SKIM Juruteknik JA29

Umum mengetahui keputusan kerajaan menaiktaraf skim Juruteknik ke skim JA 29 atas alasan Sijil Politeknik telah dijumudkan di Politeknik dan kategori Sijil Politeknik tlh lama diiktiraf kerajaan sejak thn 1983 setaraf STPM/Ordinary National Diploma dr Britain dan diletakkan dlm kumpulan STPM-Diploma dlm Perkhidmatan Awam Malaysia. Manakala Diploma Politeknik pula disetarafkan Kerajaan sama dgn Diploma dr IPTA.Boleh rujuk:

Keputusan Kerajaan ini dibantah oleh penjawat J29 sediada dgn memberikan justifikasi bahawa ketiadaan penyelia/pemantau utk juruteknik sekiranya juruteknik dinaik taraf kan sekaligus J29 asal hilang kuasa penyeliaan; walhal keputusan kerajaan menaiktaraf juruteknik ini ke JA29 dilihat dpt menghapuskan peranan orang tengah/birokrasi/manipulasi yg wujud dlm skim J asal sekaligus dpt menjimatkan perbelanjaan Kerajaan dgn penggabungan naiktaraf ke skim JA29 ini. Tambahan pula Kerajaan tlh menyediakan gred JA30/36/38 baru bg kesemua staf yg layak dlm skim baru ini dan dpt dinikmati oleh J29 asal.

Antara justifikasi lain J29 asal yg membantah keputusan ini adalah diploma mereka lbh tinggi dr Politeknik walhal syarat pengajian sijil politeknik adlh 2thn manakala diploma IPTA/Politeknik adlh 3thn dan STPM pula 1.5thn. Mereka juga mengatakan pelajar diploma itm/utm merupakan pelajar baik dlm SPM yg melebihi pelajar Politeknik walhal dr semakan saya mendapati bahawa itm/utm/upm pernah melonggarkan syarat kemasukan diploma mereka utk pelajar SPM pangkat 3 sekitar tahun 70/80/90an dulu..Sila rujuk :

  1. KOLEKSI SKRIP PENGKISAHAN KENEGARAAN 2004 (JABATAN PENERANGAN MALAYSIA), muka surat 83.
  2. DARI MENARA GADING KE MERCU KORPORAT, BIOGRAFI RASHDAN BABA (PENERBIT UKM, 2004), mukasurat 50.
  3. Artikel PEPERIKSAAN GANTI PENDIDIKAN-Dato Nordin Kardi:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_01.htm&arc=hive

Oleh itu, saya menyeru kepada mereka yg terlibat agar akur dgn keputusan kerajaan ini memandangkan anda adlh penjawat awam dan hilangkan lah perasaan sakit didalam hati tersebut; sifat dan bantahan anda selama ini mencerminkan mentaliti anda.Akhir salam, saya mohon maaf andai tulisan saya menyinggung mana mana pihak terlibat.

By: Zaidi b. Zaibo

‘Promoter’ dan ‘Casher’ Guardian Menipu

Salam sejahtera,

Saya telah pergi ke Guardian Melaka yang terletak di dalam Tesco (berhampiran Melaka Sentral). Tujuan utama saya ke kedai itu hanyalah untuk membeli produk mata iaitu NatBerry. Saya terus ke kuanter belakang iaitu kalau tak silap saya kuanter ubat kawalan. Di sini saya bertanyakan tentang produk ini pada orang yang bertugas di sana. Menurut 2 orang ‘promoter’ perempuan berbangsa cina itu, produk ini ada promosi harga iaitu ‘pack’ 3 kotak RM135.00 berbanding harga sekotak, berharga lebih RM 70.00.

Saya bertanyakan jika Guardian ada memberikan baucer dengan nilai barangan yang saya beli itu. Kata ‘promoter’ itu saya akan dapat baucer RM 5.00 untuk setiap ‘pack’ yang dibeli. Saya ingin menggunakan baucer ini terus. Jadi promoter ini mencadangkan saya membeli produk vitamin C pada harga RM 17.00. Jadi setelah ditolak baucer itu tinggal RM 12.00. Saya memaklumkan kepada ‘promoter’ itu untuk membeli 2 ‘pack’ dan saya perlu mengeluarkan duit dari ATM berdekatan.

