Budaya sambil lewa berterusan di Hospital Melaka

Institusi hospitaliti kerajaan pada masa sekarang sudah banyak berubah samada dari segi teknologi ataupun servis yang ditawarkan malangnya Hospital Melaka masih lagi jauh langkah untuk mengejar standard yang dikhabarkan mampu meyaingi hospital swasta mahupun mahu selaras dengan pengiktirafan sendiri oleh negeri Melaka sebagai negeri bandar maju jika mentaliti masih lagi di takuk lama terutama institusi yang melibatkan penyembuhan dan menyelawatkan nyawa.

Contoh yang terang dan nyata adalah bagaimana staff masih lagi bersikap sambil lewa terhadap pesakit, menggunakan bahasa kasar, tidaj fokus dan menimbulkan masalah malahan perkara yang sama berulang kali namun tiada inisiatif yang diambil untuk membaikinya.

Bayangkan bagaimaba staff di Hospital Melaka membiarkan warga emas yang sakit teruk menunggu berjam-jam tanpa diberitahu alasan? Tanpa memberi apa apa justifikasi tiada apa tindajan diambil. Bagaiman keadaan yang staff Hospital Melaka beritahu kononya ‘miss communication’ dan membebankan pesakit tapi cuma berlalu pergi tanpa minta maaf dan justifikasi?

Bagaimana sikap sekuriti yang ‘double standard’ dalam memantau keselamatan atau membebankan pesakit? Procedure amat penting tetapi bagaimana pelaksanaanya dapat menampung kebaikan dari procedure itu sendiri. Ataupun staff di Hospital Melaka hanya selesa di takuk lama sedangkan hospital kerajaan yang lain sudah mula membuktikan bahwa mereka boleh bersaing di pasaran bersama hospital kerajaan.

By: Mia

Layanan Biadap Dari Pihak Hospital Kulim

Saya amat terkilan dan kecewa dengan tingkah laku dan layanan yang amat tidak memuaskan yang diberikan kepada ayah saya pada 24/06/2012. Saya membawa ayah saya ke Hospital Kulim pukul 5.00 pagi setelah mengadu sakit pada bahagian perut. Dirawat dari seorang doktor berbangsa India, berkemungkinan ayah saya mengalami batu karang atau apendiks. Beberapa ketika kemudian, doktor menasihatkan supaya kembali ke hospital secepat mungkin setelah dirawat jika masalah yang dialami berlarutan.

Selepas solat maghrib, ayah saya tidak dapat bergerak kerana sakit yang dialami semakin parah. Setelah ke hospital di Unit Kecemasan, ayah saya diberi satu borang berwarna merah dan menunggu 3 jam menanti giliran. Selepas dirawat kurang dari 5minit, ayah saya disuruh ke bilik X-Ray tanpa dipandu oleh kakitangan hospital. Saya membawa ayah ke bilik X-Ray, terdapat seramai 12 orang pesakit menunggu giliran sedangkan kakitangan yang bertugas sedang berbual,menonton TV dan tidak mengendahkan pesakit.Hampir 4 jam menunggu barulah tiba seorang kakitangan senior memanggil ayah saya sedangkan ayah saya tidak menahan kesakitan yang dialami sehingga tidak dapat bergerak. Selepas mendapat film X-Ray, saya memberi film tersebut pada bahagian kaunter pada ruang menunggu dihadapan.

Jam hampir 4.00 pagi, ayah saya dipanggil dengan cara yang penuh biadap untuk dirawat. Dr. Sakinah yang merawat ayah saya dan menanya pelbagai soalan. Setelah dijawab, doktor mengatakan bahawa ayah saya hanya berlakon dan buat-buat sakit. Kemudian menurutnya, film X-Ray yang diambil tadi tidak menunjukkan tanda-tanda atau sebarang keganjilan sebaliknya penuh dengan TAHI kata seorang doktor yang begitu dipandang mulia oleh masyarakat. Kemudian disuruh pulang dan jika mengkehendaki tindakan lanjut, Dr. Sakinah menasihati supaya ke hospital swasta kerana kakitangan hospital sangat sibuk dan mungkin memakan masa berbulan-bulan untuk diambil jika hendak mendapatkan tindakan selanjutnya.

