Pihak JMB mengunci Cafe secara haram

Pada haribulan 27 Feb 2012, Cafe saya yang berada di Golf Club Villa Wangsamas Condo (Wangsa Maju), telah dikunci oleh pihak JMB ( Joint Management Body) secara haram dan tanpa perintah Mahkamah.

1) Berdasarkan penuduhan JMB, saya tidak membayar sewa. Sebelum ini, JMB pernah memutuskan bekalan air Café saya tanpa sebarang notis dan memaksa saya untuk berpindah secara lisan. JMB tiada rekod pembayaran sewa saya kerana pada masa itu, JMB telah bertukar orang. Tetapi sampai sekarang, saya masih mempunyai deposit sebanyak RM 7,500.

Selepas Cafe saya dikunci secara haram, saya terus melaporkan kepada Pihak Polis. Tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Pihak Polis.Pegawai di sana tidak mengesyorkan dan memberi nasihat kepada saya bahawa kena berjumpa dengan Sergeant untuk siasatan lanjutan.

2) Justeru itu, saya mencari bantuan dari pihak guaman.Sebelum saya mengambil tindakan undang-undang, Cafe saya yang sedang dikunci, telah dipecah masuk pada 4 Mac 2012. JMB dan Pengawal Keselamatan yang sepatutnya bertanggungjawab besar, pun tidak memaklumkan tentang kejadian tersebut kepada saya.

Saya bernasib baik kerana ada penghuni di sana memberitahu saya tentang kejadian tersebut, malah menolong untuk ambil gambar sebagai bukti.

Banyak harta saya yang bernilai seperti Komputer bimbit , i Pad, Telefon bimbit, duit, barang Elektronik , permainan Remote Control Kereta, Helicopter , gambar seni untuk dijual bagi tujuan amal. Malahan cermin peti sejuk pun dipecahkan.

Selepas pengetahuan saya tentang kejadian tersebut, saya terus membuat laporan Polis untuk kali yang kedua. Malahan, tiada sebarang tindakan dibuat dari Pihak Polis.

Saya berasa sangat kecewa kerana tiada sesiapa dan pihak mana-mana yang dapat menolong saya dan memberhentikan tindakan JMB yang haram ini.

3) Selepas beberapa bulan iaitu pada 10 Julai 2012, Café saya telah diceroboh masuk oleh Pihak JMB untuk membuangkan bekalan stok saya seperti aiskrim,daging, minuman Tin , dan lain-lain tanpa pengetahuan saya.Berdasarkan penjelasan dari salah satu pihak JMB, barang-barang Café saya dibuang disebabkan barang-barang Café saya telah busuk/ rosak akibat dari pemotongan bekalan elektrik oleh pihak JMB selepas Café saya dikunci haram.

Saya sekali lagi diberitahu oleh penghuni di sana tentang kejadian tersebut dan saya terus melaporkan kepada Pihak Polis untuk kali yang ketiga.

Adakah JMB sepatutnya keluar dan masuk sesuka hati ke dalam Cafe saya? Walaupun tuduhan JMB bahawa saya berhutang sewa, tetapi sebelum apa-apa tindakan Undang-undang dan keputusan mahkamah, adakah JMB berhak berbuat sebegitu kepada Cafe saya?

4) Pada 25 Feb 2013, Café saya dipecah masuk sekali lagi.Untuk kali ini, kebanyakan dari barang-barang permainan telah hilang . Aggaran kerugian melebihi RM 17k , tidak termasuk kali ini.

Saya membuat laporan polis untuk kali yang ke-empat.

Tetapi memang dalam sangkaan saya, tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil walaupun saya mengadu untuk banyak kali.

Adakah tiada apa-apa tindakan yang boleh saya buat untuk menyebelahi hak saya?

Adakah perbuatan haram JMB dibenarkan berleluasa sehingga bila-bila masa?

Sehingga sekarang, peguam yang mewakili saya, tidak mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya dan kurang aggresif selain dari mengeluarkan beberapa surat kepada pihak JMB.

Pada bulan September yang lepas, apa yang paling menyedihkan saya ialah, pihak JMB telah melelongkan semua harta benda saya yang berada dalam Café saya. Pihak JMB menyatakan dalam Writ Distress ( Perintah Mahkamah) bahawa saya berhutang sewa sejumlah RM 4,949.14. Tetapi ini tidak benar.

Saya mempunyai Invoice yang dikeluarkan oleh pihak JMB sebagai bukti bahawa mereka telah menerima sewa saya sehingga Februari 2012.

Malahan Pihak JMB menjejaskan nama baik Café saya di laman Facebook Villa Wangsamas Condo.

Di dalam Cafe saya, semua adalah harta benda saya yang sangat berharga dan bermakna kepada saya. Semua adalah titik peluh saya dan pekerja saya.

