Posts Tagged ‘Lewa’
Masalah tuntutan wang tambang pengundi
Salam 1Malaysia
Pengundi yang balik mengundi tidak diberikan elaun wang tambang. Bagi kawasan Kg. Kebakat, Wakaf Bharu, Kelantan iaitu En. Nxxx dan penghulu bersikap sambil lewa dan berdolak dalih. Kemanakah duit tambang itu dilesapkan jika peruntukan tambang tidak sampai ke tangan pengundi? Rakan-rakan pengundi yang lain juga mengalami nasib yang sama.
Masalah ini berlaku kerana kecuaian pihak Barisan Nasional (BN) menyerahkan duit kepada individu tertentu dan tiada pemantauan serius. Sepatutnya pihak kerajaan mengadakan pemberian elaun tambang bagi pengundi melalui agihan voucher seperti mana pengagihan Boucer Buku 1Malaysia.
SPPBS: Satu lagi aplikasi teruk KPM
1. Pengisian data tidak dapat dilakukan kerana kegagalan capaian ke url SPPBS.
2. Walaupun disarankan oleh Helpdesk agar mengisi data antara pukul 3 – 5 pagi namun sistem masih gagal berfungsi dengan pantas dan mengambil masa loading yang lama. Ini membuang masa.
3. Pihak PPD dan JPN di negeri tertentu terlalu kemaruk ‘deadline’ hingga mengarahkan guru melengkapkan data pada 31 Oktober dan menghantar cetakan sppbs ke ppd walhal tarikh yang diberi oleh pihak sppbs ialah pada 20 November 2012.
Perkhidmatan Poslaju Kota Kinabalu Mengecewakan
Saya terpanggil untuk meluahkan ketidakpuasan hati kepada servis yang diberikan pihak POSLAJU Kota Kinabalu.Ini bukan kali pertama,malahan masalah saya ini juga pernah dihadapi ramai lagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan POSLAJU di Kota Kinabalu.
Sebagai seorang perniaga online yang begitu bergantung dengan perkhidmatan pos,saya dapatan servis yang ditawarkan nama segah Pos Malaysia Bhd tidaklah seperti mana yang digambarkan dlm misi dan aspirasi syarikat ini.Setiap kali membuat aduan menerusi Posline,saya tidak dapati pengurusan tertinggi POSLAJU Kota Kinabalu cuba untuk perbaiki perkhidmatan mereka.
TESCO The Scott Garden benar anjing dibawa ke food court
Saya ingin meluahkan ketidak puasan hati saya kepada syarikat Tesco Stores (M) Sdn Bhd cawangan Jalan Klang Lama berkenaan sikap sambil lewa dan tidak prihatin kepada sensitiviti penduduk beragama Islam.
Semalam 2 sep 2012 saya membeli belah di pasaraya tersebut yang saya akui amat tersusun parkingnya dan sangat user friendly. Selesai membeli belah, saya membawa keluarga saya ke food court pasaraya tersebut untuk menjamu selera. Selang 10 minit kami duduk disitu, satu keluarga berbangsa cina tiba membawa anjing yang diletakkan di dalam carrier dan diletakkan di atas bangku di salah sebuah meja berhampiran kami makan.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah Urus Pesakit Sambil Lewa
2 minggu lalu, ayah saya telah dimasukkan ke HTAR selepas disahkan beliau terkena penyakit angin ahmar atau stroke. Sebelum beliau dimasukkan ke hospital berkenaan, bermacam2 perkara yang saya lalui. Pada mulanya, kira-kira jam 7.30 malam, saya dan abang kandung saya telah membawa ayah saya pergi ke klinik 1Malaysia di Puncak Alam, Selangor setelah ayah saya mengadu bahawa beliau terasa pening dan mahu pitam. Sesampainya disana, doktor telah memeriksa tekanan darah ayah saya dan keputusannya terlampau tinggi iaitu sebanyak 200. Doktor menyuruh kami membawa ayah ke hospital dengan menyertakan surat yang telah ditulis olehnya. Tanpa memberikan sebarang ubat kepada ayah sy, kami menuju ke hospital dengan menaiki kereta milik abang saya.
Perjalanan ke HTAR mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sesampainya kami disana, saya bertanya di kaunter di mana tempat untuk kes kecemasan seperti ayah saya. Petugas di situ menunjukkan tempat tersebut dan saya bergegas ke sana sementara abang saya menunggu ayah saya didalam kereta. Saya mendaftarkan ayah saya dan menyerahkan surat yang diberikan oleh doktor klinik 1Malaysia tadi. Petugas di kaunter pendaftaran itu seolah-olah malas dan bersikap sambil lewa apabila membaca surat tersebut. Dia meminta kad pengenalan ayah saya dan menulis dalam sehelai borang bewarna kuning.
Masih menantikan bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
Salam 1Malaysia, saya ingin bertanya. Apakah nasib bagi segelintir pelajar-pelajar yang mengambil jurusan ACCA di Sentral Technology College, Pulau Pinang tidak layak untuk menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ? Jikalau pihak pengurusan kolej tersebut gagal untuk mengemaskini rekod-rekod pelajar mereka? Saya difahamkan pelajar-pelajar lain yang mengikuti program CAT-ACCA di IPTS lain seperti Sunway, Kasturi, PTPL, dll. telah pun menerima baucer BB1M tanpa sebarang kesulitan beberapa minggu yang lalu.
