Posts Tagged ‘Kedah’
Sistem Penempatan PISMP Kucar-Kacir
Melihat kepada dunia pendidikan di malaysia sekarang, begitu banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. Begitu juga banyaknya langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memajukan dan menambahbaik kualiti pendidikan negara sejajar dengan dasar-dasar yang dirancang secara jangka masa pendek mahupun panjang.
Kualiti institusi pendidikan negara tidak boleh tidak lari daripada mengambilkira pembangunan model insan guru terlatih dan bersahsiah unggul. Justeru pemantapan insan guru dibentuk melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bertempat di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program ini berjalan dengan lancar bersama beberapa penambahbaikan kurikulum dan kokurikulum serta program-program kerohanian sepanjang 5 tahun setengah pengajian. Sehingga kini Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah melahirkan beribu-ribu guru terlatih bersahsiah unggul di bawah program PISMP sejak tahun 2011. Bagi kohort keluaran tahun 2012 juga tidak kurang hebatnya menerima pujian dan menjadi kebanggaan sekolah-sekolah tempat mereka berkhidmat.
Sistem KSSR Menyusahkan
Saya terpanggil untuk berkongsi masalah sistem KSSR ini bersama anda. Semenjak KSSR ini diperkenalkan, tahap prestasi pelajar langsung tidak diketahui oleh ibubapa/penjaga pelajar. Saya juga tidak pernah mengetahui perkembangan pembelajaran dan ko-korikulumnya ketika di sekolah.
Saya faham, ujian berterusan dilakukan di sekolah, tetapi keputusannya tidak pernah diberitahu kepada kami sebagai ibubapa. Malahan kertas soalan juga tidak pernah kami lihat. Kami juga ingin tahu macam mana prestasi anak-anak supaya kami dapat membantu mereka untuk menjadi pelajar cemerlang.
Pemberian COLA Untuk Pesara Tentera
Salam dan selamat sejahtera diucapkan kepada seluruh Warga dan Rakyat Malaysia . Terlebih lagi buat pucuk pimpinan tertinggi Pemerintah Malaysia.
Saya mencadangkan agar Kerajaan menimbangkan memberi elaun COLA buat semua pesara tentera yang berpencen bagi mengenangkan jasa mereka semasa berkhidmat. Tambahan bagi mereka-mereka yang menetap di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur serta yang seangkatan dengannya bagi meringankan beban kehidupan seharian yang semakin tinggi.
Diharap Ketua Pengarah JHEV melihat akan perkara ini serta masalah yang di hadapi anggota tentera yang bersara. Dan mungkin juga boleh di panjangkan kepada anggota tentera tidak berpencen.
Sistem Serahan Bayaran Cukai Tanah Kubang Pasu
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Saya ingin menarik perhatian yang berkenaan terutama DO Pejabat Tanah Kubang Pasu atau kakitangan yang terbabit agar memastikan tanggungjawab kita sebagai penjawat awam mencapai sepertimana hasrat kerajaan iaitu Rakyat Didahulukan.
Ini kerana rata-rata penduduk Kampung Tradisi Changloon jalan ke UUM merasa tertipu(mungkin betul ayat ni)dimana NOTIS PINK arahan bayaran cukai tanah tertunggak dari tahun 2005 sehingga 2012 sedangkan sebelum ini tiada apa-apa surat atau NOTIS daripada Pejabat Tanah Daerah Kubang Pasu yang mengarahkan kami penduduk kg buat bayaran. Ibu saya antara yang menjadi mangsa bersama ramai lagi yang “TERKEJUT BEWAK(biawak)” disebabkan NOTIS PINK ni.
Kebanjiran Warga Negara Thai Berniaga
Di sini saya ingin membuat aduan tentang kebanjiran warga Thailand membuka kedai makan terutamanya kedai tomyam dimana mereka merupakan pemilik penuh kedai tersebut tanpa rasa takut malah ada setengah-setengah kedai telahpun beroperasi lebih 5 tahun dan saya rasa ianya bukan hanya dikawasan saya iaitu di Parit Buntar malah di seluruh negara. Ini amat merugikan masyarakat Melayu terutamanya dimana perlu bersaing dengan mereka.
Mereka menggunakan segala subsidi yang diperuntukkan untuk rakyat Malaysia serta membawa balik keuntungan ke negara mereka tanpa dikenakan sebarang cukai ini namun saya dapati tiada tindakan tegas diambil oleh Jabatan Imigresen untuk mengatasi masalah ini.
Layanan Biadap Dari Pihak Hospital Kulim
Saya amat terkilan dan kecewa dengan tingkah laku dan layanan yang amat tidak memuaskan yang diberikan kepada ayah saya pada 24/06/2012. Saya membawa ayah saya ke Hospital Kulim pukul 5.00 pagi setelah mengadu sakit pada bahagian perut. Dirawat dari seorang doktor berbangsa India, berkemungkinan ayah saya mengalami batu karang atau apendiks. Beberapa ketika kemudian, doktor menasihatkan supaya kembali ke hospital secepat mungkin setelah dirawat jika masalah yang dialami berlarutan.
