no. telefon pelanggan.
Pada mulanya saya telah menghubungi 24 hours radio taxi call service sekitar jam 07.20am-07.30am. Tempoh perjalanan yang diambil ke tempat saya dari bandar lebih kurang 15-20minit perjalanan dari bandar Labuan. Walau bagaimanapun, setelah menunggu hampir 20 minit, kelibat teksi masih tidak kelihatan dan jam telah menunjukkan 07.40am (ikut jam saya) namun, saya teruskan menunggu. Setelah jam 07.47am, saya terus membuat panggilan semula.
Barangan Kulit Babi di Holiday Plaza JB
Saya ingin memohon Jabatan Agama Islam Johor Bahru untuk membuat pemantauan di pusat beli belah Holiday Plaza Johor Bahru dimana terdapat banyak barangan berupa ”IPad Cover” berasaskan kulit babi dijual tanpa pengatahuan pelanggan.
Ini berlaku kepada saya dimana didapati bahagian kulit dalam cover tersebut disaluti kulit yang mempunyai ”bintik-bintik tiga” yang disyakin KULIT BABI. Saya hanya menyedarinya apabila ditegur rakan yang berminat dengan IPad Cover tersebut.
Sistem KSSR Menyusahkan
Saya terpanggil untuk berkongsi masalah sistem KSSR ini bersama anda. Semenjak KSSR ini diperkenalkan, tahap prestasi pelajar langsung tidak diketahui oleh ibubapa/penjaga pelajar. Saya juga tidak pernah mengetahui perkembangan pembelajaran dan ko-korikulumnya ketika di sekolah.
Saya faham, ujian berterusan dilakukan di sekolah, tetapi keputusannya tidak pernah diberitahu kepada kami sebagai ibubapa. Malahan kertas soalan juga tidak pernah kami lihat. Kami juga ingin tahu macam mana prestasi anak-anak supaya kami dapat membantu mereka untuk menjadi pelajar cemerlang.
Pusat Judi Terbuka Berleluasa
Saya amat hairan kerana terdapat banyak pusat judi boleh beroprasi secara terbuka dan terletak di kebanyakan pusat membeli belah di sekitar Kulai Jaya.IOI mall,Tesco,TJ Mart dan banyak lagi yang saya tidak sebutkan disini.Ia beroperasi 24 jam dan berlesenkan pusat hiburan keluarga.Mustahil pada saya pihak berkuasa tidak tahu pekara ini kerana telah bertahun tahun telah beroperasi tanpa apa-apa tindakan?
Amat malang pada saya kerana kebanyakan pengunjungnya adalah melayu yang menghabiskan wang gaji mereka tiap-tiap bulan disitu.Boleh saya tahu sejak bila kita ada mengeluarkan lesen judi secara terbuka atau mungkin terdapat unsur rasuah disini?
Talian Khidmat Pelanggan Bank Islam Mengecewakan
Saya memilih untuk memiliki kad kreadit i-bank islam memandangkan tawaran yang diberikan amat menarik. Tak perlulah saya nyatakan berapa lama pemohonan ini diproses berbanding bank-bank lain kerana mungkin mereka punyai prosedur yang tersendiri. Malangnya kad kreadit yang saya terima, bukanlah kad milik saya.
Saya telah mengambil inisiatif dengan menyerahkan kad tersebut di cawangan yang berhampiran. Setelah itu saya menelefon talian khidmat pelanggan 24jam. dengan memilih urusan LAIN_LAIN PERTANYAAN. berkali-kali menelefon TIADA YANG MENJAWAB PANGGILAN. Saya meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi (mengikut prosedur) malangnya hingga ke hari ini tiada yang membuat tindakan susulan.
JMB Mentari Court tidak bertanggungjawab
Saya salah seorang penduduk di Mentari Court bandar Sunway sangat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak JMB Mentari Court terhadap ketiadaan line telefon TM dan internet (streamyx) di rumah penghuni di sini sejak 4 bulan yang lalu.
Setiap bulan kami terpaksa membayar sedekah kebajikan sahaja kepada Telekom Malaysia sedangkan kami terpaksa menanggung masalah kerana tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut. Dan yang lebih mengecewakan kami ialah JMB seperti mengambil sikap ‘lepas tangan’ dan ‘acuh tak acuh’ apabila masalah itu diadukan kepada pihak pengurusan maintenance.
Pinjaman ASB dimanipulasi oleh pihak bank
Pinjaman ASB pada asalnya niat baik kerajaan uuk menolong kaum bumiputera tapi malangnya pihak2 bank telah memanipulasi untuk mengaut untung dalam pelbagai bentuk. Usah dilihat pada kadar bunga sahaja yang dikenakan pihak bank, yang mana ia boleh dikira & ditimbang sendiri oleh orang ramai iaitu ada pasang surutnya mengikut tahun. Disini saya ingin menunjukkan cara yang kita tidak sedar pihak bank menipu para peminjam.
Semasa promosi pihak bank menyatakan skim ini akan dikira sebagai pendapatan tambahan (side income) sekiranya ingin membuat pinjaman lain contohnya rumah. Malangnya bilamana pinjaman lain dibuat pihak bank menyatakan sebaliknya. Bayangkan pinjaman RM200K dibuat, bayaran bulanan RM1200/bln, pihak bank tentunya tidak akan memberi pinjaman rumah sekiranya gaji pokok pada RM2700. Akhirnya peminjam tadi terpaksa menutup pinjaman ASB yang dibuat bagi mendapatkan rumah impian.
Kecewa dengan Pengurusan JMB Bukit Subang
Saya amat kecewa dengan pengurusan pihak JMB Bukit Subang, Shah Alam. Tahun 2010 kami telah di kenakan Caj RM68 untuk penukaran meter Pukal ke meter Individual. Bayaran tersebut telah saya jelas kan dan sehingga penukaran tidak dilakukan.
Amat menyedihkan caj air dikenakan sesuka hati terhadap penduduk tanpa memberi bil, invoice atau statement. Pada kakitangan JMB pulak ada yang tidak dikenakan caj air bg bulan2 tertentu, sedangkan kepada penduduk yang tidak tinggal di situ dikenakan juga caj air yang tidak munasabah.
Perumahan Terbengkalai di Bandar Baru Klang
Saya telah membeli apartment dari syarikat perumahan PNSB Acmar pada bulan Disember 2005. Semasa promosi jualan saya dimaklumkan bahawa apartment tersebut telah 60% siap dan dijangka akan siap paling lewat pada penghujung tahun 2006. Namun sehingga kini, projek tersebut masih belum siap & saya tidak lagi menerima apa-apa progress report.
Saya pernah menelefon syarikat perumahan & jawapan tetap sama iaitu projek itu tertangguh dan mereka sedang mencari kontraktor lain untuk menyiapkan projek tersebut. Laporan kepada KPKT juga telah saya buat dalam tahun 2010 tetapi sehingga kini masih tiada tindakan atau maklumbalas. Setiap bulan gaji saya dipotong oleh Bahagian Pinjaman Perumahan & amat membebankan saya sekeluarga.