Setelah saya datang semula, promoter itu mengeluarkan 1 lagi kotak vitamin C. Saya memberitahu kepada promoter itu, baucer RM 5.00 ini akan saya gunakan pada ‘pack’ NatBerry yang kedua. Jadi tidak perlu sekotak lagi vitamin C. ‘Promoter’ perempuan itu memberitahu baucer ini tidak boleh digunakan pada ‘pack’ yang kedua kerana polisi syarikat. Saya memberitahu minggu lepas saya ade membeli produk oat BG22 sebanyak 3 tin. Baucer yang saya terima pada ketika itu boleh digunakan pada produk kedua. Jadi kenapa kali ini tidak boleh. Saya bertanyakan pada ‘casher’ perempuan berkaca mata berbangsa melayu di situ akan hal ini. ‘Casher’ itu mengiakan kata-kata promoter itu.

Saya sangat terkilan di sini, ‘promoter’dan ‘casher’ itu menipu. Cara promoter itu seolah-olah memaksa pelanggan untuk membeli produk yang pelanggan tak nak beli. Saya datang dari jauh semata-mata untuk membeli produk ini. Sebaliknya dilayan sebegini. Macam inikan cara Guardian berniaga. Menipu dan memaksa pelanggan, memberikan maklumat yang salah, memutarbelitkan fakta dan menyusahkan pelanggan. Mereka seolah-olah tidak rasa bersalah langsung. Mungkin mereka rasa tiada apa yang boleh penguatkuasa lakukan pada mereka agaknya. Entah berapa ramai orang yang telah ditipu oleh ‘promoter’ ini. Macam ini ke cara Guardian melatih pekerja mereka. Saya berharap pihak berkaitan mengambil serius akan hal ini. Apa ‘solution’ dan apa tindakan yang pihak ‘Guardian’ boleh lakukan pada pekerja yang menipu ini. Takkan setakat omong kosong aje. Saya ingat ini bukan kali pertama. Itu sebab ‘promoter’ itu dengan berani dan tanpa rasa bersalah melakukan hal ini.

Saya harap pihak berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya dan memandang berat akan kes-kes ini. Bahan bukti ada pada CCTV Guardian itu sendiri. Mereka boleh melihat sendiri.

By: Bismi

Penukaran System Mysikap JPJ Melaka

Salam Sejahtera….

saya ingin membuat aduan & minta ambil perhatian dengan kadar segera berkenaan tajuk aduan saya mengenai System Baru yg diwujukan oleh JPJ Melaka berkuatkuasa pada 23.09.2013 iaitu SYSTEM MYSIKAP amat dikesali kerana:-

a) System yanng dibuat disebut pada awal pagi 23.09.2013 dan telah berkuatkuasa serta merta tanpa sebarang pemberitahuan dan sebab-sebab agak menysahkan pihak saya.

contoh:

penjual telah menjual kereta kepada saya & segala prosedur pihak JPJ saya patuhi (lama) tiba tiba pada isnin 23.09.2013 si penjual diminta hadir untuk system biometric.

kami menghadapi masalah apabila si penjual telah pergi kursus di luar negara bagaimana kita nk minta penjual hadir untuk laksanakan system biometric.

contoh 2:

penjual kedua saya pula telah bekerja di luar kawasan melaka (Penang), apabila sy buat panggilan penjual terpaksa ambil cuti & kos perjalan terpaksa ditanggung oleh Pembeli @ syarikat kmi.

Adakah ini adil & Wajarkah System ini Diteruskan kerana akan lebih menyulitkan proses kerja Penukaran Nama bagi kmi yang berkerja di Kedai Kereta & Pembeli…

NOTA PENTING:::: WAJARKAH PEMBELI MARAH KERANA KERETA XDAPAT PAKAI LOAN BANK DH LULUS KERETA DH MULA KENA BAYAR.KERANA SYSTEM MYSIKAP PEMBELI XDAPAT MEMBUAT PERTUKARAN NAMA ……

By: Teh Swee Heng

Keadaan Zoo Melaka Yang Menyedihkan

Saya ingin mengadu mengenai keadaan Zoo Melaka yang menyedihkan. Pada 15/9/2013 lepas saya berkunjung ke Zoo Melaka setelah kian lama tidak pergi sana. Saya mendapati banyak pengurangan bilangan binatang di sana. Sesetengah seksyen binatang ditutup kerana sudah kosong. Enclosure binatang seperti, Seladang, Tapir dan sebagainya tidak terurus. Aquarium dimana memerang disimpan ada kebocoran. Tiada enrichment dibuat pada enclosure-enlosure binatang. Singa jantan kelihatan kurang sihat dan kurus. Orang Utan juga kelihatan sangat resah.

