Posts Tagged ‘Motosikal’
Jalan dari Kuang ke Lebuhraya LATAR Daif
Sebagai salah seorang penduduk tetap Kuang daerah Rawang, saya berasa amat dukacita dengan keadaan jalanraya khususnya dari persimpangan lampu isyarat Kuang menghala ke lebuhraya LATAR. Pada zahirnya jalanraya ini nampak seperti tiada cacat celanya, namun realitinya adalah sebaliknya.
Jalan yang sedia ada hanyalah ditambak sesuka hati sekiranya ada kerosakan tanpa mengikut piawaian yang sepatutnya. Akibatnya jalan menjadi tidak rata dan sangat-sangat merbahaya kepada penunggang-penunggang motosikal khasnya dan pemandu-pemandu amnya. Masalah ini telah berlarutan sekian lamanya tanpa pembelaan dari pihak berwajib.
Lumba haram di JB menjadi-jadi
Projek pembesaran jalanraya di pantai lido JB sudah siap, tapi malangnya sejak kebelakangan ini aktiviti lumba kereta dan motosikal semakin menjadi-jadi, terutamanya di malam minggu.
Meraka langsung tidak menghiraukan penduduk yg sedang lena tidur atau yg sedang sakit terbaring di hospital sultanah aminah. Perlumbaan berjalan lepas jam 12 malam hingga ke hampir subuh.
Laman Komuniti Tasik 52 Bandar Seri Alam terlampau kotor
Saya salah seorang penduduk di Bandar Seri Alam, Masai Johor amat terkilan dengan pihak Majlis Bandaran serta ahli majlis yang terpilih. Laman komuniti tasek 52 adalah untuk kawasan riadah dan tempat kami berjogging diwaktu pagi dan petang. Malangnya hampir sebulan lampu dipadang tersebut tidak menyala walaupun banyak kali aduan telah dilapurkan termasuk YB Tan Cher Puk. Hasilnya terdapat sebuah motosikal curi yang dibuang disitu. Terdapt bekas coli dan seluar dalam wanita bersepah di atas tempat duduk dan diatas joggig track. Peliknya, aduan terpaksa dihantar ke Ahli Parlimen Pasir Gudang jugak merangkap menteri, barulah lampu padang menyala semula selepas kejadian gelap selama sebulan mengundang kegiatan kecurian ditempat kami.
Aduan kebalai polis mengenai motor tersebut masih belum selesai. Tidakkah polis terfikir kemungkinan motor itu digunakan untuk kes jenayah. Inilah hebatnya polis diseri Alam, walau pun dah dilapurkan, masih menelefon pelapor dimanakah motor tersebut. walaupun sudah diberitahu masih gagal mencari motor tersebut walaupun laman tasek 52 itu kalau buat pusingan larian tidak sampai 5 minit oleh uncle tua yang jogging setiap hari itu. Rasanya perlu mengadu ke Ketua Polis Johor Dato Mokhtar barulah motor tersebut diangkat yang terbaring ditempat laluan jogging.
Kegiatan Mat Rempit di Taman Merbahaya
Taman Metropolitan Kepong atau taman layang layang adalah taman untuk melakukan aktiviti riadah dan bersukan. Tetapi kini taman tersebut semakin merbahaya kerana banyak aktivis-aktivis rempit dikawasan taman tersebut. Saya melaporkan aduan ini atas sebab-sebab keselamatan pengguna yang datang untuk aktiviti riadah.
Kawasan itu tidak dijaga dengan baik sehingga banyak motor-motor yang masuk kekawasan taman dan membawa motosikal dengan keadaan merbahaya dan sangat laju tanpa memakai helmet, khuatir juga boleh mendatangkan kemalangan dengan sengaja atau tidak sengaja. Kawasan berbasikal dan joging kini dipenuhi dengan motor yang dibawa laju serta parking di merata rata tempat. Dengan asap-asap motor yang menyesakkan nafas yang sepatutnya kawasan taman adalah paling nyaman udaranya.
Laluan motor berkuasa tinggi
Assalamualaikum,
Selaku pemilik dan penunggang motorsikal (500cc ke atas) saya mohon pihak JPJ memberi kenyataan yang menyeluruh terhadap peraturan tidak melepaskan motosikal kuasa tinggi dilaluan ber tol selagi ada lorong motosikal disebelahnya.
SAYA SEMAKIN KELIRU sebab pihak POLIS melepaskan penunggang motosikal 500 cc ke atas dilebuh raya bertol walaupun terdapat laluan motosikal disebelahnya.
Pembinaan jambatan di Sungai Samarahan (Muara Tuang)
Mohon disediakan dengan segera jambatan di Sungai Samarahan (Muara Tuang), Kota Samarahan, Sarawak. Hal ini kerana, terlalu banyak masa dihabiskan semata-mata untuk menggunakan perkhidmatan feri Muara Tuang (semasa menunggu giliran untuk menaiki feri). Mohon disediakan jambatan untuk kemudahan rakyat, menjimatkan kos tenaga, masa dan wang ringgit rakyat di kawasan Asajaya. Walaupun terdapat jalan alternatif, namun ianya mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dan sudah tentulah meningkatkan kos bahan api.
