Nama Saya | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Nama Saya’

Masalah Penggunaan Bakul Plastik Di Sabah

Assalammualaikum,

Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Fauziah Binti Ahmad,saya hanya seorang rakyat biasa yang bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat swasta yang berada di Kota Kinabalu.

Saya merujuk kepada tajuk aduan saya iaitu ”Masalah Penggunaan Bakul Plastik Di Sabah”.Secara umumnya,ini bukanlah kali pertama masalah ini dikemukakan kepada pihak  yang bertanggungjawab dan masalah penggunaan bakul plastik ini sudah semakin ketara dan sesetengah pihak juga tidak menganggap ini sebagai satu masalah besar,namun saya ingin menegaskan bahawa rakyat di Sabah banyak menggunakan bakul plastik dan membuang bakul plastik yang telah digunakan dan tidak menyimpannya untuk di pakai semula atau di kitar semula.

Read the rest of this entry »

Penipuan kontrak Linguaphone

Saya salah seorang pelajar IPT Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Pada tahun lepas iaitu 18 oktober 2011 , saya telah dipaksa dan diajak oleh penjual Linguaphone untuk mendengar tentang penerangan produk pembelajaran bahasa Inggeris mereka. Pada mulanya saya tidak mahu dan ingin menolak untuk menandatangani kontrak dan membeli produk tersebut dengan harga RM 2,389 dengan ansuran bulanan RM110 . Saya telah membayar deposit sebanyak RM 299.

Semasa pembelian, sya disuruh menandatangani kotrak pembelian tanpa menyuruh dan memberi saya membaca syarat-syarat pembelian produk terlebih dahulu. Saya dan beberapa rakan pelajar yang lain telah terjerat dengan kata-kata manis penjual. Mereka juga enggan apabila saya mengatakan bahawa saya ingin memberitahu ibu bapa terlebih dahulu dan penjual tersebut mengatakan ”ala adik, adik beli ni pun untuk adik juga, tak kan la mak bapak adik tak nak tengok adik berjaya, itu bukan ibu bapa namanya”. Medengar kata-kata penjual saya merasa amat tertekan sehingga tidak tahu ingin berbuat apa. Selepas menandatngani kotrak barulah saya diberitahu oleh penjual bahawa setiap pembelian yang dibuat tidak boleh dipulangkan. Saya berkeras untuk memulangkan produk pada hari itu namun mereka tidak mahu sehingga ada salah seorang kawan saya juga berkeras untuk membantu saya.

Read the rest of this entry »

Penipuan Linguaphone

Pada awal 2003, saya bekerja dengan syarikat Linguaphone, Pada awalnya, mereka mengatakan jawatan kami adalah sebagai Inspektor Bahasa (Language Inspector) tugas kami untuk menerangkan kelebihan belajar bahasa asing. namun, setelah bekerja barulah kami tahu sebenarnya kami ini adalah jurujual (salesman) yang perlu bergerak ke sana ke mari menjual produk mereka, set belajar bahasa, Yang mahal tidak terhingga dan tidak langsung padan dengan produknya.

Tidak sampai sebulan, saya telah berhenti kerana merasa tertipu, dan melanjutkan pelajaran. Setelah setahun berlalu, saya tiba-tiba menerima surat daripada lawyer yang menuntut bayaran rm1500 dari Linguaphone bagi produk set bahasa yang mereka jual. Saya lantas mendapatkan penjelasan mengenai pembelian yang tidak pernah sy buat. Setelah berbincang, seorang pengurus besar mereka menunjukkan borang pembelian yang berlampir Kad Pengenalan saya. Beliau mengatakan ini adalah bukti pembelian saya.Setelah diteliti, ternyata itu adalah satu penipuan kerana tandatangan saya telah dipalsukan, Tetapi Pengurus itu meminta hal itu diselesaikan begitu sahaja, dimana saya tidak perlu membayar apa-apa dan beliau membatalkan pembelian saya.

Read the rest of this entry »

Ditipu Syarikat, Artis dan Selebriti

Salam 1 Malaysia.

Saya berumur 35 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak. Di sini saya ingin berkongsi cerita yang menimpa hidup saya. Bermulanya dengan perkenalan saya dengan seorang selebriti program masakan yang di kenali ramai. Pada 13/12/2011, beliau menjemput saya untuk menyertai beliau berkerja dengan sebuah syarikat Pengurusan Acara (Event Management) iaitu yang di miliki oleh artis pelawak (bekas anggota kumpulan Senario) dan seorang lagi rakan beliau.

Selepas berjumpa dan berbincang dengan mereka semua di pejabat, saya bersetuju untuk menyertai syarikat terbabit untuk menguruskan sebuah acara yang akan diadakan di Padang MPT, Taiping, Perak pada 3 dan 4 March 2012 dengan gaji sebanyak RM1500/- sebulan dan akan menerima keuntugan bersama (Profit Sharing) yang belum dipastikan jumlahnya.

Read the rest of this entry »

Graduan TESL Tajaan KPM Tiada Penempatan Setelah Lapan Tahun

Saya adalah graduan B.Ed(Hons) TESL dari UiTM S.Alam 2004. Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat penempatan. Saya telah banyak kali telah menghubungi pihak Kementerian, berhubung masalah saya tetapi kecewa dengan sikap para pekerja yang hanya melepaskan tangan. Panggilan telefon saya disambung ke bahagian demi bahagian dan akhirnya saya dapat bercakap dengan salah seorang pagawai. Pegawai tersebut meminta butir2 diri saya untuk disemak. Kemudian pegawai tersebut menyatakan nama saya telah tercicir, menyebabkan tiada penempatan buat saya.

