Lalu | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Lalu’

Kecewa Dengan Perkhidmatan Hospital Putrajaya

Pada bulan November 2012, saya telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya setelah demam dan doktor mendapati saya mengalami anaemia.  Saya juga berhasrat untuk membuat tuntutan dengan pihak insurans.  2 bulan selepas itu, saya dikehendaki membuat ujian darah untuk mengenalpasti masalah kesihatan saya.

Keputusan diambil pada bulan Februari 2013.  Pada masa itu, doktor mendapati saya mempunyai tanda-tanda talassemia.  Darah diambil pada hari tersebut dan keputusan untuk ujian saringan talassemia boleh diperolehi pada 8 Mei 2013.

Read the rest of this entry »

94 Graduan ISMP Belum Posting

Kami (94 graduan ISMP IPTA) tidak tahu sama ada adakah semua pihak dalam KPM dan SPP sudah maklum atau tidak akan isu 94 graduan yang tercicir dalam temuduga Mac 2012 sama ada kerana gagal dalam temuduga tersebut atau tidak dibenarkan temuduga kerana dokumen yang tidak lengkap. Beberapa kali isu ini telah diutarakan, tetapi setiap kali berhubung dengan mana-mana pegawai, soalan yang sama ditanya berulang kali seolah memang tiada tindakan langsung diambil untuk menyelesaikan masalah ini atau tiada pegawai yang dilantik untuk menguruskan hal ini. Keputusan temuduga Mac 2012 telah dibacakan oleh TPM dalam sidang media

Selepas keputusan posting pada Mei 2012 yang lalu, kami terus merayu untuk diberi peluang temuduga kali kedua. Tetapi sehingga saat ini, suara kami hanya dipandang sepi. Kali terakhir KPM yang diwakili oleh Dr. Puad Zarkashi hanya mengumumkan 63 graduan ISMP 2011 akan diberi peluang temuduga kali kedua (23/11/2012). Tetapi tetap tiada tindakan susulan. Dan selebihnya, tidak diberitahu akan status mereka. Adakah KPM dan SPP hanya mampu memberi jawapan ‘kami tidak tahu’ setiap kali kami bertanya tentang permohonan temuduga kali kedua bagi kami?

Read the rest of this entry »

Janji tidak ditepati Bas Transnasional

Assalamualaikum w.b.t

Saya merupakan salah seorang pengguna perkhidmatan pengangkutan awam sejak di bangku sekolah lagi.Saya anak jati Kelantan,bersekolah di Kuantan,seterusnya di Perak,Perlis dan Shah Alam sehinggalah ke alam pekerjaan merantau di bandaraya Kuala Lumpur.Sekiranya pulang ke kampung,saya menggunakan perkhimatan bas. Namun pada 16 Disember 2012 iaitu hari Ahad,satu peistiwa yang amat memedihkan jiwa dan raga telah berlaku di mana saya ditinggalkan oleh BAS TRANSNASIONAL yang sepatutnya mengambil penumpang di Tesco Kota Bharu.

Namun,penantian sehingga lewat malam amat mengecewakan. Terdapat empat orang penumpang termasuk saya tidak diambil di stesen bas TESCO Kota Bharu sedangkan keempat penumpang akan bekerja pada keesokannya.Saya menunggu daripada jam 8.30 malam memandangkan waktu untuk saya naik bas tersebut adalah jam 9.00 malam.Kami berhempas pulas menghubungi pihak BAS TRANSNASIONAL.Saya juga amat terkilan kerana kaunter bas di stesen TESCO ditutup awal iaitu jam 9.30 malam dan menyusahkan kami untuk berhubung bertanyakan tentang masalah ketiadaan bas yang dijanjikan.Apa yang ada hanyalah nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada sebarang masalah.

Read the rest of this entry »

Harga makanan mahal di Desa Water Park

Pada hari Sabtu yang lalu (29/12/2012) kami sekeluarga telah pergi ke Desa Water Park. Aduan saya di sini adalah berkenaan harga makanan yg dijual di dalam itu sangat mahal & melampau.

Pengunjung tidak dibenarkan menbawa masuk apa2 makanan dari luar. Jadi tiada pilihan, kena beli makanan dari dalam park tersebut. Harga 1 tin/botol air adahal RM 3. Sebatang nugget/Sosej adalah RM 2.50. Secawan jagung berharga RM4. Semangkuk ABC RM 4. Harga makanan lain seperti nasi lemak, mee saya tak berapa pasti sebab saya tak sanggup nak beli.

Read the rest of this entry »

Penumpang Teksi LCCT Yang Teraniaya

Assalamualaikom dan Salam 1 Malaysia.