Sekiranya air sungai samaharahan surut, maka perkhidmatan perahu tambang akan digunakan khusus untuk penunggang motosikal dan rakyat yang tiada kenderaan. Keadaan perahu tambang yang sebahagiannya uzur, tidak dilengkapi jaket keselamatan dan sebagainya amat membahayakan nyawa penumpang2. Sungai Samarahan yang tidak terlalu besar itu seharusnya bukan beban kepada kerajaan untuk membina jambatan.
Kecuaian Hospital Seremban menyebabkan kaki dipotong
Pada 1hb Feb 2012, anak saudara saya telah dimasukkan ke Hospital Seremban akibat kemalangan motosikal dan setelah diperiksa, anak saudara saya mengalami patah kaki kanan iaitu patah tulang peha dan lutut juga. Sebelum pembedahan dijalankan, saya sendiri menyaksikan bahawa kaki dan jari jemari kaki anak saudara saya masih boleh bergerak seperti biasa apabila doktor mengarahkan menggerakkannya.
Pada 8hb Feb 2012,anak saudara saya dibedah tetapi sebelum dibedah, doktor menyuruh kami membayar sebyk RM2400 untuk membeli sejenis alat dipasang pada lututnya kerana pihak hospital tidak menanggung kos seperti itu. Untuk dijadikan cerita, hari pertama selepas habis pembedahan, kaki ank saudara saya hanya mampu bergerak beberapa saat sahaja. Doktor memberi alasan itu hanya kesan dari ubat bius yang ada. Masuk hari ke-2 kaki ank saudara saya masih tidak mampu bergerak dan kaku dan sehinggalah hari seterusnya iaitu hari ke-3, dengan serta merta Hospital Seremban telah memindahkan anak saudara saya ke Hospital HUKM krn melihat kaki anak saudara saya kaku pucat dan sejuk.
Kerosakan Jalanraya dari Bandar Jerantut ke Kuala Tahan
Saya adalah pengguna tetap jalan yang menghubungkan Bandar Jerantut ke Kuala Tahan. Keadaaan jalanraya yang berlubang dan berlopak dari Simpang Masjid Besar Jerantut hingga ke jalan Felda Padang Piol telah menyebabkan banyak masalah. Selain merosakkan kenderaan ia turut membahayakan nyawa penduduk.Ini ditambah dengan keadaan jalanraya yang bengkang bengkok dan berlumpur .Jalanraya menjadi bertambah teruk apabila tiba musim hujan..Lopak dan lubang semakin besar dan amat merbahaya kepada semua kenderaan terutama penunggang motosikal lebih-lebih lagi apabila memandu pada waktu malam dalam keadaan hujan.
Lebih parah lagi apabila pokok tumbang yang menghalang laluan jalanraya sewaktu berlaku sebarang kecemasan seperti terdapat wanita yang ingin bersalin , serangan jantung mengejut atau kecederaan parah yang memerlukan rawatan segera. Ini kerana hospital yang terdekat hanya terletak di Bandar Jerantut .Ini telah menyebabkan pesakit lambat mendapatkan rawatan yang akhirnya boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.
Ketiadaan tempat letak kereta untuk pendidik SK Bhagia
Saya dan rakan-rakan adalah tenaga pendidik yang bertugas mengajar di SK Bahagia. Letaknya sekolah ini adalah di seberang Sungai Kelantan. Untuk ke sekolah, selepas memandu kereta, kami terpaksa menaiki bot sungai (bot galah), selama 40 minit dan membonceng motosikal selama 5 minit dari jeti Kg. Bahagia barulah kami tiba di sekolah. Pukul 2.00 ptg. kami habis mengajar dan pulang jika tiada aktiviti kokurikulum atau kelas tambahan. Jika ada kelas atau aktiviti kokurikulum kami terpaksa bermalam di sekolah.
Apa yang paling menyedihkan kami kaum guru, ketiadaan tempat meletak kereta. Kami terpaksa meletak kereta di tepi-tepi jalan, di hadapan IPK (pejabat polis), di belakang bangunan Perpustakaan Kuala Krai dan kadang-kadang dalam kawasan masjid yang jauh. Apabila sampai dekat kereta, selalu sahaja ada kertas saman dari pihak polis, saman parking. Kami datang dari jauh, turun dari rumah pukul 5.45 pagi lagi, bila pulang waktu petang kereta kami disaman.
Jalan berlubang dan simpang empat merbahaya
Saya merujuk tentang kebahayaan penduduk di Puchong Prima yang menggunakan jalan raya yang berlubang dan tidak rata serta simpang empat yang merbahaya untuk kerja dan penggunaan seharian mereka.
Apa yang sedih adalah tentang pengguna motosikal apabila mereka menggunakan jalan raya utama iaitu Pesiaran Permai untuk memasuki Taman Puchong Prima, jalan yang tidak rata dan berlubang, sentiasa berlaku kemalangan yang sia sia! Pada waktu malam yang berlakunya kemalangan2 ini. Tak silap, ada lebih kurang 10 hingga 15 lubang yang besar di jalan utama ini! Apatah lagi orang awam yang menggunakan jalan utama ini pada waktu malam selain daripada penduduk Puchong Prima?





