Makan Tengahari yang Berulat

Saya telah memesan 6 bungkus nasi goreng ayam di kawasan Gelang Patah iaitu A**** Corner yang beroperasi 24 jam. Selepas selesai membuat bayaran, saya terus membawa makanan saya ke pejabat.

Klik untuk paparan lebih jelas
Klik untuk paparan lebih jelas

Tiba di pejabat, saya terus makan salah satu daripada 6 bungkus nasi goreng ayam itu. Rakan sekerja saya mengambil satu bungkus, tp malang nye apabila beliau membuka, beliau mendapati terdapat larva lalat banyak keluar daripada ayam. Selain itu, pembungkus makanan yang digunakan juga kotor. Ini amat memeranjatkan rakan-rakan sekerja yang lain.

Saya telah membawa makanan tersebut ke kedai tersebut, tapi saya tidak dapat layanan dan kerjasama dari pengurus kedai terbabit. Pengurus kedai terbabit juga tidak membayar sebarang ganti rugi atau memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan. Pengurus kedai terbabit juga mencabar saya untuk membuat aduan pengguna dan beliau tidak berasa  takut tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa.

Ini telah mengambarkan kedai A**** Corner ini kotor dan tidak mementingkan aspek kebersihan. Pengurus kedai ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menjaga kebersihan kedai.

Diharapkan pihak yang berkuasa mengambil tindakan terhadap kedai tersebut supaya semua kedai makan di kawasan Gelang Patah ini bersih dan halal.

Klik untuk paparan lebih jelas
Klik untuk paparan lebih jelas

 

Klik untuk paparan lebih jelas
Klik untuk paparan lebih jelas

 

Klik untuk paparan lebih jelas
Klik untuk paparan lebih jelas

 

By: RAHEM

Warga Kemaman diseru boikot kedai cekik darah

Warga Kemaman di saran memboikot kedai makan atau restoran mengenakan harga cekik darah atau melampau bagi mengelakkan pengguna terus ditindas sementara peniaga menikmati untung berlipat ganda.

Kakitangan swasta, Habibah Habib Ibrahim Maleek, 47, berkata, tinda-kan memboikot adalah langkah terbaik bagi menyedarkan peniaga supaya lebih berperikemanusiaan dan tidak meletakkan harga tidak masuk akal terutama untuk makanan bermasak dan minuman.

“Sebagai orang Terengganu, saya akui harga makanan di negeri ini sangat mahal lebih-lebih lagi di Kemaman yang juga daerah pengeluar dan pemproses minyak serta gas.

“Tetapi peniaga perlu ingat bukan semua penduduk daerah ini kerja dalam sektor minyak dan gas, tidak wajarlah harga makanan yang bermasak terlalu melampau sedangkan apa yang dimakan tidak berpadanan dengan wang yang dibayar,” katanya.

Habibah Habib turut mengakui pernah menjadi mangsa apabila dikenakan bayaran sebanyak RM7.80 untuk nasi campur yang dibelinya di gerai hadapan Muzium Daerah Kemaman di Jalan Sulaimani, Chukai bersebelahan dengan Hentian Teksi Chukai.

“Waktu itu saya ambil nasi putih, ayam goreng dan sedikit tempe goreng.

“Terkejut saya bila harganya RM7.80 sedangkan ayam goreng hanya bersaiz kecil dan tempe yang diambil juga dalam kuantiti sedikit. Kalau saya ambil lauk sedemikian di kedai makan lain harganya hanya sekitar RM5.

Habibah berkata, banyak lagi kedai makan di daerah ini yang menjual dengan harga mahal sehingga ada yang makan cuma dua orang tetapi harganya melebihi RM30.

“Namun, masih ada pengguna yang pergi ke kedai itu. Kalau kita semua bersepakat boikot, peniaga akan serik,” katanya mengulas mengenai tajuk ‘Harga Cekik Darah’ yang menyentuh mengenai harga makanan di Terengganu antara paling mahal di Malaysiayang disiarkan muka depan Sinar Harian tiga hari lalu.

