Layanan Operator 24 hours Radio Taxi Call Service Labuan Mengecewakan

Saya ingin buat aduan mengenai sikap operator 24 hours radio taxi call service di W.P Labuan.

Sebagai individu yang baru bekerja di W.P Labuan,  sudah tentu saya banyak menggunakan pengangkutan awam terutamanya teksi. Memandangkan sukar untuk mendapatkan teksi di sesuatu kawasan tertentu, mendapatkan perkhidmatan 24 hours radio  taxi call service adalah caranya. Walau bagaimanapun, tidak seperti perkhidmatan teksi di Putrajaya, 24 hours radio  taxi call service di Labuan tidak meminta no. telefon pelanggan.

Pada mulanya saya telah menghubungi 24 hours radio taxi call service sekitar jam 07.20am-07.30am. Tempoh perjalanan yang diambil ke tempat saya dari bandar lebih kurang 15-20minit perjalanan dari bandar Labuan. Walau bagaimanapun, setelah menunggu hampir 20 minit, kelibat teksi masih tidak kelihatan dan  jam telah menunjukkan 07.40am (ikut jam saya) namun, saya teruskan menunggu. Setelah jam 07.47am, saya terus membuat panggilan semula.

Saya dimaklumkan oleh operator bahawa teksi telah  sampai di lokasi dan telah menunggu saya selama setengah jam (30 minit) namun tiada seorang pun penumpang yang keluar/ada lantas meninggalkan lokasi. Namun jika benar teksi telah sampai, mengikut perkiraan saya, teksi tersebut tidak menunggu saya selama 30minit. ini disebabkan, sekiranya saya membat panggilan pada jam 07.20am maka teksi akan sampai sekitar jam 07.35am. (jika mengambil masa 15 minit perjalanan).

memandangkan saya amat memerlukan teksi maka saya mohon agar operator dapat memanggil teksi lain lagi, namun jawapan yang saya terima “dia tidak mahu sudah” iaitu “dia” merujuk kepada teksi yang diminta untuk menjemput saya. Kemudian saya bertanya dan meminta agar ada teksi lain dan operator tersebut telah memberikan respon yang sangat kurang sopan kepada saya sebagai pelanggan yang mana operator tersebut telah meminta saya berjalan kaki dan tidak payah telefon teksi.  belum pun sempat saya habiskan cakap, opertor tersebut telah meletakkan telefon.

Jika saya adalah pelancong dan mendapat respon sebegini tentunya amat memalukan bagi negara kita.

By: Faruz Kassim

Jambatan Labuan – Menumbok: Realiti dan Fantasi

Pertama sekali tulisan ini diajukan sama sekali tidak mempunyai unsur politik tetapi melihat kepada keperluan dan permasalahan semasa masyarakat di W.P Labuan. Ianya juga tidak ada kena mengena dengan kehadiran PRU 13 yang dijangka akan dilaksanakan sedikit masa lagi. Permasalahan ini telah wujud sejak sekian lamanya, seingat saya sejak saya kecil lagi dan kini sudah berumur 35 tahun.

Rasanya saya tidak perlu memperkenalkan dimana lokasi dan sejarah W.P Labuan itu sendiri, pastinya pihak TV3 mempunyai capaian akses maklumat yang lebih baik daripada saya. Namun apa yang ingin saya usulkan disini adalah masalah PERKHIDMATAN FERI RORO yang menghubungkan diantara W.P LABUAN dan tanah besar SABAH melalui sebuah pekan kecil yang dinamakan MENUMBOK. Sejak sekian lamanya, selain pengangkutan udara (yang kosnya semakin mahal antara RM200 hingga RM 300 seorang sehala) para penduduk di sini lebih mudah menggunakan perkhidmatan ;

  1. bot laju aka “the flying coffin” dengan tambang RM 15.00 seorang sehala (45 minit perjalanan)
  2. ekspress Labuan – Kota Kinabalu dengan harga tambang RM 35.00 seorang (3 jam perjalanan)
  3. perkhidmatan feri roro dengan harga tambang RM 5.00 seorang (2 jam 30 minit perjalanan)