Saya mengadu ini mewakili diri saya serta sahabat handai yang lain disini ingin juga mendapat peruntukan baucer RM200 seperti pelajar lain. Bukankah semua pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia berhak dan layak untuk mendapatkan baucar BB1M tersebut? Apakah terdapat komplikasi-komplikasi dalam tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian baucar tersebut? Dan jikalau memang benarlah pihak pengurusan kolej tersebut bersikap leka dan sambil lewa, gagal untuk mengemaskinikan rekod-rekod pelajar mereka, lalu mengabaikan tanggungjawab mereka pada hak pelajar yang sememangnya berhak dan layak untuk mendapatkan baucar BB1M, pihak mana yang harus dipersalahkan?
Kehilangan Duit Dalam Bank BSN
Pada 7 OKTOBER 2011 saya telah ditipu oleh pihak yang mengaku dirinya dari pihak Celcom. Beliau mendakwa ingin memberikan ganjaran wang sebanyak RM5000 kepada pihak saya lalu beliau meminta saya memberikan no. atas kad bank dan ic saya untuk bertujuan memasukkan duit secara online internet banking.
Setelah memberi maklumat yang diminta, kemudian saye semak duit dalam bank tetapi tiada duit yang dijanjikan, saya berasa tertipu lalu saya terus menelefon pihak bank untuk blockkan kad saya untuk tujuan keselamatan. Pada 13 Oktober saya pergi ke bank BSN Cawangan Termerloh untuk memaklumkan kepada pihak bank atas apa yang berlaku tetapi juruwang tersebut mengambil sambil lewa dan tidak memberi respon yang jelas terhadap aduan saya.
Bahagian Kewangan UNISEL Shah Alam kelirukan Pelajar
Salam, Saya amat berharap bahawa ADUAN RAKYAT dapat menjalankan liputan sedikit sebanyak mengenai Pihak Pengurusan di UNISEL (Universiti Selangor) terutamnaya di Shah Alam. Semenjak kebelakangan ini, pihak kewangan sewenang wenangnya menaikkan jumalh baki setiap pelajar. Saya sebagai individu teraniaya, berasa kurang berpuas hati terhadap perkara di atas.
Bayangkan, Sebelum ini baki saya hanyalah RM750 dan apabila minggu lepas, apa yg terjadi baki tersebut tiba tiba bertambah kepada RM 1259 dan apabila dihubungi, pihak bertanggungjawab tidak dapat menyatakan dan respon yang diberi secara sambil lewa hanya kerana yang menghubungi adalah seorang pelajar.Jadi saya berharap,pihak ADUAN RAKYAT dapat berkerja sama dalam menyelesaikan masalah ini.
Program kitar semula anjuran Tetra Pak Malaysia
Saya adalah seorang pengetua dan juga bapa kepada pelajar di sebuah sekolah di penang di mana sekolah tempat saya bertugas didatangi oleh wakil dari Tetra Pak Malaysia dengan tujuan untuk mengadakan program kitar semula kotak minuman di sekolah di mana antara isi program adalah kami diminta untuk mengumpul kotak minuman yang telah digunakan bagi tujuan kutipan semula dengan mabayar harga tertentu kepada pihak sekolah.
Pada mulanya kami menerima dengan baik kedatangan mereka kerana ia bertujuan baik untuk menjaga alam sekitar, tetapi keadaan bertukar menjadi sebaliknya apabila program tersebut tidak dipantau dengan baik oleh Tetra Pak Malaysia kerana mengambil sikap sambil lewa terhadap pengurusan kutipan apabila kotak-kotak yang dikumpul tidak dikutip dan terbiar di sekolah hingga menyebabkan bau busuk dan juga dipenuhi dengan tikus,cicak dan lipas,keadaan ini sangat merimaskan apalagi pelajar sepatutnya berada di kawasan sekolah dalam kedaan bersih tanpa bau yang bole menyebabkan ketidakselesaan.apabila pihak sekolah cuba menghubungi wakil mereka yang datang ke sekolah kami juga tiada jawapan yang kami terima.sungguh tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.
Aduan Tentang Bantuan Rumah PPRT 2011
Merujuk perkara di atas, saya merupakan salah seorang penerima bantuan rumah PPRT kawasan Kemabong, Tenom bagi Tahun 2011.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur dan berbanyak terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional khususnya Barisan Nasional kawasan N.36 Kemabong, Tenom kerana telah meluluskan permohonan bantuan rumah PPRT saya. Terasa sangat gembira kerana saya dan keluarga saya bakal mempunyai rumah sendiri.
Namun tujuan saya menulis surat aduan ini adalah untuk menyatakan rasa tidak puas hati saya dan keluarga tentang keadaan rumah bantuan PPRT yang telah siap dibina tetapi tidak mematuhi kualiti spesifikasi yang ditetapkan. Rasa tidak puas hati juga dilemparkan terhadap kontraktor yang telah diluluskan kerana membuat kerja sambil lewa. Disebabkan tarikh siap yang ditetapkan telah tamat, pihak kontraktor telah mengarahkan pekerja-pekerjanya bekerja lebih masa hingga lewat malam sehingga rumah PPRT yang dibina sangat tidak teratur atau ‘Cincai’. Kekukuhan rumah yang dibina juga sangat diragui dan kualitinya amat rendah.





