Posts Tagged ‘Lori Sampah’
Jalan Berbahaya, Tidak Rata dan Berlubang
Selamat Pagi Aduan Rakyat,
Terima kasih saya ucapkan kerana sudi membaca aduan yang dibuat oleh rakyat Malaysia. Saya bukanlah penduduk di kawasan Meru, Klang. Tetapi saya adalah salah seorang penduduk yang menetap di Bandar Puncak Alam dan berulang alik menaiki motorsikal ke Klang setiap hari.
Aduan saya ialah berkaitan keadaan jalan raya dari Bandar Puncak Alam ke Klang. Seperti tajuk aduan, keadaan jalan raya yang sangat berbahaya kerana mempunyai banyak persimpangan kecil, sekolah dan kilang-kilang. Ini ditambah dengan keadaan jalan raya yang tidak rata dan berlubang dan juga banyak lori-lori besar seperti lori kontena, lori sampah, bas-bas, dan juga jengkaut(backhoe) yang menggunakan jalan ini untuk ke Kuala Selangor atau Sungai Buluh.
Masalah Gerai di tepi Jalan Desa Tasik Fasa 6B, Sungai Besi
Saya ingin memaklumkan kepada pihak berkuatkuasa bahagian gerai ditepi jalan di sekitar Desa Tasik Fasa 6B. Didapati ada peniaga yang berniaga di hadapan pintu pagar Apartment desa tasik fasa 6B menyebabkan kesesakan terutama waktu pagi kerana banyak kenderaan parking dihadapan pintu pagar kami. Ini juga boleh menyebabkan kemalangan selain menggangu keluar masuk kenderaan dan lori sampah alam flora.
Masalah lori tangki sering parking dan lalu kawasan taman
Alamat Rumah C-33 Lorong 3 Taman Wawasan saya seperti nama diatas ingin memaklumkan pihak berkenaan turun pantau masalah lori tangki ini yang berlanjutan 5 tahun. Lori-lori ini telah merosakkan longkang, pagar rumah dan jalan. Jalan baru yang ditar telah dirosakkan lagi. Tebing rumah yang buat dengan kos sendiri pun retak.
Saya telah buat aduan kepada jkkk, ketua kampung, penghulu, kaunselor, Majlis Perbandaran Teluk Intan,NGO, BPA, SPAD,BPR, Ahli Parlimen Bagan Datok Dato Zahid ,Menteri Besar Perak dan Kerajaan Negeri Perak dan PolisTeluk Intan. Masalah ini tidak dapat diselesaikan. Menteri Besar Perak sendiri telah meminta YDP majlis selesaikan kes ini pada 12 /7/ 2009. Sampai sekarang masalah ini tak selesai.
Sungai Ngemah tercemar
Saya mewakili penduduk di kampung saya yang terletak di Nanga Ngungun, Sungai Ngemah, Kanowit. Penduduk di kampung saya anggarannya seramai 2000 ke 3000 orang.
Saya ingin mengadukan keadaan sungai di kampung saya yang sudah tercemar di sebabkan pembuangan sampah oleh penduduk d kampung saya. Bukan itu sahaja, penduduk kampung di kawasan hulu sungai juga membuang sampah ke dalam sungai yang sama.






