Barangan Kulit Babi di Holiday Plaza JB

Saya ingin memohon Jabatan Agama Islam Johor Bahru untuk membuat pemantauan di pusat beli belah Holiday Plaza Johor Bahru dimana terdapat banyak barangan berupa ”IPad Cover” berasaskan kulit babi dijual tanpa pengatahuan pelanggan.

Ini berlaku kepada saya dimana didapati bahagian kulit dalam cover tersebut disaluti kulit yang mempunyai ”bintik-bintik tiga” yang disyakin KULIT BABI. Saya hanya menyedarinya apabila ditegur rakan yang berminat dengan IPad Cover tersebut.

Apabila pemeriksaan semula dilakukan di kedai barangan accessories tablet dan telefon di Holiday Plaza, amat mengejutkan apabila bukan hanya satu jenis yang berasaskan kulit babi, tetapi terdapat beberapa jenis yang lain juga berasaskan kulit babi.

Diharap pihak Jabatan Agama Islam Johor dapat melakukan pemeriksaan susulan dan mencegahnya daripada berulang kepada pengguna beragama islam yang lain.

By: Fairuz

Hilangnya roh Ramadhan

Ramadan merupakan bulan yang mulia seharusnya ia mendidik kita khususnya umat islam untuk lebih positif dan bertanggung jawab bukan sahaja kepada diri sendiri malah agama dan masyarakat. Namun malang sekali apabila bulan yang mulia ini  dicemari oleh imej umat islam sendiri dengan berniaga sesuka hati seawal jam 10pg. Fenomena ini amat menyedihkan dan jelas sekali boleh menjatuhkan kredibiliti agama islam dan imej negara islam yang dicanang oleh kerajaan selama ini.

Sedih melihat keadaan yang berlaku ini, entah dimana silapnya..  apa yang lebih menyedihkan lagi ialah tiadanya tindakan tegas yang konsisten yang dimain oleh mereka yang bertanggung jawab dalam malaksanakan undang-undang seperti  jabatan agama islam negeri atau daerah, penguasa tempatan, majlis perbandaran @ majlis daerah dan  jabatan-jabatan  yang berkenaan  untuk  melaksanakan siasatan ,pemantauan  dan seterusnya mengenakan tindakan tegas kepada pengusaha-pengusaha makanan ini. Kita dapat melihat pelanggan yang membeli makanan ini puratanya adalah umat islam.

Dimanakah penguatkuasaan waktu berniaga makanan yang dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan. Kini suasana ramadan tak ubah seperti suasana harian dibulan-bulan biasa. Peniaga-peniaga makanan tanpa segan silu dan bebas menjual makanan mereka tanpa rasa berdosa dan bersalah. Keadaan  jelas mencerminkan rendahnya  akhlak umat islam di Malaysia. Saya begitu pelik dengan  jabatan-jabatan yang melaksanakan tangung jawab dalam hal ini seakan-akan buta mata dan hati kerana ada diantara peniaga berniaga ditengah-tengah bandar.

By: prihatin

Gambar Domino’s Pizza berjunjung SALIB Kritsian

Setiap waktu kedai ini dikunjungi majoriti orang-orang Melayu. Mereka boleh beranggapan bahawa orang melayu sekarang ini berpusu-pusu mengunjungi gereja sedangkan matlamat asal mereka ke sana adalah untuk makan Pizza tetapi malangnya di atas mahkota orang Islam secara tidal langsung telah menjunjung salib lambang kemegahan agama mereka.

Domino's Pizza di Sitiawan, Perak

Adakah kita sanggup menjunjung salib kritstian semata-mata untuk makan Domino’s Pizza? Bayangkan tuan-tuan waktu itu kita tidak tahu apa yang mereka buat di dalam bangunan berkenaan. Malah, jika kita tengok daripada jauh, jelas sekali bangunan itu seperti gereja sepenuhnya.

Domino's Pizza di Sitiawan, Perak

Khabarnya outlet Domino’s Pizza ini baru saja dibuka kepada orang ramai di atas tapak rumah kedai yang baru saja siap dibina. Dimanakan kredibiliti MPM. Jabatan Agama Islam Manjung, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan pihak-pihak yang lantang bersuara tentang Islam selama ini. Ayuh! bangun dan bangkitlah umat Islam menentang penghinaan ini.

Domino's Pizza di Sitiawan, Perak 3

Justeru itu, penulis menyarankan agak pihak yang berkenaan seperti Jabatan Agama Islam, Majlis Perbandaran dan juga Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) cawangan Manjung segera bertindak bagi menjaga maruah agama Islam supaya tidak diperkotak katikkan oleh pihak yang sengaja menghina Islam secara terang terangan.