Oleh sebab itu, saya merayu kepada pihak/ perbadanan yang berkenaan, dapat menolong saya yang bernasib malang ini. Pada 2 tahun ini, saya tidak dapat tidur dengan lena dan mengakibatkan kesihatan saya terjejas dan berhutang banyak dengan bank dan pembekal Café saya. Nama baik saya pun terjejas dalam F&B Industry.

Jikalau ada apa-apa dokumen lain yang diperlukan, saya sedia untuk berkongsi.

Saya berharap dapat menerima bantuan secepat mungkin.

Sekian Terima Kasih.

By: Tan Shing Yu

KTMB Online Tiket, tapi pemikiran staff masih ketinggalan

KTMB Online Tiket, tapi pemikiran staff masih ketinggalan. Saya merupakan salah seorang pengguna keretapi KTM ETS Kuala Lumpur-Ipoh. Pada 20 Disember yang lalu saya telah menaiki tren jam 6 pagi dari KL Sentral ke Ipoh mengunakan tiket yang dibeli secara online. Pada awalnya saya gembira kerana KTMB telah menapak selangkah mengikut arus kemodenan dengan adanya e-tiket. Tetapi malangnya e-tiket KTMB hanya setakat menjual tiket secara online manakala pemikiran dan cara kerja masih lagi ketinggalan. Tiket tersebut saya beli menggunakan smartphone dan saya tiada printer di rumah. Oleh yang demikian, paparan tiket digital saya simpan di dalam smartphone.

Semasa di dalam tren, saya dimaklumkan oleh petugas yang memeriksa tiket bahawa tiket yang tidak dicetak tidak laku. Katanya “Saya nak tanda kat mana kalau setakat save tiket dalam handphone? Takkan saya nak sign kat handphone encik.” Saya tanya semula kenapa perlu tanda pada tiket sedangkan tiket ETS yang dibeli secara online dengan jelas menunjukkan nama, nombor kad pengenalan, nombor seat dan coach, masa perjalanan dan juga siri barkod. Jawapannya mudah, memang dia diarahkan untuk menanda di atas tiket penumpang. Jelas menunjukkan cara kerja tak jauh beza dengan konduktor bas tahun 1980an. Saya diarahkan untuk membeli satu lagi tiket di atas tren berharga RM 35.00. Memandangkan saya perlu ke Ipoh pagi tersebut atas urusan kerja, saya terpaksa membeli sekali lagi tiket. Dan saya dimaklumkan poleh petugas tersebut supaya menebur semula bayaran tiket online dari kaunter di stesen.

Pada hari yang sama, saya ke kaunter tiket KTMB di stesen KTM Ipoh untuk mendapatkan bayaran balik. Malangnya saya diberitahu oleh petugas di kaunter setelah beliau berbincang dengan pegawai yang tiada polisi membayar balik tiket tersebut. Saya diberitahu juga yang tiket yang saya ada secara digital sebenarnya boleh digunakan di atas tren. Saya juga dicadangkan supaya cuba untuk mendapatkan bayaran di stesen lain di Kuala Lumpur. Wah, polisi KTMB juga berbeza-beza mengikut stesen kah? Ini sangat mengecewakan. Apa guna KTMB mengadakan online tiket tetapi gagal menghayati maksud sebenar konsep online. Nampaknya setelah penswastaan, KTMB telah ketinggalan dari pemodenan dan transformasi yang giat dijalankan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

By: Mohd Faizal Harun

Malaysia tidak patut benarkan memelihara ular di tempat awam

Saya berasa terpanggil untuk membuat aduan berkenaan satu isu yang sangat menyedihkan dan menjengkel kan dalam masa yang sama. Ini adalah berkenaan dengan semakin berluasa aktivit memelihara atau membela ular pelbagai spesies termasuk ular sawa di kalangan rakyat Malaysia.

Pihak berkuasa di Malaysia harus bertindak untuk menarik balik kebenaran itu jika mereka mampu berfikir secara rasional. Di negara asing yang maju seperti Singapura, Amerika dan UK sendiri pun, diharamkan memelihara binatang repitila yang berbahaya seperti itu, apatah lagi membenarkan rakyatnya membawa ular itu ke tempat-tempat awam termasuk tempat makan dan tempat tumpuan pelancong.

1. Ular harus dikendalikan oleh pakar yang terlatih. Jika tidak boleh terlepas dan membahayakan orang lain

2. Ular bukanlah bintang yang disenangi majoriti manusia seperti kucing atau anjing, yang boleh dibawa ke warung-warung, taman tasik dan tempat tumpuan pelancong. Amat menjengkelkan bagi sesetengan orang

3. Walaupun sudah dibuang bisa, ular masih mampu gigit dan bisa baru masih boleh keluar dari badannya secara semulajadi. Ular sawa yang banyak dipelihara, mampu membelit dan menelan mangsa

4. Apabila sudah besar, ular tersebut tidak akan disimpan sampai mati seperti kita bela anjing dan kucing, tetapi ada kemungkinan dibuang begitu sahaja di semak-semak. Sebagai contoh, seorang pengawal keselamatan pernah bercerita bahawa ular sawa belaan selalu dibuang di taman tasik rekeasi di satu kawasan di KL.

