Layanan Kasar Pihak JPJ

Baru baru nie saya telah menduduki ujian memandu di salah sebuah institut memandu di Sibu Sarawak. Apa yang saya perhatikan sepanjang tempoh ujian dijalankan oleh pihak JPJ, kami telah dilayan dengan agak kasar. Selain itu, sebilangan orang yang menduduki ujian memandu tersebut turut dimarahi menggunakan bahasa yang agak kasar.

Pada pandangan awal saya, mungkin ini merupakan kaedah JPJ menggunakan PSIKOLOGI terhadap kami. Namun apabila kata kata kesat digunakan dengan memaki hamun pelajar, pada pendapat saya ianya agak keterlaluan. Malah, gaya mereka agak sombong dan endah tak endah apabila diajukan soalan oleh pelajar. Malah, gaya mereka yang tidak sabar dengan membunyikan hon berkali-kali agak keterlaluan sedangkan di dalam kereta tersebut masih lagi ada pelajar yang sedang diuji.

Bukan sahaja pihak pelajar yang menduduki ujian tidak berpuas hati dengan layanan mereka, malah tutor dan juga ahli keluarga yang menunggu sepanjang ujian dijalankan agak terkilan akan sikap sedemikian yang ditunjukkan oleh mereka.

Pada pendapat saya, cara ini seharusnya tidak wajar dipamerkan oleh pihak berkenaan. Penggunaan kata-kata kesat sewajarnya tidak perlu digunakan. kaedah Psikologi yang lebih bersopan santun mungkin boleh digunakan jika dibandingkan dengan penggunaan kata-kata makian. Seharusnya, sebagai salah satu badan penguatkuasa kerajaan, mereka haruslah dijadikan contoh. sikap mereka yang tidak sabar dan panas baran ini amat tidak disenangi oleh pihak yang lain. natijahnya kelak, nama badan penguatkuasa tersebut yang buruk. selain itu, seharusnya, pihak berkenaan menjadi contoh seperti kepada pelajar yang menduduki ujian memandu agar memandu dengan berhemah dan bersabar serta menghormati pemandu yang lain. namun, sedikit kesal disini apabila sebaliknya ditonjolkan oleh mereka.

diharap agar pihak yang berkenaan memberi perhatian kepada isu ini dan diharap agar penambaikan dilakukan. Tidak salah untuk mempamerkan ketegasan sebagai penguatkuasa kerajaan tetapi bukan dengan kata-kata kesat dan juga makian.

By: syukriah khamdan

Penukaran System Mysikap JPJ Melaka

Salam Sejahtera….

saya ingin membuat aduan & minta ambil perhatian dengan kadar segera berkenaan tajuk aduan saya mengenai System Baru yg diwujukan oleh JPJ Melaka berkuatkuasa pada 23.09.2013 iaitu SYSTEM MYSIKAP amat dikesali kerana:-

a) System yanng dibuat disebut pada awal pagi 23.09.2013 dan telah berkuatkuasa serta merta tanpa sebarang pemberitahuan dan sebab-sebab agak menysahkan pihak saya.

contoh:

penjual telah menjual kereta kepada saya & segala prosedur pihak JPJ saya patuhi (lama) tiba tiba pada isnin 23.09.2013 si penjual diminta hadir untuk system biometric.

kami menghadapi masalah apabila si penjual telah pergi kursus di luar negara bagaimana kita nk minta penjual hadir untuk laksanakan system biometric.

contoh 2:

penjual kedua saya pula telah bekerja di luar kawasan melaka (Penang), apabila sy buat panggilan penjual terpaksa ambil cuti & kos perjalan terpaksa ditanggung oleh Pembeli @ syarikat kmi.

Adakah ini adil & Wajarkah System ini Diteruskan kerana akan lebih menyulitkan proses kerja Penukaran Nama bagi kmi yang berkerja di Kedai Kereta & Pembeli…

NOTA PENTING:::: WAJARKAH PEMBELI MARAH KERANA KERETA XDAPAT PAKAI LOAN BANK DH LULUS KERETA DH MULA KENA BAYAR.KERANA SYSTEM MYSIKAP PEMBELI XDAPAT MEMBUAT PERTUKARAN NAMA ……

By: Teh Swee Heng

Perkhidmatan Balai JPJ Petaling Jaya yang amat teruk

Pada 23 October 2010,jam 12:30 petang,saya menamani kawan saya ke balai JPJ Petaling Jaya untuk membuat kad lesen yang baru selepas kehilangan dompetnya.