Domino's Pizza di Sitiawan, Perak

Lokasi:  Sitiawan, Perak

By: Anuar

Jabatan Agama Islam Terengganu tidak ambil tindakan

Assalamualaikum W.B.T

Di sini saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Jabatan Agama Islam Terengganu. Sudah beberapa kali saya membuat aduan mengenai maksiat yang berleluasa di negeri ini tetapi masih tidak ada sebarang tindakan. Cakap nak cegah maksiat, tetapi bila orang buat aduan lansung tiada tindakan.

Baru-baru ini saya ada membuat beberapa laporan tentang suami saya yang selalu menghabiskan masa bersama pelacur dan minum minuman yang memabukkan di sebuah permis karaoke di sekitar sini. Suatu hari tu, saya pernah survey suami saya di sana. Sebagai seorang Islam, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ramai orang seagama asyik dengan minuman syaitan itu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mnelanggan pelacur-pelacur di situ. Tetapi hingga sekarang masih tiada tindakan yang sewajarnya.

Sila adukan permasalahan ini kepada pihak yang berkenaan supaya maksiat di negeri Terengganu tidak akan terus berleluasa kerana memang sudah tugas sebagai umat Islam untuk mencegah maksiat.

By: farah

Rancangan ‘Ancient Aliens’ boleh memesongkan akidah

Harap pihak Kementerian Dalam Negeri, Lembaga Penapisan Filem dan Jabatan Agama Islam membuat siasatan terhadap rancangan ‘Ancient Aliens’ yang disiarkan dalam HISTORY CHANNEL kerana terdapat terlalu banyak unsur-unsur pemesongan akidah.

Ancient Aliens

Di dalam rancangan itu mereka membawa Teori Angkasawan Silam atau UFO mengatasi kekuasaan ALLAH. Tolong ambil tindakan sewajarnya.

By: Muhammad Adlan A. Raub

Maksiat berleluasa di Kolej Lagenda

Saya pernah memasuki ke kawasan asrama untuk menghantar saudara saya pulang ke situ dan berasa amat terkejut apabila melihat anak-anak muda, lelaki mahupun perempuan bebas untuk keluar masuk ke dalam rumah orang lain terutamanya rumah yang berlainan jantina. Malahan saya juga diberitahu bahawa terdapat pelajar lelaki yang bermalam bersama, tinggal bersama pelajar perempuan ataupun sebaliknya  tanpa sebarang ikatan yang sah.

Oleh kerana tiada sekatan atau larangan, ramai yang makin berani melakukannya. Ramai juga yang mengambil langkah untuk tidak ambil peduli dan malas untuk masuk campur seterusnya mendiamkan diri. Pihak keselamatan hanya menjaga dan bertugas di hadapan pintu pagar sahaja. Sepatutnya hostel lelaki dan perempuan perlu di asingkan dan dipagar bagi mengelakkan kejadian maksiat seperti ini berlaku dan perlu ada kawalan yang tegas kerana negara ini merupakan negara yang berlandaskan syariat Islam.

Saya amat terkilan dengan pihak pengurusan Kolej Lagenda kerana boleh terlepas pandang akan perkara ini dan menganggap perkara sebegini amat remeh. Saya juga berharap selepas ini jabatan agama akan mengambil tindakan sepatutnya bagi mengekang masalah ini seperti melakukan rondaan dan spot-check di rumah-rumah pelajar ini. Saya juga hairan kenapa ibu bapa pelajar tidak mengendahkan perkara ini. Semoga tindakan lanjut di lakukan secepat mungkin oleh pihak pengurusan kolej dan juga jabatan agama Islam.sekian.

By: anonymous

Kelab judi semakin berleluasa di Selangor dan KL

Tahniah Aduan Rakyat.

Sebagaimana yang pihak tuan mungkin telah terbaca dipaparan akhbar tempatan bahawa isu kelab-kelab judi atasan ini (http://www.home.net.my/blog/90-pelanggan-pusat-judi-adalah-melayu)  telah seketika di war-war kan kepada umum.  Namun tiada tindakan untuk menutup semua premis ini di jalankan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan maupun Jabatan Agama Islam atau pihak polis.  persoalannya kenapa? Yang anehnya pula ada antara kelab-kelab ini letaknya amat hampir dengan balai polis. Contohnya di kuala lumpur, bangsar, section 14 petaling jaya, puchong, taman shamelin, subang jaya, sunway dan banyak lagi di seluruh negara.