5. Ular boleh digunakan sebagai benda untuk mengugut dan membahayakan orang lain.

6. Menjengkelkan untuk melihat haiwan seperti itu di tempat awam, secara mengejut, dikendalikan oleh orang persendirian untuk mendapat wang. Bayangkan jika harimau, buaya, biawak dan singa dipamerkan. Apakah perasaan kita?

RAKYAT PRIHATIN KL

By: ANAS

Prosedur di Hospital Kuala Lumpur tidak memmuaskan hati

Salam satu Malaysia,

Pakcik saya telah dimasukkan ke hospital besar kuala lumpur pada 9.11.2013. Pada mulanya pihak hospital telah memaklumkan kepada kami bahawa pakcik saya mempunyai batu karang dan akan membuat bedahan. Semasa pemeriksaan oleh doktor, apabila ditanya oleh kami bila pembedahan akan dibuat doktor menyatakan bahawa tidak kecukupan alat di hospital dan sekiranya cepat dapatkan rawatan di hospital swastan dan pakcik saya tidak akan mati hanya kerana batu karang. Inikah layanan yang diberikan kepada pesakit? memang diakui ramai pesakit tunggu gilira mereka.. Sekiranya betul dakwaan doktor itu, kenapakah kerajaan tidak dapat memperuntukkan dana untuk itu? apakah nilai nyawam orang yang berpendapatan rendah tidak berharga lagi?

Selepas tiga hari, pakcik saya memang tidak tahan dengan kesakitan dan isterinya telah merayu kepada staff nurse untuk memeriksanya dan seorang pakar telah memeriksa dia. Dan kini pakar tersebut menyatakan bahawa ianya bukan karang dan sebenarnya saluran darah telah pecah dan satu lagi telah tersumbat dan kemungkinan boleh menyebabkan jangkitan. pada 14.11.2013 pakar kata akan buat pembedahan pada 15.11.2013. Pada 15.11.2013, pihak hospital kata perlukan RM8,000. bagi alat untuk memberhentikan memisahkan kedua-dua saluran tersebut dan memintan kami untuk membuat aturan.

Kenapakah masa yang lama diambil oleh pihak hospital dan pada 15.11.2013 baru meminta duit untuk mendapatkan alat itu? dan menurut mereka akan membuat pembedahan pada 18.11.2013. Maklumlah pada 16.11.2013 & 17.11.2013 mereka curi rehat.Keadaan pakcik saya sudah bertambah teruk. pada 17.11.2013, kami diberitahu mereka masih cari alat tersebut yang sesuai. Pada 18.11.2013 tidak ada pembedahan dibuat.

Beginikah layanan diberikan kepada setiap pesakit dan apakah mereka akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku kepada dia? Mereka hanya akan menulis laporan sahaja.

By: kavitha s

Masalah pertukaran kakitangan awam antara universiti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya seorang kakitangan awam yang bertugas di sebuah Universiti tempatan. Aduan masalah saya ialah, tiadanya sistem pertukaran  suka sama suka diantara kakitangan awam di universiti awam di malaysia. Pertukaran ini dibuat atas pelbagai faktor antaranya faktor suami atau isteri yang bekerja di negeri yang berbeza, menjaga ibubapa yang telah uzur, masalah kos sara hidup di bandar besar dan sebagainya.

Dari pengalaman sebelum ini, saya pernah menelefon bahagian sumber manusia sebuah universiti tempatan untuk bertanyakan jika boleh saya membuat pertukaran suka sama suka dengan seorang kakitangan di universiti tersebut. Jawapan daripada bahagian sumber manusia tersebut ialah tidak wujud sistem dan tidak boleh kakitangan di dua universiti berbeza untuk membuat pertukaran walaupun daripada jawatan dan gred yang sama dan walaupun universiti di bawah satu kementerian yang sama.

Perkara ini amat mengecewakan kerana jika dibenarkan sistem tersebut ia dapat memberi banyak kelegaan dan menyelesaikan banyak masalah seperti di jelaskan tadi. Oleh itu saya dan mungkin mewakili kakitangan awam yang senasib memohon dengan baik kepada pihak JPA, CUEPACS dan sebagainya memberi perhatian dan menyelesaikan masalah yang dihadapi kami ini. Segala perhatian kami ucapkan ribuan terima kasih.

By: hairy

Penipuan Pelaburan Minyak Mentah

Salam admin, saya terpanggil untuk membuat aduan ini bukan kerana saya yang tertipu tetapi kerana ramai rakan2 sosial network saya yang mempromosikan peluang pelaburan ini dan saya rasakan ianya amat berisiko tinggi dan perlu kepada satu siasatan lanjut oleh pihak berwajib supaya perkara ini tidak berlanjutan dan supaya tidak ramai rakyat Malaysia yang akan terus ditipu dan tertipu.