PERMASALAHAN

Sejak akhir-akhir ini, masalah pengangkutan khusunya yang melibatkan perkhidmatan feri roro semakin hari semakin “tenat”. Meskipun pelbagai gesaan masyarakat setempat yang mahukan perkhidmatan ini ditambah baik sehingga kini tidak mendapat perhatian sewajarnya. Apatah lagi idea untuk membina JAMBATAN untuk menghubungkan W.P LABUAN dengan MEMPAKUL/MEMUMBOK telah diilhamkan oleh pemimpin terdahulu masih dipandang remeh. Masyarakat disini yang berbilang kaum, agama, budaya malah jalinan keluarga yang pelbagai mendampakan jaringan hubungan pengangkutan yang lebih efisien bagi memudahkan pelbagai urusan dilaksanakan dari segi ekonnomi, sosial, keluarga dan pendidikan. Antara masalah perkhidmatan feri roro kini ialah ;

  1. Kemudahan feri WAWASAN PERDANA yang sering rosak membebankan pengguna apatah lagi semasa perkhidmatannya diperlukan (cuti perayaan, cuti sekolah, cuti umum). Terkini pengguna terkandas di lautan selama lebih kurang 5 jam akibat kerosakkan enjin.
  2. Kemudahan didalam feri yang kurang memuaskan dan tidak mesra pengguna. Cth : tandas yang rosak, tidak bersih dan kemudahan kerusi penumpang yang agak uzur.
  3. Jumlah penumpang yang tidak menepati had maksimum bilangan penumpang yang ditetapkan oleh Jabatan Laut (terutama semasa cuti) yang mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa apabila berlaku musibah dilaut.
  4. Ketiadaan alternatif lain bagi masyarakat disini untuk mengunjungi tanah besar Sabah dengan memandu sendiri.
  5. Jadual perkhidmatan feri yang tidak fleksibel.
  6. Pertambahan feri baharu KIMANIS 1 yang beroperasi pada pertenggahan Ogos 2012 tidak memberikan impak yang ketara dalam membantu menyelesaikan masalah ini.

LANGKAH PENYELESAIAN

Sejak beberapa tahun dulu, wakil rakyat disini telah mengusulkan untuk membina jambatan yang boleh menghubungkan antara W.P LABUAN dengan SABAH melalui MEMPAKUL/MENUMBOK. Malah satu kajian bagi mengenalpasti relevannya cadangan tersebut telah dilaksanakan yang diketuai oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kertas laporan yang lengkap telah dihantar kepada pihak kementerian yang pastinya mengungksikan pelbagai maklumat, data dan cadangan pro serta kontranya pelaksanaan projek terbabit. Desas desus mengatakan bahawa projek ini boleh dilaksanakan dan membawa impak yang positif terhadap perkembangam ekonomi di W.P LABUAN. Pada pendapat saya, antara kesan positif yang boleh diterima secara terus melalui pelaksanaan projek ini ialah ;

  1. Harga bahan mentah di W.P LABUAN akan lebih murah@sama seperti di SABAH.
  2. Mobiliti masyarakat akan lebih anjal.
  3. Pelaburan baharu akan bertapak di W.P LABUAN.

Sehubungan itu, saya memohon jasa baik pihak TV3 untuk turun padang dan meninjau semula perkembangan semasa perkhidmatan feri roro ini dan melihat semula kewajaran pembinaan jambatan antara W.P LABUAN dan SABAH. Ini mungkin hanya cerakian permasalahan yang wujud yang hanya mampu diungkapkan melalui tulisan yang biasa ini, namun pastinya perkara ini akan dapat dikupas dengan lebih teliti dengan kehadiran pihak TV3 ke “PULAU MUTIARA LAUT CHINA SELATAN” ini.

By: SARADLI BIN HJ. ARSAT

Rumah Sewa di Labuan Sangat Mahal

Saya sudah bekerja di Labuan hampir 2 tahun, namun apa yang membimbangkan bagi saya dan mereka yang datang bekerja di Labuan adalah berkenaan sewa rumahnya yang mahal dan tidak munasabah berbanding di tempat lain.

