Johor | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Posts Tagged ‘johor’

Tiada tindakan dikenekan terhadap P1?

Sebelum ini saya telah mengahantar aduan kepada Aduan Rakyat. Tidak lupa juga pada mangsa-mangsa p1 yang lain telah membuat aduan kepada banyak pihak tetapi tiada pembelaan.

Dimana pihak berwajib yang boleh mempertahankan hak-hak pengguna yang tertipu dan terpaksa membayar satu amaun yang sangat tinggi tetapi tidak menggunakan perkhidmatan P1.

Read the rest of this entry »

JUSCO: Promosi Harga Lain, Resit Harga Lain

Pada 29.11.2013 saya dan isteri telah pergi ke Jusco (AEON) Tebrau ,Johor Bahru dalam anggaran pukul 12.30 tengahari. Apabila sampai diruang legar berhadapan dengan Pasaraya Jusco(AEON), Kami dapati ada promosi Susu Isomil Plus 85 dan kami diberitahu bahawa ada promosi yang dijalan dengan pihak mereka. Harga yang ditawarkan adalah RM66.50 , kami amat tertarik dengan promosi yang ditawarkan dan kami pergi kejuruwang dan terus membayar dengan RM66.50 . Apa yang memeranjatkan kami dapati bahawa harga Susu tersebut adalah RM73.30 dan RM66.50 adalah untuk pemegang Kad Ahli AEON sahaja. Kami bukanlah pemegang Kad Ahli AEON.

Apa yang menjadi kemuskilan kami, tiada tertulis harga promosi untuk ahli dan bukan ahli pada rak susu tersebut. Kami terus bertanya kepada promoter yang menawarkan harga promosi kepada kami. Promoter tersebut tidak dapat memberi alasan dan promoter tersebut memberi Kad Ahli untuk kami menggunakannya tetapi kami dihalang oleh salah seorang Juruwang atau pekerja pasaraya tersebut. Dengan nada yang agak tinggi beliau berkata Sekiranya kami mengunakan kad ahli promoter tersebut pihak Jusco (AEON) akan menyaman promoter tersebut. Dengan rasa kecil hati kami dengan tindakkan pekerja pasaraya tersebut. Kami terus membeli dengan Harga RM73.30 kerana kami amat memerlukan susu tersebut.

Read the rest of this entry »

Peraturan sekolah yang tidak relevan

Assalamualaikum,

Saya sebagai wakil ibubapa kepada pelajar-pelajar SMK Taman Rinting 2, Masai, Johor, ingin membuat aduan berkenaan peraturan yang sangat tidak relevan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar.

Pelajar dilarang sekerasnya membawa bekalan dari rumah atau dari luar sekolah. Mereka perlu membeli makanan di kantin pada waktu rehat.

Read the rest of this entry »

Sistem PBS yang menyusahkan guru-guru

Minta pihak kerajaan melihat perkara ini dengan lebih serius bagi menangani bebanan kerja dan sterss yang dihadapi oleh guru-guru disebabkan sistem PBS (sistem pentaksiran berasaskan sekolah) bagi sekolah Menegah dan Rendah yang lembab lagi ketinggalan zaman.

Harap perkara ini diselesaikan dengan segera sebelum menjelang 2014.Mengikut KPM kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai.

Read the rest of this entry »

Kenaikan Gred J29

Salam tuan, saya dan kawan-kawan yang menjawat jawatan penolong jurutera dan penolong pegawai senibina J29 merasakan pihak kami tertindas dengan penambahbaikan yang diumumkan baru-baru ini yang mana jawatan juruteknik J17 dan pelukis pelan J17 yang berkelulusan sijil daripada politeknik dinaikkan ke jawatan dan gred yang sama dengan kami iaitu JA29 sedangkan kami adalah lepasan diploma daripada UTM dan UiTM pada awal TAHUN 90AN.

Semasa kami menjawat jawatan tersebut dulu, lepasan diploma daripada politeknik hanya layak menjawat jawatan juruteknik J17 sahaja dan hanya lepasan UTM dan UiTM seperti kami yang boleh menjawat jawatan pembantu teknik J5 (nama jawatan kami ketika itu) tetapi sekarang ini sijil daripada politeknik pun dah sama dengan kami. sepatutnya gred kami dinaikkan ke gred yang lebih tinggi memandangkan kemasukan ke UTM dan UiTM memerlukan kelulusan SPM yang lebih baik jika dibandingkan dengan syarat kemasukan ke politeknik dan kelulusan diploma kami juga lebih baik dari kelulusan diploma  dan sijil dari politeknik.

