Melaka | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Melaka’

Kenaikan GAS pengguna

Sejak bulan lalu (April), saya telah mendapati tong-tong GAS pengguna telah ditukar nama kepada syarikat MIRO daripada sedia ada yang bernama Petronas, Mobil, Shell dll. Sejak ia ditukar, harga bagi setiap tong gas naik sebanyak RM1.00.

Saya cuba dapatkan penjelasan daripada pihak kedai dan mereka hanya menyatakan bahawa semua syarikta tong gas telah diambilalih oleh sebuah syarikat milik anak ahli politik terkenal di Malaysia. tetapi mereka enggan menyatakan siapa pemilik tersebut.

Read the rest of this entry »

Pinjaman ASB dimanipulasi oleh pihak bank

Pinjaman ASB pada asalnya niat baik kerajaan uuk menolong kaum bumiputera tapi malangnya pihak2 bank telah memanipulasi untuk mengaut untung dalam pelbagai bentuk. Usah dilihat pada kadar bunga sahaja yang dikenakan pihak bank, yang mana ia boleh dikira & ditimbang sendiri oleh orang ramai iaitu ada pasang surutnya mengikut tahun. Disini saya ingin menunjukkan cara yang kita tidak sedar pihak bank menipu para peminjam.

Semasa promosi pihak bank menyatakan skim ini akan dikira sebagai pendapatan tambahan (side income) sekiranya ingin membuat pinjaman lain contohnya rumah. Malangnya bilamana pinjaman lain dibuat pihak bank menyatakan sebaliknya. Bayangkan pinjaman RM200K dibuat, bayaran bulanan RM1200/bln, pihak bank tentunya tidak akan memberi pinjaman rumah sekiranya gaji pokok pada RM2700. Akhirnya peminjam tadi terpaksa menutup pinjaman ASB yang dibuat bagi mendapatkan rumah impian.

Read the rest of this entry »

Restoran di RNR Ayer Keroh tipu dan cekik darah

Saya sekeluarga telah singgah utk makan dan solat di kawasan rehat RNR Ayer Keroh arah utara pada hari khamis 23-08-12. Apa yang saya ingin adukan adalah mengenai sebuah salah sebuah gerai yang bagi saya telah menipu pelanggan dan mengenakan harga yang luarbiasa.

Gerai berkenaan adalah gerai hot plate asam pedas melaka. Apa yang inginsaya nyatakan disini adalah harga untuk seketul ayam goreng biasa adalah rm4. Bagi saya ini memengtak masuk akal bagi sebuah gerai biasa, bayangkan hanya dengan menjual 2 ketul ayam saja pemilik sudah mendapat modal untuk seekor ayam.

Read the rest of this entry »

Rumah sewa mahal bagi pelajar Politeknik Merlimau Melaka

Saya pelajar Politeknik Merlimau Melaka ingin membuat aduan tentang harga rumah sewa yang tidak berpatutan. Pelajar dikenakan bayaran RM1000 untuk rumah sewa dengan alasan terdapat sedikit ubah suai di dalam rumah tersebut (bilik air).

Walaupun terdapat rumah sewa yang mengenakan bayaran yang murah, saya sebagai pelajar senior amat sedih apabila mendengar aduan dari pelajar junior yang tidak mempunyai banyak pilihan kerana rumah sewa penuh di kawasan yang berdekatan yang memerlukan mereka berjalan kaki ke kelas. Saya juga ada menelefon tuan rumah tersebut bagi mendapatkan harga yang lebih berpatutan tetapi di marah dan disuruh meminta sewa rumah murah di pusat kebajikan. -5 julai 2012

Read the rest of this entry »

Kebajikan Kucing di abaikan di Pusat Jagaan Kucing di Jasin

Saya sebagai manusia yang ada hati dan perasaan sangat sedih kerana Pusat Jagaan Kucing di Jasin dikurung dan dibiarkan terabai tanpa diberi makan dan minum sehingga dibiar mati kekeringan.

Perkara ini telah diadukan kepada pihak bertanggungjawab beberapa kali tetapi tidak ada tindakan dilakukan.

