Intan | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Intan’

Bil Elektrik Naik Mendadak Setelah Tukar Meter Baru

Saya baru membeli sebuah rumah daripada seorang individu. Saya telah diminta untuk menukar meter elektrik rumah itu kepada nama saya. Jadi saya memohon pertukaran meter elektrik tersebut. Saya telah mendiami rumah itu 3 bulan sebelum meter elektrik tersebut ditukar kepada yang baru. Sejak saya tinggal dirumah itu bil elektrik saya tidak pernah mencecah RM20.00 sebulan tetapi selepas sahaja meter ditukar bil elektrik rumah saya naik mendadak sehingga RM 181.05 sebulan.

Saya telah membuat aduan kepada TNB tetapi pihak TNB tidak mahu bertanggungjawab. Mereka tetap salahkan kami. Kemudian pada bulan seterusnya apabila bil elektrik sampai dirumah saya terus membuat perbandingan terhadap meter elektrik saya dengan bacaan di bil. Ternyata bacaan meter di bil saya jauh lebih tinggi dari bacaan di meter elektrik saya. Saya mengambil gambar meter tersebut dan ajukan kepada pihak TNB tetapi mereka masih tidak mahu bertanggungjawab atas kesilapan tersebut.

Read the rest of this entry »

Service kedai makan terburuk Muara Ikan Bakar

Saya telah berkunjung ke Muara Ikan bakar bersama keluarga yang datang dari kedah untuk menikmati Panorama Indah serta hidangan lazat dari Restoren terkenal Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan Pelabuhan Klang.

Malangnya kami menerima layanan yang teramat buruk dimana, gelas tidak dihantar mencukupi, kami terpaksa meminta sebanyak 5 kali barulah gelas kosong  dihantar, kalo tak kami terpaksa minum dari Jug air saja.

Read the rest of this entry »

Bayaran masuk Kolam Air Panas Gadek mahal

Baru sekejap Buletin Utama TV3 menyiarkan kisah berkaitan Kolam Air Panas Di Selayang, Selangor. Bayaran yang dikenakan hanya RM2 untuk bayaran parking kereta dan RM0.50 untuk motorsikal. Terpanggil saya untuk membuat aduan berkenaan bayaran masuk ke Kolam Air Panas Gadek, Alor Gajah, Melaka adalah sangat mahal.

Bayaran yang dikenakan adalah RM5 seorang dewasa. Ini menyebabkan orang kampung ini sendiri perlu berfikir banyak kali untuk kesana. Bayangkan kalau saudara-mara jauh pulang ke kampung dan ingin beriadah di Kolam Air Panas, jika sekeluarga 10 orang dah RM50.00. Kalau ada yang sakit dan ingin berubat dan ingin pergi hari-hari, sebulan memerlukan RM150.00 seorang.

Read the rest of this entry »

Puchong bandar koboi

Ramai penunggang dan pembonceng motosikal di kawasan Puchong Perdana, Puchong Indah, Puchong Permai, Puchong Intan dan Puchong Prima tidak memakai topi keledar. Mereka ini seolah-olah tidak kisah dengan kehadiran anggota POLMAS yang meronda di kawasan berkenaan siang dan malam.

Sebagai anggota masyarakat yang patuh dengan undang-undang saya meminta pihak aduanrakyat bekerjasama dengan media cetak dan letronik merakamkan situasi ini pada bila-bila masa.

Read the rest of this entry »

Pencemaran Bau Busuk di Kawasan Perumahan Taman Delima

‘BAU BUSUK’ hasil daripada peprosesan getah ’scrub’ dari kilang yang terletak di kawasan perumahan menyebabkan udara tercemar dan menganggu penghuni yang menginap di kawasan tersebut.  Kilang ini telah lama wujud tetapi mula beroperasi pada tahun 2008 (pada masa tersebut, taman perumahan telah pun wujud).  Walupun suatu ketika dahulu pihak kilang pernah berjanji kilang tersebut akan berpindah, namun sehingga ke hari ini Ogos 2011, kilang itu masih beroperasi.

Antara kawasan perumahan yang terlibat termasuk Taman Delima, Taman Nilam, Taman Arked, Taman Mas Suria dan Taman Intan yang melibatkan hanpir 2,000 unit rumah.  Selain itu, terdapat 4 buah sekolah yang terletak di kawasan berhampiran.  Bayangkan bagaimana kami menjalani kehidupan harian dengan masing-masing menyedut udara tercemar bau busuk dari kilang tersebut.

Read the rest of this entry »

Tidak tahan dengan karenah berat sebelah Syabas

Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Intan ialah badan yang mengelolakan pangsapuri Intan setelah di ambil alih kira pada tahun 2008. Pihak pemaju yang asal ialah Max Benefit Sdn Bhd yang telah digulungkan. Penglikudasi adalah Insolcorp Advisory Sdn Bhd. Pihak pemaju telah meninggalkan tunggakan hutang air kepada pihak Syabas sebanyak RM50,000.

Pihak Badan Pengurusan Bersama diminta oleh Pihak Syabas untuk menjelaskan hutang-hutang tersebut sebelum migrasi air boleh dilakukan. Duit kutipan daripada penduduk telah di kutip semenjak 2 tahun yang lepas.

Read the rest of this entry »

Masalah Tanah di Seggarung A Semporna

Kami telah menduduki Kg. Sungai Intan Semporna bermula dari 1983 sehingga ke hari ini dan telah mendapat bantuan dari Jabatan Pertanian dan juga pihak Kerajaan seperti Surau, Jalan Raya yang elok dan juga bekalan elektrik serta benih sawit yang pada sekarang ini kami telah tuai hasilnya hampir sepuluh tahun lamanya.

Penyelesaian antara pemohon pertama telah selesai dan disaksikan oleh Tuan Hj. Abd.Wahab Bin Hj. Abdullah iaitu ADO pada masa itu. Pada masa yang sama kami sentiasa berurusan dengan Jabatan Tanah dan Ukur Daerah Semporna untuk memohon kelulusan untuk pengeluaran geran kepada tanah-tanah yang kami usahakan dan hasilnya kami mendapat surat jawapan yang positif iaitu jabatan Tanah memberi arahan untuk pemeriksaan tanah-tanah yang kami usahakan untuk pengeluaran geran.

Read the rest of this entry »