Website: www.futurebarrel.com

Pertama kali saya melihat website company ini yang kononnya menjalankan perniagaan minyak mentah, saya terus tidak yakin dan terus merasakan ianya adalah sama seperti pelaburan2 yang menawarkan ROI tinggi di Malaysia sebelum ini atau senang cerita dikenali sebagai SCK (Skim Cepat Kaya) yang kita semua sudah boleh agak jangka hayat syarikat ini sejauh mana.

Apabila pergi ke bahagian contact dlm website ini akan dinyatakan alamat perniagaan ini yang kononnya beralamat di Vancouver, British Columbia, Canada. WOW nampak macam gah jee.. tapi sebenarnya semua ini hanyalah beroperasi atas talian dan berasal dari Malaysia.  www.alexa.com salah satu platform untuk rujukan sesuatu website berasal dari negara mana dan untuk mengetahui website tersebut banyak dilawati oleh orang negara mana. Setelah diperiksa ternyata ianya hanyalah dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Jadi entah alamat siapa yang diambilnya utk diletakkan di dalam web.

FutureBarrel.com akan menjadi satu lagi igauan bagi pelabur2 ghairah yang tidak berilmu dan terburu-buru untuk mengaut kekayaan mudah. Dengan tawaran keuntungan setinggi 25% dalam masa 21 hari ianya amatlah mustahil walaupun sebuah syarikat minyak yang menjanjikan pulangan sedemikian tinggi.

Lebih malang lagi ada di kalangan ahli2 syarikat ini yang sanggup menggunakan nama VIP dan mengaitkan yang kononnya penasihat kepada syarikat ini ialah orang dari Petronas. Ianya sedikit pun tak ubah seperti pelaburan2 sebelum ini namun tetap ramai rakyat Malaysia yang terjebak. Inilah pentingnya ilmu pelaburan.

Harap kerjasama dari pihak admin untuk merungkai mengenai taktik syarikat ini.

Terima Kasih.

Rakyat Malaysia

By: Maria

Operasi 6P oleh KDN

Salam Sejahtera Tuan/Puan,

Untuk makluman, saya bekerja di Depot Monorail KL, Jalan Berhala selama hampir 3 tahun untuk projek menaik taraf KL Monorail yg ditawarkan kepada Scomi.

Selama pemerhatian saya dan dari akhbar, tiada operasi 6P dijalankan oleh KDN. Terlalu ramai pendatang yg berlindung disini dan mereka adala dari India, Indonesia, Myanmar, Bangladesh dan Sri Lanka.

Kejadian yang pernah terjadi, seorang staff KL monorail di rompak dgn menggunakan pisau dan seorang kontraktor kami dari Korea dirompak menggunakan pisau sehingga cedera. Ada juga kes bunuh.

Tetapi mengapa tiada operasi 6P atau pun OPS Cantas dilakukan di kawasan Brickfield. Adakah kawasan ini kebal dari undang2 kerana ia dirasmikan oleh PM Malaysia dan India.

Amat jarang sekali anggota polis membuat rondaan walaupun mempunyai Balai Polis Bergerak yg anggotanya tidak proaktif. Polis yg membuat rondaan hanya meronda walaupun kesalahan penunggang tidak menggunakan helmet atau melalui laluan ‘No-entry’ dihadapan mereka.

Botol2 arak bersepah sepah ditepi jalan seolah olah minum minuman keras di tempat awam dibenarkan.

Kereta, Bas, pengangkutan awam dan lori dipakir disepanjang jalan walaupun Ibu Pejabat SPAD berhampiran.

Penguatkuasa DBKL pula, seperti lesu dan tidak berani untuk menunda kereta yg memakir sesuka hati mereka seolah-olah Brickfield spt tanah nenek moyang mereka.

Pendatang2 ini bebas seperti tiada tindakkan undang2 yang boleh dikenakan keatas mereka.

Saya berharap pihak tuan/puan dapat memaklumkan perkara ini kepada KDN(Imigresen, Polis dan SPAD).

By: Roslan

Kesesakan di Jalan Dutamas Raya, Segambut

Assalamualaikum,

Saya ahmad. Tinggal di Anggunpuri Kondominium, Jalan Dutamas Raya.

Aduan saya berkaitan kesesakan lalulintas di Jalan Dutamas Raya. Sepanjang jalan Dutamas Raya terdapat beberapa kondo dan jugak sekolah international. Kedudukan Anggunpuri condo adalah d penghujung jalan dan jalan keluar ke jalan utama terdapat 1 laluan sahaja.

Sejak kebelakangan ini, terutamanya minggu ini, 7 Oktober 2014, kesesakan yang terlampau telah berlaku. kesesakan telah menyebabkan kebanyakkan penghuni tersangkut sehinga sejam, padahal perjalanan untuk ke simpang utama adalah lebih kurang 800meter sahaja tetapi memakan masa sehingga 1jam ke 1jam setengah.

