Salah guna kuasa inspektor kesihatan

Saya sebagai salah seorang peniaga kedai makan di daerah kuala krai merasa terkilah dan tidak puas hati terhadap pegawai kesihatan yang menjalankan pemeriksaan kebersihaan di kedai – kedai makan di daerah ini.

Pegawai kesihatan yang sepatutnya menjalankan tugas, tidak melaksanankan tanggungjawab mereka dengan amanah. Kedai-kedai di daerah ini banyak yang kotor dan tidak mematuhi syarat-syarat tahap kebersihan, tidak di periksa dan di ambil tindakan.

Hal ini terjadi kerana kebanyakkan kedai-kedai tersebut adalah hak milik kakitangan kesihatan atau saudara-mara kakitangan.

Aduan ini bukan tuduhan, tetapi ianya hakikat yang terjadi di daerah ini. Perkara ini terjadi di hadapan orang awam dan ianya bukan terjadi sekali dua tapi berkali-kali. Apa tanggapan umum tentang perkara ini. Ianya memberi tanggapan negetif masyarakat terhadap kementerian kesihatan.

Jika hendak menjalankan tugas, lakukan betul-betul jangan pilih kasih. Lakukan pemerikasaan terhadap semua kedai, jangan pilih kedai mana yang harus di periksa dan kedai mana yng tidak harus di periksa.

Kedai yang berdekatan, tapi pemeriksaan kesihatan dilakukan di kedai terpilih saja. Ada kedai yang di periksa sampai 3-4 kali setahun tetapi kedai disebelahnya tidak diperiksa langsung. Setiap kali pemeriksaan kesihatan dijalankan, ia akan memberi tanggapan negetif pelanggan terhadap kedai tersebut.

Semua kedai yang ada kaitan dengan kakitangan kementerian kesihatan tidak akan diperiksa. Harap mendapat perhatian dari pihak atasan kementerian kesihatan. Jangan biarkan kakitangan yang bersikap begini menjalankan tanggungjawab yang tidak amanah.

Ibarat anak, kalau jahat seseorang anak, siapa yang akan dicemuh tentu ibubapa mereka. Jadi pihak yang berkenaan fikirkanlah sendiri

By: baihaqi

Makan untuk mati?

Marcapada ini, hidup manusia semakin moden dan berteknologi tinggi tetapi masih ada restoran yang semakin “daif”. Kononya pemilik resotoran tidak ada modal untuk memastikan kedainya bersih.

Restoran Sri Ayyanar, Kajang, Selangor (sebelah Pasaraya Billion) mencemarkan nama negara Malaysia dengan kekotoran, hidangan makanan yang tidak menyelerakan dan *pekerja yang sememangnya kurang ajar! Jika diberi nasihat oleh pelanggan diugutnya pula.

Tambahan pula, yang amat mengejutkan ialah kebersihan dapur. Tandasnya terletak dibelakang dapur dan dalam perjalan saya ke tandas, dapurnya kelihatan amat menjijikan dan apatah lagi tandasnya. Najis berselerak, bau busuk dan tingkap yang pecah(menggalakkan gejala “pengintai”) yang dapurnya pula lipas berkeliaran, nasi berselerak di lantai dan tukang masak yang tidak menjaga kebersihan diri.

Selain itu, tiada apa-apa sijil kelulusan oleh Kementerian Kesihatan yang dipaparkan di premis tiu. Saya merayu kepada tuan untuk membuat tinjaun di kedai makan ini dan uar-uarkan isu ini kepada seluruh negara supaya pemilik restoran yang lain akan mengambil perhatian.

Saya amat risau apabila terlihat beberapa keluarga yang masih ada anak-anak yang kecil menjamu selera di kedai itu. Tolonglah ambil tindakan sebelum ada yang mati kerana keracunan makanan.

Tempat: Restoran Sri Ayyanar, Kajang (sebelah Pasaraya Billion).

Terima Kasih. :)

By: Jackson

Etika dan Disiplin Staff Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang Selangor

Terlebih dahulu saya ucapkan syabas dan tahniah kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor kerana memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat khususnya di daerah Klang.Saya terpanggil untuk membuat aduan ini setelah menguruskan saudara yang baru melahirkan anak di hospital tersebut.

Lebih kurang jam 9 pagi sementara menunggu saudara saya untuk urusan keluar wad, saya berkunjung ke kantin hospital berkenaan untuk sarapan pagi.Saya terkejut apabila melihat ramai staff hospital berkeliaran di Kantin tersebut di waktu kerja.Apa yang mengejutkan saya adalah mereka memakai LAB COAT dengan sambil lewa megambil makanan di kantin tersebut.

Apa yang saya tahu dari segi peraturan dan etika perubatan, LAB COAT haruslah ditanggalkan apabila berada di luar makmal ataupun wad.Ini kerana mereka terdedah kepada virus dan kuman semasa mengendalikan pesakit dan juga specimen semasa bertugas.Perbuatan membawa LAB COAT ke kantin adalah satu etika yang dilarang dalam disiplin perubatan di mana-mana hospital. Ini boleh membahayakan para pegunjung di kantin tersebut jika sebarang kuman dan virus terkena pada makanan di kantin.

Saya berharap pihak pengurusan Hospital memandang serius hal ini kerana saya bercadang untuk memanjangkan hal ini ke Kementerian Kesihatan ataupun Berita Harian.

Apa yang menyedihkan saya lagi, salah seorang Staff nurse yang bertugas di Wad 1B bersikap kurang mesra terhadap pengunjung-pengunjung yang datang melawat ke wad tersebut.Cara mereka berkomunikasi sesama kakitangan juga kurang mesra dan juga kurang kerjasama.Masing-masing menuding jari je kakitangan lain semasa bertugas.Ini adalah etika yang kurang baik kerana rakyat yang datang berkunjung melihat cara mereka bekerja.Ini kah yang dikatakan KEPIMPINAN MELALUI TELADAN??

Saya berharap pihak pengurusan hospital memandang serius perkara-perkara ini.Tan Sri KSN sendiri sering menegaskan agar kita memberikan perkhidmatan KELAS PERTAMA dan NO WRONG DOOR kepada para pelanggan kita.

Sekian.

By: Anddy Leo Erek