Kecewa Dengan Perkhidmatan Hospital Putrajaya

Pada bulan November 2012, saya telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya setelah demam dan doktor mendapati saya mengalami anaemia.  Saya juga berhasrat untuk membuat tuntutan dengan pihak insurans.  2 bulan selepas itu, saya dikehendaki membuat ujian darah untuk mengenalpasti masalah kesihatan saya.

Keputusan diambil pada bulan Februari 2013.  Pada masa itu, doktor mendapati saya mempunyai tanda-tanda talassemia.  Darah diambil pada hari tersebut dan keputusan untuk ujian saringan talassemia boleh diperolehi pada 8 Mei 2013.

Saya dikehendaki pula hadir pada 7 Mei 2013 untuk mengambil darah.  Jururawat yang mengambil darah saya meyakinkan saya bahawa keputusan darah yang telah diambil pada Februari 2013 yang lalu akan diperolehi pada hari esok (8 Mei 2013).  Setelah saya hadir untuk bertemu doktor pada 8 Mei 2013, doktor mendapati tiada keputusan untuk ujian saringan talassemia.  Menambahkan lagi kekecewaan saya, doktor mengarahkan saya mengambil darah lagi pada hari itu untuk tujuan ujian saringan talassemia.  Dan, keputusan akan diperolehi pada bulan September nanti.

Saya amat kecewa dengan perkhidmatan ini sehinggakan tuntutan saya dengan pihak insurans telah ditutup semata-mata menunggu keputusan ujian darah saya yang tidak berkesudahan selama 6 bulan.

By: Putra Girl

Hospital Ampuan Rahimah -Perkhidmatan Kurang memuaskan

Saya ingin membuat aduan terhadap layanan yang di berikan oleh kakitangan Hospital Ampuan Rahimah Klang. Baru-baru ini saya mengalami kesesakan nafas, demam yang berpanjagan. Setelah di nasihatkan oleh klinik yang saya kunjungi saya di suruh ke hospital kerana di syaki denggi.

Saya juga mengalami sesak nafas. Setibanya di hospital, saya di suruh masuk ke bilik pemeriksaan untuk di periksa tekanan darah. Kemudian di suruh pula menunggu. Padahal saya sudah sesak nafas dan badan menggigil kesejukkan.

Saya di rujuk ke Zon Kuning (Zon separa kritikal). Setelah sejam menunggu, saya di suruh baring di satu katil yang terletak di hujung zon kuning tersebut. Alangkah terkejut, bila saya mendapati saya di suruh baring di katil yang di miliki oleh pesakit lain (pesakit tersebut tidak berada di katil pada masa itu). (Tidak pasti samada jururawat sedar akan hal tersebut atau tidak, sehingga lah doktor yang bertugas menyuruh saya berpindah katil).

Semasa jururawat mencucuk tangan untuk mengambil darah, saya menahan sakit kerana jururawat tersebut menyuntik dgn kasar sekali. (Hasilnya, tangan saya terdapat kesan lebam)

Kebersihan tandas sungguh menjijikkan. Tersangat kotor dan berbau. Semasa hendak mengambil contoh air kencing, saya mendapati kebersihan tandas sungguh memualkan! Nama sahaja hospital tetapi tandas sungguh menggelikan!

Sampel air kencing pula tidak di beritahu di mana harus di berikan, bila di tanya, jururawat hanya berkata ‘letak saja di sinki’ kemudian menunjuk ke satu arah tanpa memberitahu di mana sebenarnya yang harus saya pergi.

Katil tidak pernah cukup. sehingga kan ada pesakit terpaksa berdiri menunggu katil kosong tanpa di bantu oleh jururawat. Bila saya bertanya pada seorang makcik yang menunngu kekosongan katil, saya terkejut apabila makcik itu berkata, ‘jururawat suruh tunggu katil yang kosong’! Bayangkan, kita sebagai pesakit, harus mencari mana katil yang kosong!!!

Tujuan saya membuat aduan ini di sebabkan saya rasa, saya mempunyai hak untuk membuat aduan sebagai pengguna/pesakit. Saya amat berharap agar pihak berwajib memantau keadaan ini dan di harap tidak berulang lagi. Mujur la saya tidak mengalami sakit jangtung, jika tidak saya rasa saya sudah menemui ajal tanpa di pedulikan oleh jururawat yang berugas.

Sebagai hospital yang membawa nama kerajaan, patutkah hal seperti ini berlaku??

