Kpm | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Kpm’

Graduan Pendidikan 2011 : KPM abaikan

Salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia;

Pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sangat tidak adil apabila KPM hanya menguruskan graduan pendidikan IPTA keluaran 2012 sahaja untuk sessi temuduga guru dan pengambilan guru. KPM lansung tidak memberi perhatian kepada nasib graduan pendidikan yang berlambak menganggur di luar sana. Atas alasan KPM tidak ada kekosongan jawatan guru. Tetapi persoalannya, mengapa masih membuka sessi temuduga guru untuk graduan 2012.

Dasar kerajaan yang sering berubah-ubah amat menyusahkan graduan pendidikan yang menganggur untuk sekian lama. Matlamat untuk memantapkan sistem pendidikan konon, tetapi pada masa yang mengehadkan atau membekukan pengambilan guru bagi graduan 2010 -2011. Pengurusan apa semacam ni. Untuk pengetahuan KPM; berikut adalah graduan pendidikan yang masih menganggur. Nasib graduan yang tidak pernah diambil perhatian oleh KPM. Tidak pernah menerima panggilan sessi temuduga guru apatah lagi menerima penempatan. Sudah menganggur 2 tahun.

Read the rest of this entry »

Pegawai Sukan KPM Tak kompetent

Saya adalah seorang guru jurulatih sukan di Utara. Saya lihat Bahagian Sukan KPM ini ramai pegawai-pegawainya tidak mahir berbahasa Inggeris dan tidak ada latarbelakang sukan. Pada saya ini penting kerana kalau dah tak ada pengalaman sukan maka keputusan atau kerja-kerja yang dilakukan akan menjadi bahan ketawa orang yang berpengalaman dalam sukan. Kita ambil contoh berbahasa Inggeris.

Kita tahu negara-negara maju dalam sukan kebanyakkan nya dari negara barat. Kalau pegawai-pegawai sukan di KPM ni tak boleh berbahasa Inggeris maka macam mana nak berbincang, berdialog dan memberi pandangan tentang sukan. Kita juga yang rugi.

Read the rest of this entry »

Penempatan Guru Lepasan UPSI

Apa nak jadi dengan guru-guru lepasan UPSI? Sejak Kementerian Pengajian Tinggi diadakan makin ranum masalah ini. Tak tahu KPM terlepas pandang atau KPT yang tak bergerak? Anda bayangkan KPM sanggup berbelanja lebih untuk melatih semula siswazah yang bukan kelulusan pendidikan di IPG sedangkan lulusan ijazah pendidikan dari IPTA masih berlambak terkial-kial menunggu penempatan. Nyamuk mati di seberang nampak gajah terlentang mati di depan mata terpijak. Bukan tak nampak, tapi malang sekali rakan-rakan yang memilih bidang ini.

Balik kepada tanggungjawab pihak yang berwajib, setakat ini tiada penjelasan daripada KPM mahupun KPT. Hanya khabar angin yang diterima yang mengatakan KPT tiada link langsung dengan KPM dalam soal penempatan lulusan pendidikan yang dimaksudkan. Ada yang kata KPM tak dapat menempatkan sebab kota guru dah lebih.

Read the rest of this entry »

Guru PJJ KPM/OUM masih tidak dibela

BATU PAHAT: Seramai 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada temuduga antara Januari hingga Mac lalu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara, mulai bulan ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata surat tawaran penempatan kepada semua graduan berkenaan yang sebelum ini dilantik sebagai guru interim (guru sementara) itu sedang diagihkan.

Read the rest of this entry »

Graduan Ijazah Pendidikan IPTS – KPM tak nak terima

SEGELINTIR pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kini mula tertekan gagal memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Kebimbangan itu berikutan keputusan Kementerian Pelajaran hanya menerima permohonan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seperti dihantar kepada graduan program itu yang memohon menjadi guru di sekolah kerajaan.

Read the rest of this entry »

KPM Jangan Diskriminasi Graduan Pendidikan Kolej Swasta

Amat kecewa kami para graduan Pendidikan Kolej Swasta melihat keyataan media ber ulang daripada YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI Merangkap MENTERI PELAJARAN MENGENAI Mengenai ISU PENEMPATAN GRADUAN PENDIDIKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM di dalam laman web Kementerian Pendidikan Malaysia baru baru ini untuk kali ketiga sejak 2010.

