Posts Tagged ‘Nama’
Kenaikan GAS pengguna
Sejak bulan lalu (April), saya telah mendapati tong-tong GAS pengguna telah ditukar nama kepada syarikat MIRO daripada sedia ada yang bernama Petronas, Mobil, Shell dll. Sejak ia ditukar, harga bagi setiap tong gas naik sebanyak RM1.00.
Saya cuba dapatkan penjelasan daripada pihak kedai dan mereka hanya menyatakan bahawa semua syarikta tong gas telah diambilalih oleh sebuah syarikat milik anak ahli politik terkenal di Malaysia. tetapi mereka enggan menyatakan siapa pemilik tersebut.
Perkhidmatan Bank Rakyat yang menjengkelkan
Saya ingin menyatakan rasa amat tidak puas hati dengan perkhidmatan staf kakitangan Bank Rakyat bahagian kutipan yang betul-betul tidak mesra dengan pelanggan. Nama staf tersebut ialah Anis. Cara dia bercakap dengan saya sangat kurang ajar seolah-olah saya berhutang dengan dia plulak. tersebut ada juga mengugut saya dengan mengatakan dia tak kisah kalau saya nak adukan sikapnya pada sesiapa yang berkenaan. Kelakuannya sangat ego. Padahal dia cuma pekerja saja. Saya rasa ramai orang diluar sana yang mengalami nasib seperti saya.
Saya tidak kisah jika dia hendak menghantar sms reminder kepada saya tetapi tidak perlulah menghantar berulang kali tanpa memeriksa terlebih dahulu dalam rekod sebelum menghantar sms reminder. Saya sudah reply berkali- kali dengan menyuruh dia memeriksa rekod pembayaran dulu sebelum menghantar reminder kepada pelanggan tapi dia melakukannyer. Cara staf tersebut sangat menjengkelkan saya kerna tidak tahu menghormati pelanggan.
Standard HSE Petronas Carigali
Bagaimanakah Petronas menangani status senaraihitam sub-contratcor yang melakukan projek mereka? Salah seorang kakitangan Nordic Maritime Limited telah disenarai hitamkan kerana gagal didalam ujian dadah dan telah dilucutkan dari projek terbabit.
Tetapi difahamkan nama beliau disenaraikan semula bagi projek Petronas di Indonesia? Bukankah sesiapa yang telah disenaraihitamkan oleh Petronas PMU tidak dibenarkan melakukan apa-apa projek di bawah selenggaraan Petronas?
Tanah Wakaf Bina Masjid
Adalah kami dengan ini menulis aduan dibawah bagi pihak ibu bapa kami sendiri, penghuni tanah wakaf dan mereka yang memerlukan bantuan kami untuk mengadu. Bahawasanya, keterangan dibawah ditulis dengan nama “kami” adalah penghuni tanah wakaf / pengadu.
Begini, kami mendapat pengumuman dari pihak majlis agama islam selangor yang diperdengarkan dari tuan nazir masjid sementa, en adli bin haji yusof bahawa tanah wakaf yang kami duduki ini mesti dikosongkan dalam sebulan dua demi untuk membina dan membesarkan masjid sementa. apa yang saya kesalkan ialah sikap majlis agama islam selangor dan nazir masjid adalah bertindak tanpa belas ihsan.
Masjid Tanjung Agas Bila Nak Siap
Saya penduduk Tanjung Agas Pekan mahukan penjelasan dari pihak yang terbabit berkenaan pembinaan Masjid Tanjung Agas yang baru. Apa yang saya dapati kerja-kerja di tapak tidak lagi berjalan dan kelihatan seperti projek terbengkalai.
Sindiket Tipu Dompet Hilang
Perkara ini berlaku di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju pada hari Jumaat, 20 Januari 2012, pada jam 2:15 petang saya telah terserempak dengan seorang berbangsa India yang kononnya mengaku dompetnya hilang. Dengan muka sedih dan hampir menangis, dia merayu dengan saya untuk memberi wang supaya dia boleh membuat laporan di pejabat pendaftaran di mana bayaran sebanyak RM310 untuk denda kehilangan MyKad. Modus operandi and jalan ceritanya adalah seperti berikut:
- Dia datang dari Johor Bahru untuk temuduga pekerjaan di Wangsa Maju.
- Dompetnya hilang setelah tiba di LRT Wangsa Maju.
- Dia siap menunjukkan salinan laporan polis yang di buat di Balai Polis Wangsa Maju untuk meyakinkan mangsa.