By: Hamidah

Tidak Puas Hati dengan SBPA 2012

Antara cadangan SBPA adalah:

Kenaikan dan pelarasan tangga gaji baharu mestilah mengambilkira jumlah tahun perkhidmatan dan senioriti seseorang pegawai. Ada yg hanya mendapat kenaikan gaji HANYA RM30 dan ada yg mendapat lebih dari RM200. Tangga gaji baharu SEPATUTNYA memberi pelarasan gaji berdasarkan kelayakan dan kelulusan pegawai dan bukannya mengikut desakan persatuan2 yg berpengaruh seperti persatuan guru (NUTP), polis dan lain-lain.Sebagai contohnya:

Seorang konstabel polis yang baru dilantik akan dinaikkan kepada pangkat Koperal mengikut time based selama 9 tahun dimana mereka ini akan menikmati gaji dan elaun lebihkurang RM3000 sebulan. Pada masa sama, seorang kakitangan paramedik berkelulusan diploma hanya mendapat gaji dan elaun kurang dari RM2500 dalam tempoh perkhidmatam selama 9 tahun. Tambahan pula time based mereka adalah selama 15 tahun untuk mendapat KUP (Khas Untuk Penyandang,U32) dimana tanggagaji nya adalah jauh lebih rendah. Disini saya ingin menarik perhatian pihak berkenaan mengapa tanggagaji kakitangan yg berkelulusan SPM jauh lebih tinggi daripada mereka yg mempunyai diploma?

Guru gred DG29 pula lebih untung kerana time based mereka adalah 8 tahun sahaja dimana mereka akan secara automatik mendapat gaji dan elaun tetap sebanyak RM 3500 apabila melebihi 8 tahun tempoh perkhidmatan dan terus menjawat gred DG32. Seterusnya mereka akan dinaikkan ke gred DG36 selepas 8 tahun. Mengapa kakitangan awam lain yg turut sama berkhimat untuk negara sama seperti guru tidak mendapat hak sebegini? Semua kategori kakitangan awam sepatutnya menikmati time based selama 8 tahun sama seperti guru.

Elaun kritikal atau radiasi dipanjangkan kepada semua kakitangan awam yg layak bukan hanya tertakluk kepada jururawat atau Pembantu Perubatan sahaja. Elaun tersebut mungkin boleh diberi secara tetap dan bukannya mengikut peratusan gaji pokok supaya peruntukan tersebut juga dapat dinikmati oleh kakitangan kesihatan awam yang lain yang berkelayakan. Saya merasa agak terkilan apabila kakitangan yg bertugas di Unit Kawalan Infeksi seperti Juru Teknologi Makmal tidak menikmati elaun tersebut. Kakitangan yg terlibat secara langsung dengan radiasi mengion seperti x-ray atau Gamma juga sepatutnya tidak dipinggirkan.

Sila hadkan umur bersara hingga 56 tahun saja.

Sekian, TERIMA KASIH
KAKITANGAN 1 MALAYSIA

By: asmalina Ahmad

Klinik Kundasang tidak profesional

Saya telah menghantar isteri saya untuk membuat kad untuk ibu mengandung pada hari ini 1/8/2011, setelah menunggu agak lama jururawat meminta kami untuk datang esok dengan alasan hari ini khas untuk pendatang asing sahaja.

Kalau lihat secara logik sepatutnya warganegara patut diberi keutamaan, lagipun bukannya banyak pun orang masa tu, hanya perlu beberapa minit saja untuk buat kad ibu mengandung. Kalau itupun tidak dapat buat, buanglah slogan “Memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk Negara”. Membazir masa saja tidak pergi kerja hari ni. Rugi saja bayar cukai. Jururawat tidak profesional!!!

By: Julaineh

Kemalangan di Hospital Kuala Lumpur

Pada 12 julai 2011(selasa) jam 0500. Saya bersama isteri melawat jiran yang di masukkan ke Wad 27 tingkat 5 Hospital Kuala Lumpur. Setelah selesai melawat, saya bersama isteri hendak keluar ke Lift dari Wad 27 tadi.

Saya berjalan beriringan bersama isteri, secara tiba-tiba isteri saya terjatuh terduduk di sebelah saya. Saya dapati berhampiran tempat kejadian ada seorang pekerja RADICARE lelaki sedang mengemop lantai tanpa ada apa-apa papan notis yang mengatakan lantai licin. Setelah kejadian berlaku tiada perkerja mahupun pihak RADICARE memohon maaf atas kejadian tersebut.