Sementara itu, penjawat awam, Ahmad Arshad Mat Ali, 36, turut berkongsi pe-ngalamannya yang perlu membayar sebanyak RM52.30 untuk tiga orang makan di restoran di Kerteh sedangkan beberapa lauk sahaja diminta.

“Harga dikenakan tidak munasabah. Kadangkala di restoran atau kopitiam air suam dikenakan harga sehingga lebih RM1mengalahkan harga di hotel lima bintang. Mangsanya adalah kita,” katanya.

By: anak kemaman

Harga makanan yang mahal dan layanan pekerja yang teruk

Pada 22/8 bersamaan hari raya ke 4 saya ke kedai makan Nasi Kampung Catering, Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot untuk menjamu selera.Seperti mana maklum pada hari raya sudah pasti sukar untuk mencari kedai kerana ramai peniaga bercuti pada hari raya. Ketika kejadian saya makan seorang diri. Masa tiba di kedai makan terbabit tidak banyak lauk yang tinggal malahan nasi pun sudah tiada. Dalam sekitar 10 minit menunggu nasi telah tiba. Kualiti nasi yang lembik tidak diendahkan kerana lapar. Saya hanya mengambil nasi kosong tanpa kuah, sambal belacan sesudu dan ikan bakar yang saiznya biasa sahaja. Harga tidak dipamerkan dan segelas air teo o ais.

Ketika sedang menjamu selera datang seorang pekerja untuk memberi bil yang ditulis dikertas kosong. Saya tidak endahkan lagi tetapi ketika sedang makan saya tergerak hati untuk melihat bil tersebut. Alangkah terkejutnya dengan harga yang cekik darah tersebut. Saiz ikan tersebut biasa sahaja malah boleh dikatakan standart saiz ikan goreng biasa. Harga dikenakan rm15.50 untuk ikan sahaja. Nasi rm1.50 dan air rm1.20 total rm18.20.

Apabila bertanya pada pekerja dengan berlagaknya cakap itu harga timbang. Pekerja disini tidak mesra alam dan ketika tengah bercakap dengan pekerja disini pun dia berlalu pergi dengan pantasnya tanpa endahkan pertanyaan pelanggan. Saya antara regular customer kedai makan ini apabila pulang ke kampung. Kebiasaanya ikan bakarnya dalam harga rm10-12 sahaja itupun boleh dikatakan berpuas hati dengan saiznya. Saya jenis tidak berkira untuk menjamu selera tetapi harga tersebut tersangatlah tidak logik akal. Disebabkan tidak berpuas hati selera makan saya hilang dan ke kaunter untuk membuat bayaran. Apabila diminta bil secara specific pekerjanya hanya memberi bil biasa tanpa tercatit nama kedai dan harga secara terperinci.

Untuk makluman pada waktu ini pemilik kedai tiada dan pekerjanya yang sangat tidak mesra alam itu menguasai segalanya. Harga tidak dipamerkan dan harga bergantung kepada pekerja sahaja. Harga hanya mengikut suka hati pekerjanya sahaja. Ini kerana sebelum ini saya dan beberapa kawan pernah terkena. Apabila minta dikira keseluruhan  makan 3-4 org harga pada bil sangat berbeza dan pada masa yang sama apabila minta dikira asing iaitu seorang2 mengikut makanan masing2 apabila ditotal pasti tidak sama dengan jumlah keseluruhan tadi. Apabila ditanya pekerjanya hanya buat bodoh dan berlalu pergi.

Saya ada mengambil beberapa keping gambar dan bil yang tidak complete kedai tersebut. Tarikh pada bil tersebut juga tidak betul.