Harga sewaan bagi sebuah bilik kecil sahaja sudah mencecah RM300 ke RM400 ringgit , begiu juga rumah kampung mampu mencecah ke RM700 . Rumah teres setingkat pun tidak kurang mahalnya sehingga mencecah ke RM1200.

Masalah ini dilihat bermula dengan kedatangan ramai pekerja-pekerja dari syarikat-syarikat minyak yang bergaji besar menyebabkan penduduk tempatan mengambil kesempatan menaikkan harga sewaan dengan sesuka hati tanpa adanya kawalan daripada pihak-pihak yang berkuasa.

Mohon prihatin terhadap aduan ini demi kebajikan pekerja bergaji rendah dan sederhana yang ada di Labuan pada masa kini dan hadapan.Terima Kasih.

By: ali

Negara akan muflis kerana rasuah!

Negara kita Malaysia ini akan mengalami keruntuhan ekonomi yang teruk dan rakyat biasa akan menghadapi kehidupan yang makin sukar hari demi hari sehingga tidak dapat mengalaminya jikalau pihak kerajaan dan pebangkang tidak berusaha membenteras rasuah.

Yang kaya raya boleh lari keluar negera lain sebab banyak wang, harta, ada perniagaan diluar negeri maksudnya sediakan payung sebelum hujan. Perkara begini sudah  berlaku seperti negara jiran kita Indonesia, Filipina dan Thailand dan MALAYSIA hanya tunggu masa apabila di istiharkan muflis dan banyak berutang.

Apabila itu negara akan menghadapi keamanan tergugat,rakyat meberontak kerana kehidupan menjadi sukar, kemudahan rakyat menjadi sukar dan banyak lagi gejala gejala lain yang  akan timbul yang kita tidak sedari wallahualam……

Negara Amerika banyak berhutang disebab kan suka berperang, tapi negara Malaysia ini banyak berhutang disebab kan RASUAH.

kita lihat negara cina rakyat berbillion dan mempunyai kawasan yang luas tapi kaya, boleh bagi pinjam wang dengan Amerika yang suka hidup berperang dan berpoya poya,seperti negara kita MALAYSIA SUKA RASUAH DAN HIDUP BERPOYA POYA.

Paling tepat sekali kita lihat jiran kita Singapura negara kecil tapi banyak wang boleh bagi pinjam IMF lagi.Negara ini tak ada pun hasil bumi iseperti minyak dan kayu balak.Malahan Singapura dan China pernah di istiharkan salahsatu negara yang terkaya didunia.

China dan Singapura adalah negara yang terhebat didunia menghapuskan rasuah dan undang undang  yang sangat ketat mencegah rasuah, mereka tahu perkara RASUAH Boleh merosakan negara dan generasi generasi yang akan datang untuk memimpin negara.

By: 1 Labuan

Pencen dan Bantuan Ibu tunggal

Sebagai seorang anak, perasaan kesian dan simpati kepada seorang ayah yang telah pun bersara daripada Perkhidmatan awam TUDM Labuan sejak bulan March 2011 lagi  sehingga kini belum lagi menerima pencen termasuk juga rakan-rakan beliau yang lain menerima nasib yang sama, dan salah seorangnya telah pun di masukan ke Hospital akibat mengidap sakit buah pinggang. Sudah tentunya rakan ayah saya ini mengharapkan wang pencen beliau di laksanakan dengan segera untuk membiayai kos perubatan beliau.

Manakala ayah saya yang menetap di Kampung Tanjung Aru WP Labuan cuma melakukan kerja2 kampung untuk mendapatkan wang bagi menyara diri dan tanggungannya. hampir setiap hari ibu saya bertanya dan meminta saya memeriksa status pencen ayah saya secara online, tapi menghampakan. Nak dikatakan peralatan tak canggih tak juga, nak dikatakan tak peka pun tak guna…apa masalahpun saya tak tau sehingga begitu lambat dan susah nak menguruskannya. Bila dihubungi mereka saling salah menyalah..