Read the rest of this entry »

Tuntutan Pulangan Income tax

Perdana Menteri & Menteri Kewangan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberi potongan income tax persendirian dengan tujuan meringankan beban rakyat, tetapi baru-baru ini, pihak income tax cawangan Negeri Johor dengan pelbagai alasan menolak tuntutan pulangan income tax kami untuk tahun 2012, malah dengan perintah kemukakan maklumbalas berserta dokumen-dokumen yang dikehendaki ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Cawangan Johor Bahru dalam tempoh 21 hari.

Kami mengikut perintah dan sediakan dokumen / resit-resit berkenaan untuk tuntutan tolakan/pelepasan/rebat bagi Tahun Taksiran 2011 dan 2012. Malangnya, pihak unit pengajian cawangan Johor Bahru menolak permohonan kami malah kami dihukum penalti di bawah seksyen 113(2) untuk Taksiran 2011, dan cukai tambahan dikenakan. Alangkah terperanjatnya kami dan terasa ditindas kerana kami rakyat bertanggungjawab dan PCB dipungut dari gaji setiap bulan. Kami hanya menuntut pelepasan/rebat yang diberikan oleh pihak kerajaan tetapi ditolak dengan pelbagai alasan: resit tidak sah, tidak layak,tiada resit… Kami bukan profesional dalam income tax, manalah tahu ini tidak sah, itu tidak layak? Hati terasa sedih apabila dikenakan lagi penalti. Adakah beban hidup sebagai rakyat Malaysia diringankan seperti mana yang diharapkan / diberikan oleh Perdana Menteri & Menteri Kewangan? Kami amat ragu hati.

Read the rest of this entry »

P1 Wimax Menipu, Pihak Berkuasa Tolong Ambil Tindakan

Assalamualaikum,

Saya salah seorang dari mangsa penipuan P1 wimax. saya telah menggunakan perkhidmatan P1 Wimax selama 2 tahun. Selepas tamat tempoh 2 tahun tersebut, saya telah membuat pemotongan tetapi saya tidak diberikan sebarang borang pembatalan servis tetapi, pegawai yang bertugas meminta saya untuk membuat panggilan ke pusat utama P1 Wimax di Kuala Lumpur untuk pembatalan. Setelah membuat panggilan tersebut, pegawai berkenaan menyatakan bahawa akaun saya sudah ditutup.

Lapan bulan selepas itu, saya terkejut dengan pesanan ringkas di telefon bimbit saya menyatakan yang saya perlu membuat pembayaran sebanyak Rm1580 kerana tidak menggunakan perkhidmatan mereka tetapi tidak membuat pemotongan.

Read the rest of this entry »

Enjin Campro CFE Proton Bermasalah

Salam..

Saya merupakan pengguna exora cfe sejak bulan 2 2012. Baru guna dalam seminggu, kereta tersebut tiba-tiba tersenggut2 dan mati..setelah di hantar ke pusat servis di kluang, mengambil masa seminggu untuk dibaiki kerana ketika itu tiada alat ganti lagi disebabkan enjin jenis ini baru sahaja dilancarkan.

Kemudian pada bulan 7 2012 kenderaan saya ini dibawa untuk servis ke 2, saya dinasihatkan untuk menukar one way valve (ovc) yg berada dalam enjin. maka enjin perlu dibuka..Berat juga hati ni nak lepaskan kerana baru guna 5 bulan dah kena buka keseluruhan enjin.

Read the rest of this entry »

Makan Tengahari yang Berulat

Saya telah memesan 6 bungkus nasi goreng ayam di kawasan Gelang Patah iaitu A**** Corner yang beroperasi 24 jam. Selepas selesai membuat bayaran, saya terus membawa makanan saya ke pejabat.