Saya seorang penggemar ikan bakar/seafood. Sekiranya pembaca yang tinggal atau pernah datang ke selangor/kl pasti tahu kedai makan ikan bakar yang famous iaitu istana bukit dan fendi ikan bakar kelana jaya. Kedai makan ini sangat famous dan harga sangat berpatutan. Kebiasaanya jika makan dengan harga rm20 kami boleh makan ikan yang tersangatlah besar. Jika tidak percaya bolehlah berkunjung ke sana dan ianya terletak di BANDARAYA BESAR

Itu jika disekitar kl/selangor. Kedai selera kampung ni terletak di padang nenas kuala terengganu. Jika diikutkan kawasan sekitarnya ianya hanya jalan laluan utama hendak ke Kelantan bukannya terletak di tengah bandaraya. Kedudukan kedainya yang berhampiran laut juga tidak logik dengan harga yang dikenakan. Dan ikannya dibakar awal pagi dlm pukul 10-11am kerana ini terbukti ikan itu sendiri dalam keadaan sejuk.

Pada 24/8 saya ke sebuah restoran seafood yang terletak di bandaraya kuala terengganu. Keadaan restoran ini yang boleh dikatakan special dengan pemandangan indah masjid kristal dan ditepi sungai dan ianya sebuah restoran yang unik(sila google restoran ni dan ianya boleh dikatakan restoran yang STANDART.D muara live seafood (namapun dah GAH ) nama restoran tersebut. Saya memesan nasi putih,sambal belacan,tomyam campur,dan seekor sotong bakar.Sangat terkejut harga hanya sekitar rm17.Ianya MURAH dan BERPATUTAN dan sangat SEDAP. Saya ada sertakan bil restoran special ini pada sebelah kiri dan bil restoran Nasi kampung tersebut sebelah kanan.Perbezaan harga ketara dan kauliti yang berbeza.Didalam bil Dmuara seafood tersebut ada nyatakan Sotong kecil tpi saiznya hanya lebih kurang ikan yang saya makan di restoran nasi kampung tersebut.

Tagline restoran nasi kampung tersebut adalah “mak kita marah jual mahal ” ianya sangat kelakar Ok (ada sertakan gambar ) Berhati-hati ketika memilih kedai makan nasi campur.Kadang2 kedai biasa mengalahkan RESTORAN.

Beberapa keping gambar disertakan.sila tgk saiz ikan..Merujuk pada tulang ikan pun terbukti ikan tu hanya bersaiz biasa atau katogeri kecik.

By: En Kay

Isu rumah urut dan penjualan ketum

Saya di sini ingin membuat aduan tentang pusat karaoke terbuka yg menjual air ketum dan rumah urut yang akan di buka di kawasan saya iaitu di TAMAN TEKKAH PERMAI (berdekatan dengan GIANT TAIPING)

Saya dan penduduk di sini amat tidak selesa apabila setiap hari mengalami gangguan bunyi bising dari karaoke terbuka yg tidak mendapat kelulusan dari pihak berkuasa..dan saya juga di faham kan bahawa pusat karaoke tersebut turut menyajikan air ketum yg di jual secara terbuka serta terdapat warga emas yang menari serta berjudi tanpa segan silu.

Dan apabila saya singgah di kedai makan berdekatan,saya ternampak satu kain rentang yang mengatakan rumah urut akan di buka,saya amat risau kerana di taman perumahan kami ada karaoke terbuka serta ketum,perjudian,dan rumah urut.Ia sudah tentu akan menunjukkan gejala tidak sihat di kalangan penduduk di sini dan akan mempengaruhi muda mudi di kawasan ini serta malu membawa anak-anak untuk menjamu selera di kawasan tersebut.

Saya berharap pihak berkuasa menjalankan rondaan dan siasat serta hapuskan tempat-tempat yang tidak sihat ini supaya penduduk di sini dapat hidup dalam suasana yang bebas dari unsur-unsur maksiat dan perjudian.

SEKIAN TERIMA KASIH..

By: anna

Salah guna kuasa inspektor kesihatan

Saya sebagai salah seorang peniaga kedai makan di daerah kuala krai merasa terkilah dan tidak puas hati terhadap pegawai kesihatan yang menjalankan pemeriksaan kebersihaan di kedai – kedai makan di daerah ini.

