Jati | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Jati’

Masalah Feri Di Pulau Mutiara Laut Cina Selatan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat aduan rakyat TV3.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada pihak Aduan Rakyat kerana telah berjaya menyelesaikan pelbagai permasalahan yan menimpa rakyat di Malaysia ini.

Izinkan saya menghuraikan dengan lebih lanjut lagi berkenaan tajuk perpasalahan yang saya utarakan di atas. Pulau Wilayah Persekutuan Labuan merupakan salah sebuah pulau yang berhampiran dengan wilayah sabah dan hanya pengangkutan laut yang menjadi penghubung utama kami. sehubungan dengan itu, perkhidmatan feri merupakan salah satu perkhidmatan yang terpenting buat kami sebagai anak jati labuan dan juga kepada mereka yang berasal dari sabah dan bekerja di labuan.

Read the rest of this entry »

Keadaan Jalan Raya Ulu Kukut

Saya yang juga merupakan anak jati daerah Kudat ingin membuat aduan mengenai keadaan jalan raya yang semakin terjejas di kawasan Ulu Kukut. Jalan raya yang merupakan penghubung utama daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas terjejas teruk.

Sebagai pengguna jalan raya tersebut saya sangat kecewa dengan keadaan jalan raya yang sangat teruk. Pihak-pihak yang berkenaan seperti hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Kualiti penurapan amat rendah dan lemah. Walaupun sudah dibaiki, jalan raya tersebut hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat.

Read the rest of this entry »

Mana janji pemimpin yang telah menang?

Mana janji pemimpin yang telah menang dalam pilihan raya yang lepas. Sudah lebih 20 tahun jalan daripada Pekan Marudi ke Lubok Nibong masih tak ada perubahan. Jalan raya daripada pakan marudi ke lubok nibong  adalah salah satu daripda jalan yang di lalui lebih drpda 10 buah rumah panjang di kawsan itu.

Saya hairan apabila pilihan raya nak di jalankn masa itu lh sibuk berkempen dekat rumah panjg itu akn di perbaiki. Masa bkempen bukan main lagi turun padang. Apabila sudah menang batang hidung pun tak nampak. Saya sebgai penduduk tetap bagi kawasan MARUDI,BARAM SWK. Marudi adalh pekan kecil di pedalaman MIRI SWAK. Saya nak kan hak saya sebgai rakyat malaysia yang mendapat kemudahan sama seperti di kawasan bandar.

Read the rest of this entry »

Sistem Perparitan Tidak Sempurna

Assalamualaikum

Masalah yang dihadapi di tempat saya adalah tiada sistem perparitan yang sempurna, Kuala Kedah adalah sebuah kampung nelayan di daerah Kota Setar, yang mana mejoriti penduduknya adalah nelayan.

Setiap kali musim hujan semua penduduk dikawasan ini mengalami masalah air hujan masuk kedalam rumah disebabkan tiada sistem perparitan yang sempurna dibuat disini. terdapat juga ketua kawasan yang konon nya mengambil berat tentang masalah perparitan ini dan mula membuat projek parit disana sini sekadar untuk menunjukkan bahawa mereka mengambil berat di kawasan kuala kedah tetapi projek yang dibuat hanya sekadar menutup mata penduduk disini sahaja.

Read the rest of this entry »

Jalan kampung rosak dan pecah

Saya adalah anak jati Kampung Air Musang. Demasa saya bercuti di kampung di dapati jalan raya kampung telah rosak dan pecah. Saya rasa terkilan macammana jalan raya kampung lain tak sebegini. adalah salah penduduk kampung.

Saya sekarang menetap diluar kawasan kampung dan merasa sedih melihat jalan kampung sya. dahulu kerajaan pebangkang memimpin ada ura mengatakan peruntukan untuk membuat jalan baru. sekarang ni kerajaan kita yang memimpin bagaimana kedudukan tersebut adakah masih macam dahulu jugak. kalau boleh pihak yang bertanggungjawab membuat pemantau keatas masaalah berikut.

Read the rest of this entry »

Masalah Tanah Perkuburan di Kampung Melayu Roban

Saya adalah anak jati Kampung Melayu Roban ingin memaklumkan kepada pihak tuan mengenai tanah perkuburan baru kami. Untuk makluman pihak tuan tanah perkuburan lama kami sudah tidak dapat menampung jenazah lagi dan kami ada mempunyai tanah perkuburan yang baru.