Saya berasa amat kesal dengan keadaan balai JPJ Petaling Jaya yang menyusahkan para pelangaan. Hal ini menyebabkan saya berasa amat tidak berpuas hati.

1.Terdapat beberapa kakitangan yang bertugas di main blok yang bersikap kurang ajar.

Sebelum kawan saya masuk ke main blok untuk mendapat tiket numbor,terdapat seorang pekerja lelaki melayan kedatangan kami dengan nada yang tidak sopan. Selepas itu,penjaga kaunter resit numbor giliran pula menunjukkan sikap yang sama,tanpa salam terus bertanya “mana IC?” “mana lesen?”. Kami tidak kisah jikalau kakitangan tidak senyum terhadap pelanggan asalkan mereka melayan pelanggan dengan sopan,tetapi nada yang digunakan oleh mereka boleh dikatakan macam gengster.

2. Kemudahan asas yang amat membahayakan pengguna.

Pemegang tangga yang membawa arus. Hal ini jarang berlaku dan yang penting,masalah ini adalah amat bahaya kepada pihak yang tidak menyedarikannya. Kawan saya telah mengalami kecederaan ringan di beberapa jarinya.Dia terpaksa menahan kesakitan dan kekebasan selama beberapa jam. Walaupun hanya kecederaan ringan,tetapi masalah ini tidak harus dipandang ringan kerana kejutan elektrik adalah amat bahaya terhadap orang tua,pesakit kardiovaskular dan kanak-kanak.

Saya memang berharap pihak atasan JPJ ambik tindakan terhadap hal-hal ini yang boleh menjejaskan imej jabatan tersebut. Terima Kasih.

By: Syamimi

Pekerja asing berleluasa di KLIA

Saya ingin buat aduan mengenai sebuah syarikat yang beroperasi di KLIA iaitu vendor kepada MAS terlalu ramai mengaji warga asing, terutama dari Bangladesh dan Nepal. Saya melihat syarikat tersebut tidak mahu menggaji pekerja tempatan.

Satu lagi menjadi tanda tanya kenapa pekerja warga asing tersebut boleh memandu kenderaan didalam kawasan airport (kawasan apron). Mengikut syarat2 pihak MAB, jikalau seseorang individu hendak memandu kenderaan didalam kawasan airport perlu mempunyai lesen memandu sah JPJ kelas D. Adakah pemandu warga asing tersebut mempunyai lesen memandu sah JPJ? Ini menjadi tanda tanya dan kenapa pihak MAB dan pihak MAS sewenanag-wenangnye mengeluarkan permit memandu kenderaan kepada pekerja asing tersebut?

Baru-baru ini terjadi satu kes kemalangan membabitkan pemandu warga asing dan kes tersebut merujuk di IPD Sepang. Setahu saya pemandu warga asing tersebut tidak mempunyai lesen memandu sah JPJ. Ini menjadi tanda tanya dan saya harap tolong siasat kenapa perkara seperti diatas boleh berlaku? Bak kata pepatah kera di hutan di susu kan,anak dirumah mati kelaparan

By: pekerja teraniaya

Laluan motor berkuasa tinggi

Assalamualaikum,

Selaku pemilik dan penunggang motorsikal (500cc ke atas) saya mohon pihak JPJ memberi kenyataan yang menyeluruh terhadap peraturan tidak melepaskan motosikal kuasa tinggi dilaluan ber tol selagi ada lorong motosikal disebelahnya.

SAYA SEMAKIN KELIRU sebab pihak POLIS melepaskan penunggang motosikal 500 cc ke atas dilebuh raya bertol walaupun terdapat laluan motosikal disebelahnya.

Saya telah beberapa kali mengikut lorong motosikal, namun terdapat `kesengsaraan’ apabila mahu melepasi terowong yang lazimnya berselekoh tajam dan ia memungkin kemalangan. Pengendalian motosikal berkuasa tinggi di lorong motosikal(agak sempit) amat `mencabar’ disebabkan terlalu kerap tukaran gear dilakukan dan kelajuan pada tahap standard sangat terganggu.

Cadangan : Mohon pihak berkuasa membenarkan lebuhraya dikongsi sama oleh penunggang motosikal kuasa tinggi. Secara adilnya, motosikal tersebut membayar cukai jalan lebih RM250.00 setahun dan kalau perlu membayar tol wajarlah pada kadar yang berpatutan.