Pegawai kesihatan yang sepatutnya menjalankan tugas, tidak melaksanankan tanggungjawab mereka dengan amanah. Kedai-kedai di daerah ini banyak yang kotor dan tidak mematuhi syarat-syarat tahap kebersihan, tidak di periksa dan di ambil tindakan.

Hal ini terjadi kerana kebanyakkan kedai-kedai tersebut adalah hak milik kakitangan kesihatan atau saudara-mara kakitangan.

Aduan ini bukan tuduhan, tetapi ianya hakikat yang terjadi di daerah ini. Perkara ini terjadi di hadapan orang awam dan ianya bukan terjadi sekali dua tapi berkali-kali. Apa tanggapan umum tentang perkara ini. Ianya memberi tanggapan negetif masyarakat terhadap kementerian kesihatan.

Jika hendak menjalankan tugas, lakukan betul-betul jangan pilih kasih. Lakukan pemerikasaan terhadap semua kedai, jangan pilih kedai mana yang harus di periksa dan kedai mana yng tidak harus di periksa.

Kedai yang berdekatan, tapi pemeriksaan kesihatan dilakukan di kedai terpilih saja. Ada kedai yang di periksa sampai 3-4 kali setahun tetapi kedai disebelahnya tidak diperiksa langsung. Setiap kali pemeriksaan kesihatan dijalankan, ia akan memberi tanggapan negetif pelanggan terhadap kedai tersebut.

Semua kedai yang ada kaitan dengan kakitangan kementerian kesihatan tidak akan diperiksa. Harap mendapat perhatian dari pihak atasan kementerian kesihatan. Jangan biarkan kakitangan yang bersikap begini menjalankan tanggungjawab yang tidak amanah.

Ibarat anak, kalau jahat seseorang anak, siapa yang akan dicemuh tentu ibubapa mereka. Jadi pihak yang berkenaan fikirkanlah sendiri

By: baihaqi

Service kedai makan terburuk Muara Ikan Bakar

Saya telah berkunjung ke Muara Ikan bakar bersama keluarga yang datang dari kedah untuk menikmati Panorama Indah serta hidangan lazat dari Restoren terkenal Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan Pelabuhan Klang.

Malangnya kami menerima layanan yang teramat buruk dimana, gelas tidak dihantar mencukupi, kami terpaksa meminta sebanyak 5 kali barulah gelas kosong  dihantar, kalo tak kami terpaksa minum dari Jug air saja.

Hidangan yang dipesan mengambil masa hampir 2 jam untuk disiapkan, bila ditanya kenapa lambat, jawab waiter kalo tak suka boleh cancelkan aje pesanan. Cukup kurang ajar, langsung tak menghormati pelanggan yang datang dari jauh serta menunggu begitu lama.

Kami tak kisah sangat tentang harga kerana kami sukakan panorama yang indah tapi sayang, inilah sindrom restoren yang berada di kemuncak keuntungan, tak pandai menjaga hati pelanggan dan syor saya kepada pemilik restoren ini, tutup aja kedai sekiranya tidak mampu mengelolakan perniagaan.

Setelah saya meminta berjumpa dengan pengurus, waiter terus aja ke dapur dan mengambil keluar pesanan kami, bermaksud makanan tersebut telah disediakan tapi tidak dihantar. Orang yang datang kemudian mendapat pesanan lebih awal, segala pesanan dihantar secara suka hati ke meja orang lain, tiada service yang teratur, main sedap hantar pesanan. Majoriti saya mendapati pelanggan bermasam muka dengan layanan yang teramat buruk bagi sebuah restoren.

By: intan zaharah

Kerenah birokrasi Kedah Sejahtera

Saya seorang rakyat jati negeri Kedah, menjalankan perniagaan restoran di Sungai Petani. Lebih 3 tahun saya melibatkan diri dalam bidang ini. Alhamdulillah, masuk tahun 2011, rezeki saya di murahkan dan perniagaan saya bertambah maju.