Aduan yang seterusnya, kakak ipar saya  berumur 30-an adalah seorang ibu tunggal yang kematian suami sejak 3 tahuan yang lalu iaitu abang saya dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun dan menetap di Kampung Bukit Kuda WP. Labuan. masalahnya, ibu saya telah mencuba untuk mendapatkan pelbagai bantuan di Jabatan kebajikan, perangkaan dan Baitulmaal bagi menyara kehidupan dan bantuan rumah dua beranak ini. Tapi malang pelbagai alasan diberikan, salah satunya, dia masih muda dan ada peluang untuk kahwin baru. begitu singakat sekali pemikiran mereka demi mengelak untuk memberikan bantuan. jodoh dan maut di tangan tuhan, mereka tidak layak untuk membicarakannya.

Menjadi tangungan saya bagi memastikan dua beranak ini tidak terabai dan terbiar tambahan lagi tahun depan si anak akan masuk alam persekolahan di TADIKA. Mungkin perbelanjaan besar diperlukan sebagai persediaan sekolah si anak.  Hati saya menjadi sakit apabila sebuah keluarga yang mempunyai seorang anak dan suami yang hanya tau goyang kaki , minum kopi sambil merokok layak mendapatkan bantuan Rumah PPRT.  Dimana keadilannya.. kalau betul2 nak membantu jangan la berat sebelah.. membantu biarlah ikhlas. Disappointed….

By: Anidah

Harga Barang di W.P Labuan & Sabah mahal

Assalamualaikum & salam sejahtera…

Saya sebagai pengguna  di W.P Labuan dan juga Sabah ingin mengadu kepada pihak berkaitan terutamanya KPDN & HEP serta media cetak & elektronik sebagai penyampai maklumat agar dapat memberikan maklumat yang menyeluruh apabila  membuat pemgunguman mengenai kawalan harga barang atau pun laporan tentang harga-harga barang kawalan. Menyeluruh maksudnya memaparkan maklumat yang lebih jelas dan menjadi panduan kepada pengguna berkenaan harga barang kawalan terutama di Sabah, Sarawak & W.P Labuan dan tidak terhad hanya di Semenanjung Malaysia seperti yang selalu dilihat dalam laporan berita.

Masalahnya disini apabila dilihat dalam laporan berita ataupun dari KPDN & HEP berkenaan harga barang, jarang disebut  atau dipaparkan harga-harga barang kawalan bagi kawasan W.P Labuan, Sabah & Sarawak, sedangkan harga barang di sini jauh kebih tinggi berbanding di Semenanjung Malaysia sebagai contoh harga Ayam bulat bersih RM6.50 /kg bagi kawasan KL, manakala W.P Labuan RM 9.90 /kg dan mencecah sehingga RM13 /kg di tempat tertentu. Begitu juga dengan harga barang-barang lain jauh lebih tinggi sehingga 50% dan bandingkan dengan pendapatan pengguna disini yang jauh lebih rendah berbanding Semenanjung Malaysia.

Saya berharap agar pihak yang berkaitan dapat membuat kajian dan mewujudkan satu mekanisme harga  barang kawalan bagi Sabah, Sarawak & W.P Labuan agar  dapat menjadi panduan kepada pengguna disini. Begitu juga kepada pihak media cetak & elektronik sebagai penyampai agar dapat menyampaikan laporan yang menyeluruh seiring dengan slogan 1 malaysia yang sering dilaung-laungkan.

Sekian terima kasih..

By: Mohd Afindi

Kegiatan Pelacuran Berleluasa di Labuan

Saya ingin membuat aduan di sini dan berharap ada tindakan susulan yang akan di laksanakan . Tahun ini sudah genap 6 tahun saya menetap di Labuan. Ia merupakan satu tempat yang amat tenang dengan penduduk yang ramah mesra serta menpunyai permandangan yang indah.