Dengan perasan yang marah dan risau akan kesihatan ayah saya lalu membawanya ke Klinik Sri Cengal dikawasan kulim pukul 9pagi. Doktor menasihatkan supaya mendapatkan perkhidmatan X-Ray kerana kekurangan kelengkapan di kliniknya. Saya terus ke Kuan X-Ray Specialist Centre di Bukit Mertajam. Perkhidmatan yang diberi kurang dari sejam, ayah saya disahkan menghidap penyakit batu karang. Selepas kembali semula ke Klinik Sri Cengal,menurut doktor disitu, apa yang dikatan oleh Dr.Sakinah di Hospital Kulim bahawa perut ayah saya penuh dengan tahi sebenarnya gambaran itu adalah gas didalam perut kerana perut kembung atau masuk angin.

Persoalannya :

  1. Apakah yang akan terjadi kepada pesakit tenat@yang inginkan perkhidmatan  segera dihospital jika begini layanan yang diterima?
  2. Adakah pihak hospital akan bertanggungjawab jika terjadi sesuatu kepada pesakit diatas kecuaian mereka? Apakah pihak hospital tidak memantau kakitangannya? Apakah tindakan pihak hospital terhadap kakitangannya yang berkelakuan sebegini?
  3. Apakah yang akan terjadi kepada golongan yang kurang berkemampuan jika diberi layanan sebegini?

Banyak kerajaan berhabis duit buat berbagai kempen agar kakitangan kerajaan sedar akan pentingnya BERBUDI BAHASA, seperti BUDI BAHASA BUDAYA KITA dan SENYUMLAH SELALU tapi ianya hanya sekadar hiasan dinding pejabat-pejabat kerajaan tersebut dan sia-sia duit rakyat dihabiskan membayar gaji mereka.

Saya berharap, pihak yang berwajib tolong bertindak dan kenakan hukuman tegas kepada yang berkenaan demi RAKYAT.

By: Malek

HKL menyusahkan pesakit

Baru-baru ini saya menjalani rawatan dari hospital swasta dan mendapat cuti melebihi 15 hari, maka sijil cuti saya perlu disahkan oleh pihak HKL memandangkan saya bekerja kerajaan. Lepas habis cuti saya,saya terus ke HKL untuk dapat pengesahan, sampai sahaja di kaunter pendaftaran jabatan pesakit luar, stafnya beri sehelai kertas mengandungi perkara yang perlu sediakan, surat permohonan majikan,surat jaminan (GL) dan surat pengesahan doktor swasta. Saya pulang dengan mc tersebut dan menyediakan beberapa dokumen tesrebut.

3 hari selepas itu, setelah selesai semua perkara termasuk terpaksa pergi berjumpa kembali dgn doktor swasta utk dapat surat pengesahan,saya ke kaunter pendaftaran mengambil nombor giliran. Lama saya tunggu,giliran saya sampai,saya menyerahkan segala dokumen diperlukan,apa yang saya kesali,staf hkl mengatakan mc ni dah lebih 15 hari,mereka tidak boleh sahkan melainkan saya kena pergi ke jabatan orthopedik dan traumatologi berjumpa doktor pakar di sana untuk sahkan.hampa.

Dengan keadaan saya yang mengandung,saya terpaksa berjalan ke jbtn orthopedik yg jauh,saya perlu cepat ke sana memandangkan hari itu saya bekerja,saya tak sanggup nak tunggu perkhidmatan shuttle.sampai sahaja di sana,saya berjumpa dengan jururawat di kaunter dan menunjukkan mc tersebut,dekat situ pula,masalah berlaku lagi,pihatortho mengatakan utk pengesahan mc hanya hari jumaat dengan membuat temujanji terlebih dahulu.saya begitu kecewa dan merungut mengatakan saya sediakan dokumen ni dengan ambil masa begitu lama dan perlu ke hulu ke hilir,staf seperti tiada perasaan mengatakan saya perlu buat temujanji minggu hadapan juga.dalam pemikiran saya,kenapa pihak kaunter di jabatan pesakit luar tidak memberitahu saya hal ini,maka saya tak perlu membuang masa dan tenaga ke jabatan ortho andai pengesahan mc perlu dibuat melalui temujanji.