Pada 29 November 2012 yang lalu saya dan keluarga kembali dari Kota Kinabalu dan sampai le terminal LCCT pada Jam 11.30 malam. Saya mendapatkan teksi dengan menggunakan sistem teksi bertiket dengan membayar RM52.50 untuk perjalanan dari LCCT ke Taman Langat Murni, Jalan Banting yang jaraknya 15 minit dari LCCT. Sewaktu saya hendak menunggu teksi, saya telah di pelawa oleh seorang pengusaha teksi LIMO untuk menaiki teksinya. Tetapi apabila melihat saya sudah memegang tiket teksi merah putih beliau berkata tak apalah. Tapi beliau menunjukkan pada saya penumpang yang sedang menunggu teksi yang begitu ramai yang saya jangkakan mungkin melibatkan lebih daripada 15 buah teksi. Sedangkan ketika itu teksi yang sedia ada hanya 2 ke 3 buah sahaja. Saya dan isteri menjangkakan mungkin saya akan menunggu giliran teksi lebih kurang 1 jam ke 1 jam 30 minit masa lamanya. Pengusaha teksi LIMO menasihati saya agar saya menukarkan semula tiket teksi di kaunter dan beliau akan menghantar saya ke rumah dengar kadar RM50 sahaja. Saya pada mulanya rasa bimbang kerana mungkin kereta sapu tetapi bila beliau mengatakan teksi limo saya pun bersetuju. Saya kembali ke Kaunter tiket untuk memulangkan tiket dengan alasan saya ada orang menjemput saya. Walaupun peringkat awal kaunter tersebut tidak mahu menerima penukaran tetapi saya tetap bertegas untuk mendapatkan kembali wang saya akhirnya wang saya dikembalikan.

Apabila saya keluar meninggalkan terminal, saya melihat berpuluh teksi merah putih berada diluar kawasan terminal beratur dan tidak bergerak masuk ke ruang keluar terminal. Saya pun hairan sedangkan di hadapan terminal berpuluh-puluh pengguna teksi yang telah membayar tambang teksi beratur menunggu teksi manakala teksi yang sepatutnya memberikan perkhidmatan kepada penumpang berada diluar dan tidak beratur mengambil penumpang. saya pun bertanya kepada pemandu LIMO saya kenapa suasana ini berlaku. Pemandu LiMO menjelaskan beginilah situasinya. Mereka menunggu waktu tengah malam antara pukul 12.30 hingga 1.00pagi , baharulah mereka masuk mengambil penumpang yang beratur untuk mendapatkan bayaran 25% tambahan harga tambang.

Read the rest of this entry »

JMB Mentari Court tidak bertanggungjawab

Saya salah seorang penduduk di Mentari Court bandar Sunway sangat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak JMB Mentari Court terhadap ketiadaan line telefon TM dan internet (streamyx) di rumah penghuni di sini sejak 4 bulan yang lalu.

Setiap bulan kami terpaksa membayar sedekah kebajikan sahaja kepada Telekom Malaysia sedangkan kami terpaksa menanggung masalah kerana tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut. Dan yang lebih mengecewakan kami ialah JMB seperti mengambil sikap ‘lepas tangan’ dan ‘acuh tak acuh’ apabila masalah itu diadukan kepada pihak pengurusan maintenance.

Read the rest of this entry »

Harga Makanan dan Kemudahan Surau di Medan Selera Kuala Kangsar

Saya ingin berkongsi pengalaman berhubung harga makan dan kemudahan surau di Medan Selera Kuala Kangsar. Pada saya harga makanan yang dikenakan agak mahal (tak pasti sebab mungkin harga yang dikenakan sebab saya orang luar) namun ia bukan alasan pihak peniaga meletakkan harga sesuka hati. Saya hanya mengambil sepinggan nasi, seketul ayam dan sayur, dengan air sirap dan harga yang dikenakan adalah RM8.90!

Tentang kemudahan surau, saya melawat kawasan berkenaan sewaktu cuti Hari raya aidil adha yang lalu. saya tidak pasti wujudnya surau di kawasan berkenaan (tiada papan tanda jelas) dan kemudahan untuk solat disediakan di hadapan tandas lelaki bersebelahan medan selera. Bukan sahaja ia tidak selesa, malah bunyi bising dari pusat jualan berhampiran amatlah mengganggu.

Read the rest of this entry »

Harga Rumah Terlamapau Mahal di Bintulu

Saya merupakan salah seorang pendatang yang telah menetap di Bintulu kerana bekerja di sini. Saya dapati harga rumah di Bintulu, Sarawak adalah terlalu mahal bagi orang yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Beberapa minggu yang yang lalu, saya telah bertanya dengan pembangun harga rumah teres tengah 2 tingkat, dan harga jualan yang mereka beritahu ialah RM398000. Harga ini adalah agak tidak munasabah bagi mereka yang baru bekerja selama 5-10 tahun dan berpendapatan RM2000-3500.

Read the rest of this entry »

Masalah Kebanjiran Warga Indonesia

Sukacita saya menarik perhatian tuan berhubung permasalahan yang melanda kawasan tempat tinggal keluarga saya iaitu Kampung Melayu Seri Wira Damai, Batu Caves. Tujuan saya membuat laporan adalah berhubung isu keselamatan di mana terdapat kebanjiran warga Indonesia di seluruh kawasan berkenaan, seolah-olah pihak berwajib tidak mengambil tahu tentang perkara berkenaan.

Keluarga saya telah menetap di Kampung berkenaan sejak lebih 25 tahun yang lalu, dan semakin hari saya dapati bilangan warga asing semakin bertambah. Samada menyewa atau memiliki rumah-rumah berkenaan tidak dapat saya pastikan, namun penduduk asal merasa terancam dengan kehadiran warga asing ini.

Read the rest of this entry »

Guru PJJ KPM/OUM masih tidak dibela

BATU PAHAT: Seramai 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada temuduga antara Januari hingga Mac lalu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara, mulai bulan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata surat tawaran penempatan kepada semua graduan berkenaan yang sebelum ini dilantik sebagai guru interim (guru sementara) itu sedang diagihkan.

Read the rest of this entry »