Kata | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Kata’

Tipu: Pengecualian Duti Eksais 100% Kenderaan Nasional Bagi OKU

Saya tertarik dengan kelebihan bagi warga OKU untuk membeli kenderaan dengan harga yang saya anggap cukup istimewa iaitu pemotongan 100% duti eksais kenderaan seperti diwarwarkan oleh treasury (rujuk di sini). Namun begitu merasa amat terkilan apabila saya berjumpa dengan beberapa branch manager kenderaan nasional, mereka hanya menawarkan pemotongan sekita RM200-RM800 bergantung kepada jenis kenderaan. Adakah ini sahaja jumlah pemotongan yang diperolehi warga OKU dibawah insentif ini?

Pihak tuan tentu sudah sedia maklum bahawa duti eksais bagi suatu kenderaan minimum adalah 75% daripada harga CIF sesebuah kenderaan seperti yang termaktub di bawah doket price yang dikeluarkan oleh kastam (rujuk di sini). Mengambil contoh sebuah kenderaan seperti Proton Saga FLX, sekiranya harga pasaran ~Rm40,000. setelah ditolak dengan duti eksais anggaran kasar harga kenderaan akan berada di dalam lingkungan RM18,000-25,000 sahaja.

Read the rest of this entry »

Penipuan dari pihak yang mendakwa Celcom

Pada 22/8/2012  jam 9.43 am saya telah menerima panggilan yang kononnya dari Celcom (no private) , memaklumkan nombor talipon saya telah dipilih utk memenangi hadiah RM 7000. Beliau seterusnya bertanya bank mana saya guna. Bila saya kata tak minat, beliau kata bukan nak mintak no acc. cuma nak tahu bank mana saya ada. Saya berkeras tak berminat. Pemanggil yang suaranya slang Indonesia tu terus letak talipon.

Aduan saya ini harap diambil tindakan supaya jangan ada yang tertipu.. Saya dah banyak membaca (guru) mungkin dapat meneka ada unsur penipuan  (Senang ke org nak bagi duit percuma pada orang lain), macam mana kalau ada yang percaya dan tertipu…

Read the rest of this entry »

Penipuan Linguaphone

Pada awal 2003, saya bekerja dengan syarikat Linguaphone, Pada awalnya, mereka mengatakan jawatan kami adalah sebagai Inspektor Bahasa (Language Inspector) tugas kami untuk menerangkan kelebihan belajar bahasa asing. namun, setelah bekerja barulah kami tahu sebenarnya kami ini adalah jurujual (salesman) yang perlu bergerak ke sana ke mari menjual produk mereka, set belajar bahasa, Yang mahal tidak terhingga dan tidak langsung padan dengan produknya.

Tidak sampai sebulan, saya telah berhenti kerana merasa tertipu, dan melanjutkan pelajaran. Setelah setahun berlalu, saya tiba-tiba menerima surat daripada lawyer yang menuntut bayaran rm1500 dari Linguaphone bagi produk set bahasa yang mereka jual. Saya lantas mendapatkan penjelasan mengenai pembelian yang tidak pernah sy buat. Setelah berbincang, seorang pengurus besar mereka menunjukkan borang pembelian yang berlampir Kad Pengenalan saya. Beliau mengatakan ini adalah bukti pembelian saya.Setelah diteliti, ternyata itu adalah satu penipuan kerana tandatangan saya telah dipalsukan, Tetapi Pengurus itu meminta hal itu diselesaikan begitu sahaja, dimana saya tidak perlu membayar apa-apa dan beliau membatalkan pembelian saya.

Read the rest of this entry »

Kakitangan dari kumpulan gereja berdakwah di asrama

Diminta MOE ambil langkah langkah tertentu.  Warden asrama Sunway International School membuat kerja dakwah untuk ke gerejanya. Diberitahu oleh pegawal keselamatan bahawa (Sulaiman) dia telah membawa seorang pelajar muslim Iran kegerejanya, katanya budak ini hanya untuk melihat samada dia serasi dengan gereja itu.

Dengar kata  pelajar Islam lebih ramai dari yang lain diasrama itu.  Pelajar muslim dari Kazakhstan ramai dan juga dari Indonesia pun. Warden ini katanya memberi CD dan majalah tentang dakwahnya kepada pelajar lelaki Islam dari negara lluar beri kepada mereka ini sewaktu membuat lawatan dari unit ke unit.  Ramai ibu bapa tidak tahu tentang ini.

Read the rest of this entry »

Linguaphone mendesak dan memaksa pelajar IPT

Saya pelajar dari IPTA, aduan yang ingin saya utarakan berkenaan produk Linguaphone. Pada hujung tahun yang lalu, saya dan rakan dipanggil oleh jurujual daripada linguaphone yang menyatakan ingin membuat sedikit kaji selidik, namun begitu sebaliknya yang terjadi.