Kesesakan ini juga telah menyebabkan penghuni Anggunpuri tidak dapat keluar dari tempat parking mereka memandangkan kereta tidak bergerak. dan juga telah menyebabkan kelewatan masuk tempat kerja.

Pihak DBKL dan PDRM telah dimaklumkan sebelum ini berkaitan perkara ini tetapi pihak tersebut menyalahkan penghuni kondominium ini yang meletakkan kenderaan di tepi jalan. Akan tetapi. kenderaan-kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan sekitar Anggunpuri dan Menara Duta Ria tiada kaitan dengan kesesakan yang berlaku. Pihak DBKL dan polis hanya tahu datang untuk menyaman kendereaan yang di letakkan di tepi jalan tetapi tidak pula membantu untuk mengawal trafik di persimpangan Changkatview dan persimpangan lampu isyarat.

Saya mewakili penghuni Anggunpuri memintan bantuan pihak tuan untuk membantu dan mencari penyelesaian pada masalah ini. Masalah ini dah lama berlarutan tapi tiada penyelesaian. Mohon pihak tuan menghantar wakil ke kawasan kami untuk melakukan pemantuan. Untuk mekluman, kesesakan akan bermula jam 7.10 pagi.

Sekian

By: ahmad

Graduan Diwajibkan Bayar Yuran Graduan Walaupun Tidak Hadir

Saya graduan Cybernetics International College of Technology Taman Maluri Kuala Lumpur, ingin menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap kolej ini.  Saya diminta untuk membayar Sebanyak RM350 bagi yuran graduan walaupun saya tidak dapat menghadirinya atas sebab kesempitan wang malahan juga sebagai seorang anak yatim piatu yang masih lagi belum mendapat apa-apa jua pekerjaan..

Terasa ditindas oleh pihak kolej tersebut. Sepatutnya kami diberi pilihan yang sewajarnya sekiranya tidak dapat menghadiri majlis tersebut dan pihak kolej sepatutnya lebih profesional dalam hal sebegini. Mereka sepatutnya lebih paham dengan situasi sebegini. Sebagai contoh sekiranya graduan tidak dapat menghadiri majlis tersebut, pihak kolej sepatutnya memberi pilihan dengan hanya membayar wang pemprosesan untuk mendapatkan transkrip diploma tersebut.

Kenapa saya perlu bayar lebih iaitu sebanyak RM350 (yuran graduan, jamuan, gambar, sewaan jubah, dan dua orang tetamu) sedangkan saya tidak dapat menghadiri ke majlis tersebut. Saya berharap agar pihak tuan dapat membantu saya dalam hal sebegini yang melibatkan para pelajar seperti saya agar kami TIDAK DITINDAS sebegini rupa.. PENTINGKAN KEBAJIKAN PELAJAR BUKAN HANYA MEMENTINGKAN WANG PELAJAR.

By: Sarah

Pelaburan BuildRich Mining

Dalam setahun dua ini,rancak di laman-laman blodgdan laman sosial seperti Facebook, Blogspot (Blogger), twitter dll mengenai Skim Pelaburan dalam Buildrich Mining Group Bhd.

Kepada semua rakyat malaysia, pihak Bank Negara Malaysia BNM tidak ada mengeluarkan/membenarkan/memberi jaminan bahwa pelaburan dalam Buildrich Mining ini adalah terjamin sepenuhnya. Syarikat ini hanya mempunyai lesen perniagaan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM, dalam lesen tersebut tidak dinyatakan aktiviti Pelaburan tetapi hanya aktititi perniagaan perlombongan. Ini jelas bertentangan dengan Konsep pelaburan di Malaysia.

Blog di bawah ini adalah salah satu ahli yang mempromosikan pelaburan ini,

http://buildrichgold.blogspot.com/

Sehubungan itu, sila maklum dan perhati cara pembayaran Pelaburan ini,dengan hanya memasukkan sekian jumlah ke dalam akaun admin, anda akan diberi no.id dan password untuk login ke laman buildrich. Sistem pembayaran dengan hanya menggunakan Ewallet ini adalah sangat berisiko tinggi, anda melaburkan sekian jumlah ribuan ringgit tanpa ada apa2 perjanjian kepada syarikat ataupun daripada admin tersebut.

Pulangan dividen harian adalah sekitar 2.5% sehari dan selama 100 hari. ini bermakna hampir 250% – 300% dividen akan anda semua dapat dengan hanya duduk diam tanpa menaja apa2. Belum ada pun syarikat Perbankan di Malaysia ini mampu memberikan dividen setinggi itu dengan hanya 100 hari sebanyak 250% .

Ingat! Perniagaan ini tidak akan bertahan lama, syarikat ini tidak mempunyai sebarang Lesen kebenaran daripada BNM,SC dan KPDNKK untuk menjalan Bisnes networkingnya melalui pelaburan Emas.