Semasa saya di enclosure Chimpanzee sesuatu perkara yang mengejutkan saya iaitu pemandu trem membaling sebotol minuman F&N kepada binatang tersebut. Sebagai pekerja di Zoo beliau sepatutnya dilatih untuk tidak memberi makanan sesuka hati kerana setiap binatang mempunyai diet masing-masing. Zoo adalah tempat untuk mendidik orang awam tentang kewujudan binatang-binatang liar and pentingnya mereka dalam ekosistem kita. Zoo juga adalah tempat untuk program-program pembiakan binatang-binatang yang hampir pupus.

Zoo melaka tidak mempunyai ciri-ciri ini selepas ia diambil alih oleh badan bukan kerajaan. Ia lebih merupai sarkas dimana pekerja-pekerja yang tidak terlatih mempermain-mainkan binatang di Zoo seperti haiwan perliharan. Sedihnya hati memandang. Binatang adalah ciptaan tuhan, janganlah mendera mereka sebegini untuk keuntungan sendiri.

By: Lee Lee Tan

Budaya sambil lewa berterusan di Hospital Melaka

Institusi hospitaliti kerajaan pada masa sekarang sudah banyak berubah samada dari segi teknologi ataupun servis yang ditawarkan malangnya Hospital Melaka masih lagi jauh langkah untuk mengejar standard yang dikhabarkan mampu meyaingi hospital swasta mahupun mahu selaras dengan pengiktirafan sendiri oleh negeri Melaka sebagai negeri bandar maju jika mentaliti masih lagi di takuk lama terutama institusi yang melibatkan penyembuhan dan menyelawatkan nyawa.

Contoh yang terang dan nyata adalah bagaimana staff masih lagi bersikap sambil lewa terhadap pesakit, menggunakan bahasa kasar, tidaj fokus dan menimbulkan masalah malahan perkara yang sama berulang kali namun tiada inisiatif yang diambil untuk membaikinya.

Bayangkan bagaimaba staff di Hospital Melaka membiarkan warga emas yang sakit teruk menunggu berjam-jam tanpa diberitahu alasan? Tanpa memberi apa apa justifikasi tiada apa tindajan diambil. Bagaiman keadaan yang staff Hospital Melaka beritahu kononya ‘miss communication’ dan membebankan pesakit tapi cuma berlalu pergi tanpa minta maaf dan justifikasi?

Bagaimana sikap sekuriti yang ‘double standard’ dalam memantau keselamatan atau membebankan pesakit? Procedure amat penting tetapi bagaimana pelaksanaanya dapat menampung kebaikan dari procedure itu sendiri. Ataupun staff di Hospital Melaka hanya selesa di takuk lama sedangkan hospital kerajaan yang lain sudah mula membuktikan bahwa mereka boleh bersaing di pasaran bersama hospital kerajaan.

By: Mia

Kenaikan GAS pengguna

Sejak bulan lalu (April), saya telah mendapati tong-tong GAS pengguna telah ditukar nama kepada syarikat MIRO daripada sedia ada yang bernama Petronas, Mobil, Shell dll. Sejak ia ditukar, harga bagi setiap tong gas naik sebanyak RM1.00.

Saya cuba dapatkan penjelasan daripada pihak kedai dan mereka hanya menyatakan bahawa semua syarikta tong gas telah diambilalih oleh sebuah syarikat milik anak ahli politik terkenal di Malaysia. tetapi mereka enggan menyatakan siapa pemilik tersebut.

Setakat ini, saya tidak nampak dalam sebarang media bahawa kerajaan mengumumkan kenaikan bahan api gas pengguna. Adakah kenaikan gas ini mendapat kelulusan kerajaan atau dinaikan mengikut kesukaan pembekal?

Diharap pihak kerajaan memandang serius perkara ini. Kenaikan Rm1.00 membawa banyak impak terutamanya golongan sederhana dan miskin. makanan pun mungkin akan naik dengan menggunakan alasan ini.

By: Tong Wee Yeaw

Pinjaman ASB dimanipulasi oleh pihak bank

Pinjaman ASB pada asalnya niat baik kerajaan uuk menolong kaum bumiputera tapi malangnya pihak2 bank telah memanipulasi untuk mengaut untung dalam pelbagai bentuk. Usah dilihat pada kadar bunga sahaja yang dikenakan pihak bank, yang mana ia boleh dikira & ditimbang sendiri oleh orang ramai iaitu ada pasang surutnya mengikut tahun. Disini saya ingin menunjukkan cara yang kita tidak sedar pihak bank menipu para peminjam.