Dengan bantuan Jururawat dan Doktor di Wad berhampiran memberi bantuan awal dengan menbawa isteri saya ke Bahagian Kecemasan.

Kemalangan ini mengakibatkan tangan kanan isteri saya retak dan dipasang simen selama seminggu. Saya harap pihak RADICARE lebih berhati-hati dengan kemalangan ini.

By: AZIZ BIN AHMAD

PPUKM menindas jururawat

Kami warga jururawat di PPUKM tidak berpuas hati dengan syarat-syarat yang di tetapkan oleh pihak pengurusan kejururawatan dimana cuti bersalin 3 bulan hanya diluluskan dengan bersyarat iaitu:

  1. Hanya dibenarkan pada kandungan anak pertama dan ketiga
  2. Yang mempunyai masalah kesihatan
  3. Atas pertimbangan pegurus jururawat

Ini tidak adil bg kami yg mengandung ank ke2..sekiranya kami tdk mempunyi rezeki utk mengandung ank ke3,jd hak kami utk mengambil ct 3 bln lenyap begitu  sahaja.Alasan pihak pengurusan kejururawatan adalah tidak cukup staff yg berkerja.sepatutnya iti masalah pihak mereka dan tidak bersankut paut dgn kami yg mengandung yg ingin mengambil ct 3 bln.Buat pengetahuan pihak encik…hanya jururawat sahaja yg mempunyai syarat sekiranya hendak mengambil ct 3bln.DI jabatan2 lain di luluskan pula ct bersalin 3 bln….tenaga kami dip;erah bila tdk cukup staff..ct kami pulak tdk diluluskan….kami berharap pihak tuan dpt mengambil tindakan dgn pantas…kesian kami jururawat2 yg teraniya….

sekian terima kasij

By: mama

Pembantu perawatan kesihatan sambilan diberhentikan dalam 24 jam tanpa notis.

80 org pembantu perawatan kesihatan (ppk) sambilan di hospital queen elizabeth diberhentikan kerja dlm 24 jam tanpa notis. 80 org ini telah berkhidmat selama 2 tahun dan telah mempunyai pengalaman yg luas dalam bidang masing2.

Akibat dari penamatan khidmat mereka, hospital kami mengalami kekurangan kakitangan yg amat teruk pada hari ini. jururawat terpaksa mengambil alih tugas ppk yg agak berat, sedangkan jururawat itu sendiri sudah sedia memikul tanggungjawab yg berat. banyak kerja yg terbengkalai dan terpaksa di ambil alih oleh shift yg berikutnya.

Bayangkan hidup 80 org ppk ini yg majoritinya mempunyai keluarga, siapakah yg akan mendapatkan mata pencarian utk keluarga mereka dalam masa 24 jam ini?? untuk pengetahuan pihak anda, ppk sambilan ini memikul beban kerja yg sama dgn ppk yg berjawatan tetap, tetapi diberikan gaji yg jauh lebih rendah daripada ppk yg berjawatan tetap dan tidak diberikan sebarang elaun. adil ke semua ni??  tindakan ini sememngnya tidak wajar dan perlu diambil tindakan segera oleh pihak kerajaan.

By: izuany rosli ch’ng

Perkhidmatan yang cakap tak serupa bikin

Pada 29 mac 2011 isteri saya telah ke salah satu klinik swasta yg berada di daerah Kuantan bagi mendapatkan rawatan kerana meghadapi masalah penyakit wanita.ia telah mengalami masalah tersebut selama 2 minggu. Doc di klinik swasta tersebut telah membuat beberapa ujian dan meminta isteri saya membuat rujukkan di Hospital Tengku Ampaun Afzan bg mendapatkan rawatan pakar.

Pada hari yang sama juga saya membawa isteri saya pd sebelah petang ke hospitah besar di daerah ini namun apa yg malang hanya satu janji temu sajaha yg saya dapat.pelikkan.janji temu itu telah diberikan hanya dr seorang jururawat dan ianya pada 19/julai/2011. Adakah logik isteri saya kena menahan sakit selama beberapa bulan bg berjumpa pakar. Inikah slogan yg di laungakan oleh pemimpin kita rakyat didahulukan…yang menghairankan saya juga pihak doc langsung x berjumpa….sibuk sangatkan doc pada waktu itu…harap pihak berwajib mencari satu penyelesaian…..

By: ahmad