Walauapaun taktik mereka, sila berhati-hati jangan kerana dek mengejar untung yang besar maka akan menyebabkan diri sendiri merana. Jika anda melabur disini, maka anda akan cuba sedaya upaya untuk promosi iklan Id Tuan Puan melalui Blog,Facebook,twitter  atau apa saja laman rangkaian sosial untuk anda cuba mengikut rentak upline.

Salah satu cara mereka promosi adalah spt berikut;-

” Anda tidak perlu menaja, tidak perlu susah payah cari downline,hanya duduk diam duit bekerja untuk anda”.

Kata-kata diatas adalah salah satu kata-kata kunci dalam dunia Biz Networking, jika benar tidak perlu menaja downlin,kenapa perlu promosi tiap2 hari di laman blog,facebook dan twitter? Jika anda join, maka Anda TERPAKSA buat ayat yang sama kepada prospek2 anda dengan ayat tersebut.

Kesimpulannya, Bis ini tetap akan mencari downline,dan jika anda tidak mencari downline,maka Income yang anda jana adalah terhad.

Berhati-hati dalam biz seperti ini,kerana syt ini ataupun upline dalam biz pelaburan ini tidak menyediakan apa-apa perjanjian bertulis kepada anda sebesar mana pun pelaburan anda. RISIKO ADALAH TANGUNGGAN ANDA SENDIRI.

Jika syarikat ini benar2 SAH disisi undang-undang Pelaburan dalam Malaysia, sila tanya Upline yang promosi Biz ini,adakah Syt ini punya Perakuan dari BNM,Suruhanjaya Sekuriti SC dan KPDNKK.

By: Sharizal Abdullah

Perkhidmatan bas Shamisha Express yang teruk

Assalamualaikum w.b.t

Saya telah menaiki bas Shamisha sebanyak 2 kali secara tidak sengaja

Dukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan bas ini amat teruk :

  1. Penjaga kaunter yang tidak mesra prlanggan-bertugas pada 29.08.2013 pd jam 6.20 ptg
  2. Pengurusan bas yang tidak sistematik seperti penumpang dari Penang dan Butterworth diminta turun dengan tiba-tiba.
  3. Pemandu yang bercakap kasar dengan penumpang.
  4. Tidak menepati masa.

Shamisha Express sepatutnya mencontohi syarikat KBES & Transnasional yang mempunyai pengurusan yang cekap dan sistematik selain menepati masa

Semoga syarikat bas Shamisha akan memperbaiki mutu perkhidmatan mereka. Sekian, terima kasih.

By: AINUN NAJMIAH

Proton Saga FLX Bermasaalah

Salam Sejahtera.

Isteri saya telah membeli sebuah kerata baru ( Saga FLX 1.3) di Proton Edar di sebelah bangunan Gaint Bt. Caves. Pada hari Selasa 5hb Ogos 2013 kereta tersebut telah dibawa pulang ke rumah dengan tanpa masalah. Pada hari 7hb Ogos iaitu malam hari hari puasa saya telah memandu kereta tersebut untuk pulang ke kampung isteri di Bandar Baru Beris Jaya , Sik Kedah. Dengan kelajuan tidak melebihi 100 km saya telah sampai ke kampung dengan selamatnya iaitu pada pagi hari raya puasa pertama.

Pada hari Jumaat bertarikh 9 ogos 2013 jam 8.00 malam saya telah memandu kereta tersebut ke kawasan berdekatan iaitu di Taman Ria, Gurun. Sewaktu dalam perjalan pulang iaitu ketika saya berhenti di salah satu lampu isyarat dengan tiba tiba kereta tersebut tidak boleh bergerak. Injin masih hidup, air cond masih baik dan pada masa itu saya melihat lampu amaran CVT bernyala. Saya panik dan tidak tahu hendak buat apa di kawasan hutan itu . isteri saya telah menghubungi wakil pengedar dan kami dinasihatkan untuk mencabut pluq bateri dan membiarkan seketika. Kami telah berbuat demikian dan memasangnya semula. Alhamdulillah kereta dapat dipandu semula telah berhenti semula dengan kedaan lampu CVT bernyala. Saya kemudiannya mematikan injin dan menghidupkan semula dimana waktu itu saya dapati lampu CVT telah terpadam. Saya telah membawa kereta pulang ke Beris Jaya dengan selamat.

Pada keesokkan saya hubungi pengedar proton di Gurun dan mendapat nasihat supaya saya membawa kereta ke kedainya pada hari Ahad 11hb Ogos 2013

Pada pagi 11 ogos saya telah membawa kereta ke puasat service di Gurun. Dalam perjalannan , lampu CVT bernya sekali membuat kami berhenti dan menghidupkan injin semula. Sampai di pusat service itu kereta tersebut telah cuba diperbaki. Jam 2.30 petang saya bawa kereta itu pulang tetapi tidak beberapa minit kemudian lampu CVT bernyala lagi. Saya berpatah balik ke kedai berkenaan. Pihak kedai tersebut menasihatkan saya membawa kereta itu ke Proton Service Juru kerana mereka kekurangan alat untuk membaikinya.