Siapa dalang di sebalik kewujudan kelab-kelab ini dan dari mana mereka memperolehi lesen menjalankan perniagaan?  Majoriti pelanggan kelab ini pula adalah orang melayu dan islam. Jika kelab-kelab ini wujud untuk rakyat berbangsa lain kenapa orang berbangsa melayu dan islam masih di benarkan berada di premis ini?  Jika pra-syaratnya adalah untuk bangsa lain selain melayu dan islam mengapakah tiada tindakan menutup premis ini di ambil apabila mereka melanggar peraturan yang di benarkan?  Adakah mereka ini dengan sengaja membenarkan orang-orang islam dan melayu berada di premis mereka kerana tidak cukup ramai pelanggan?  hebat sangat ke mereka ni sampai untouchable?

Saya harap pihak aduan rakyat dapat mengenengahkan isu ini supaya dapat membuta mata pihak-pihak berwajib yang bertanggungjawab membenteras kegiatan perjudian yang semakin hari semakin berleluasa ini. Tutup jer semua kelab-kelab ni baru lah rakyat dah tak berjudi lagi.

Sekian terima kasih

By: Norhayati Yusoff

Aktiviti Judi Berleluasa di Perhentian Teksi Bandar Kuala Terengganu

Salam 1 Malaysia..

Di sini saya ingin menyampaikan rasa tidak senang hati dengan aktiviti judi yang sangat bereluasa dan terang-terangan berhampiran Stesen Teksi Kuala Terengganu.

Aktiviti haram ini kebiasaannya dijalankan pada waktu pagi hari hingga berlarutan lewat malam. Apa yang saya kesalkan, seolah-olah tiada tindakan yang diambil oleh pihak tertentu seperti Jabatan Agama Islam Terengganu dan pihak Polis. Malah aktiviti ini dijalankan di depan org ramai dan bersebelahan kedai makan dan tapak kedai makan itu pula disewa dengan pihak stesen teksi dan Bandaraya Negeri Terengganu. Ini boleh mencacat kan pemandangan org ramai dan pelancong.

Oleh itu saya berharap pihak tuan dapat memanjangkan aduan saya ini kepaada pihak yang sepatutnya dan pihak yang boleh ambik tindakan yang betul. Bukan pihak yang makan gaji buta dan makan duit haram. Saya cadangkan robohkan bangunan dan kedai berhampiran serta tumbangkan pokok besar berhampiran kedai itu kerana saya dapati disitu lah tempat yang biasa menjadi port atau stesen untuk mereka melakukan aktiviti haram ini.

Saya juga cadangkan supaya dipagar kawasan kubur kerana kawasan itu seolah-olah tidak diperdulikan oleh orang ramai terutama nya perjudi tersebut. Sedar lah wahai pihak berkuasa, nama je Terengganu Darul Iman tapi aktiviti judi yang dijalankan seperti bersuluh di tempat terang tdiak dipedulikan..kalu ader pun tangkapan yg dibuat, seminggu dua keluar balik pejudi tersebut, malah aktiviti judi masaih berjalan seperti biasa..saya memang sangat berharap pihak tuan dapat ambil tindakan dengan segera..sekian terima kasihh…Allahhu Akbakkk….

By: ustaz amirul

Masalah Pendatang Asing di Desa Aman Puri, Kepong

Assalamualaikum,

Saya yang tinggal di Desa Aman Puri, Kepong, ingin memaklumkan pada pihak tuan agar dapat menjalankan operasi mencegah pendatang asing dan pendatang asing tamat tempoh ditempat dan kawasan ini dengan segera, yang mempunyai banyak block dan kelompok.

Ditempat tinggal sekarang ni terdapat banyak warga asing yang terdiri dari Myamar, Nepal, Indonesia, Cina, Pakistan, Bangladesh dan yang membimbangkan saya lagi adalah Warga Afrika yang sering bising dan mabuk serta mengganggu orang.

Tak ketinggalan juga jika operasi tersebut dilancarkan, saya amat berharap agar pihak Jabatan Agama Islam sekali turut serta kerana banyak yang bukan mukrim bersama.

Aduan ini saya laksanakan selepas saya buat laporan dan aduan pada ketua penduduk tempat kami, tapi tiada sebarang tindakan diambil.

Budi bicara dan jasa baik dari pihak tuan amat saya hargai bagi mempertimbangkan aduan saya ini.

By: Penduduk Desa Aman Puri