Di sebalik semua ini terdapat keburukan nya aktiviti malam di Labuan sungguh mengaharukan bagi sebuah negara yang menamakan agama rasmi nya agama Islam. Labuan bole di katakan sebagai ‘ Haadyai Malaysia ‘ . Kali pertama saya melihat semua ini saya terkejut yang amat , sehingga terdetik di hati adakah ini di Malaysia. Kegiatan pelacuran berlansung secara terang terangan tanpa segan silu.

Hampir setiap kelab malam yang beroperasi di Labuan menyediakan perkhidmatan perlacuran dengan harga RM 250 – RM 350 semalam. Saya mengerti akan perniagaan tertua di dunia ini adalah perlacuran hampir setiap negara menpunyai kegiatan ini tapi apa yang ingin saya tekankan di sini ialah kgiatan pelacuran di Labuan berlaku secara terang terangan dan ia seperti sudah mempunyai lesen besar untuk melakukannya.

Apa yang saya harapkan di sini ialah pihak tuan dapat membantu penduduk Labuan daripada di timpa bala daripada tuhan akibat perbuatan yang tidak senonoh ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah kami hargai.Bawakan lah isu ini ke pihak atasan , atasan di sini bermaksud pihak yang benar benar bole menyelesaikan masalah ini , kerana di labuan juga mempunyai pihak atasan tetapi semuanya hanya berdiam diri.

Bantu lah kami di Labuan , selesaikan lah masalah ini.

Sekian terima kasih.

By: Lan

Perumahan Angkatan Tentera Malaysia Yang Tidak Sempurna

Perumahan Angkatan Tentera Malaysia yang baru di bina di Perumahan Desa Tun Abdul Razak, Jalan Labuan mempunyai banyak masalah.

Walaupun tersergam indah namun bagunannya mempunyai berbagai masalah dan antaranya satu lif sahaja yang berfungsi untuk setiap blok sedangkan lif yang diperuntukan ada 3. Apabila ditanya mengapa hanya satu sahaja yang berfungsi pihak Mk Staff Mk Medan TD menjawab peruntukan untuk lif tiada.

Kemana perginya wang tersebut? Penghuni rumah mengalami masalah kebocoran paip namun setalah berkali-kali dibuat aduan tiada tindakan yang diambil. apabila ditanya tiada peruntukan. kemana wang tersebut dibelanjakan. Kata mengutamakan kebajikan anggota tapi ape yang terjadi sebaliknya. membiarkan anggota dan keluarga duduk di rumah yang bocor apabila hujan lebat. perkara ini telah berlaku sejak tahun lepas sehingga sekarang tiada tgindakan.

Adakah wang yang diperuntukan telah bejanlakan untuk kepentingan pihak tertentu. SPRM sila siasat….. penduduk di sini sudah tidak tahan dengan cara mereka. Berpangkat atasan mudah menindas berpangkat bawahan… tlg siasat…..

By: acai

Tambang Teksi di KL RM280!

Saya syaza, datang ke Kuala Kumpur untuk bercuti bersama keluarga dari WP Labuan. Malangnya hari ni 2 julai 2011 pada jam kira2 11 pagi tadi menaiki teksi dari perumahan Sri Gombak ke KTM Sri Wahyu.

Kami seramai 4 orang semuanya dan dia cas kami dengan harga RM70 satu kepala, so baki semuanya RM280 ok2, sebuah teksi HBA 2765 dan berbangsa india.

Selagi kami tak bayar, selagi tu dia tak buka kunci kereta. Harapan untuk bercuti melancong di Kuala Lumpur sangat2 lah mengecewakan dan kalau boleh kami tak nak lagi nak bercuti ke Kuala Lumpur. Inikah perkhidmatan di Kuala Lumpur? Sebagai ibu negara, patutnya perkhidmatan lebih bagus dari kawasan daerah-daerah kecil. Kalau nak di bandingkan perkhidmatan di bandar raya ni dengan kampung saya, mungkin skala nya 100:1. kalau boleh bertindaklah dengan segera.

By: syaza

Doctor Hospital Labuan Cuai – Berapa banyak pesakit salah makan ubat?

Selamat sejahtera…

Disini saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan anda semua, betul atau salah, cuai atau lalai itu semua terpulang pada pandangan masing-masing.

