Gaji minimum pembantu kedai di Kuala Terengganu

Saya ingin meluahkan rasa simpati saya kepada kebanyakkan belia dan remaja yang bekerja di sekitar bandar Kuala Terengganu sebagai pembantu kedai. Saya harap ada pihak terutamanya Kementerian Sumber Manusia dpt membantu mereka bagi mendapatkan gaji minimun yang sesuai kerana kebanyakkan mereka hanya menerima gaji sekitar 250-400 sebulan sahaja (kebanyakkan 300 sebulan).

Memandangkan kos sara hidup di kuala terengganu selepas diistihar bandaraya agak tinggi saya rasa tidak sepatutnya diberi gaji sedemikian. Saya juga berharap agar ada pihak menyisat samaada potongan kwsp yang didakwa oleh majikan2 di sekitar bandar tersebut betul2 dilakukan atau sekadar menipu pekerja meraka.

Gaji amah Indonesia jauh lebih tinggi daripada mereka jika dibandingkan sedangkan amah Indonesia diberi makan dan tempat tinggal percuma. Walaupun gaji mereka kecil mereka terpaksa menerima kerja tersebut kerana peluang kerja di kuala terengganu sangat terhad. Saya sangat berharap agar menteri besar terengganu juga dapat membantu mengatasi masalah ini demi menjaga kepentingan rakyat terengganu.

Semoga nasib rakyak Malaysia lebih diberi perhatian berbanding orang luar. (Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan)..

By: Salbila