Semasa promosi pihak bank menyatakan skim ini akan dikira sebagai pendapatan tambahan (side income) sekiranya ingin membuat pinjaman lain contohnya rumah. Malangnya bilamana pinjaman lain dibuat pihak bank menyatakan sebaliknya. Bayangkan pinjaman RM200K dibuat, bayaran bulanan RM1200/bln, pihak bank tentunya tidak akan memberi pinjaman rumah sekiranya gaji pokok pada RM2700. Akhirnya peminjam tadi terpaksa menutup pinjaman ASB yang dibuat bagi mendapatkan rumah impian.

Sekiranya ini berlaku pihak bank akan mengenakan denda & mengaut untung dari insyuran/takaful. Denda mengikut pinjaman dlm % tertentu & insyuran ini yg tidak di terangkan pihak bank bayangkan pinjaman RM 200K (denda 3% manakala insyuran bernilai lebih RM10K hanya dikembalikan 5% sahaja).

Diharap pihak anda dapat menggetengahkan isu ini supaya dapat dibaik pulih pihak berkenaan supaya tujuan murni kerajaan terlaksana.

Sekian Terima kasih.

By: Raman Osri Bin Mansor

Restoran di RNR Ayer Keroh tipu dan cekik darah

Saya sekeluarga telah singgah utk makan dan solat di kawasan rehat RNR Ayer Keroh arah utara pada hari khamis 23-08-12. Apa yang saya ingin adukan adalah mengenai sebuah salah sebuah gerai yang bagi saya telah menipu pelanggan dan mengenakan harga yang luarbiasa.

Gerai berkenaan adalah gerai hot plate asam pedas melaka. Apa yang inginsaya nyatakan disini adalah harga untuk seketul ayam goreng biasa adalah rm4. Bagi saya ini memengtak masuk akal bagi sebuah gerai biasa, bayangkan hanya dengan menjual 2 ketul ayam saja pemilik sudah mendapat modal untuk seekor ayam.

Kes kedua utk gerai yang sama adalah saya rasa tertipu bila saya telah memesan nasi set asam pedas. Harga yang di pamerkan adalah RM6, tapi bila saya ingin membuat pembayaran harganya sudah menjadi rm7. Bila saya bertanya kepada pekerjanya mereka katakan ini adalah arahan majikan. Namun saya tetap membayarnya kerana ingin memenuhi selera anak2 dan x mahu kecoh2 di depan orang ramai.

By: mohd fadzli fisal

Rumah sewa mahal bagi pelajar Politeknik Merlimau Melaka

Saya pelajar Politeknik Merlimau Melaka ingin membuat aduan tentang harga rumah sewa yang tidak berpatutan. Pelajar dikenakan bayaran RM1000 untuk rumah sewa dengan alasan terdapat sedikit ubah suai di dalam rumah tersebut (bilik air).

Walaupun terdapat rumah sewa yang mengenakan bayaran yang murah, saya sebagai pelajar senior amat sedih apabila mendengar aduan dari pelajar junior yang tidak mempunyai banyak pilihan kerana rumah sewa penuh di kawasan yang berdekatan yang memerlukan mereka berjalan kaki ke kelas. Saya juga ada menelefon tuan rumah tersebut bagi mendapatkan harga yang lebih berpatutan tetapi di marah dan disuruh meminta sewa rumah murah di pusat kebajikan. -5 julai 2012

By: sham

Kebajikan Kucing di abaikan di Pusat Jagaan Kucing di Jasin

Saya sebagai manusia yang ada hati dan perasaan sangat sedih kerana Pusat Jagaan Kucing di Jasin dikurung dan dibiarkan terabai tanpa diberi makan dan minum sehingga dibiar mati kekeringan.

Perkara ini telah diadukan kepada pihak bertanggungjawab beberapa kali tetapi tidak ada tindakan dilakukan.

Saya dan rakan-rakan telah ke Pusat Jagaan ini dan mendapati kedaan sangat daif sekali.Saya memberi makan dan minum walaupun keadaan sangat rumit kerana pintu dan pagar di kunci.

Saya berharap pihak aduan rakyat dapat memandang serius perkara ini dan kasihanilah haiwan kerana mereka juga ada hak untuk hidup.