Pada 12hb Ogos saya membawa kerteta tersebut ke Juru dan seperti biasa kereta tersebut akan berhenti 2-3 kali akibat dari nyalaan lampu CVT. Kereta telah dibaiki di sana diatas seliaan Sevice Advisor En. Azman Basha. Jam 3.00 petang saya bawa balik kereta di Gurun dimana lampu nyalaan CVT muncul semula sewaktu berada di Jeniang. Saya hubungi En. Azman dimana beliau menasihatkan saya supaya menghantar kereta tersebut ke Sungai Petani pula. Saya tidak mempunya masa, saya perlu pulang ke KL. Pengedar kereta di Bt. Caves menyuruh saya menghantar kereta ke Kepong setelah sampai ke KL.

Pada hari yang sama saya membawa kereta pulang Ke KL. Dalam perjalan itu kereta berhenti kerana CVT sebanyak 2 kali sehingga melepasi tol juru. Setiba saya di Cangkat Jering nyalaan CVT bermula. Kali ini kereta tidak mampu bergerak. Pihak pronda plus menasihatkan saya membawa kerta perlahan dan berhenti di Tol Cangkat Jering. Kami menghubungi talian hot line proton. Jam 12.30pagi sebuah kereta tunda datang membawa kami ke pusat service proton jalan Kuala di Ipoh. Kami terpaksa bermalam di hotel jam 2.00 pagi menunggu hari siang.

Pada hari Selasa 12 ogos jam 6.00 petang kereta kami selamat di perbaiki dibawah seliaan En. Zamhuri dan maknik En Rahim. Saya pun memandu pulang kereta tersebut dengan selamat ke rumah saya di Bukit Beruntung Selangor.

Pada hari Rabu 13 ogos 2013, saya memandu kereta ke tempat kerja di Chow Kit Kuala Lumpur. Apabila menaiki tempat letak kereta di tingkat 4, lampu CVT menyala lagi. Saya telah menghubungi kereta tunda kurnia insurance dimana kereta tersebut telah di tarik ke Proton Edar Sdn bhd ( service) lot 9818 Persiaran Mohagani Sri Damansara 52100 Kepong di bawah seliaan En Sufna Hatin.

Saya tidak menyalahkan pusat service, mereka cuma pekerja dan rata ratanya melayan saya dengan baik. Saya terkilan kerana percutian Hari Raya saya tidak bermakna dan menghabiskan masa saya menunggu di pusat service hampir setiap hari. Saya rasa tertekan berhenti dalam gelap di tengah tengah hutan ditepi high way bersama anak dan isteri saya dan mengalami pengalaman kereta ditunda 2 kali dalam masa seminggu kereta dikeluarkan. Isteri saya menghadapi masalah kemurungan kerana tertekan dan tidak menyangkakan kereta barunya menyusahkannnya. Bila saya ceritakan kepada wakil pengedar yang lain , mereka hanya berkata bahawa kereta yang mereka jual semuanya OK. Apa yang berlaku kepada saya adalah dikira nasib saya.

Tuan tuan, ini adalah bukan soal nasib. Saya adalah pembeli saya tidak mahu tertipu. Saya bukan mahu letakkan kereta tersebut sebagai hiasan di rumah atau jadi bahan ujikaji. Saya mahukan kereta yang bagus dan baik.

Saya mengucapkan terima kasih kepada hot line proton, proton service juru dan ipoh kerana membantu saya. Saya berharap pihak roton membaiki kereta tersebut dan mengembalikan keyakinan saya. Jika pihak proton belum pasti atau kurang keyakinan kepada keupayaan makeniknya tolong jangan pulangkan kereta tersebut kepada kami.

By: tajudin

Kecewa dengan sikap pekerja bas Transnasional

Saya ingin membuat aduan terhadap syarikat bas Transnasional. Saya mengharapkan agar aduan ini diambil perhatian oleh pihak berwajib kerana pada amatan saya, banyak individu lain yang telah membuat aduan terhadap syarikat bas tersebut. Namun, perkhidmatan yang diberikan masih pada tahap yang tidak memuaskan.