5 tahun yang lepas nenek saya sakit, sakitnya berlarutan selama berminggu minggu, walaupun telah dibawah berkali kali ke Hospital Labuan, tapi sakit nya mangkin tenat, dan doctor di Hospital Labuan cuma memberitahu bahawa nenek cuma mengalami deman biasa, sehingga badan nya mengeluarkan cecair dan bengkak air, kami berkeputusan untuk membawa nya ke clinic swasta sahaja, kerana kami hairan dan pelik, meski pun deman ada masa nya akan pulih, dan bukan semangkin teruk, sejurus kami menghantar nenek ke clinic swasta, doctor di clinic swasta itu terkejut yang teramat sangat, dengan sekali pandang saja beliau mengesahkan bahawa nenek mengalami Stevens–Johnson syndrome, iaitu salah makan ubat dengan serta merta Doctor menjalankan ujian untuk memperkukuhkan dakwaan itu, selepas beberapa jam, keputusan telah menunjukan bahawa dakwaan beliau adalah betul, dan beliau telah mengeluarkan surat untuk Hospital kerajaan Labuan untuk mengambil tindakan selanjutnya, kerana peralatan dan ubat-ubatan di clinic beliau tidak mengcukupi, setelah mendapat tahu keputusan itu, kami dengan lantas nya membawa nenek ke hospital semula, tetapi dengan kecewa nya kami telah disuruh untuk datang semula pada keesokan pagi nya.

Pada esok nya kami kembali ke hospital dengan surat dan report dari clinic swasta, tapi dengan sekali lagi kami telah dikecewakan dengan sikap pihak hospital yang tidak bertanggung jawab, pihak hospital dan doctor itu memberitahu kami bahawa, perkara seperti report tersebut adalah tidak betul, dan pihak hospital labuan dan doctor itu memberitahu kami bahawa nenek mengalami chincken pox yang agak serious, ini kerana disebabkan, kulit nenek telah mengeluar cecair dan bengkak air, pihak hospital telah menahan nenek dengan alas an bahawa nenek mengalami chicken pox dan nenek diberi makan ubat dan gantung air, keesokan hari nya keadaan nenek semangkin teruk, badan dan jari nenek bertukar ke warna seakan-akan gelap dan bengkak air semangkin teruk. Kulit nenek seperti melecur. Walaupun sedemikian rupa, pihak hospital tidak mengambil apa-apa tindakan, sehingga nenek ku minta dibius untuk tidor, kerana kulit nenek yang hancur dan mengeluarkan cecair. Pada petang itu juga kami dengan lantas nya membawa nenek ke kota kinabalu dengan menaiki helicopter hospital setelah didesak oleh kami. Sejurus kami sampai ke hospital queen Elizabert, doctor dengan segeranya meminta segala ubat-ubatan yang dimakan oleh nenek, setelah dibuat siasatan, baru kami sedar bahawa, doctor di hospital labuan itu telah membagi nenek ubat gaut, walaupun nenek tidak mengalami penyakit gaut….. dan ubat itu la yang menyebabkan system badan nenek shutdown, dan lama kelamaan ia telah menjadi racun yang telah meragut nyawa nenek.

Apa yang sedih sekali, setelah buat sedikit selidik, saya mendapati bahawa kes seperti nenek bukan la yang pertama dan tidak ada tindakan yang diambil.

Apa yang membuat saya menulis kepada ruang ni kerana datuk saya sakit baru baru ni, dan perkara ini saya tidak tahu nak melabelkan lucu atau marah, kerana sekali lagi doctor dan hospital labuan membuat tanggapan sendiri, datuk saya sakit dan pening, doctor telah menahan datuk di hospital dengan alasan beliau disuspect mengalami TB (tuberculosis), wahal nya datuk cuma pening sahaja, dengan tiada langsung simtom penyakit tersebut….

Harap pihak tuan dapat menolong dan menaik taraf kan hospital labuan… kami rakyat labuan juga adalah manusia dan berhak memdapat rawatan setimpal dengan negeri lain.

By: Nurafiqah