Namun, apa yang mengecewakan tiba-tiba pelbagai kerenah birokrasi yang menggangu. Jika dahulu kedai yang lengang, tiada pihak yang datang ‘melawat’. Kini ada saja pihak yang berkenaan membuat pemeriksaan.

Apa yang saya ingin luahkan di sini adalah mengenai sikap ‘double standard’ dalam melaksanakan penguatkuasaan. Mungkin penguatkuasa pihak berkuasa tempatan tidak boleh di salahkan, kerana mereka hanya menjalankan tugas. Cuma saya ingin tahu siapakah yang berkuasa mengeluarkan arahan tersebut? Kenapa ada pihak yang boleh menggunakan kaki lima kedai untuk meletakkan meja makan, walhal saya di beri amaran dan di kompaun.

Persoalannya sekarang kenapa apabila isu yang dibangkitkan melibatkan kedai makan mesti akan melibatkan golongan peniaga-peniaga bumiputra yang merupakan sebangsa dan seagama dengan pihak yang mengambil tindakan tersebut? Adakah wujudnya diskriminasi terhadap peniaga kecil seperti kami atau kerenah birokrasi dan berbeda fahaman politik?

Alasan yang kerap diberikan adalah kami tidak mematuhi kehendak dan kriteria pihak PBT dalam segala aspek baik dari segi kebersihan,undang-undang piawaian kejuruteraan majlis perbandaran, perlesenan dan sebagainya walhal itu merupakan kewajipan seseorang individu sebelum memulakan perniagaan. Hairan dan pelik juga apabila saya diberitahu berulangkali yang saya tidak memenuhi kesemua kriteria tersebut. Suka saya bertanya disini “Bagaimanakah pula dengan kedai-kedai yang diusahakan oleh bukan bumiputra?” Disini umum saya nyatakan yang kebanyakkan kedai-kedai yang diusahakan oleh golongan tersebut tidak pun mematuhi kehendak dan kriteria pihak PBT terutamanya kedai nasi kandar.

Adakah mereka juga telah diambil tindakan? Adakah mereka juga telah dikenakan kompaun dan telah disita? Kalau benar pihak PBT telah mengambil tindakan, bagaimana pula dengan binaan kedai yang tidak mengikut piawaian pihak tersebut? Tidak pula dirobohkan oleh pihak PBT ya? Barangkali takut benar PBT dengan pihak tersebut :-) Mungkinkah orang atasan PBT sendiri sudah ‘kekenyangan’ setelah diberi kemewahan oleh pihak tertentu.

Dimana perginya wakil-wakil yang dahulu kononnya mewakili rakyat baik dari pembangkang mahupun parti pemerintah? Terlena mereka barangkali apabila dibuai dengan kesenangan dan kemewahan yang dinikmati. Terlupa pula mereka yang rakyat melantik mereka supaya mereka dapat menyelesaikan segala permasalahan yang berkaitan rakyat tetapi sebaliknya.

Dimanakah agaknya slogan 1Malaysia yang disebut oleh Perdana Menteri itu ya ataupun slogan Kedah Sejahtera seperti yang dilaung oleh Dato Menteri Besar? Di dalam tong sampah barangkali kesemua slogan itu diletakkan. Tidak pernah timbul soal perkauman disini yang pasti kami inginkan keadilan untuk semua rakyat malaysia. Bebas untuk menjalankan perniagaan mengikut kepakaran masing2 dan untuk mencari rezeki secara halal.

Bilakah agaknya PRU13 akan diadakan ya? Mungkin itu sajalah jalan penyelesaian yang ada unttk rakyat yang kerdil seperti kami.

Oleh itu saya ingin benar meminta pihak Aduan Rakyat untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Wassalam.

Makan untuk mati?