Mereka menawarkan produk tersebut kepada kami walaupun saya dan rakan menolak untuk membeli produk berkenaan, jurujual tersebut berusaha memujuk dan menjanjikan kata-kata manis kepada kami. Seterusnya mereka mendesak kami untuk membeli apabila kami berkeras untuk tidak membeli produk itu. Yang lebih teruk lagi, jurujual tersebut memaksa rakan saya untuk meminjam wang saya bagi membayar wang pendahuluan produk tersebut apabila rakan saya menyatakan dia tiada wang untuk membeli produk tersebut.

Read the rest of this entry »

Gearbox CVT Exora Bold Turbo Bermasalah Selepas 2 Minggu

Saya membeli sebuah Proton Exora Bold Premium yang menggunakan enjin turbo dan gearbox CVT pada awal Mac 2012. 2 minggu digunakan, gearbox mula rosak. Apabila gear reverse dimasukan, enjin akan mati. Setelah mencuba banyak kali, barulah saya dapat menggunakan gear reverse. Itupun enjin begegar seolah-olah nak mati. Saya menghubungi pusat servis di Johor Jaya memaklumkan masalah yang dihadapi dan pihak pusat sevis meminta saya untuk menghantar kereta untuk diperiksa.

Proton Exora Bold Premium

Read the rest of this entry »

Penipuan Hai-O Marketing dari produk filter

Saya ingin membuat aduan mengenai penipuan MLM, saya dan isteri saya join member pada 23/7/2009 dan telah membuat pinjaman peribadi melalui bank sebanyak 34 ribu untuk membeli produk filter bioaura sebanyak 15 unit sebagai aset, kata up line dalam tempoh 2 bulan saja dah dapat tutup loan bank kalau dah ada 4 orang dounline dan ‘saya kata kepada upline kalau tak dapat dounline 4 orang macam mana’lalu dia berkata jangan risau kalau tak dapat dounline jual je filter bioaura dan upline yang akan tolong dapatkan dounline’namun apa yang di katakan dan di janjikan semuanya bohong belaka.

Hai-O Marketing

Read the rest of this entry »

Masalah tanah di Kg Keretapi, Pelabuhan Klang

Makcik berasal dari Kampung Keretapi, Pelabuhan Klang. Di sini makcik ingin membuat aduan tentang tanah yang makcik duduki selama lebih 30 tahun. Tanah yang makcik duduki ini masih tiada geran tanah yang sah. Menurut pihak-pihak tertentu tanah ini adalah milik KTM.

Hidup kami terumbang-ambing selama berpuluh tahun kerana masih tiada geran tanah yang sah. Jika ada pihak yang menyuruh penduduk di dini keluar dari kawasan ini, di manakah kami akan tinggal. Makcik hanyahlah ibu tunggal yang mempunyai seorang anak yang sudah pun beristeri. Jadi bagaimanakah nasib kami pada hari-hari mendatang, nasib cucu-cucu makcik yang akan datang?

Read the rest of this entry »

Sikap Tamak Sesetengah Pemandu Teksi Kuala Lumpur

Pada 3 Disember 2011, jam lebih kurang 9.00 malam saya telah menggunakan perkhidmatan teksi dari JUSCO Taman Maluri untuk ke Desa Pandan, saya telah menggunakan perkhidmatan teksi bernombor HWD 4657. Ketika mula-mula menaiki teksi saya telah memaklumkan BLOk * , Desa pandan sebagai tempat destinasi namun ketika dalam perjalanan saya ditanya semula tempat destinasi. Jawapan saya mungkin kurang jelas, menyebabkan saya dibawa ke tempat destinasi yang salah.

Kemudian, saya menegur kesilapan pemandu teksi kerana dia menggunakan jalan yang lebih jauh dari sepatutnya selain destinasi yang di bawa kurang tepat. Saya bertanya tentang tambang yang harus saya bayar kerana meter tambang yang di paparkan setakat ini telah mengjangkau RM 6.00, namun pertanyaan saya disambut dingin oleh pemandu teksi dengan ayat ini ” Awak ingat saya heran dengan duit awak tu, saya tak heran la, awak boleh turun sekarang, tak payah bayar tambang pun takpe”. Saya dengan segera turun dari teksi tersebut kerana bimbang keselamatan saya.

Read the rest of this entry »

Orchid Express Melaka Mengecewakan

Saya merupakan seorang pelajar IPTA di Melaka.  Hampir setiap minggu saya akan pulang ke rumah yg terletak di Johor, saya akan menggunakan khidmat bas express dari melaka ke Kluang, Johor di Melaka Sentral.

Kebiasaannya saya akan menggunakan perkhidmatan Orchid Bas.  Saya amat kecewa dengan layanan penjual tiket bas di kaunter Orchid bas kerana bersikap kurang sopan, tidak senyum dan sekiranya pelanggan tersilap sedikit, dia akan memarahi pelanggan tersebut tanpa menghirau kan orang ramai yang ada.  Kebiasaannya penjual yg bertugas itu perempuan.

Read the rest of this entry »