Melalui pengalaman dan pemerhatian, saya dapati perjalanan penunggang motosikal kuasa tinggi lebih lancar dan penuh disiplin.

Mohon pihak berkuasa menimbang cadangan ini demi keselesaan dan kelancaran perjalanan pemilik motosikal kuasa tinggi.

By: Alykallam

Kakitangan JPJ Bangi Kurang Ajar

Merujuk kepada tajuk di atas, saya ingin membuat aduan di pihak atasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan seorang kakitangan JPJ Cawangan Bangi yang bernama Daniel Hakimi.

Semasa berurusan di kaunter JPJ Bangi, pada 15/3/2012 pukul 300 petang beliau telah bersikap kurang ajar terhadap ayah saya yang ketika itu berurusan dalam proses penukaran gran kereta. Sikap yang ditunjukkan tidak melambangkan profesionalisme sebagai seorang kakitangan kerajaan dan langsung tidak menunjukkan intergriti dalam menjalankan tanggungjawab beliau.

Saya berharap pihak atasan JPJ dapat melihat perkara ini.

By: iskandar

Kereta sapu di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelembagaan, maka undang-undanglah yang melindunginya, maka kami dengan ini ingin memohon kepada pihak JPJ / SPAD agar dapat menjalankan operasi membenteras kereta sapu dan ulat yang bergiat terlalu aktif dalam jumlah yang besar di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Pulau Pinang.(LATBPP).

Keadaan sapu di LATBPP telah menjadi amat serius sehingga Teksi LATBPP dilihat terpaksa menunggu giliran selama lebih kurang 4-5 jam untuk giliran trip berikutnya. sedangkan kereta sapu beroperasi lebih kerap. Ada juga dikalangan pemandu sapu berkenaan berlaku lagak samseng dengan mengugut AJK persatuan teksi yang mengambil gambar sapu-sapu tersebut.(Untuk di salurkan ke JPJ dan SPAD).

Kebanyakan Kereta-kereta sapu ini akan muncul terutamanya apabila penerbangan dari Medan, Jakarta, Aceh dan Surabaya. Tak terkecuali penerbangan dari destinasi lain.

Antara ugutan yang diterima dari pengendali kereta sapu ini adalah untuk memukul sekira mereka jumpa di luar kawasan LATBP. Tidak tekecuali juga ugutan membunuh . Telah banyak aduan yang dibuat ke Balai Polis LATBPP tetapi kami tetap melihat kegiatan sapu-sapu tetap berleluasa malahan lebih ramai.Tumbuh seperti cendawan

Amat berbesar hati sekiranya Pihak JPJ dan SPAD dapat memberi perhatian serius dan berterusan demi membendung dan membasmi kegiatan haram tersebut Kami memohon agar tindakan atau hukuman lebih berat dapat di sabitkan kepada pemilik kereta-kereta sapu .(mungkin menyita jika perlu dan dihadapkan ke makamah) . Paling tidak disaman untuk setiap kali mereka didapati menjalankan operasi sapu tersebut. Sekiranya dalam 1 bulan 3/4 saman dikeluarkan untuk sesebuah kenderaan tersebut. Dengan sendirinya kegiatan sapu tersebut akan lenyap.

Kami pemandu-pemandu akan memberi 100% sokongan dan bantuan jika perlu dari segi maklumat-maklumat dan nombor kereta-kereta sapu berkenaan.

Mungkin Pihak JPJ/ SPAD juga dapat melakukan penyamaran-penyamaran terhadap ulat ulat dibalai ketibaan seperti keluar dari pintu ketibaan bersama beg dan terus berlagak sebagai tetamu mereka dan terus ke kereta kereta sapu berkenaan.Cara ini mungkin akan berkesan, kerana tangkapan ini akan lebih tepat.

Ribuan maaf didahulukan didalam aduan dan cadangan ini kepada pihak tuan.

Jutaan Terima kasih juga didahulukan kepada tindakan dari pihak tuan terhadap aduan ini.

By: unitindakan

MyEG – senang ‘renew’ SUSAH masa nak claim

Saya ada menggunakan khidmat MyEG untuk memperbaharui cukai jalan pada 2010 dan 2011. Memang diakui, proses memperbaharui cukai jalan memang mudah dengan MyEG. Kita tidak perlu mengambil geran kenderaan untuk urusan ini. Semuanya online.Maknanya geran kenderaan tidak perlu diambil dan di’endorse’ untuk tujuan ini.