Maka minggu hadapannya saya pergi kembali ke jabatan ortho awal-awal pagi,saya menunjuk mc tersebut,satu masalah lagi timbul,surat permohonan majikan saya itu dikatakan boleh ditolak kerana surat itu pada asalnya alamat kepada jabatan pesakit luar,manalah saya tahu,asalnya bukan ke perlu dirujuk ke jabatan luar,lagipun tiada masa saya nak ke pentadbiran tempat kerja saya bagi membetulkan nama tempat dan ambil masa lama lagi.saya merayu agar diterima.jururawat tersebut hanya mengomel seorang diri.saya dapat nombor giliran awal dan mungkin dapat selesai secepat yang mungkin ,jangkaan saya meleset.saya hadir pukul 8 pagi dengan tidak bersarapan semata-mata nakkan perkara ni selesai,hampir pukul 9 lebih nombor giliran saya tidak dipanggil.perut saya begitu sakit gara-gara tak sarapan.

Aduh,tak bertahan,saya pun membeli air di peti untuk mengisi sedikit mknn untuk perut ni,bila saya masuk kembali nombor saya tertera ke bilik 14,saya gembira lalu masuk,bila saya masuk,doktor bertanya dan saya kata perlu sahkan mc saya,doktor tersebut mencari-cari fail saya,dia kata,tersilap tekan nombor,datang pula seorang jururawat,sahkan cuti hanya di bilikdoktor pakar,bilik 11,saya kata berapa lama lagi saya perlu tunggu,jururawat tersebut dengan muka yang masam,ikut nasib.saya begitu geram,pergi ke bilik 11 tanpa tunggu giliran,dan dapati doktor pakar itu tiada,saya bertanya kepada attendance lelaki tersebut,dia mengatakan doktor baru keluar utk makan,saya kata saya pun belum mkn,dengan muka tak bersalah attendance tersebut mengatakan dia nak makan dgn doktor tersebut dan mengarahkan saya datang kembali setelah doktor tersebut selesai makan.jam menunjukkan 10 lebih.

Saya hampir putus asa,memandangkan saya perlu mengesahkan mc saya,saya tunggu sehingga pukul 11pagi,kali ini di bilik 5 pula,doktor tersebut lihat dokumen tersebut,ambil sedikit keterangan,tak sampai 5 minit surat saya disahkan.saya betul-betul kecewa dan terasa begitu bodoh dengan apa yang berlaku ke atas diri saya.mungkin ada lagi yang senasib dengan saya di luar sana.terima kasih di atas layanan kamu HKL.

By: saida

‘Saya tidak tahu nak buat apa’ – Doktor

Pada 29hb Oktober 2011 jam 7.30mlm saya bersama isteri saya yang masih dalam pantang telah membawa bayi saya yang berumur 2 hari ke hospital HSI Johor Bahru dibahagian Kecemasan kerana Jaundis ( Sakit Kuning), setelah mendaftar, 1/2 jam kemudian iaitu jam 8.00mlm bayi kami telah di ambil darah oleh pegawai perubatan untuk di uji dan kami di suruh menunggu sehingga di panggil semula, setelah 2 jam 45 minit menunggu iaitu jam 10.45 mlm akhirnye keputusan darah menunjukkan anak kami dalam keadaan yang hampir kritikal, pegawai yang bertugas adalah seorang doktor yang agak muda.

Setelah berjumpa doktor tersebut kami bertanya kan keadaan bayi kami, doktor tersebut menyatakan bayi saya perlu rawatan segera namun alatan (Photo) telah penuh tiada kekosongan untuk bayi kami, dia menyarankan kami ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru namun setelah di hubungi tiada kekosongan juga, akhirnya doktor tersebut menyatakan dia tidak boleh berbuat apa-apa selain merujukkan kami ke hospital swasta.

Disini apa yang membuat kami agak terkilan ialah apabila kami merujuk kepada hospital kerajaan maknanya kami tidak mampu untuk ke hopital swasta. Kami menyatakan masalah kewangan kami kepada doktor tersebut dan jawapan nya ialah “saya tidak tahu nak buat apa” sedangkan dia tahu keadaan bayi kami agak kritikal. Kami berharap TV3 dapat menyiarkan masalah ini supaya kerajaan sedar apa saja yanag kerajaan rencanakan tidak semuanya dijalankan dengan sempurna oleh pegawai-pegawainya, sedangkan masalah ini berkaitan dengan nyawa. setelah berjam-jam menunggu akhir nye jawatan tidak tahu nak buat apa yang kami terima. Adakah nilai nyawa bayi kami amat murah bagi hospital tersebut….

By: Norazlee