Posts Tagged ‘M Sdn Bhd’
TESCO The Scott Garden benar anjing dibawa ke food court
Saya ingin meluahkan ketidak puasan hati saya kepada syarikat Tesco Stores (M) Sdn Bhd cawangan Jalan Klang Lama berkenaan sikap sambil lewa dan tidak prihatin kepada sensitiviti penduduk beragama Islam.
Semalam 2 sep 2012 saya membeli belah di pasaraya tersebut yang saya akui amat tersusun parkingnya dan sangat user friendly. Selesai membeli belah, saya membawa keluarga saya ke food court pasaraya tersebut untuk menjamu selera. Selang 10 minit kami duduk disitu, satu keluarga berbangsa cina tiba membawa anjing yang diletakkan di dalam carrier dan diletakkan di atas bangku di salah sebuah meja berhampiran kami makan.
Penipuan Syarikat iTune.
Saya Zainal ingin membuat aduan tentang penipuan yang dibuat oleh Syarikat iTUNE Management (M) Sdn Bhd. terhadap orang ramai.
Pada 20/11/2010 saya telah membeli ITUNE PACKAGE VIP dengan harga $689.00 (Malaysia Ringgit) dan dijanjikan dengan pekej penginapan di Primula Beach Resort dari 18/12/2010 hingga 21/12/2010 di Kuala Terenganu tapi malangnya pihak iTUNE tidak menepatinya.
Saya rasa saya ditipu dan saya telah membuat Repot Polis di Balai Polis Malim Melaka pada 28/12/2010 dan dirujuk kepada pegawai penyiasat dibagian Penyiasat siasatan Jenayah Komersal IPD Melaka Tengah dan dirujuk pula kepadaTribunal Tuntutan Pengguna Melaka.
Penipuan MKLand / Segi Objektif terhadap penjualan Lake Town Service Apartment
Saya dan 400 pembeli yang lain telah ditpu oleh Segi Objektif (anak syarikat MKland). Mereka telah menjual Apartment berbentyk studio diatas tanah hak milik kerajaan Perak. Ini bermakna tanah tersebut tidak boleh dipecah,digadai tanpa kebenaran MB Perak. Mereka telah berkomplot bersama 8 jenis bank, dan mewajibkan kami berurusan dengan peguam yg mereka lantik. Jadi jika tiap2 bulan kami bayar hampir RM800, dan bayar hingga pinjaman tamat sekalipon, tanah dan apartment itu tetap tidak menjadi milik kami. (Tanah tersebut tiada geran).
Telah banyak tempat kami adukan, SPRM, Bank Negara,MB semua tiada tindakan.MKLand ini sngat kebal. Apa harus kami buat?? yang peliknya ada antara kami yg gagal/tidak mahu menjelaskan pinjaman tersbut, tetapi macamana mahkamah boleh mengeluarkan perintah lelong kpg apartment tersebut???sedangkan aprtmnt tersbut tiada geran!!!??aprtmnt tersebut tidak boleh dijual!!!??
Projek Perumahan Terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak
Salam Sejahtera/Salam 1Malaysia,
Saya seorang anggota polis di kontinjen Pahang. Saya ingin membuat aduan tentang projek perumahan yang terbengkalai di Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak. Pemaju projek tersebut adalah UNISERVICE (M) SDN.BHD. Saya telah membeli rumah tersebut pada tahun 1998. Untuk makluman, projek Taman Sri Bemban yang dimajukan oleh UNISERVICE (M) SDN.BHD telah diisytiharkan sebagai projek perumahan terbengkalai pada 31 Disember 2002.
Pada 16 Jun 2010 (Rabu) jam 11.00 pagi, saya bersama para pembeli yang lain telah dipanggil untuk bermesyuarat mengenai pemulihan projek perumahan terbengkalai Taman Sri Bemban, Batu Gajah, Perak melalui satu surat dari Jabatan Perumahan Negara Bahagian Pemulihan Projek Terbengkalai. Rujukan Surat : KPKT/08/884/93-2/4(34). Dalam mesyuarat tersebut, kami difahamkan projek tersebut akan dipulihkan seawal-awalnya pada tahun 2011. Menurut wakil dari Rimbun Capital Sdn.Bhd, kerajaan sudah sedia memperuntukkan pemulihan projek perumahan yang terbengkalai itu. Sehingga ke hari ini dalam tahun 2011 juga, projek tersebut masih terbengkalai. Bila ditanya berkenaan projek perumahan tersebut, masing-masing lepas tangan. Sekarang saya tidak mempunyai rumah untuk diduduki. Saya juga akan pencen pada tahun ini 2011 bulan Oktober. Dimanakah saya mahu rujuk lagi? Siapa lagi yang boleh bantu kami para pembeli? Adakah projek ini terbengkalai selama-lamanya dan kami para pembeli tiada mempunyai rumah untuk kediaman? Duit gaji dipotong setiap bulan! Projek perumahan masih terbengkalai!
Pemberhentian pekerja beramai-ramai
Pada 21/2/11 pihak majikan berniat membuang pekerja secara terancang dengan menggunakan khidmat consultant dan sehingga hari ini seramai 7 pekerja telah diberhentikan dgn tidak mempunyai alasan yang kukuh manakala 5 orang lagi dalam proses untuk di buang.
Berpuluh orang lagi bekerja dalam suasana tertekan kerana takut dibuang dengan pelbagai tuduhan tanpa bukti, fakta yang nyata. Kesalahan kecil dibesar-besarkan supaya menjadi alasan untuk membuang pekerja. Syarikat ini telah beroperasi selama 22 tahun dengan jumlah operator seramai 2000 orang.