Marcapada ini, hidup manusia semakin moden dan berteknologi tinggi tetapi masih ada restoran yang semakin “daif”. Kononya pemilik resotoran tidak ada modal untuk memastikan kedainya bersih.

Restoran Sri Ayyanar, Kajang, Selangor (sebelah Pasaraya Billion) mencemarkan nama negara Malaysia dengan kekotoran, hidangan makanan yang tidak menyelerakan dan *pekerja yang sememangnya kurang ajar! Jika diberi nasihat oleh pelanggan diugutnya pula.

Tambahan pula, yang amat mengejutkan ialah kebersihan dapur. Tandasnya terletak dibelakang dapur dan dalam perjalan saya ke tandas, dapurnya kelihatan amat menjijikan dan apatah lagi tandasnya. Najis berselerak, bau busuk dan tingkap yang pecah(menggalakkan gejala “pengintai”) yang dapurnya pula lipas berkeliaran, nasi berselerak di lantai dan tukang masak yang tidak menjaga kebersihan diri.

Selain itu, tiada apa-apa sijil kelulusan oleh Kementerian Kesihatan yang dipaparkan di premis tiu. Saya merayu kepada tuan untuk membuat tinjaun di kedai makan ini dan uar-uarkan isu ini kepada seluruh negara supaya pemilik restoran yang lain akan mengambil perhatian.

Saya amat risau apabila terlihat beberapa keluarga yang masih ada anak-anak yang kecil menjamu selera di kedai itu. Tolonglah ambil tindakan sebelum ada yang mati kerana keracunan makanan.

Tempat: Restoran Sri Ayyanar, Kajang (sebelah Pasaraya Billion).

Terima Kasih. :)

By: Jackson

Pendatang tanpa izin berniaga tanpa permit di Sungai Way

Saya ingin menyuarakan tentang ketidakselesaan penduduk di Sungai Way berkenaan dengan pendatang tanpa izin yang semakin hari semakin banyak membuka gerai dan menjaja di tepi-tepi jalan pada setiap pagi dan petang. Ini menyebabkan kesukaran lalu lintas kereta dan motor, bahkan ada yang membuka kedai makan di hostel-hostel perkerja kilang Indonesia yang disediakan

Ada yang mengambil kesempatan ini dengan membuka kedai runcit dan meletakkan harga barang dengan sesuka hati juga. Pernah saya terlihat MBPJ datang ke gerai makan di tepi jalan, pada asalnya saya fikir MBPJ ingin menjalankan tugas. Tetapi masalah ini tidak pernah selesai malahan semakin menjadi-jadi mereka menjaja.

Ingin saya persoalkan di sini mengapakah tindakan tegas diambil oleh MBPJ pada rakyat tempatan yang meniaga seperti tindakan undang-undang sedangkan pada pendatang tanpa izin sangat mendukacitakan. Kami amatlah berharap pihak yang berkenaan dan pihak TV3 Aduan Rakyat mengambil tindakan dengan segera dan sewajarnya.

By: salina Binti Muhamad

Penindasan Majlis Perbandaran Alor Gajah

Salam tuan,

Saya dari Alor Gajah,, Melaka. Seorang pengusaha kedai makan di Alor Gajah yang menyewa kedai dengan Majlis Perbandaran Alor Gajah dengan kadar RM2000 sebulan.

Saya telah membuat rayuan dalam mengurangkan kadar sewaan kedai tersebut tapi langsung tiada tindak balas. Sepatutnya kedai di bawah pihak majlis negeri adalah dalam kadar sewa yang rendah sesuai dengan motifnya untuk membantu rakyat, tetapi sekarang sebaliknya.

Saya sudah menyewa dan berniaga di sini bertahun lamanya. Segala proses baik pulih diuruskan saya sendiri seperti keadaan kedai yang banyak kerosakan. Berbeza dengan kedai majlis yang lain, semuanya dijaga baik oleh pihak Majlis.

Saya harap masalah saya ini mendapat tindak balas yang sewajarnya dari pihak bertanggungjawab.

Terima kasih.