Apa yang ingin saya ketengahkan adalah kesulitan yang perlu dihadapi sekiranya kita terbabit dalam kemalangan dan ingin membuat tuntutan insurans. Pada 2010, saya terbabit dengan kemalangan kecil dan kenderaan saya mengalami kerosakan dan nilai pembaikan hampir RM2000. Pihak insurans memerlukan salinan geran yang terkini untuk meluluskan tuntutan ini. Saya pun membawa geran kereta ke pejabat myEG di Bandar Utama untuk endorse geran tersebut. Untuk makluman saya tinggal di Shah Alam. Pegawai MyEG memaklumkan bahawa di Shah Alam (Kompleks PKNS) terdapat kiosk MyEG yang boleh update geran.

Baru-baru ini isteri saya terbabit dengan kemalangan (syukur beliau tak apa-apa)… cuma kereta isteri saya rosak teruk. Oleh kerana cukai jalan kereta tersebut juga diperbaharui melalui khidmat MyEG, maka kami pun pergi ke kompleks shah alam untuk update geran. Hampanya tiada kiosk MyEG di kompleks PKNS. Yang ada hanya wakil insurans yang memberikan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dengan MyEG. Update gran tidak boleh!

Oleh kerana jauh untuk ke ibupejabat MyEG di Bandar Utama, kami ke JPJ Padang Jawa untuk update geran. Gagal! JPJ tidak boleh update geran yang insurans/roadtaxnya diperbaharui dengan MyEG. Kalau renew dengan MyEG kena update juga dengan MyEG jugak. JPJ tak boleh buat apa-apa. Apa kuasa JPJ? Siapa pulak MyEG? Lu pikirlah sendiri!

Macam tak masuk akal pun ada! Undang-undang jalanraya, geran, lesen, semuanya dibawah peruntukan undang-undang JPJ, tapi JPJ tak boleh update geran yang kita renew insurans di MyEG. MEMANG TAK MASUK AKAL. Apa guna kemudahan online kalau jadi begini. JPJ yang keluarkan surat beranak kenderaan (geran) tak boleh buat apa2 kalau dah renew kat MyEG?

Kemudian kami call MyEG, katanya di Selangor ni cuma boleh update geran di HQ Bandar Utama dan di MyEG Bangi…Bayangkanlah betapa hapraknya perancangan MyEG. Renew boleh online, tapi nak update geran cuma 2 tempat saja. Mungkin ada cara lain untuk claim insurans tanpa update geran. Kita boleh ambil butiran kenderaan di JPJ. Tapi masa saya pergi JPJ Padang Jawa, cuma ada ada 3 kaunter sahaja yang buka, yang lain tutup. Nombor giliran adalah dalam 85 orang in queue. kalau satu orang 1 purata minit, mau sejam lebih jugak.

Nak tak nak terpaksa jugak pergi ke HQ MyEG kat Bandar Utama. Parking memang masalah besar kat situ (Persiaran Bandar Utama)… silap2 boleh kena saman dengan PDRM kalau parking kat tepi2 jalan. (memang saya pernah kena saman parking masa update geran di MyEG pada 2010 dulu).

Sedar tak sedar setengah hari jugak habis hanya nak update geran tu. Dakwat print out kat geran tu pulak dah blur (ink nak habis)… saya minta dia orang re-print, katanya takboleh… pensel anak saya kalau tulis lagi terang daripada print out kat geran tu.

Apapun lepas ni, kami memang SERIK. Takpelah bayar runner atau ambil geran n buat kat pejabat pos. Malang tak berbau! Tapi siapa yang nak kemalangan. Dah la kemalangan, nak update geran kat MyEG pun SUSAH.Mana tak susah, cuma boleh update kat 2 tempat je di Selangor. Tak effisien langsung.

By: Mahbub

Kereta sewa haram di Kuala Perlis

Saya penduduk Negeri Perlis amat kesal dengan kegiatan ini kerana kenderaan sewa secara haram terlalu banyak sehinggakan menggangu laluan lalulintas di kawasan Jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Dimanakah pihak berkuasa dan tiada tindakan yang telah diambil oleh pihak berkuasa ke atas pemilik kereta sewa pandu sendiri.