Selepas solat maghrib, ayah saya tidak dapat bergerak kerana sakit yang dialami semakin parah. Setelah ke hospital di Unit Kecemasan, ayah saya diberi satu borang berwarna merah dan menunggu 3 jam menanti giliran. Selepas dirawat kurang dari 5minit, ayah saya disuruh ke bilik X-Ray tanpa dipandu oleh kakitangan hospital. Saya membawa ayah ke bilik X-Ray, terdapat seramai 12 orang pesakit menunggu giliran sedangkan kakitangan yang bertugas sedang berbual,menonton TV dan tidak mengendahkan pesakit.Hampir 4 jam menunggu barulah tiba seorang kakitangan senior memanggil ayah saya sedangkan ayah saya tidak menahan kesakitan yang dialami sehingga tidak dapat bergerak. Selepas mendapat film X-Ray, saya memberi film tersebut pada bahagian kaunter pada ruang menunggu dihadapan.
Banjir di Taman Berjaya, Alor Setar, Kedah
Assalamualaikum W.B.T. & Salam 1Malaysia.
Disini saya ingin membuat aduan mengenai masalah banjir di kawasan perumahan saya yang terletak di salah sebuah kawasan elit iaitu di Bandaraya Alor Setar Kedah. Masalah banjir di kawasan perumahan saya masih tiada jalan penyelesaian sedangkan aduan telah beberapa kali dibuat kepada pihak yang berkenaan.
Permohonan Menukar Geran Tanah untuk “Rumah Mesra Rakyat”
Salam 1 Malaysia,
Sejak akhir-akhir ini, seperti yang kita semua sedia maklum, harga rumah di Malaysia semakin melambung tinggi dan hal ini amat menyukarkan bagi rakyat OKU seperti saya. Tujuan saya membuat aduan ini adalah sekadar ingin meluahkan isi hati dan keinginan saya untuk mendapat “Rumah Mesra Rakyat”. Saya telah pun membuat permohonan rumah tersebut dan alhamdullillah semua telah pun diluluskan setelah 4 tahun menunggu.
Namun nasib tidak menyebelahi saya apabila bapa saudara saya tidak mahu menurunkan tandatangan ke atas geran tanah untuk tapak rumah itu dibina. Penantian saya selama 4 tahun hanyalah sia-sia apabila rumah yang ditunggu tidak dapat dibina.
Tekanan yang dihadapi guru yang menyambung pengajian
Saya adalah guru dari sebuah SMKk di daerah Pokok Sena, Kedah. Saya dan rakan-rakan guru yang menyambung pelajaran masters menghadapi masalah di mana kami tidak mendapat cuti yang telah diberikan dalam surat pekeliling KPM dalam menyiapkan project akhir kami. Projek ini memerlukan masa dan tumpuan dan adalah amat penting bagi sesiapa yang ingin menamatkan semester akhir untuk penambahan ilmu. Tanpa budi bicara pengetua untuk memberikan ruang masa ini kami tidak dapat menyiapkan data projek akhir kami.
Kami berasa tidak patut, hal ini kerana pihak kementerian seharusnya memberi peluang kepada pelajar dan membela kami daripada terus ditindas oleh pengetua yang melanggar hak kami untuk bercuti. Tindakan pengetua yang memperlekehkan kami melanjutkan pelajaran dan menghadapi kesukaran untuk membuat projek juga amat tidak wajar sebagai seorang warga pendidikan yang profesional.
Perkhidmatan Cafe Asrama DPP Bank Rakyat, UUM
Salam, mengenai isu Cafe asrama DPP bank rakyat ini telah banyak kali di ketengahkan kepada pihak pengurusan atasan malah kepada badan perwakilan pelajar. Cafe ini tidak menjaga kebersihan premis. Banyak pelajar telah ‘terbeli’ makanan yang dihidangkan bersama ulat dan telur lalat. Ramai yang telah buat aduan kepada pihak asrama, namun cafe tersebut masih beroperasi seperti biasa. Kami difahamkan bahawa tendernya akan ditamatkan pada pertengahan tahun ini kerana tamat kontrak, bukan kerana isu kotor ini dan tidak mustahil kontrak nya akan disambung semula kerana berikutan ‘orang dalam’ yang membantu.
Kami pelajar-pelajar sudah tidak tahu bagaimana hendak menyalurkan aduan kerana setiap kali mengadu kepada pihak pengurusan, tiada tindakan diambil. dari setahun yg lepas mereka kata tender akan tamat dlm masa beberapa bulan, tapi bila buka semester baru, masih orang yang sama kendalikan dan tidak membuat peningkatan dari segi kebersihan.