- Dia meminta agar saya memberi wang sebanyak RM400 untuk bayaran denda (RM310) dan duit poket untuk makan dan tambang LRT atau bas ke JPN Maju Junction.
- Dia berani menyuruh saya mengambil gambarnya untuk meyakinkan mangsa yang dia memang betul-betul dan tidak menipu.
- Dia juga menyuruh saya mengambil gambar laporan polis yang dibuatnya.
- Dia mengatakan setelah dia dapat kad pengenalan sementara, dia akan terus ke bank untuk membuat kad banknya yang baru dan terus memasukkan wang yang dipinjam ke dalam akaun bank saya dalam jam 5:00 petang.
LWC Auto Penipu
LWC Auto yang terletak di Sungai Bakap, Pulau Pinang yang diusahakan oleh tuan punya kedai bernama Lim, telah banyak menipu pelangan-pelangan seperti nama geran tidak ditukar milik walaupun pembeli telah membayar bayaran tersebut. Mengambil deposit pembeli dengan alasan untuk proses pembelian seperti untuk proses pinjaman perbankan tetapi dia tidak memasukkan langsung permohonan itu. ada juga kes pembeli yang sudah 2 tahun tidak ditukar nama digeran.
Terdapat juga pelangan yang ingin memperbaharui cukai jalan & insuran dengan dia (Lim) terpaksa menunggu berminggu-minggu untuk mendapatkan cukai jalan tersebut. Laporan polis telah banyak dibuat tetapi tiada sebarang tindakan diambil.
Pihak Berkuasa Tutup Mata Terhadap Perniagaan Karaoke di Beaufort
Saya berasal dari Membakut, Sabah ingin membuat aduan terhadap sikap tutup mata pihak berkuasa tempatan Beaufort yang tidak menghiraukan dan tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap dua buah perniagaan karaoke di Beaufort yang dipercayai menjalankan perniagaan tanpa lesen dan amat mencurigakan.
Saya telah membuat banyak aduan terhadap perniagaan tersebut kepada pihak-pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap perkara ini. Saya telah email dan mengeposkan surat aduan namun tidak ada maklumbalas daripada mereka. Perkara-perkara yang membuatkan diri saya berani untuk membuat aduan ini ialah kedua-dua buah perniagaan karaoke ini menjalankan perniagaan di tapak yang sama iaitu Taman Foo, Beaufort dan menggunakan nama perniagaan yang sama sedangkan pemilik-pemilik perniagaan ini adalah orang yang berbeza dan bukan rakan kongsi perniagaan.Saya berasa hairan kenapa perkara ini boleh berlaku sedang kan setiap daerah mempunyai peruntukkan undang-undang yang sah dan patut dipatuhi.
Anjing liar berkeliaran di kawasan UMS Sabah
Masalah ini mungkin dilihat tidak serius oleh pihak berkuasa. Tetapi telah beberapa kali berlaku kejadian yang amat merisaukan pihak ibubapa, kejadian terbaru ialah insiden pelajar medic tahun kedua yang ingin dikenali dengan nama “Piqah” (Nama sebenar terpaksa dirahsiakan atas permintaan pelajar). Kejadian berlaku pada 27hb Oktober 2011 jam 6.00 petang di tangga belakang asrama Blok E, Kampung C, UMS Sabah.
Semasa kejadian pelajar sedang menaiki tangga dan tiba-tiba telah diserang oleh seekor anjing yang menyebabkan kaki sebelah kananya cedera dan terdapat dua lubang kesan gigitan anjing, berikutan itu dia terpaksa dikejarkan ke hospital. Pihak UMS telah beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Daerah tetapi pihak tesebut lambat mengambil tindakan. Saya juga telah dimaklumkan bahawa setiap kali pihak majlis daerah datang ke tempat kejadian anjing-anjing liar tesebut telah lari bersembunyi ke kawasan belukar/hutan berdekatan di sekitar kawasan UMS.
Masalah di Uptown Manjung
Saya selaku salah seorang peniaga Uptown Manjung ingin sokongan daripada Menteri Besar Perak memajukan Uptown Manjung seperti memindahkan kami ke bahagian hadapan Medan Selera Manjung secepat yang boleh.
Kami peniaga-peniaga tidak puas hati dengan pengurusan MPM kerana sehingga hari ini kelulusan untuk pindahkan uptown kehadapan masih tidak diluluskan.