Tanah tesebut telah dibeli pada tahun 1983 dari seorang iban oleh 4 individu dari kampung kami akan tetapi hanya seorang sahaja yang masih hidup. Tanah perkuburan di bawah seliaan LEMBAGA AMANAH KEBAJIKAN ISLAM (LAKIR)KAMPUNG MELAYU ROBAN, DAERAH SARATOK, SARAWAK.

Read the rest of this entry »

Jambatan Usang di Kampung Lapang Pari

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Saya salah seorang penduduk dan anak jati Kg Lapang Pari, Daerah Badang, Kota Bharu Kelantan. Untuk makluman, kampung Lapang Pari merupakan laluan penting dan jalan kedua untuk ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Untuk pengetahuan Aduan Rakyar Online (ARO) jambatan yang ada sekarang adalah jambatan kayu. Semasa pembinaan semula pada tahun 1996, ceracak batu/simen telah dibuat, namun, akhirnya hanya jambatan kayu juga yang dibina oleh kontraktor.

Memandangkan jambatan itu amat penting kepada penduduk kampung untuk ke Kota Bharu-Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, diharap pembinaan jambatan baru dengan menggunakan bahan besi yang lebih kukuh amat diharapkan. Telah banyak kes berlaku dimana jambatan merempuh dinding kayu lalu tersadai dan hampir jatuh kedalam sungai yang agak dalam.

Read the rest of this entry »

Masalah ketiadaan pengangkutan awam di Simpang Durian

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..

Saya ingin berkongsi masalah yang kerap kali berlaku di tempat tinggal saya sekarang ni iaitu MASALAH KETIADAAN PENGANGKUTAN AWAM (BAS) DI SIMPANG DURIAN, JELEBU, NEGERI SEMBILAN.

Sebagai salah sorang anak jati Simpang Durian saya berpendapat untuk membawa masalah ini pada pihak-pihak tertentu memandangkan masalah ni adalah salah satu masalah yang besar dan berat serta membebankan penduduk-penduduk kampung tersebut.

Read the rest of this entry »

Sikap Urusetia Pasar Malam di Pantai Dalam

Assalammualaikum bagi umat islam dan salam sejahtera bagi kawan2 yg bukan beragama islam..

Saya Zuhaslizah merupakan peniaga kecil2an yg bermula dari meja kecil dan kini sudah menggunakan kanopi 10×10 hasil usaha dan penat lelah saya berniaga selama ini…saya sudah berniaga hampir 2thun..Dulu saya hanya menjual tuala wanita di pasa malam dan kini saya sudah mampu menjual tudung pelbagai jenis..

Saya berasa terhina,dikhianati,dibodoh2kan oleh urus setia pasa malam di pantai dalam hari rabu dan sabtu..saya bersusah payah mendapatkan tapak berniaga di sana..sehingga saya pernah dihalau dengan alasan tempat yg ingin sy duduk adalah ‘KAWASAN LARANGAN DBKL’..saya pernah balik dengan tangan kosong kerana sikap urus setia yg salah guna kuasa!!!!!!..mana hak saya?? saya merupakan ank jati pantai dalam..dilahirkan,dibesarkan,dikahwinkan disini…dari rumah papan ke rumah flat,segala perubahan,onak duri yg berlaku di tempat kelahiran sy,sy selami..

Read the rest of this entry »

Kampung Asajaya Ulu Kurang Pembangunan

Saya rasa terpanggil untuk meluahkan rasa terkilan tentang keadaan yang dialami di kampung kami iaitu Kampung Asajaya Ulu, 94600 Asajaya, Sarawak. Sejak sekian lama, projek-projek pembangunan yang disalurkan ke kampung kami amat mengecewakan berbanding kampung-kampung lain di sekitarnya. Lihat sahaja sistem perparitan yang telah bertahun-tahun lamanya belum siap sepenuhnya (sekerat kampung sahaja), keadaan lampu jalan yang tidak bernyala, isu jambatan, isu masjid, isu pemohonan elektirk yang terbengkalai (sesetengah penduduk)dan banyak lagi.

Mengapakah kampung kami kurang mendapat projek pembangunan, sedangkan kampung-kampung lain mewah dengan pelbagai projek? Ini tidak adil kepada kami? Adakah kami dianaktirikan oleh pihak tertentu? Kami juga rakyat Malaysia, anak jati Sarawak yang tidak mahu dipinggirkan. Pihak-pihak yang berkenaan, tolonglah, pantaulah projek yang disalurkan ke kampung kami.

Read the rest of this entry »