Untuk makluman, saya telah menaiki bas Transnasional pada 3 Februari 2013. Destinasi yang dituju adalah daripada Hentian Mini Kubang Kerian, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur. Oleh sebab saya keseorangan, saya ke kaunter untuk memastikan ketibaan bas saya, iaitu SKMK 188A pada jam 9.00 pagi. Saya diberitahu bahawa untuk menunggu pengumuman yang akan dibuat sekiranya bas saya tiba. Saya berasa lega dan selamat apabila dijanjikan akan diberitahu ketibaan bas. Namun, ketika bas tiba, tiada pengumuman dibuat dan perkara yang diduga berlaku, iaitu bas tiba lewat pada jam 9.30 pagi. Tetapi, destinasi bas tersebut adalah ke Shah Alam dan Klang. Pada amatan saya, mungkin itu bukan bas ke destinasi saya, iaitu ke Kuala Lumpur dan tiada pengumuman dibuat. Disebabkan rasa khuatir, saya bertanya pemandu bas tersebut. Saya agak terkejut kerana diberitahu bahawa saya patut menaiki bas tersebut. No plat bas tersebut ialah WRW 8408. Saya sangat kecewa dengan pihak kaunter Transnasional Kubang Kerian kerana tidak membuat sebarang pengumuman seperti yang dijanjikan. Jika saya tidak bertanya, saya pasti akan ketinggalan bas tersebut untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Apabila saya menaiki bas tersebut, saya bertanya kepada pemandu kedua (co-pilot) bas itu di mana tempat duduk saya. Kemudian, saya diberitahu bahawa tempat duduk di dalam tiket saya telah ditukar kepada tempat duduk lain, iaitu dari KC kepada FB. Saya tidak kisah. Kemudian, saya maklumkan berkenaan seorang rakan saya yang akan naik dari Dataran Kok Lanas dan telah memaklumkan pihak Transnasional terlebih dahulu. Tiba-tiba pemandu bas tersebut mempertikaikan perkara tersebut dan saya perlu menerangkan beberapa kali kepada pemandu bas tersebut. Kemudian, saya memaklumkan kepada pemandu bas tersebut bahawa saya sepatutnya duduk bersebelahan rakan saya dan saya berharap dapat duduk bersama rakan saya. Namun, pemandu tersebut menyatakan bahawa saya tidak boleh duduk bersebelahan rakan saya dan pemandu tersebut perlu mengutamakan penumpang ke Shah Alam dan Klang. Saya berasa dianaktirikan kerana saya juga merupakan penumpang bas tersebut dan saya juga membayar untuk tiket saya. Tetapi, penerangan yang diberi kepada saya adalah dalam dialek Kelantan dan sangat kasar. Adakah kerana saya orang luar, pemandu bas itu tidak mendengar aduan saya dan menjawab dengan kasar? Saya juga menyatakan bahawa saya mengadu kepada pemandu tersebut sebab berasa tidak puas hati. Namun yang dijawabnya ialah “ Kalau nak buat aduan, bukan pada saya, tapi pergi ke kaunter bas Transnasional” Adakah itu cara seorang pekerja berkomunikasi kepada penumpang? Saya merasakan bahawa tindakan pemandu itu sangat tidak profesional dan kurang ajar terhadap penumpang bas.

Kemudian, untuk mengelakkan perselisihan faham, saya duduk sahaja di tempat duduk FB seperti yang diberi oleh pemandu tersebut. Namun, ketika di Kota Baru untuk mengambil penumpang lain, saya didatangi oleh seorang makcik dan mengatakan bahawa tempat yang saya duduk adalah tempat dia. Disebabkan itu, saya bangun dan bertanya semula kepada pemandu bas tersebut. Kemudian, jawapan yang diberi adalah nombor siri bas itu sudah lain dan menyusahkan pemandu itu untuk meneliti satu persatu. Pada saya, itu adalah masalah pengurusan pihak Transnasional dan bukan perlu menyusahkan penumpang yang terpaksa bertukar-tukar tempat duduk, seolah-olah saya tidak membayar tiket dan hanya menumpang bas tersebut. Kemudian, pemandu tersebut berjumpa dengan makcik itu dan memaklumkan hal berkenaan. Kemudian, pemandu itu berkata kepada  makcik tersebut bahawa “ Mek tu banyak sangat komplen” dan merujuk kepada saya. Saya berasa terhina dengan kata-kata pemandu tersebut dan perbualan kami menjadi perhatian penumpang lain. Saya sangat tidak faham dengan masalah pemandu tersebut. Saya merasakan masalah tidak akan timbul jika mereka memberitahu kepada penumpang bahawa ‘free seat’ sahaja. Tetapi itu tidak berlaku.

Kesimpulannnya saya merasakan bahawa kebajikan penumpang langsung tidak diambil peduli oleh pihak Transnasional. Saya berasa sangat terhina dan kecewa dengan sikap pemandu tersebut, di samping kecewa dengan pihak kaunter Transnasional di Kubang Kerian, Kelantan. Saya juga berasa tidak diambil peduli kerana mungkin kerana saya adalah orang Kuala Lumpur dan tidak pandai berdialek Kelantan. Oleh itu, saya sangat berharap supaya pihak Transnasional atau pihak berwajib mengambil tindakan kepada pekerja-pekerja yang tidak menjaga kebajikan dan menghina penumpang bas. Selain itu, banyak lagi yang saya perhatikan kelemahan Syarikat Bas Transnasional meskipun perkhidmatan bas tersebut telah berpuluh tahun beroperasi di Malaysia. Namun, Perkhidmatan yang ditawarkan masih tiada perkembangan positif dan banyak aduan yang dibuat tidak diambil peduli.

Insan Kecewa

By: yuhanis