By: Noraini

Keselamatan asrama perempuan KPTMKL yang tidak terjamin

Kami nak buat aduan tentang asrama perempuan KPTMKL berdekatan Jaya Jusco, Taman Maluri, Cheras. Kami berasa tidak puas hati mengenai keselamatan dan kemudahan yang terdapat di asrama ini. Kedudukannya yang tidak strategik kerana asramanya terletak di kawasan rumah kedai. Ini menyebabkan keadaan tidak begitu selamat kerana tiada warden ataupun guard untuk menjaga keselamatan para pelajar.

Tambahan pula di kawasan ini terdapat ramai warga asing yang berkeliaran. Lagipun pada waktu malam kawasan ini gelap kerana hampir semua kedai beroperasi pada waktu siang sahaja. Kedai makan juga susah nak cari hanya mengharapkan food court di J.J sahaja.

Kami tidak puas hati juga kerana pelajar lelaki dapat asrama yang jauh lebih baik, selesa dan selamat. Kami berharap pihak tuan dapat mengambil tindakan secepat yang mungkin agar nasib kami terbela sebelum perkara buruk berlaku.

By: lynn

Penambahan meja kedai makan yang terlampau

Di sekitar Jalan Equine 9c, 9D, 9E, Taman Equine, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, terdapat beberapa kedai makan berhampiran dengan persimpangan masuk taman ini telah menambah berpuluhan meja di atas jalan yang mengakibatkan parking,dan jalan dua hala menjadi satu ruang yang kecil dan amat sukar dilalui kereta.

Selalunya ia akan bermula pada pukul 6pm-7pm. Waktu kemuncak adalah pukul 8pm-10pm. Ianya juga membahaya pelanggan yang berkeliaran. Dan apabila kereta melalui kawasan tersebut, para pekerja restoran tersebut hanya membiarkan sebarang objek menghalang kereta. saya melalui jalan tersebut setiap hari sehinggakan saya hampir terlanggar seseorang.kemalangan kecil kerap terjadi seperti pencalaran kereta.

Ramai yang telah mengadu pasal ini namun tiada tindakan dari pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya. Dan terangan saya kata, saya pernah nampak pegawai2 MPSJ datang. Tapi pertemuan itu sangat ringkas. Tidak ada apa pun yang MPSJ selidik. Saya tidak mahu menuduh kerana saya tidak ada bukti tapi saya nampak empunya kedai menyusuri pegawai tersebut ke tempat yang agak jauh. Pun saya tak dapat pastikan kerana saya tidak mempunyai sebarang bukti yang kukuh.

Tapi saya mahu ingatkan kepada pihak-pihak yang terbabit, jikalau perkara ini berterusan, ianya akan memburukkan imej prestasi sesetengah pihak. Saya dan rakyat disekeliling di tempat ini tidak akan berhenti mengambil tindakkan atau aduan selagi perkara ini tidak dibendung. Jangan kita membenarkan sistem pentadbiran kita di negara ini korup dengan pelbagai gejala buruk terutamanya rasuah.

Saya akan menyusul aduan ini terhadap pelbagai pihak sehingga perkara ini selesai.

By: Nurul Shaziela

Kecurian dan warga asing berhampiran komuter UKM

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes kecurian berlaku di kawasan perumahan yang terletak berhampiran komuter UKM seperti di Taman Tropika, Taman Universiti dan Taman Vista Emas. Lebih membimbangkan kecurian melibatkan penggunaan ilmu pukau.

Kawasan perumahan tersebut merupakan pilihan penginapan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan bangsa-bangsa asing seperti Afrika, Iran dan sebagainya…Bangsa Indonesia pulak bersepah sana-sini…ramai yang membuka kedai2 runcit/kedai makan yang tumbuh bagaikan cendawan..yang pastinya kebanyakan mereka tiada permit…kadang-kala terasa asing ditempat sendiri…

harap pihak berkuasa membuat pemantauan berterusan!!

By: siti