Untuk maklumat lanjut lokasi dan pusat jagaan ini  yang daif ini :

http://ppkskl.blogspot.com/2012/01/majlis-perbandaran-jasin-tidak.html

By: elfie

Kecurian Motosikal di Taman Desa Duyong, Melaka

Kecurian motosikal semakin berleluasa di Taman Desa Duyong, Melaka. Lazimnya, sekitar jam 4 pagi ketika penghuni nyenyak tidur, sekumpulan remaja bermotosikal terdiri dari 3 hingga 4 buah motosikal akan menyelinap ke dalam pagar kediaman penghuni. Dengan peralatan seperti pemotong pagar dan screwdriver jenis T yang diubahsuai hujungnya, mereka merodok lubang kunci motosikal yang hendak dicuri, seterusnya menyorong keluar motosikal melalui pagar yang dipotong atau diangkat pintu gatenya. Kelompok motosikal sasarannya ialah jenis Yamaha 135LC, Yamaha Lagenda dan Honda EX5.

Telah banyak kecurian yang berlaku dan dilaporkan, tetapi masih tiada tindakan penambahbaikan yang diambil. Rata-rata penduduk mengambil langkah keselamatan sendiri dengan menyimpan motosikal di dalam rumah masing-masing, kerana kunci tambahan pun berjaya dipecahkan oleh si penyamun.

Pihak JKKK Taman Desa Duyong sedar dan maklum akan perkara ini, tetapi gagal menguatkuasakan rondaan taman seperti yang sepatutnya. Pihak polis hanya menghantar kereta peronda pada waktu yang agak awal sekitar jam 12 malam, atau hanya bila ada kecemasan sahaja.

Kami, kumpulan penghuni terutama yang tinggal di kawasan Fasa IV dan Fasa Baru kini tinggal dalam kerisauan dan ketakutan kerana kumpulan pencuri ini amat ganas dan berani serta memiliki senjata-senjata yang berbahaya seperti alat pemotong Heavy Duty dan sepana bersaiz besar yang mampu menagncam nyawa kami sekiranya tindakan cuba diambil terhadap mereka.

Kepada ADUN Kawasan, pantaulah kawasan anda selalu dan bantulah kami hidup dengan tenang dan bebas dari pencuri.

By: Mangsa Kecurian

Poor Public transports service after Panorama Melaka took over

Salam 1 Malaysia,

I would like o to hightlight this matter to your kind attention and action. I lived in Melaka for the pass 40 years, we have very efficient public transport no matter where about in Melaka, but recently the Pananorama Melaka with the state goverment support started their service in Melaka i believe it to enhance the Melaka tourist actraction, I was happy to see this new busses in town.. but i reaslise that this busses are running in town and few other limited area only.

My mother who had a Hospital appointment today, didnt want to trouble me thought of taking the bus home,, but to her surprised she had to wait more than 1 hour and realised that there were so many busses park at the melaka Central but not moving after chating with few other local makcik and pakcik she was told that no drivers were interested to drive the busses, the reason….Low salary??????????? how is that? How can this be the reason, today my mother was surrended there for one hour, how about other elderly people who depend on the public transport? My mom said sometimes if they do get in the bus to go to their destination the bus will go rounds to so many other routes before reaching their destination.

I humble request the authority who is incharge or Aduan rakyat personals to take some action to solve this problem. I just feel sorry for the elderly people that have to suffer for no reason. Put yourself in their shoes.

Thank you.

God Bless!!

By: Alicia Gowry

SSM: Gaji Guru Junior Lebih Tinggi Daripada Senior

JPA dah kaji ke kesan TPG vs KGT untuk ssm+ ni. Saya bagi contoh untuk gred 41:

Sekiranya gaji ssm lama T11 pada 31.12.2011: RM2817
Gaji selepas pelarasan 13% pada 1.1.2012: RM3183.21
TPG: bulan oktober
KGT baru: RM225

Jadi Gaji Baru diterima pada bulan Januari 2012 (KGT dapat bulan oktober): RM3183.21

gaji ssm lama T10 pada 31.12.2012: RM2718
Gaji selepas pelarasan 13% pada 1.1.2012: 3071.34
TPG: bulan Januari
KGT baru: RM225 (tinggi berbanding KGT lama ~RM99)

Jadi Gaji Baru diterima pada bulan Januari 2012 (KGT dapat bulan Januari): RM3296.34

Implikasinya, junior gred setahun bawah iaitu T10 (TPG Januari) akan dapat kenaikan melebihi T11 (TPG Oktober) pada Januari 2012 ini iaitu RM 113.13 untuk 10 bulan pertama pada setiap tahun akan datang kerana KGT tahunan yang meningkat dengan banyak sekali.

Macam mana ni JPA buat kerja? tak semak dulu ke betul2.. semua gred yang TPG Okt/Julai/April akan mengalami kerugian berbanding junior setahun bawah yang TPG lebih awal.

Ada faham ka??

By: betty