Saya telah diminta untuk membuat surat rayuan. Saya menghantar surat rayuan dan telah mendapat maklum balas menyatakan surat saya telah diterima dan akan diproses. Setelah itu, saya dipanggil untuk temuduga. Saya keliru, kenapa saya perlu melalui proses sebegitu memandangkan di dalam kontrak jelas bahawa saya akan ditempatkan untuk mengajar sebaik sahaja tamat belajar di universiti. Saya bersabar dan hanya mengikut ‘protokol’ yang ditetapkan.

Read the rest of this entry »

Kecuaian Pihak Astro

Di sini saya ingin membuat aduan berkenaan dengan kecuaian pihak Astro. Saya difahamkan bil bulanan saya pada bulan Julai berjumlah RM103++ berbanding jumlah bulan sebelumnya iaitu RM80++. Setelah diamati bil tersebut saya dapati ada penambahan saluran Astro 1st pada 31 Julai 2011 untuk judul movie “TOLONG AWEK AKU PONTIANAK” bayaran yang dikenakan iaitu RM15. Setelah ditambah kesemua jumlah bersama dengan kadar kenaikan baru dan juga cukai kesemuanya berjumlah RM103++ seperti yang saya nyatakan diatas.

Apa yang menjadi masalah disini berkenaan dengan Astro 1st yang tidak pernah saya atau ahli keluarga saya hubungi pihak Astro untuk melanggan saluran tersebut. Kami sekeluarga juga tidak menonton saluran tersebut kerana tidak tahu berkenaan pekara tersebut.

Read the rest of this entry »

Tempat menjadi pusat untuk penagih dan pemintak sedekah

Saya merupakan salah seorng pelajar ipta. Saya tinggal berdekataan kawasan Masjid Kapitan Keling, Georgetown, Penang.kawasan saya merupakan salah sebuah tempat tarikan pelancong kerana di iktiraf sebagai kawasan bersejarah. Namun sejak kebelakangan ini tempat ini menjadi pusat penagih dadah dan pemintak sedekah.

Semakin hari semakin bertambah jumlah penagih dan pemintak sedekah. Pelbagai aktiviti yang tidak bermoral dilakukan disini seperti menghidu gum, menagih, sex bebas dan pergaduhan diantara mereka. Apa yang menyedihkan saya, walaupun sudah berkali saya membuat aduan kepada jabatan kebajikan dan pihak polis namun tiada sebarang tindakan yang diambil oleh kedua dua pihak. Tambah lagi di bulan Ramadhan yang mulia penagih dan pemintak sedekah langsung tidak menghormati bulan ini dengan tidak berpuasa dan makan dikhayalak ramai.

Read the rest of this entry »

Saya hendak balik ke Selangor

Alhamduliah, ALLAH S.W.T mempermudahkan segala urusan saya berhijra ke Islam. Saya berhijra ke islam kerana ALLAH SWT dan RASULNYA bukan kerana wanita dan hanta. Dan sayangkan yang masih belum dapat hidayah dan taufiq. Tanggungjawab kita sebagai mukallfaf atas bumi ini. Dengan ilmu, saya secara sempurna serta melaksanakan peranan sebagai mukhallfaf ALLAH di muka bumi dengan sebaiknya.

Kenapa anak selangor tidak ada kerja di selangor? Saya anak Selangor yang belajar dan bekerja di America Syarikat selama 11 tahun. Saya pakar dalam bidang pentabiraan dan kejurutraan Mechanical Administration. Pendapatan saya di America Syarikat adalah US7,000.00 sebulan. Namum demikiaan, saya kembali ke Malaysia untuk berhikmat untuk negeri dan negara. Saya juga di tawarkan “kedudukkan tetap” (PR) di America Syarikat. Saya tolak kesemua itu dan kembali ke tanah air saya. Hari ini, pendapatan saya in Malaysia $1,800.00 sebulan. Saya akan berusahkan untuk memcapai tahap pendapataan yang setimpal dengan kelulusaan saya

Read the rest of this entry »

Anjing jenis German Shepherd yang dilepaskan tanpa diikat

Berdekatan kawasan perumahan saya, Taman Clonlee, Tampin, terdapat seekor anjing jenis German Shepherd yang dilepaskan tanpa diikat. Alamat tuan punya anjing itu adalah 2465 Taman Indah, Tampin.

Seperti yang diketahui ramai, anjing jenis German Shepherd agak besar dan garang. Pernah ia mengikuti belakang penduduk-penduduk yang melalui kawasan tersebut dan ia mendatangkan ketakutan kepada orang ramai.

Read the rest of this entry »

Kecurian bekalan elektrik

Saya ingin membuat aduan tentang bekalan elektrik di kawasan saya iaitu di Batu 2 1/2, Jalan Ipoh.

Kedai menjual cat yang beralamat di No.23 Jalan Pinggir, Batu 2 1/2 Jalan Ipoh, 51200 KL yang mencuri bekalan elektrik dari kedai sebelahnya disebabkan TNB telah memutuskan bekalan elektriknya kerana tidak menjelaskan tunggakkan bil bulannya. Kedai tersebut tidak membayar tunggakkannya dan curi bekalan elektik dari kedai sebelah.

Saya harap pihak tuan akan mangambil tindakan tegas terhadap kedai cat tersebut secepat mungkin, kerana kedai-kedai lain di kawasan ini sedang bincang untuk berbuat demikian…

Read the rest of this entry »