Pernah ada serbuan keatas pemilik kereta sewa haram ini tetapi 1 pun kereta sewa pandu sendiri secara haram tiada di kawasan pakir dan kiri/kanan jalan di Jeti Kuala Perlis. Seolah-olah ada maklumat bocor tentang operasi yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Selepas habis operasi ada pulak yang di letakan di kawasan kiri dan kanan jalan Jeti Kuala Perlis.

Saya berharap pihak JPJ Putrajaya dapat meyiasat dan membenteras kegiatan ini.

By: samsuri

Petugas MyEG tidak beretika

Lebih kurang pukul 8.00 pagi anak saya telah hadir di MYEG Services Sekyen 9 Bandar Baru Bangi bagi menghadiri ujian berkomputer JPJ untuk membolehkannya mendapatkan lesen kelas B2.

Apa yang saya kesalkan adalah petugas MYEG tersebut, seorang wanita berbangsa Cina didalam lingkungan pertengahan umur begitu sombong menengking anak saya serta lain-lain remaja yang hadir di situ untuk mengambil ujian tersebut.  Begitukan sikap seorang wakil kerajaan walaupunsyarikat tersebut adalah syarikat swasta sedangkan di dinding pejabat beliau terpampang gambar Perdana Menteri dan Yang Dipertuan Agong.

Saya berharap pihak JPJ dapat menegur sikap beliau kerana terdapat juga rungutan dari kakitangan sekolah-sekolah memandu di sekitar bandar baru bangi mengenai sikap dan perangai beliau.

By: amiza

Lombong Besi Cemar Ramadhan

Salam. Pihak syarikat perlombongan bijih besi di KM2 Bukit Ibam seperti mencabar kami dengan menjalankan operasi hingga lewat malam tanpa peduli waktu-waktu umat Islam berbuka serta solat. Yang pasti tokey nya pasti KAFIR, tapi pihak pengguasa tempatan pasti beragama Islam (mungkin)  pun sama tidak pedulikan kemulian bulan Ramadhan. Pencemaran BUNYI begitu menusuk telinga hinggakan laungan Azan dari masjid tenggelam. Jalan UTAMA kami pun hancur akibat lori2 besi yang membawa keluar hasil seperti samseng jalanan.

Syarikat perlombongan ini begitu kurang ajar dan kami mungkin akan mengambil tindakan sendiri jika tiada pihak yang cuba mengambil tindakan segera. Perkara ini terlalu lama berlarutan walau beberapa kali kami menegur. Harap maklum pihak PTG Rompin,PTG Negeri,JPJ,PDRM, SPRM Pahang dan Pejabat SUK Phg, jangan sampai kami ambil tindakan sendiri.

By: kiramin

Pengajar memandu yang tidak berkelayakan

Saya ingin memanjangkan aduan saya ini kepada pihak yang berkenaan di JPJ Putrajaya. Terdapat pengajar memandu yang tidak berkelayakan untuk mengajar yang mengajar di Akademi Memandu Nilai Sdn Bhd.

Untuk maklumat pihak tuan, terdapat beberapa pengajar memandu yang tidak berkelayakan mengajar bagi kelas memandu bagi lesen kelas E dan juga lesen vokasional iaitu GDL dan PSV. Pengajar tersebut hanya memegang Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) bagi kelas D sahaja. Namun mereka ini telah mengajar bagi kelas E dan juga vokasional.

Sepatutnya mereka ini mestilah memiliki SPIM kelas E dan juga QTI Vokasional. Saya percaya pihak majikan tersebut hanya ingin mengejar keuntungan semata-mata tanpa mematuhi peraturan yang sedia ada. Sekiranya pengajar tersebut tidak berkelayakan apakah mungkin akan melahirkan pemandu kenderaan perdagangan yang berkualiti dan berhemah di jalanraya nanti.

Sekian aduan saya. Diharapkan pihak yang berkenan dapat mengambil perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

By: pengadu

Langgar lari

JENIS KERETA: WIRA SALOON

WARNA:  HITAM.

NOMBOR: PFR 7509

Kereta seperti di atas telah melanggar kereta saya, jenis kancil, warna putih. Nombor pendaftaran PEU8046

Selepas melanggar pemandu itu terus berlalu dan pergi lari dsari situ.

Walaupun kerugian saya kecil tetapi sikap pemandu itu sangat tidak mencerminkan sebagai rakyat Malaysia .

Saya minta pihak JPJ dapat lakukan sesuatu,bagi mengajar pemandu ini nenjadi pemandu yang berhemah.

By: MOKTHARUDDIN