Read the rest of this entry »

Kecurian Motosikal di Taman Desa Duyong, Melaka

Kecurian motosikal semakin berleluasa di Taman Desa Duyong, Melaka. Lazimnya, sekitar jam 4 pagi ketika penghuni nyenyak tidur, sekumpulan remaja bermotosikal terdiri dari 3 hingga 4 buah motosikal akan menyelinap ke dalam pagar kediaman penghuni. Dengan peralatan seperti pemotong pagar dan screwdriver jenis T yang diubahsuai hujungnya, mereka merodok lubang kunci motosikal yang hendak dicuri, seterusnya menyorong keluar motosikal melalui pagar yang dipotong atau diangkat pintu gatenya. Kelompok motosikal sasarannya ialah jenis Yamaha 135LC, Yamaha Lagenda dan Honda EX5.

Telah banyak kecurian yang berlaku dan dilaporkan, tetapi masih tiada tindakan penambahbaikan yang diambil. Rata-rata penduduk mengambil langkah keselamatan sendiri dengan menyimpan motosikal di dalam rumah masing-masing, kerana kunci tambahan pun berjaya dipecahkan oleh si penyamun.

Read the rest of this entry »

Poor Public transports service after Panorama Melaka took over

Salam 1 Malaysia,

I would like o to hightlight this matter to your kind attention and action. I lived in Melaka for the pass 40 years, we have very efficient public transport no matter where about in Melaka, but recently the Pananorama Melaka with the state goverment support started their service in Melaka i believe it to enhance the Melaka tourist actraction, I was happy to see this new busses in town.. but i reaslise that this busses are running in town and few other limited area only.

My mother who had a Hospital appointment today, didnt want to trouble me thought of taking the bus home,, but to her surprised she had to wait more than 1 hour and realised that there were so many busses park at the melaka Central but not moving after chating with few other local makcik and pakcik she was told that no drivers were interested to drive the busses, the reason….Low salary??????????? how is that? How can this be the reason, today my mother was surrended there for one hour, how about other elderly people who depend on the public transport? My mom said sometimes if they do get in the bus to go to their destination the bus will go rounds to so many other routes before reaching their destination.

Read the rest of this entry »

SSM: Gaji Guru Junior Lebih Tinggi Daripada Senior

JPA dah kaji ke kesan TPG vs KGT untuk ssm+ ni. Saya bagi contoh untuk gred 41:

Sekiranya gaji ssm lama T11 pada 31.12.2011: RM2817
Gaji selepas pelarasan 13% pada 1.1.2012: RM3183.21
TPG: bulan oktober
KGT baru: RM225

Jadi Gaji Baru diterima pada bulan Januari 2012 (KGT dapat bulan oktober): RM3183.21

Read the rest of this entry »

Perkhidmatan pengangkutan awam Melaka

Tujuan Saya menulis di sini adalah untuk mendapatkan siasatan mengenai perkhidmatan pengangkutan awam di negeri Melaka.

Bas: Semenjak 1 Feb 2012, Perkidmatan bad melaka telah diambil alih kerajaan tempatan dan didapati jadual perjalanan menjadi tidak menentu. untuk sampai ke suatu destinasi, tidak pasti lagi bas mana yang akan membawa kita kerana kelam kabut.Menjadi sekarang untuk keluar menjadi masalah besar kerana masa lama diperlukan.

Teksi: Walaupun undang undang telah ditetapkan untuk teksi menggunakan meter untuk pembayaran, namun teksi melaka masih kebanyakkan tidak ada guna. Bayaran hanya berdasarkan harga yang pemandu teksi manhu, tiada specifikasi. Apatah lagi lebih menjadi-jadi bila jadual bas menjadi kelam kabut. Harga dari Melaka sentral ke Bukit cheng kalau ikut meter hanya <Rm10 kini dikenakan bayaran RM25.

Read the rest of this entry »

Ajaran Sesat di Pulau Besar Melaka

Salam kepada pihak yang terlibat,

Saya ingin membuat aduan tentang ajaran sesat di Pulau Besar, Melaka yang menyesatkan orang-orang Melayu Islam di sana. Terdapat perkampungan ajaran sesat tersembunyi di mana terdapat golongan dewasa lelaki dan perempuan serta kanak-kanak yang tidak bersekolah lagi.

Aktiviti yang tidak bermoral terdapat di sana, di mana lelaki dan perempuan bebas bersosial yang bukan mahram serta perkara yang diharamkan islam dilakukan di sana. Harap pihak yang terbabit dapat menyiasat dengan lebih lanjut tentang perkara yang diwawarkan ini.

Read the rest of this entry »