Klik untuk paparan lebih jelas

Klik untuk paparan lebih jelas

Read the rest of this entry »

Operator Stesen Bas Medan Gopeng Penipu

Pada 9 Disember 2012, hari Ahad jam 12 tengahari bertempat di Stesen Bas Medan Gopeng, saya telah membeli tiket bas perjalanan sehala dari Ipoh ke Pulau Pinang (Sg. Nibong) dari Kaunter 4 Stesyen tersebut dengan bas yang dijadualkan berlepas jam 2.30 petang. Namun apa yang menghairankan, tiket yang diberikan pada saya tertulis nama sebuah syarikat bas yang berpusat di Larkin Johor iaitu Bas Ekspres Cepat Sedia Sdn. Bhd. dengan butiran bas yang hanya ditulis tangan.

Pada jam 2.30ptg saya telah menunggu bas berkenaan. Namun bas yang ditunggu tidak tiba. Setelah 2 jam setengah menunggu iaitu pada jam 5ptg barulah saya diberi tiket bas baru dengan nama bas yang berlainan iaitu Bas Fame Pacific Sdn. Bhd. beralamat di Pudu Raya Kuala Lumpur. Pada jam 6ptg bas yang ditunggu bernombor plat PKK 1690 telah tiba dengan nama bas Pacific Ekspress tetapi beralamat berlainan daripada alamat yang diberi dalam tiket. Tiket penumpang bagaimanapun telah diambil oleh pemandu bas semasa menaiki bas. Ini menyukarkan saya untuk membuat aduan kepada JPJ, SPAD, KPDNHEP mahupun Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional kerana tiada maklumat tepat mengenai bas yang digunakan. Setelah bas bertolak pada jam 6ptg, kami tiba di Perhentian Rehat dan Rawat Juru (R&R Juru) pada jam 7.45 malam. Bas berhenti disana selama setengah jam smentara menuggu pamandu merokok. Para penumpang yang ingin ke Pulau Pinang (Stesen Sg. Nibong) kemudiannya diarah berpindah ke bas lain bernama KKKL Ekspress. Beberapa bas lain turut bersubahat memindahkan penumpang seperti bas City Liner dan Bas Ekspress Persada.

Read the rest of this entry »

Masalah Projek Prasarana Naik Taraf Jalan Dan Bekalan Air Paip

Saya mewakili penduduk Lorong Gemilang,KM10,Parit Bengkok,MK 2 Bagan, Batu Pahat meluahkan rasa tidak puas hati ekoran masalah jalan yang tidak dinaiktaraf serta tekanan air paip rendah. Kawasan penempatan kami dikawasan pinggir bandar dan bukannya di pedalaman, rasanya tidaklah sukar untuk dilihat mahupun dipantau oleh pihak berkuasa yang terlibat. Sebenarnya, masalah ini telah berlanjutan selama setahun. Janji hanya tinggal janji namun yang jelasnya hanya untuk menyedapkan hati.

Sebelum ini, pihak kami telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa iaitu YB. Datuk Hj. Aris bin Samsudin, ADUN Kawasan Semerah Batu Pahat, Johor. Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan mahupun tinjauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Antara masalah yang dihadapi oleh pihak kami ialah : Read the rest of this entry »

Kilang Simen Beroperasi di Kawasan Perumahan

Di sini saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik Sebuah Kilang Simen yang aktif beroperasi di kawsan perumahan saya iaitu di Jalan Ciku Utama, Taman Kota Masai,Pasir Gudang.

Dengan adanya kilang ini, kesihatan dan keselesaan penduduk sekitar terutama kepada kami sekeluarga terjejas sama sekali kerana sering mengalami demam dan batuk-batuk akibat dari habuk simen yang dilepaskan dari kilang tersebut.

Read the rest of this entry »

Harga Tiket Bas pulang raya meningkat mendadak!

Harga bas untuk pulang beraya oleh syarikat bas SS International Express amatlah tidak menyenangkan pengguna terutama para pelajar daripada selatan hendak pulang ke utara.

Contohnya harga tiket daripada Batu Pahat ke Perlis pada asalnya cuma RM 63.20 tetapi pada musim perayaan menjadi RM 98.00 . Kenapa ini berlaku? Mana tindakan pihak berkuasa dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang ? Adakah kebajikan mahasiswa terbela terutamanya mahasiswa yang ingin pulang beraya di kampung?

Read the rest of this entry »