Bahawa ” Bagi graduan IPTS, urusan temuduga dan pengambilan tidak dilaksanakan pada masa ini kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA yang mana pengambilan mereka mengikuti bidang pendidikan yang telah diunjurkan lebih awal oleh KPM kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Graduan IPG pula diberi keutamaan disebabkan latihan mereka dalam bidang pendidikan adalah tajaan KPM. ”

Read the rest of this entry »

Tekanan yang dihadapi guru yang menyambung pengajian

Saya adalah guru dari sebuah SMKk di daerah Pokok Sena, Kedah. Saya dan rakan-rakan guru yang menyambung pelajaran masters menghadapi masalah di mana kami tidak mendapat cuti yang telah diberikan  dalam surat pekeliling KPM dalam menyiapkan project akhir kami. Projek ini memerlukan masa dan tumpuan dan adalah amat penting bagi sesiapa yang ingin menamatkan semester akhir untuk penambahan ilmu. Tanpa budi bicara pengetua untuk memberikan ruang masa ini kami tidak dapat menyiapkan data projek akhir kami.

Kami berasa tidak patut, hal ini kerana pihak kementerian seharusnya memberi peluang kepada pelajar dan membela kami daripada terus ditindas oleh pengetua yang melanggar hak kami untuk bercuti. Tindakan pengetua yang memperlekehkan kami melanjutkan pelajaran dan menghadapi kesukaran untuk membuat projek juga amat tidak wajar sebagai seorang warga pendidikan yang profesional.

Read the rest of this entry »

Gara-gara pihak universiti (UPSI), pelajar merana

Di sini saya sebagai pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merasa sangat kesal dengan tindakan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memotong hampir 70% daripada jumlah keseluruhan biasiswa kami atas alasan pihak universiti telah melanggar perjanjian dengan KPM dengan mengadakan semesta khas. Semesta khas ini adalah untuk pelajar semesta 7 dan 8 yang menjalankan latihan mengajar di sekolah-sekolah yang telah ditetapkan.

Masalah yang timbul sekarang kenapa kami sebagai pelajar yang terpaksa menaggung bebanan ini. kenapa bukan pihak universiti. dengan pemotongan tersebut kami terpaksa menanggung  bebanan kos hidup yang tinggi. kami semua bukan berasal dari keluarga yang berda. macam mana kami yang berjumlah beratus orang ini hendak meneruskan latihan tersebut? kami harap pihak aduan rakyat akan menolong kami menuntut keadilan ini kerana inilah salah satu jalan untuk kami mendapatkan balik hak kami.

Read the rest of this entry »

Guru tertekan dan ditindas: KPM tidak bertanggungjawab

Saya adalah guru di sekolah swasta di Selangor.  Saya amat menyintai bidang perguruan.  Saya pernah menjadi guru gstt selama hampir 6 tahun, namun atas alasan jawatan guru gstt dibekukan saya mengganggur hampir setahun. Kekeciwaan itu menyebabkan saya mencuba nasib di sekolah swasta.  Semoga sinar bahagia akan menyelubungi saya. Itu harapan saya. Namun, sebaliknya pula yang diterima. Tekanan demi tekanan yang terima di sekolah swasta menyebabkan saya tidak pernah berhenti memohon KPLI.  Namun, rezeki belum memihak kepada saya.  Hinggalah saya berusaha tanpa mengenal jemu dan akhirnya ditawarkan tempat di maktab perguruan dengan pembiayaan sendiri.

Saya berjaya menyelesaikan diploma pendidikan ini dan berjaya mendapat keputusan cemerlang. Saya lalu mengisi borang secara online untuk Guru Sandaran Terlatih ( GST). Saya berjaya dipanggil interview dan telah berjaya lulus dalam interview tersebut.

Read the rest of this entry »

Tidak diberi penempatan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia

Saya wakil graduan pendidikan lulusan IPTA (Universiti Malaya) yang masih lagi belum mendapat penempatan dari pihak Kementerian Pelajaran ingin membuat aduan mengenai hal ini. Saya sungguh kecewa kerana dalam isu ini pihak Kementerian Pelajaran seolah-olah membutakan mata dan memekakkan telinga walaupun kami telah berulang alik ke KPM bagi bertanyakan mengenai status penempatan kami.

Kami sudah pun lulus temuduga pendidikan dengan pihak Kementerian Pelajaran pada bulan 12/2011 lagi dan ditempatkan di unit harian sekolah rendah tetapi sehingga kini masih lagi belum mendapat tempat untuk mengajar. Apa masalah KPM sebenarnya? Kami sudah terlalu lama menunggu dan apabila di tanya KPM hanya menjawab tiada kekosongan sekolah lagi. Alasan itu tidak masuk akal kerana saban tahun KPM sentiasa membuka permohonan bagi graduan yang tiada ikhtisas pendidikan untuk menjadi guru sedangkan kami yang memiliki ijazah perguruan ini tidak di ambil untuk bekerja dengan pihak kementerian.

Read the rest of this entry »